Powered by Jasper Roberts - Blog

Gambar Hot! Puteri Sarah cium pipi Amar Alfian

2 comments

Puteri Sarah cium pipi Amar Alfian kerana ada kesan gincu di pipi Amar Alfian. Akan tetapi Puteri Sarah tidak mengaku yang dia mencium tetapi dia menegaskan yang dia hanya mengigit pipi Amar Alfian kerana Amar Alfian mengusiknya.

Budak nakal: Cium ngan Gigit tak sama ye?:P

Hot! Rambut baru Dara

Jom! comments

Style rambut baru Sandara Park -
SENTIASA tampil dengan pelbagai imej dan gaya rambut, kini ahli kumpulan 2NE1, Sandara Park mengenakan gaya rambut, Cornrows.

Sempat berkongsi dengan rakan-rakannya, Sandara yang lebih dikenali sebagai Dara ini turut memuat naik gambarnya di akaun, me2day miliknya.
Selain itu, Dara turut melahirkan rasa gembira apabila gaya rambut itu sangat bersesuaian dengan imejnya kini.

“Memang sukar nak dapatkan hasil yang sebegini kerana ia cukup membuang masa. Tapi, hakikatnya, ia sangat cantik dan nyaman.

“Saya akan membuka semula dandanan rambut Cornrows ini selepas kesemua konsert selesai,” katanya yang menampilkan hiasan berbentuk hati di rambutnya itu.

Bola ~ Ballack gantung kasut ~

Jom! comments



Bekas ketua pasukan Jerman, Michael Ballack mengumumkan persaraan daripada bola sepak kelmarin, sekali gus melabuhkan tirai kariernya yang berwarni-warni selama lebih sedekad setengah.

Dia yang menjangkau usia 36 tahun penghujung bulan lalu, tidak berpasukan selepas kontrak dua tahunnya bersama Bayer Leverkusen di Bundesliga tamat pada Jun.

Sejak dibebaskan Leverkusen, Ballack dikatakan ada berunding dengan beberapa kelab di Liga Utama Amerika Syarikat (MLS) dan Liga-A Australia, namun memutuskan untuk menggantung but.

"Pada usia 36 tahun, saya boleh mengimbas kembali perjalanan panjang yang saya lalui dalam karier profesional bola sepak, sesuatu yang saya langsung tidak berani impikan sebagai seorang kanak-kanak
.
"Adalah satu penghormatan untuk saya berkesempatan bekerja dengan sekumpulan jurulatih dan pemain bertaraf dunia.

"Dan sudah tentu, saya akan merindui setiap saat beraksi dan menjaringkan gol di hadapan 80,000 penyokong, tetapi tempoh beberapa bulan lalu memberitahu saya bahawa sudah tiba masanya untuk berhenti.

"Saya mahu membuka tajuk baru dalam hidup saya, dan di sini saya ingin berterima kasih kepada keluarga dan mereka yang telah banyak membantu dan menyokong saya. Semua mereka memainkan peranan dalam kejayaan saya," katanya dalam satu kenyataan.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net