Powered by Jasper Roberts - Blog

Download Drama Saiful Nita Tv3

2 comments

Download Drama Saiful Nita Tv3

Drama ‘Saiful Nita’ ini bermula apabila Saiful (Aidil Aiziz) disatukan oleh bapanya dengan anak perempuan Tan Sri Sulaiman, Nita (Kilafairy) yang mempunyai sikap suka memberontak dan berfoya-foya. Tujuan bapa Saiful, Datuk Mahmud menyatukan Saiful dan Nita kerana dia ingin mengambil kesempatan di atas kekayaan yang dimilik oleh keluarga Tan Sri Sulaiman.

Setelah genap sebulan bertunang, Nita mula menuntut agar Saiful memutuskan pertunangan mereka. Bagaimanapun Saiful enggan memutuskan tali pertunangan mereka sehinggalah Saiful bertemu dengan seorang wanita yang baik hati bernama Netty.

Sementara itu, Nita yang sedang menjalinkan hubungan dengan Doktor Effendi, telah mendapat satu tamparan hebat apabila dia ditinggalkan oleh kekasihnya. Nita juga mengalami gangguan jiwa dan sering bertindak di luar kawalan. Sebagai ‘tunang’, Saiful bersimpati dengan nasib Nita dan sering berada di sisi Nita. Saiful sanggup melakukan apa sahaja untuk menggembirakan Nita.

Nita mula sedar bahawa Saiful merupakan seorang lelaki yang baik dan dia tidak seharusnya melepaskan lelaki sebaik itu. Nita mula menyukai Saiful. Akan tetapi di dalam hati Saiful kini sudah ada nama wanita lain iaitu Netty. Masih wujudkah lagi perasaan sayang Saiful terhadap Nita? Siapakah menjadi pilihan hati Saiful? Adakah Nita wanita yang pernah meranapkan perasaannya atau Netty wanita yang memahaminya?

Pelakon Drama Saiful Nita Tv3

Aidil Aziz, Kilafairy, Linda Hashim, Arash Mohd, Mariah Faridah, Dato’ Jalaludin Hassan, Hamidah Wahab, Fauzi Nawawi dan Syura.

Download Drama Saiful Nita Tv3

Download Drama Saiful Nita Episod 1
Download Drama Saiful Nita Episod 2
Download Drama Saiful Nita Episod 3
Download Drama Saiful Nita Episod 4
Download Drama Saiful Nita Episod 5
Download Drama Saiful Nita Episod 6
Download Drama Saiful Nita Episod 7
Download Drama Saiful Nita Episod 8
Download Drama Saiful Nita Episod 9
Download Drama Saiful Nita Episod 10
Download Drama Saiful Nita Episod 11
Download Drama Saiful Nita Episod 12
Download Drama Saiful Nita Episod 13
Download Drama Saiful Nita Episod 14
Download Drama Saiful Nita Episod 15


Menangi RM10,000 setiap hari!!

Jom! comments

Menangi RM10,000 setiap hari!!

Anda semua pernah mendengar Xpax Whatchuwant? Xpax Whatchuwant memang luar biasa, kalau belum
pernah menggunakannya bertukarlah sekarang di sini.

Xpax Whatchuwant memang best dan kelebihannya seperti yang tertera di banner bawah ini.


Luar biasa bukan? Jadi cara untuk beralih senang sahaja, anda hanya perlu dial *128#.


Dengan pakej Xpax Whatchuwant.Anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah barangan bernilai RM10,000! Antara hadiah di tawarkan seperti TVLed,Kamera Nikon coolpix ,Samsung Slll dan lain-lain lagi.Maklumat lanjut anda boleh layari http://xpax.com.my/ bagi mendapat info yang lebih detail.


Anda memiliki kereta? jadi marilah turut serta dalam Contest HARI HARI ISTIMEWA (SPECIAL SURPRISE DAYS) di mana anda berpeluang untuk berpeluang menyertai MTV PIMP MY RIDE dan pemenang berpeluang untuk featured in show pertama di Asia.


Untuk join conest ini anda bolehlah ke sini http://blog.nuffnang.com.my/2012/09/10/wcwpmr/ .

Penyertaan amatlah mudah, anda hanya perlu memaparkan gambar kereta anda yang ingin di tranform dan terangkan kenapa mereka harus memilih anda.


Hantu Bukit Putus Negeri Sembilan

3 comments

Hantu Bukit Putus Negeri Sembilan

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”

“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… ..


Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net