Powered by Jasper Roberts - Blog

Polis menahan pencuri kenderaan Proton dan Perodua

2 comments


Polis menahan pencuri kenderaan Proton dan Perodua

Satu sindiket yang aktif mencuri kenderaan Proton dan Perodua di bandar raya Miri sepanjang Februari hingga September tahun ini berjaya dilumpuhkan polis dengan penahanan tiga lelaki rakyat tempatan, minggu lepas.

Polis lumpuh sindiket aktif curi kenderaan Proton dan Perodua


Ketua Polis Miri, ACP Mun Kok Keong berkata, ketiga-tiga suspek yang berumur 29 hingga 55 tahun ditahan pada 7 dan 8 Sept lalu dengan salah seorang suspek ialah pemilik sebuah bengkel membaiki kenderaan yang terletak di Lorong 6 Krokop.
"Polis berjaya selesaikan tujuh kes curi kenderaan antara Februari hingga September tahun ini selepas penemuan enjin di bengkel itu," katanya di sini hari ini.

Mun berkata polis juga yakin 10 kes kecurian dilaporkan pada tempoh yang sama akan diselesaikan dalam masa terdekat berikutan penemuan enjin-enjin di bengkel yang sama tetapi nombor enjin tersebut dikikis oleh suspek untuk mengelak dicam polis. - Bernama - Polis menahan pencuri kenderaan Proton dan Perodua

" Hikmah tinggalkan cakap bohong "

Jom! comments


" Hikmah tinggalkan cakap bohong "

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :

"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya."

Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahwa engkau sanggup meninggalkan bercakap bohong?"

"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.
Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.

Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, lelaki itu berkata di dalam hatinya :

"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."
Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.

"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah.

Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam dan setiap kali pulalah hatinya berkata:

"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.



250 budak rempit tolak motosikal

1 comments


250 budak rempit tolak motosikal

Sebahagian daripada 250 pelesit rempit dikerah menolak motosikal masing-masing sejauh lima kilometer selepas ditahan dalam satu operasi di George Town semalam.

 GEORGE TOWN – Perbuatan 250 pelesit rempit termasuk 22 pelajar sekolah yang menjadikan jalan raya sebagai litar untuk melakukan aksi berbahaya dan berlumba haram berbalas apabila mereka ditahan polis sebelum dikerah menolak motosikal masing-masing sejauh lima kilometer.

Pelesit rempit berusia antara 16 hingga 30-an tersebut dipaksa menolak kenderaan itu dari Bukit Gambir ke Pengkalan Marin Batu Uban di sini sebagai ‘hukuman’ awal atas tindakan mereka yang bagaikan mencabar pihak berkuasa.

Daripada jumlah itu, 150 merupakan penunggang manakala 100 lagi pembonceng terdiri daripada lelaki dan wanita.

Selain polis, ‘Ops Samseng Jalanan’ yang bermula pukul 12 tengah malam itu turut disertai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Wan Aziz Wan Husin berkata, operasi tersebut dianggap berjaya kerana perancangan rapi mereka untuk melakukan sekatan jalan di kedua-dua arah dapat memerangkap pelesit rempit tersebut.- 250 budak rempit tolak motosikal

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net