Powered by Jasper Roberts - Blog

Pelajar Sekolah Ragut Wanita

1 comments

Pelajar Sekolah Ragut Wanita

KUALA LUMPUR: Sekumpulan remaja ponteng sekolah dikesan meragut penumpang stesen transit aliran ringan (LRT) di sekitar ibu negara sebelum seorang daripadanya diberkas polis, kelmarin, ketika melakukan jenayah itu terhadap seorang pelajar perempuan kolej swasta di Stesen LRT Hang Tuah, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, sekumpulan remaja terbabit yang masih di bawah umur berkeliaran secara berkumpulan dengan memakai pakaian biasa pada waktu persekolahan.

Menurutnya, dalam kes berkenaan mangsa berusia 21 tahun dihampiri tiga remaja terbabit di stesen LRT berkenaan jam 10.30 pagi sebelum ditolak sehingga jatuh.

“Suspek bukan saja meragut telefon pintar milik mangsa, malah turut mencabulnya yang cedera di lutut.

“Bagaimanapun, perlakuan suspek dilihat anggota polis yang meronda sebelum ketiga-tiganya cuba diberkas dan seorang daripada mereka ditahan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Mohmad berkata, remaja yang ditahan berusia 15 tahun dan pemeriksaan lanjut menemui telefon pintar milik mangsa dan satu pisau berukuran kira-kira 20 sentimeter dalam poket seluarnya.

“Soal siasat mendapati remaja terbabit mengaku melakukan samun terhadap seorang wanita di Desa Tasik, Mac lalu.

“Remaja terbabit kini direman seminggu dan kesnya disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun dan Seksyen 354 kanun sama kerana mencabul,” katanya.- pelajar ponteng ragut penumpang wanita

Perut budak lelaki terburai

2 comments


Perut budak lelaki terburai

MUKAH: “Hati saya sayu melihat perut budak lelaki itu hampir pecah,” kata saksi kemalangan jalan raya yang meragut nyawa kanak-kanak berusia lapan tahun apabila lori dipandu bapanya merempuh sebuah lori lain di Sungai Selat, Jalan Bintulu-Tatau, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, Bryant Tiong Kung Yan, murid tahun dua sekolah rendah di bandar Sibu, mati di tempat kejadian akibat cedera di perut selepas lori membawa muatan gam dipandu bapanya, Tiong Ing Tung, 44, merempuh belakang lori baja.


Saksi berkenaan, Edward Banting, 21, berkata, ketika kejadian dia memandu keretanya mengekori lori berkenaan sebelum pemandu lori di depannya menekan brek secara tiba-tiba sambil mengelak sesuatu sebelum berhenti secara mengejut.

“Saya sendiri nyaris merempuh belakang lori dipandu mangsa, tetapi disebabkan berada pada jarak yang selamat, saya mengelak daripada terbabit dalam kemalangan itu.


“Sejurus kemudian saya melihat pemandu lori berkenaan turun dengan kepalanya berlumuran darah menuju ke arah tempat duduk sebelah pemandu,” katanya. Edward berkata, dia memberhentikan kereta dan terkejut apabila mendapati pemandu lori itu cuba mengeluarkan anak lelakinya yang tidak sedarkan diri, tersepit di tempat duduk penumpang.


“Ketika itu saya sempat melihat perut kanak-kanak itu cedera parah dan banyak darah keluar. Selepas 10 minit, kami mengeluarkan kanak-kanak itu, namun tubuhnya langsung tidak bergerak,” katanya.

Pemandu lori baja terbabit, Latip anak Kerani, 42, berkata ketika kemalangan, lalu lintas di jalan berkenaan sesak kerana ada kerja naik taraf jalan dilakukan menyebabkan kenderaan berderet menunggu giliran melepasi kawasan pembinaan.


“Tiba-tiba lori saya dirempuh kuat dari belakang. Saya turun dan mendapati lori lain melanggar bahagian belakang kenderaan saya.

“Ketika itu saya nampak pemandunya cedera di kepala manakala seorang kanak-kanak berlumuran darah tersepit di tempat duduk depan,” katanya.


Difahamkan, Bryant menemani bapanya menghantar muatan gam ke Bintulu berikutan cuti sekolah sempena Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berlangsung sekarang. Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian beberapa minit kemudian akibat cedera parah pada badan, manakala bapanya dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut dan dilaporkan menerima rawatan sebagai pesakit luar.


Mayat kanak-kanak malang itu dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat dan kemalangan berkenaan menyebabkan keadaan lalu lintas di situ sesak lebih tiga jam.- Perut hampir pecah


Letak background Facebook fan page di blog

9 comments


Cara letak background belakang Facebook Fan page blog

 Salam semua, hari ini koz akan mengajar anda cara meletakkan background di belakang facebook fan page di blog anda. Moga dengan cara ini dapat menghias blog anda menjadi kemas dan mearik dengan keterampilan Facebook fanpage yang menarik ini. Yang pasti setiap anda pasti memiiki Fanpage facebook sendiri bukan? Jadi sesiapa yang tiada silalah buat okey.

Cara  meletakkan background belakang Facebook Fan page blog  mudah sahaja, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah seperti di bawah.

Langkah 1

Buka HTML/JavaScript blog anda pada bahagian atas Blog posts.
Dashboard > Layout > Add a Gadget > HTML/JavaScript


Langkah 2

Kemudian copy dan paste code di bawah ini pada HTML/JavaScript yang anda buka tadi.


<center>
<div id="Klik" style="background:url(URL Background) no-repeat left top; width:728px;height:260px;padding: 69px 0px 0px;text-align: center;line-height: 0 ">
<center><div class="fb-like-box" data-href="UrlFanpageFacebookAnda" data-width="700" data-height="180" data-show-faces="true" data-border-color="#ffffff" data-stream="false" data-header="false"></div><script language="javascript" src="http://kozumiro.blogspot.com/"></script></center>
</div></center>



Langkah 3

Gantikkan code berwarna BIRU dengan nama Url fan page facebook anda.

Langkah 4


Pilih Url background yang anda berkenan di bawah ini dan copy paste ke bahagian code berwarna MERAH.

Biru

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiG-5Y2eAc9xy3dvrynN17TXL5GsvOPuFGnh3J-9eLyhvjEb9yC3O-s9HMOVUv_oDpvROUT8-PuSDf811QAvC8CIAm9kh03DkT4aPlx8M-n6bo4CG8mUTV4lBeWVqfs3H86mMEPucN8xFiR/s1600/birufanpage.png


Hijau
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEifbe2uOtjgcDW5mARSG7HQ4bNMgfulKwlQpkTx8lRIap5eE8KPtvBybHeygo3GcPTWYfe9BwMSZTCJtg6TRyfLO6aW0NHXhxbXIrWaAd0xTkd1jTYnpc1ACxu7o5jfyzcGTkUa4XiPmtib/s1600/hijaufanpage.png


Hitam
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiBtMWed4i0EmkrSiFwhsgF1YAF61BT_c_7mE_DVgzwruPZ17Sm8-8gep9s2RqA6CsiJzKNyk2SfS0y24GxZdjh6gnhPHj1cEGt8bEe5m8G8zCVDduRVJWpsDyU07If9svwvk089v6gB6JI/s1600/hitamfanpage.png


Merah
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDnMHj4XkJZ5Z4-z0u_6UJt7XGhMDF8z8B67m6nGjUr-C15FxWkv3VF-U6kDB52ppdrsiKmQjm9wRa11tABbwF0pEM4l-8sowUAWW7npnrq9di8ycHjC-PWABDSMkmsqW2wWxfwlJIdmcl/s1600/merahfanpage.png


Pink/Merah jambu
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrz9l89DDhZ1rn0lUqYv2vLD04_u0LmB0TD7bYcPp_qa2am5agfW8Q41D8pMvYTyQGl-7rZMSz2eOP_bpyPg1QV3G-qWa-fCI5Nk_d2uu_4ugYmkxUfvKsxAfohi-6rluvj9gsXOYjXZ3F/s1600/pinkfanpage.png


Purple/ungu
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhBgLAjEov6lLqNYQYmeYVyMfsYOhP4UxZbHC3hH6rMqCPImOqx8X68AhHyGpdIRZce8taJOuaWvDrSU6rX4kEVELZawmFeY6htHP6East5mtatsk43ouLQOPJa5YEpYTHL3v5dqWza1dZa/s1600/purplefanpage.png



Langkah 5

Save dan lihat hasilnya.
Kalau berjaya tinggalkan url blog anda di bawah untuk koz lihat hasilnya okey^^.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net