Powered by Jasper Roberts - Blog

Pasar malam tutup hormati waktu Maghrib

1 comments



BERMULA jam enam petang, kebanyakan penjaja dan pelanggan mula memenuhi kiri kanan jalan Pasar Malam Padang Jawa.

Suasana hingar bingar kemeriahan urus niaga tidak jauh beza dengan pasar-pasar malam di lokasi lain.

Namun uniknya di sini, tiupan wisel sejurus azan Maghrib, lampu gerai dan urusan jual beli dihentikan serta merta.

Tiada urus niaga dibenarkan selama 20 minit!  Dalam tempoh itu, peniaga dan pengunjung Islam, ramai-ramai menunaikan solat Maghrib di masjid sementara bagi bukan Islam mengikuti arahan penuh hormat dan bertanggungjawab.  

Pengalaman ini bukan baru, malah inisiatif Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Padang Jawa itu dipraktikkan sejak 1 Januari 2010 lalu.

Tinjauan Sinar Harian Jumaat lalu mendapati, peniaga dan pengunjung menyambut baik praktis ini menyokong penuh tindakan tersebut sebagai satu langkah pembaharuan bagi  menghormati waktu solat dan menghormati Islam.

Peniaga perlu tidak bimbang tentang barangan jualan mereka yang ditinggalkan kerana kawasan perniagaan dikawal oleh petugas sukarela terdiri daripada JKKK, Rela dan ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Malah, tinjauan yang dibuat terhadap peniaga bukan Islam, juga amat menggalakkan di mana mereka juga bersetuju dan  menyokong sepenuhnya peraturan ini, bahkan mereka juga gembira apabila perniagaannya bertambah laris selepas perniagaan dibuka semula.

Suasana yang  meriah dan terang benderang tiba-tiba bertukar suram apabila lampu dimatikan dan kelihatan petugas sukarela berlegar di sekitar tapak perniagaan bagi memastikan setiap peniaga mematuhi arahan.

Kelihatan peniaga dan pengunjung bergegas menuju ke masjid manakala bukan Islam mereka memilih untuk berehat di gerai masin-masing dalam keadaan bergelap.

Gempar! Lafaz cerai dari Rashidi kepada Vanida

4 comments


Lafaz cerai dari Rashidi kepada Vanida dalam filem digesa segera merujuk kepada jabatan agama Islam.
Pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran (Vee) digesa segera merujuk kepada jabatan agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi terhadap Vanidah dalam filem Untuk Tiga Hari.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi sewaktu melakonkan watak Zafrin dalam filem itu menyebabkan perkahwinan sejak 1 Oktober 2000 antara beliau dan Vanidah tidak sah di sisi agama.

"Ia umpama menjadikan sesebuah perkahwinan itu sebuah permainan seperti kahwin muta'ah. Justeru, saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera.

sumber Utusan

Aliff dan Anne Ngasri putus cinta

3 comments



Anne Ngasri dan Aliff telah pun sah putus cinta, cuma Anne meminta untuk merahsiakan punca perpisahan mereka.

“Benar, saya dan Aliff kini sudah pun putus, kami membawa haluan masing-masing dan saya anggap sudah tiada jodoh di antara kami,” jawab ringkas Anne Ngasri.

Anne yang tidak berniat untuk mengulas lanjut mengenai hubungan cintanya yang kini telah berakhir turut meminta untuk merahsiakan punca perpisahan mereka.

“Biarlah rahsia dan ia akan menjadi rahsia kami berdua sahaja,” jawabnya ringkas dan tidak mahu diminta lagi disoal mengenai peribadinya itu lagi.

Namun beliau berkata, keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan kakaknya, Darling kepada rakan media sebelum ini. Bahkan ia hanya membabitkan dirinya dengan Aliff yang dikatakan cukup peribadi.

Ibu tunggal kepada tiga orang anak ini mula menjalinkan hubungan cinta bersama Aliff sejak awal tahun lalu dan sejak itu kisah hubungan cinta mereka selalu sahaja mendapat tumpuan ramai media dan peminat.

Dalam satu laporan sisipan akhbar BPop, Berita Minggu yang lalu, Anne telah mengesahkan hubungan cintanya dengan penyanyi Sayang Sayang itu sudah pun putus.

sumber

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net