Powered by Jasper Roberts - Blog

Gempar janin dijumpai di tangga kuarters KLIA

2 comments



Janin ditemui di tangga kuarters KLIA - Seorang kakitangan Jabatan Imigresen terkejut apabila menemui janin manusia di tangga tingkat satu sebuah blok kuarters KLIA dekat Nilai semalam.

Saiful Nizam Abas, 40, berkata, dia ternampak janin itu ketika keluar dari rumah berhampiran lokasi kejadian untuk mengambil seorang kanak-kanak yang dijaga oleh isterinya. 
"Sebaik sahaja membuka pintu rumah, saya terkejut melihat beberapa tompokan darah di lantai berhampiran tangga untuk naik ke tingkat atas.

"Saya ikut kesan tompokan darah itu sebelum ternampak objek yang bergulung seperti janin manusia," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, selepas memaklumkan perkara itu kepada jiran, dia kemudian segera menghubungi polis.
Jelasnya, dia difahamkan oleh jururawat Klinik Kesihatan Kuarters KLIA yang tiba di lokasi bagi membantu siasatan, berdasarkan pemerhatian awal ia janin manusia berusia dalam lingkungan tiga bulan.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Yusof Awang berkata, polis masih menyiasat kejadian itu dan sedang menunggu keputusan forensik daripada Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-758 3222.


Budak Perempuan Istihar Cintakan Jihad

3 comments



Budak 8 Tahun Istihar Cintakan Jihad - Seorang budak perempuan berumur lapan tahun, membuat pengakuan mencintai jihad dan kebangkitan Islam di Syria di dalam satu persidangan Islam di ibu negara Australia baru-baru ini.

Namun, pengumuman dibuatnya telah mengundang rasa kurang senang Australia yang mendakwa Ruqaya menimbulkan kontroversi dalam negara ketika kerajaan Australia yang sedang berhadapan dengan kesan buruk protes yang berlaku sepanjang minggu lalu.

Menerusi rakaman, Ruqaya dilihat memberi ucapan di hadapan orang ramai semasa berlangsungnya persidangan bertajuk Kebangkitan Islam oleh pengikut Hizb ut-Tharir Australia di Bankstown, selatan ibu negara.

Pihak berkuasa tempatan kini dilapor menjalankan siasatan terhadap identiti kanak-kanak itu yang menggambarkan jihadnya sebagai perjuangan semangat suci bersamaan dengan kebangkitan keganasan di Syria serta masyarakat dunia.

Menurut agensi 9News, dalam video berkenaan Ruqaya mengungkapkan kebangkitan menunjukkan umat Islam dalam keadaan baik dan hidup, sentimennya adalah demi Islam, cintanya hanya untuk jihad selain membuang rasa takut yang sedia ada di dalam dirinya.

“Kita dapat melihat keadaan kanak-kanak seusia saya di jalananan negara bergolak, mereka membahayakan nyawa dengan membawa makanan, air dan ubat untuk ahli-ahli keluarga mereka yang cedera.

“Malah ada sebahagiannya langsung tidak kembali ke pangkuan ibu mereka. Tiada istilah terlalu muda bagi mereka,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kebajikan Masyarakat dan Keluarga, Pru Goward mengarahkan pihak berkuasa melakukan siasatan mengejut terhadap mana-mana kanak-kanak yang dijumpai terlibat dalam sebarang protes dan tunjuk perasaan di Australia.

“Kita tidak boleh membiarkan kanak-kanak dijadikan alat keganasan untuk apa sahaja perhimpunan dan kita tidak boleh mempergunakan mereka sebagai medium mempromosikan mesej hasutan yang menjurus kepada keganasan,” Katanya.

Anak Rina Meninggal Dalam Kandungan

Jom! comments



Setelah Rini AF 7 kehilangan anak tercintanya pada 17 Ogos  lalu, semalam, 18 September adik kembar kepada Rini iaitu Rina atau nama sebenarnya Zuzafrina Zulkifli pula telah mengalami nasib yang sama apabila anak dalam kandungannya disahkan meninggal dunia.

Wartawan yang menghubungi Rini mengesahkan perkara tersebut dan beliau sudi berkongsi berita sedih ini.

“Semalam Rina pergi bagi mengadakan pemeriksaan seperti biasa di Hospital Kajang, tetapi sewaktu pemeriksaan doktor dia diberitahu anak di dalam kandungan sudah tidak bernyawa.”

“Bagaikan tidak percaya, dan Rina membuat imbasan sekali lagi tapi hasilnya tetap sama. Bagaimanapun Rina reda dan menerima ketentuan Ilahi dengan apa yang berlaku.”

Bermula semalam, Rina sudah dimasukkan ke wad serta diberikan ubat untuk memudahkannya bersalin. Rina juga pernah mengalami keguguran di awal perkahwinan sebelum disahkan mengandung kali ke-2.


Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net