Bila di lihat pada gambar ini, alahai anak siapalah ini. Sejuk mata memandang kanak-kanak ini yang sedang bersolat dan diimamkan oleh seorang budak lelaki yang sangat comel ini.
Home > All posts
Senarai peserta masterchef malaysia 2
2 comments
Posted by
Seramai 24 peserta dipilih untuk berentap menunjukkan bakat kehebatan memasak masing-masing menerusi program realiti masakan popular, Masterchef Malaysia yang kembali untuk musim kedua.
Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, pilihan peserta yang merupakan dari pelbagai latar belakang dan kepakaran itu dibuat berdasarkan kualiti dan potensi yang baik untuk pergi jauh dalam bidang seni kulinari.
![]() |
| Gambar 24 peserta MasterChef Malaysia 2 |
"Kami juga turut menerapkan elemen Malaysia pada set studio yang digunakan untuk membangkitkan semangat para peserta menyediakan hidangan yang terbaik.
"Jujurnya, saya amat teruja dan tidak sabar untuk melihat kesungguhan, kreativiti dan daya saing para peserta musim ini untuk beraksi di dapur," katanya dalam sebuah kenyataan akhbar yang diberikan kepada mStar Online.
![]() |
| Juri MasterChef Malaysia 2 |
Peserta-peserta itu dipilih menerusi sesi ujibakat yang telah pun bersiaran pada 8 September lalu (Astro Ria) dengan mengharungi beberapa rintangan dan penyingkiran sebelum berjaya meneruskan perjalanan mereka dalam program ini.
Gabungan tiga juri daripada musim lalu iaitu Chef Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Papa Joe, Chef Zubir Md Zain dan Chef Adu Amran masih lagi dikekalkan bagi musim kali ini.
"Tiga orang tukang masak yang berpengalaman dalam penyedian makanan di peringkat tempatan dan antarabangsa ini bakal menilai masakan para peserta sepanjang musim ini.
"Saya percaya ketiga-tiga juri ini mampu menilai makanan yang terbaik hasil daripada masakan para peserta," tambah Raqim.
Tema MasterChef Malaysia 2
Bertemakan 'Dapur Malaysia ke Persada Dunia', MasterChef Malaysia 2 lebih menekankan mengenai penyediaan masakan tempatan dan memartabatkan makanan Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Pada masa yang sama, program realiti masakan ini masih memberikan inspirasi dan peluang kepada para peserta mencungkil bakat mereka dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman dalam dunia masakan.
Juara MasterChef Malaysia 2
Juara MasterChef Malaysia 2 bakal memenangi wang tunai RM100,000 dan berpeluang untuk tampil di pelbagai program yang akan diaturkan pihak Astro kelak.
Waktu MasterChef Malaysia 2
Program ini disiarkan pada setiap hari Sabtu hingga Khamis, pukul 9 malam hanya di Astro Ria (Saluran 104).
Gambar Hot! Nora Danish atas kerusi
2 comments
Posted by
Bila sebut sahaja pelakon yang bernama Nora Danish, pasti ramai yang sudah mengenalinya. Kini akan di kongsikan beberapa gambar yang berada di paparan surat khabat kosmo pada hari ini di mana Nora Danish begambar bersama baju berwarna keemasan di atas kerusi.





