Powered by Jasper Roberts - Blog

Lelaki mati hidup semula melamar aweknya

Jom! comments


Seorang lelaki di moscow hanya kerana ingin tahu sama ada teman wanitanya benar-benar menyintainya, seorang lelaki berpura-pura mati dalam satu kejadian kemalangan kereta yang mengerikan dan kemudian bangkit untuk mengajukan soalan itu.

Alexey Bykov mengupah seorang pengarah filem, pelakon lasak, jurusolek artis dan juga penulis skrip untuk mengadakan adegan kemalangan olok-olok itu.

Lelaki berusia 30 tahun berkenaan sebelum itu mengaturkan pertemuannya dengan teman wanitanya, Irena Kolokov di lokasi kemalangan itu supaya wanita itu yakin dia mati.

Irena berkata: “Kami berjanji bertemu di sesuatu tempat. Tetapi apabila tiba, terdapat beberapa kereta yang kemalangan dan tercampak di sana sini, ambulans, asap dan kebakaran.

“Kemudian, apabila saya melihat Bykow penuh dengan darah terbaring di jalan raya, seorang paramedik memberitahu saya, dia sudah mati. Saya menangis.” Tetapi Bykov yang sudah ‘mati’ bangkit dan melamar Irena, dengan tubuhnya masih dibasahi darah palsu.

Irena berkata: “Saya sungguh marah sehingga hampir membunuhnya sekali lagi, tapi kali ini mahu memastikan dia benar-benar mati.” Mujur bagi Bykov, Irena memahami jenaka itu dan menerima lamarannya. Pasangan itu berkahwin minggu lalu.

Bykov yang berasal dari Omsk, Russia berkata: “Saya mahu dia menyedari betapa kosong jiwanya tanpa saya dan bagaimana dia akan hidup tanpa saya.

“Saya percaya saya berjaya melakukannya. Tetapi itu adalah yang terakhir saya berbuat demikian.”

Hot! Gambar manis Neelofa tanpa Make up

8 comments



Di sini koz ingin kongsikan gambar Neelofa dengan solekkan minimum yang di kongsikannya di laman peminat Facebooknya. Walaupun tanpa make up, Neelofa tetap nama cun dan comel sangat-sangat. Sekali pandang, pasti nak pandang lagi. Pada pendapat koz kalau Neelofa tak meka up lagi nampak ayu dan cun.


Wanita separuh bogel mati dijerut

Jom! comments

Wanita separuh bogel mati dijerut

PENAMPANG: Seorang wanita ditemui mati dipercayai dibunuh dalam keadaan mengerikan apabila bukan saja lehernya dijerut, malah kaki dan tangannya turut diikat menggunakan tali dalam kejadian di Pangsapuri Delta Heights, di sini, petang semalam.

Mangsa, Rozaidah Lajalo, 28, dari Tawau, yang hanya berbaju dan berseluar dalam ditemui tertiarap oleh sepasukan polis dalam sebuah bilik, jam 6 petang.


Menurut sumber, sebelum itu, kakak mangsa dikatakan datang ke rumah di tingkat dua pangsapuri berkenaan selepas wanita terbabit tidak hadir ke tempat kerjanya di sebuah pusat hiburan, di sini.

“Kakak mangsa yang curiga masuk ke rumah berkenaan sebelum terhidu bau busuk dari sebuah bilik yang berkunci sebelum menghubungi polis.


“Polis memecah pintu bilik berkenaan dan menemui mangsa dalam keadaan tertiarap dalam keadaan tangan dan kakinya terikat manakala ada kesan jerut di lehernya,” katanya, di sini, semalam.


Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan keterangan ahli keluarga serta kenalan mangsa dan sedang mengenal pasti motif kejadian.



Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net