Powered by Jasper Roberts - Blog

Gambar pernikahan One Sofazr dan Ainul Shariza

2 comments



Setelah 2 tahun lebih bercinta, kini akhirnya One Sofazr atau nama sebenar Wan Shah Baharom bernikah dengan kekasihnya, Ainul Shariza, yang juga seorang guru tingkatan di sebuah sekolah di Cheras.

Hubungan cinta mereka banyak melalui rintangan serta halangan. Namun, syukurlah segalanya telah selamat berlangsung dan mereka telah pun disatukan. One Sofazr amat bersyukur sebab semuanya selamat serta majlis berlangsung dengan lancar.

Majlis akad nikah itu telah berlangsung pada hari Sabtu lalu, 29 September 2012, jam 11 pagi di rumah keluarga Ainul Shariza di Taman Jaya, Cheras dengan wang hantaran sebanyak RM10 ribu. Pihak lelaki menerima 5 dulang hantaran berbalas 3 dulang hantaran.

“Setelah bernikah kini hidup saya berubah serta merta. Jiwa lebih terasa tenang serta seronok, happy di samping isteri. Berbeza dengan zaman bujang saya dulu. Rasa tanggungjawab sebagai ketua keluarga itu makin menebal.”

Alyah masih fobia dan trauma

Jom! comments


Alyah masih fobia dan trauma insiden lampu jatuh-Kecederaan bahagian belakang badan penyanyi Alyah akibat dihempap sebuah lampu acara (spotlight) pada 14 September lalu menyebabkan dia berasa fobia sehingga hari ini.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 31, berkata, insiden yang berlaku pada majlis rumah terbuka Hot FM di Sri Pentas, Petaling Jaya itu membuatkan dia berasa takut dan gelisah ketika berada di lokasi sesebuah persembahan.

“Saya jadi fobia dan trauma sehingga hari ini kerana insiden itu. Perasaan kurang selesa dan takut-takut itu akan datang secara automatik apabila saya berada di belakang pentas atau lokasi sesebuah persembahan.
“Kemalangan itu pun berlaku secara tiba-tiba dan tidak disangka namun saya sedang cuba mengatasi ketakutan itu,” katanya ketika ditemui mStar Online di sini.

Pada kejadian 14 September lalu, penyanyi yang sedang popular dengan Kau Yang Terindah itu dikejarkan ke Pusat Perubatan KPJ Damansara dekat sini selepas sebuah lampu acara terbalik lalu terjatuh ke atas belakangnya pada majlis rumah terbuka berkenaan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi itu, lampu yang ditempatkan di ruang legar stesen penyiaran untuk acara tersebut dikatakan telah dilanggar oleh seseorang menyebabkan ia terjatuh atas badan Alyah.

Ditanya mengenai status kecederaan itu, Alyah berkata, dia masih lagi menjalani pelbagai proses pemulihan walaupun keadaannya beransur baik.

“Saya masih lagi menjalani proses fisioterapi dan rawatan tradisional cara Cina. Alhamdulillah, kecederaan itu tidak serius dan tidak mengakibatkan saya menjadi lumpuh seperti didakwa.
“Pada awalnya, saya kerap bergantung pada ubat penghilang kesakitan tetapi keadaan bertambah baik sekarang,” katanya.

Mengenai perkembangan hubungannya dengan pengarah muzik Datuk Ramli MS, Alyah berkata, dia tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu pada waktu ini kerana mahu memberikan keutamaan kepada urusan kerjaya dahulu.

“Hubungan itu memang masih ada, cuma saya tidak mahu bercerita lebih lanjut kerana belum ada perancangan atau hala tuju tertentu.

“Saya mahu memberikan tumpuan kepada persiapan untuk rakaman album baru dan mini konsert yang dijangka berlangsung pada awal tahun depan,” katanya.

Ayu Raudhah Diuji Ingin Buka Tudung

3 comments


Pelakon Ayu Raudhah pernah diuji apabila hatinya terdetik untuk kembali ke imej lamanya apabila melihat ramai wanita tidak bertudung bergaya dengan fesyen rambut masing-masing.

Bagaimanapun kata Ayu, 27, perasaan itu terus dibuang jauh selepas memikirkan penghijrahannya yang mula bertudung pada Ramadan lalu adalah kerana mengikut tuntutan Allah.

"Biasalah, mungkin ini satu ujian Allah untuk melihat sejauh mana kekuatan iman seseorang. Saya mengaku, sejak bertudung, hati saya pernah terdetik untuk membukanya apabila melihat wanita-wanita di luar sana tampil dengan pelbagai gaya rambut.

"Bagaimanapun syukurlah ketika perasaan tidak baik itu datang, saya dapat menolaknya. Saya berkata kepada diri saya sendiri semua gaya rambut yang saya lihat itu sudah pernah saya gayakan dulu. Sekarang saya perlu menjadi wanita muslimah yang ingin menuju ke jalan Allah," katanya.

Tambah Ayu lagi, perubahannya menutup aurat juga adalah salah satu cara untuk menjaga nama baik suaminya, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak sebagai ketua rumah tangga.

Sementara itu, bercerita mengenai imej barunya itu, Ayu bersyukur kerana dia semakin selesa tampil sedemikian walaupun terpaksa melalui rasa panas dan menganggap perkara itu adalah satu ujian yang harus ditempuhinya.

"Saya percaya, mana-mana wanita yang mula bertudung akan mengalami perasaan yang lebih kurang sama seperti saya. Namun, apabila niat kita untuk ke arah kebaikan, kita akan lebih selesa.
"Malah saya semakin seronok ketika ini apabila dapat membuat eksperimen gaya tudung yang sesuai dengan wajah saya.

"Lebih senang lagi apabila kita tidak perlu berfikir tentang masalah 'bad hair day' seperti yang dilalui sebelum bertudung," selorohnya.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net