Powered by Jasper Roberts - Blog

Aksi jijik dua lelaki homoseksual

1 comments



Aksi jijik dua lelaki homoseksual yang asyik melepaskan gelora nafsu songsang mereka di kawasan rekreasi Taman Gelora, di sini, terbantut apabila mereka dicekup penduduk tempatan yang melakukan rondaan bagi mencegah perlakuan itu, awal pagi kelmarin.

Seorang daripada penduduk terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Fairuz, 30, berkata, dua remaja lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu dicekup jam 2 pagi selepas intipan dilakukan 15 minit.

Menurutnya, penduduk kawasan perumahan berhampiran Taman Gelora kerap melakukan rondaan untuk mencekup pasangan homoseksual selepas tidak sanggup melihat taman rekreasi itu menjadi lubuk maksiat golongan terbabit.

Fairuz berkata, ketika dia dan seorang rakan melakukan rondaan awal pagi kelmarin, mereka mengesan aksi mencurigakan dua individu yang dilihat asyik memadu asmara.- Aksi jijik dua lelaki homoseksual

Sheera Iskandar Sudah Sedia Dirikan Rumah Tangga

3 comments



Sheera Iskandar Sudah Sedia Dirikan Rumah Tangga -Pelakon Sheera Iskandar berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan dan mengakui sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Sheera yang juga anak kepada pelakon Aznah Hamid berkata, dia dan kekasihnya yang hanya mahu dikenali sebagai Syan sudah lima tahun bercinta dan sudah tiba masanya mereka melangkah setapak lagi dalam perhubungan mereka.

"Hampir lima tahun saya dan Syan bercinta, saya cukup selesa bersamanya dan berharap hubungan ini akan berakhir dengan sesuatu yang indah.

"Umur saya sekarang 27 tahun dan Syan 28 tahun, saya rasa sudah tiba masanya untuk kami menamatkan zaman bujang dan melangkah ke alam perkahwinan," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Sheera memberitahu kekasihnya itu belum melamarnya sebagai isteri tetapi mereka ada berbincang mengenai perkahwinan impian mereka.

Tambah Sheera Syan bukan seorang yang romantik namun senang dengan cara kekasihnya itu yang sering berada di sisinya ketika dia memerlukan.

"Memang dia tidak romantik tetapi dia sering menunjukkan rasa kasih dan sayang dengan cara berbeza. Itu menyenangkan saya.

"Walaupun dia belum melamar saya tetapi kami sering berbual mengenai perkahwinan dan merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan, Insya Allah," katanya.

Tambah Sheera, dia bagaimanapun tidak mahu menekan soal perkahwinan terhadap kekasihnya itu kerana dia baru sahaja menamatkan pengajian dan membina kerjaya sebagai kontraktor.

Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan kerjaya seninya, Sheera memberitahu sepanjang Syawal dia akan berehat sebelum kembali ke beberapa lokasi penggambaran drama. - Sheera Iskandar Sudah Sedia Dirikan Rumah Tangga

Binaan Menara Lego tertinggi di dunia

1 comments


Binaan Menara Lego tertinggi di dunia

PRAGUE, Republik Czech - Sebuah menara yang diperbuat daripada bongkah kecil Lego dibina oleh sejumlah peminat permainan itu di sini kelmarin.

Menara itu setinggi 32.5 meter sekali gus mencipta rekod dunia mengatasi ketinggian binaan yang sama di Britain.

Ketinggian binaan di Winsdor, Britain pada 6 Julai lalu itu kurang 30 sentimeter daripada yang terdapat di sini.

Pembinaan menara itu bermula pada Khamis lalu.

Bongkah kecil yang paling tinggi itu diletakkan oleh pemenang pingat emas dari Republik Czech acara mendayung di Sukan Olimpik London pada Ogos lalu, Miroslava Knapkova.

"Saya bermain pemainan Lego semasa kanak-kanak apabila bapa saya membawanya pulang ke rumah dari luar negara," katanya.

Sebanyak setengah juta bongkah Lego digunakan untuk membina menara tersebut.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net