Powered by Jasper Roberts - Blog

Stacy teringin untuk berlakon

1 comments


PENYANYI wanita yang terkenal dengan kelincahannya menari, Stacy atau nama sebenarnya, Stacie Angie Anam, 22, teringin untuk berlakon filem atau drama untuk melebarkan lagi sayapnya dalam bidang seni ini.

“Saya ada juga keinginan serta berminat untuk berlakon selain daripada menyanyi saja, tetapi ada saja kekangan kerana saya sangat sibuk dan tidak mempunyai masa untuk terikat dengan komitmen seni yang lain buat masa ini.

“Lagi satu halnya ialah saya jenis suka fokus dalam melakukan sesuatu kerja dan biarlah buat masa ini saya tumpu pada bidang nyanyian dulu.

“Kalau nak berlakon pun saya kena baiki dulu loghat Sabah yang sememangnya pekat dan menebal dalam diri saya,” katanya sambil berseloroh.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Stacy kini dalam proses untuk menghasilkan mini albumnya yang akan mengandungi lagu-lagu yang lebih berentak santai dan relaks untuk peminatnya.

“Walaupun sebelum ini saya lebih dikenali dengan lagu-lagu yang berentak ‘fast’ tetapi apabila saya keluar dengan lagu yang lebih berunsur balada contohnya seperti Kisah Dongeng, syukur peminat dapat menerima perubahan itu kerana sebagai seorang penyanyi, saya nak buktikan kekuatan vokal yang saya ada dan selalunya lagu berentak balada dilihat dapat menguji sejauh mana kehebatan suara seseorang penyanyi itu,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Pengumuman Senarai Pendek Calon Anugerah Industri Muzik ke-19.

AIM kali ini Stacy tercalon untuk tiga kategori iaitu Album Terbaik (Stay-C), Video Muzik Terbaik (Pelangi Senja arahan Ghaz Abu Bakar) dan Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu (Kasanova).

Bercakap mengenai pencalonannya kali ini, Stacy menyatakan, “saya sangat menyukai video muzik lagu Pelangi Cinta yang bagi saya sangat unik serta lagunya yang mendayu tapi saya tidak meletak harapan yang terlalu tinggi untuk semua kategori yang dicalonkan."

"Tercalon sebagai finalis pun saya sudah rasa cukup bersyukur," katanya.

Stacy juga menyatakan yang dia baru kembali dari kampung halamannya di Sabah selepas berehat selama sembilan hari akibat demam campak yang dihadapinya.

“Sekarang jika tidak terikat dengan sebarang aktiviti seni, saya lebih senang menghabiskan masa di rumah bersama anak angkat yang kini sudah berusia sembilan bulan, Bella Valentina yang turut dijaga oleh ibu saya,” katanya yang kini semakin sibuk dengan pelbagai undangan persembahan pentas.

Janda tomboy dicekup khalwat

Jom! comments


Janda ‘tomboy’ dicekup, memadu asmara di hotel murah-Tindakan seorang janda berpakaian ala ‘tomboy’ memadu asmara bersama teman lelaki dengan menjadikan bilik hotel murah sebagai port untuk melepaskan nafsu membawa padah apabila mereka dicekup pihak berkuasa, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Wanita terbabit yang difahamkan mempunyai seorang anak hasil perkongsian hidup bersama bekas suami bagaimanapun dipercayai cuba mengaburi pihak berkuasa dengan mendakwa dia berasal dari Kuala Lumpur.

Namun, siasatan lanjut oleh pegawai penguat kuasa syariah mendapati, dia sebenarnya berasal dari Kampung Padang Jambu dan dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan teman lelakinya yang bekerja sebagai buruh, masih bujang dan kini menetap di Tanah Lot.

Pasangan berkenaan dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan sebelum diikat jamin ahli keluarga.

Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pada 5 November atas dakwaan khalwat mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan, pasangan itu yang masing-masing berumur 30 dan 40-an itu boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Senarai calon akhir Anugerah Industri Muzik 19

2 comments


Senarai pencalonan akhir Anugerah Industri Muzik 19 telah pun dikeluarkan, berikut adalah list senarai pencalonan di setiap kategori di pertandingkan.

Senarai Calon Artis Baru Terbaik

1.    Keroz Nazri (Suatu Hari Nanti)
2.    Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi)
3.    SalamMusik (Alamak feat Altimet)
4.    Stephen Rahman Hughes (Bertemu Di Syurga)
5.    The Malayan (Aku Bukan Lagenda)

Senarai Calon Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)

1.    Azlan & The Type Writer (Idola)
2.    Faizal Tahir (Buta)
3.    Hazama (Majnun)
4.    Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)
5.    Stephen Rahman Hughes (Bertemu Di Syurga)


Senarai Calon Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)

1.    Jaclyn Victor (Counting Days)
2.    Nora (Doa)
3.    Shila Amzah (Patah Seribu)
4.    Siti Nurhaliza (I Cry Out)
5.    Jaclyn Victor (Jagalah Diri)


Senarai Calon Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu

1.    Firdaus (Saat Terindah)
2.    Forteen (Seperti Dulu)
3.    GX4 (Kerana Kasihmu)
4.    Prince of Pop (Main Jauh Jauh)
5.    SleeQ feat Ramlah Ram (Sesaat Kau Datang)


Senarai Calon Kulit Album Terbaik

1.    Anuar Sujud (Raunajud) – Filsuf (Muka Surat Satu)
2.    Sanjay – Hujan (Sang Enemy)
3.    Wing Meng – Love Me Butch (World Wide Transgression)
4.    Even Odds Sdn. Bhd. – MizzNina (Take Over)
5.    Zul Amran Hilmi – Yuna (Terukir Di Bintang)


Senarai Calon Rakaman Album Terbaik

1.    Hafiz Hamidun/CL Toh – Hafiz Hamidun (Zikir Terapi Diri)
2.    Eddie Slam/Greg Henderson/Voodoo/Illegal – Jamal Abdillah (Raja Pop 2)
3.    Edry Hashim/Manusia Putih/Cat Farish – Kat Hassan (Menggoda)
4.    Rahmad Ayob – Nora (Hikmah)
5.    Azlan Abu Hassan/Lee Stephen/Arief Renald – Shanel (Perjalanan)


Senarai Calon Video Muzik Terbaik

1.    Sahak – Firdaus (Kerna-nya Aku Menolakmu)
2.    Michael Weicker/Marcus Weicker – Goldfish and Blink (Bila Seharusnya feat Noh Saleh)
3.    Ghaz Abu Bakar – Stacy (Pelangi Senja)
4.    Jeremy Zainal – Suki Low (Terlalu Mencintaimu)
5.    Quek Shio Chuan – Yuna (Sparkle)


Senarai Calon Lagu Pop Etnik Terbaik

1.    Endang Endong Cintaku Satu (Wan Mohammad Logan/Noraniza Idris/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
2.    Hari Demi Hari (Mohd Shahril/Noraniza Idris/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
3.    Kuasa Cinta (Edrie Hashim/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
4.    Mahligai (Helen Yap/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris
5.    Menarik Hati (Asmin Mudin/Ahmad Fedtri Yahya) – Noraniza Idris


Senarai Calon Lagu Nasyid Terbaik

1.    Asmaulhusna (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Mawi
2.    Allah (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Hafiz Hamidun
3.    Garisanmu (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) – Izzat Mahadi
4.    Doa (Gjie 6ixth Sense/Lukhman S) – Nora
5.    Erti Al-Fatihah (Johan Nawawi/Johan Nawawi) – Voice of Ummi

Senarai Calon Lagu Rock Terbaik

1.    Idola (Audi Mok/Dark) – Azlan & The Type Writer
2.    Buta (Audi Mok/Faizal Tahir) – Faizal Tahir
3.    Simetri (Audi Mok/Omar K) – Hazama
4.    Mati Senyap (Stone/Zizie Hashim) – Silent Death
5.    Bebas (Sam) – The Azenders


Senarai Calon Lagu Pop Terbaik

1.    Sebelah Jiwaku (Edry Abdul Halim) – Jaclyn Victor
2.    Harapan (Hyper Act/Frozen) – Hyper Act
3.    Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah
4.    Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna
5.    Jagalah Diri (Edry Abdul Halim) – Jaclyn Victor


Senarai Calon Lagu Hip Hop Terbaik

1.    Teman Pengganti (Malique) – Black & Malique
2.    Sendiri Di Kuala Lumpur (Belle Fatah/Filsuf/Bob Yusof) – Filsuf
3.    Aku Maafkan Kamu (Malique/Jamal Abdillah/Tripdizs/Malique) – Jamal Abdillah & Malique
4.    Just You And Me (Saph/Shazrina Azman) – MizzNina
5.    Tenang Sayang (DJ Jocular/Saph & NBE) – SSK


Senarai Calon Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

1.    Memo (Yuna) – Yuna
2.    Counting Days (Aubrey Suwito/Aubrey Suwito/Lin Li Zhen) – Jaclyn Victor
3.    Stand Up (Bryan Bouro) – Siti Nurhaliza
4.    Haircut (Sarah Zainal Abidin) – ZE!
5.    Photo Of You (Yuna) – Yuna


Senarai Calon Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara

1.    Tentang Rasa (Astrid)
2.    Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)
3.    Aku Bersahaja (Rossa feat Taufik Batisah)
4.    Ku Pinang Kau Dengan Bismillah (Rossa feat Ungu)
5.    Aku Kembali (Sammy Simorangkir)


Senarai Calon Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu

1.    Arman,  Alex, Aye, Rifai & Andy (OST Gerimis Mengundang – Brenda & Budi)
2.    Aubrey Suwito (Counting Days – Jaclyn Victor)
3.    Edry Abdul Halim (Kasanova – Stacy)
4.    Azlan Abu Hassan (Bertemu Di Syurga – Stephen Rahman Hughes)
5.    AG Coco (Terukir Di Bintang – Yuna)


Senarai Calon Album Terbaik

1.    Sang Enemy (Noh Salleh/AG Coco – Hujan)
2.    Hikmah (Johan Nawawi – Nora)
3.    Take Off (Pesawat - Pesawat)
4.    SalamMusik (Salam – SalamMusik)
5.    Stay-C (Muhammad/Kunci Demak – Stacy)

Senarai Calon Pecahan Pencalonan

1.     Yuna (6)
2.     Jaclyn Victor (6)
3.     Noraniza Idris (5)
4.     Nora (4)
5.     Stephen Rahman Hughes (3)
6.     Azlan & The Type Writer (2)
7.     Faizal Tahir (2)
8.     Jamal Abdillah (2)
9.     Siti Nurhaliza (2)
10.     Shila Amzah (2)
11.   Hujan (2)
12.   Filsuf (2)
13.   MizzNina (2)
14.   Hafiz Hamidun (2)
15.   Stacy (2)

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net