Powered by Jasper Roberts - Blog

Ayu Raudhah Diuji Ingin Buka Tudung

3 comments


Pelakon Ayu Raudhah pernah diuji apabila hatinya terdetik untuk kembali ke imej lamanya apabila melihat ramai wanita tidak bertudung bergaya dengan fesyen rambut masing-masing.

Bagaimanapun kata Ayu, 27, perasaan itu terus dibuang jauh selepas memikirkan penghijrahannya yang mula bertudung pada Ramadan lalu adalah kerana mengikut tuntutan Allah.

"Biasalah, mungkin ini satu ujian Allah untuk melihat sejauh mana kekuatan iman seseorang. Saya mengaku, sejak bertudung, hati saya pernah terdetik untuk membukanya apabila melihat wanita-wanita di luar sana tampil dengan pelbagai gaya rambut.

"Bagaimanapun syukurlah ketika perasaan tidak baik itu datang, saya dapat menolaknya. Saya berkata kepada diri saya sendiri semua gaya rambut yang saya lihat itu sudah pernah saya gayakan dulu. Sekarang saya perlu menjadi wanita muslimah yang ingin menuju ke jalan Allah," katanya.

Tambah Ayu lagi, perubahannya menutup aurat juga adalah salah satu cara untuk menjaga nama baik suaminya, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak sebagai ketua rumah tangga.

Sementara itu, bercerita mengenai imej barunya itu, Ayu bersyukur kerana dia semakin selesa tampil sedemikian walaupun terpaksa melalui rasa panas dan menganggap perkara itu adalah satu ujian yang harus ditempuhinya.

"Saya percaya, mana-mana wanita yang mula bertudung akan mengalami perasaan yang lebih kurang sama seperti saya. Namun, apabila niat kita untuk ke arah kebaikan, kita akan lebih selesa.
"Malah saya semakin seronok ketika ini apabila dapat membuat eksperimen gaya tudung yang sesuai dengan wajah saya.

"Lebih senang lagi apabila kita tidak perlu berfikir tentang masalah 'bad hair day' seperti yang dilalui sebelum bertudung," selorohnya.

Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad kahwin 2014

Jom! comments


Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad kahwin pada 2014 itulah perancangan Shila Amzah akan hubungannya bersama Sharnaaz Ahmad. Selepas muncul juara dalam pertandingan Asian Wave 2012 di China minggu lalu, semakin ramai yang membuat tanggapan Shila akan berkahwin dalam tahun ini juga. Bagaimanapun, Shila mempunyai masa yang sudah disasarkan untuk menamatkan status bujangnya.

“Saya tahu ada yang bertanya soal kahwin memandangkan saya dan Shaarnaz sudah pun membuka cerita tentang itu sebelum kejayaan di China. Saya tak marah kerana hubungan antara kami itu pun berlaku tanpa disedari sejak tahun lalu.

“Rancangan nak berkahwin itu memang ada. InsyaAllah tak ada aral, kami bersatu pada tahun 2014. Maknanya ada dua tahun lagi kami nak ke arah itu. Ada masa juga untuk buat persediaan mental dan fizikal,” kata Shila.

Gambar Hot! Nora Danish bertudung cun

2 comments

Gambar Nora Danish bertudung cun-Di sini budak nakal blogspot akan kongsikan kepada anda gambar terkini Nora Danish bertudung. Gambar ini di ambil semasa  Nora Danish sedang melaksanakan babak scene Anak Jantan. Bila dilihat wajah Nora Danish bertudung ini, memang sangat comel.


Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net