Powered by Jasper Roberts - Blog

Video bas jatuh gaung di Bolivia

Jom! comments


Video kali ini memaparkan detik-detik cemas dimana bas yang ingin melalui kawasan tanah runtuh telah tergelincir dan jatuh ke gaung bersama-sama pemandunya.

Dikatakan gaung ini merupakan gaung yang telah menelan nyawa kira-kira 200 hingga 300 orang setahun.

Budak nakal: kesian pemandu bas tu...tapi nasib baik penumpang-penumpang bas tu keluar, kalau tidak mereka pun akan terima nasib yang sama.
Pandangan terbaik

Dua maut dalam kemalangan libatkan 10 kenderaan

Jom! comments


Dua maut dalam kemalangan melibatkan 10 kenderaan di persimpangan lampu isyarat Seri Negeri-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, petang ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata yang maut ialah pemandu lori yang membawa muatan dedak ayam, R. Chandran, 47, dan penunggang motosikal, R. Mukeudan@Mukundan, 62.

Salehhudin berkata dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, lori terbabit yang datang dari arah Bukit Katil di sini dipercayai hilang kawalan akibat brek gagal berfungsi sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan.

"Lori tersebut kemudian merempuh tiga buah kereta, dua lori dan empat motosikal," katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya akibat rempuhan itu pemandu lori terbabit tersepit di tempat duduk kenderaannya manakala Mukeudan terperosok di bawah lori tersebut sebelum kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua penunggang motosikal lain dan seorang pemandu kereta turut cedera dalam kemalangan itu.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Melaka Lokman Hakim Sulaiman berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.30 petang dan bergegas ke tempat kejadian bersama tiga jentera, sebuah van dan dua unit bermotor dari balai bomba Ayer Keroh dan Bukit Katil.

"Operasi mengeluarkan mayat pemandu lori (yang tersepit) mengambil masa lebih tiga jam," katanya.

Beliau berkata mayat mangsa berjaya dikeluarkan pada 6.40 petang menggunakan pelbagai peralatan termasuk pemotong dan dua buah kren.  - Bernama

Isu kahwin Rozita Che Wan dan Datuk K

1 comments



Salah seorang anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K telah bertemu pelakon Rozita Che Wan secara peribadi untuk mengetahui adakah benar wanita itu mahu mengahwini bapanya.

Rozita, 38, berkata, dia terkejut apabila seorang lelaki datang menemuinya di sebuah majlis baru-baru ini bertanyakan kebenaran gosip berkenaan.

"Saya tidak mengenali Datuk K secara peribadi dan begitu juga anak beliau. Dia tiba-tiba menyapa saya di sebuah majlis tertutup dan bertanya mengenai perkara berkenaan," katanya kepada portal redcarpet.net.my.
Rozita sebelum ini pernah dikaitkan dengan Datuk K dan mereka kononnya dikatakan telah berkahwin secara senyap.

Dalam pada itu, Rozita memohon semua media dan penulis blog di negara ini menghentikan spekulasi melibatkan dirinya dengan Datuk K kerana tidak mahu melukai hati penyanyi Siti Nurhaliza.

Siti bersama suaminya, Datuk K pada majlis rumah terbuka di kediaman mereka di Kuala Lumpur.
"Saya tidak mahu menyakiti hati Siti dengan cerita-cerita yang tidak benar sebegini tambahan pula saya memang tidak berminat dengan lelaki yang sudah berkahwin," ujarnya.

Sementara itu, Rozita menjelaskan dia kini selesa hidup sendirian dan akan lebih berhati-hati mencari cinta selepas rumah tangganya hancur sebelum ini.

Rozita berkata, dia sentiasa mengambil pengajaran daripada kegagalan perkahwinannya yang lalu dan mengakui cerewet apabila melibatkan lelaki.

Malah jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan duda, dia akan memastikan lelaki tersebut tidak mempunyai anak kerana tidak mahu bergaduh dengan anak-anak tirinya.

"Saya cuma akan berkawan dengan lelaki bujang atau pun duda yang tidak mempunyai anak kerana saya tidak mahu anak-anaknya menghadapi masalah dengan saya.

"Saya tertarik kepada lelaki yang baik, tidak ego dan dapat menjaga rumah tangga dengan sempurna walaupun dia tidak sekaya mana," katanya.

Tambah Rozita, paling penting lelaki yang ingin mendampinginya mestilah boleh menerima dua anak lelakinya yang telah meningkat usia remaja.

"Anak-anak tidak meletakkan kriteria calon suami saya kerana paling penting lelaki itu dapat mengembirakan saya dan menyayangi mereka seperti anak sendiri," ujarnya.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net