Powered by Jasper Roberts - Blog

Pelajar Terpaksa Bawa Meja ke Sekolah di China

1 comments

Pelajar Terpaksa Bawa Meja ke Sekolah di China

Sepertinya sudah menjadi hukum alam jika ada kemakmuran maka di situ juga terdapat kemiskinan. Terlepas dari masih tingginya tingkat kemiskinan di dalam negara, pengalaman yang lebih miris ternyata dialami oleh sebahagian penduduk di negara China.

Di sebalik kejayaan negara Tirai Buluh ini menyaingi hegemoni negara barat dalam bidang ekonomi dan perdagangan, namun potret suram kemiskinan masih sangat kental terlihat. Minimnya kesejahteraan penduduk di beberapa kawasan selaras dengan buruknya pendidikan yang ada.

Potret itu boleh dilihat dari Wang Ziqi, kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Shunhe, Provinsi Hubei. Di saat memasuki tahun ajaran baru di sekolah, Wang tidak hanya dituntut untuk menyiapkan pelbagai keperluan sekolah berupa pensil atau buku. Lebih dari itu, Wang juga terpaksa membawa meja dan kerusi sendiri ke sekolah.

Pemandangan miris ini terjadi setiap tahun ajaran baru. Untuk membawa meja dan bangku, Wang biasanya dibantu oleh kakak dan neneknya.

Walau demikian, Wang bukanlah satu-satunya pelajar yang terpaksa membawa meja dan kerusi dari rumah. Sekurang-kurangnya ada lebih dari 3 ribu pelajar lain di sekolah rendah dan sekolah menengah di Shunhe yang dipaksa membawa mejanya sendiri. Keadaan itu berlaku kerana keterbatasan kemudahan yang diberikan kerajaan. Mereka hanya menyediakan sekitar 2 ribu pasang kerusi dan meja. Padahal ada lebih dari 2 ribu pelajar yang bersekolah.

Di bandar miskin tersebut, para orang tua murid terpaksa menggunakan apa sahaja yang mereka boleh gunakan, termasuk membawa meja kopi ke sekolah agar anak-anak mereka dapat belajar.

Saat diminta komen, banyak orang tua yang mengeluh. Mereka menyalahkan sistem pemerintahan yang dianggap sangat korup.

"Kerajaan pusat memberikan dana untuk kemudahan sekolah," kata seorang wali murid kepada stesen berita NBC. "Tapi apabila sampai ke tempat kami, wang itu menghilang."

Meski kerajaan tempatan di sana sudah bertindak balas dengan memberikan tambahan meja dan komited akan memberikan bantuan lebih dari US $ 600.000 untuk menutup defisit anggaran, namun banyak dari penduduk yang tetap tidak percaya dengan janji-janji tersebut.

"Saya lebih suka percaya ada hantu di dunia ini daripada mempercayai janji-janji kerajaan," tulis salah satu kometar pada berita Changjiang Times

Berkaca dari kes ini, kita hanya boleh mengharapkan kerajaan Malaysia tidak melakukan hal yang sama kerana mewariskan kecerdasan dan ilmu bagi generasi muda lebih berharga daripada mewariskan harta semata.- Pelajar Terpaksa Bawa Meja ke Sekolah di China

Ditembak kerana malas bekerja

Jom! comments


Ditembak kerana malas bekerja

Berang sebaik menyedari adik iparnya enggan keluar bekerja, seorang lelaki bertindak ‘ala koboi’ apabila melepaskan dua das tembakan yang mengenai perut lelaki itu dalam kejadian di Kampung Samuran, dekat sini, Isnin lalu.

Mangsa dikenali sebagai Jojo, 32, kini menerima rawatan di Hospital Keningau dan berada dalam keadaan stabil selepas ditembak dari jarak dekat oleh abang iparnya dipercayai menggunakan sepucuk pistol.
Difahamkan, sebelum kejadian, kedua-dua mereka dipercayai bertengkar termasuk mangsa ada menegur abang iparnya berusia 50 tahun yang juga tidak keluar bekerja di ladang kepala sawit.

Sumber berkata, suspek kemudian mengambil sepucuk pistol lalu menuju ke bilik mangsa dan melepaskan dua das tembakan, kira-kira jam 9 pagi.

Menurutnya, suspek yang panik melihat mangsa terbaring berlumuran darah kemudian melarikan diri.
“Beberapa anggota keluarga yang terkejut dengan tembakan itu mendapati mangsa terbaring sambil menekap perutnya yang berlumuran darah.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Keningau bagi mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah, berkata sebaik menerima laporan, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan siasatan.
“Siasatan mendapati, kejadian berpunca apabila kedua-dua bertengkar sebelum suspek menembak mangsa.
“Pemeriksaan di tempat kejadian turut menemui dua kelongsong peluru dipercayai pistol digunakan suspek,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, polis sedang giat memburu suspek yang melarikan diri sebaik kejadian itu, manakala mangsa masih menerima rawatan di hospital.

“Polis meminta orang ramai yang mengetahui lokasi suspek menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau di talian 087-332 222 bagi membantu siasatan,” katanya. – Metro - Ditembak kerana malas bekerja

Samun menggunakan senjata pemetik api

Jom! comments


Samun menggunakan senjata pemetik api

Mendakwa kononnya ingin melangsaikan hutang along, seorang lelaki nekad menyamun sebuah restoran di Seremban Jaya, di sini, dengan hanya menggunakan pemetik api berbentuk pistol tidak ubah seperti senjata sebenar, Selasa lalu.

Bagaimanapun, kelicikan suspek berusia 30-an itu menyamun RM1,200 daripada pengusaha restoran yang juga pasangan suami isteri masing-masing berumur 38 tahun akhirnya tumpas tidak sampai 6 jam apabila dia ditahan di rumahnya di Rahang, di sini.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang pada 4 September lalu, suspek menyerbu sebuah restoran yang sedang dikemas berikutan pengusahanya ingin menamatkan operasi.

“Suspek yang memakai cermin mata gelap serta menggunakan kereta Proton Saga Aeroback berwarna hitam itu nekad memasuki restoran terbabit menerusi pintu hadapan yang ditutup separuh.

“Kemudian suspek terus mengacukan ‘pistol‘ kepada pengusaha restoran iaitu pasangan suami isteri masing-masing berusia 38 tahun sebelum memaksa untuk menyerahkan wang.

“Mangsa yang dalam takut apabila diacukan ‘pistol’ itu menyerahkan sejumlah wang sebelum suspek melarikan diri dengan keretanya diletakkan di luar premis,” katanya.

Menurutnya, polis kemudian dapat mengesan alamat suspek pada hari sama kejadian tersebut melalui nombor pendaftaran sebenar kereta digunakan bagi menyamun.

Kira-kira jam 11 malam hari sama kejadian tersebut, suspek ditahan di rumahnya di Taman Bunga Blossom, Rahang, di sini, di hadapan isteri dan anak-anak suspek.- Samun menggunakan senjata pemetik api

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net