Powered by Jasper Roberts - Blog

Ditembak kerana malas bekerja

Jom! comments


Ditembak kerana malas bekerja

Berang sebaik menyedari adik iparnya enggan keluar bekerja, seorang lelaki bertindak ‘ala koboi’ apabila melepaskan dua das tembakan yang mengenai perut lelaki itu dalam kejadian di Kampung Samuran, dekat sini, Isnin lalu.

Mangsa dikenali sebagai Jojo, 32, kini menerima rawatan di Hospital Keningau dan berada dalam keadaan stabil selepas ditembak dari jarak dekat oleh abang iparnya dipercayai menggunakan sepucuk pistol.
Difahamkan, sebelum kejadian, kedua-dua mereka dipercayai bertengkar termasuk mangsa ada menegur abang iparnya berusia 50 tahun yang juga tidak keluar bekerja di ladang kepala sawit.

Sumber berkata, suspek kemudian mengambil sepucuk pistol lalu menuju ke bilik mangsa dan melepaskan dua das tembakan, kira-kira jam 9 pagi.

Menurutnya, suspek yang panik melihat mangsa terbaring berlumuran darah kemudian melarikan diri.
“Beberapa anggota keluarga yang terkejut dengan tembakan itu mendapati mangsa terbaring sambil menekap perutnya yang berlumuran darah.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Keningau bagi mendapatkan rawatan sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah, berkata sebaik menerima laporan, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan siasatan.
“Siasatan mendapati, kejadian berpunca apabila kedua-dua bertengkar sebelum suspek menembak mangsa.
“Pemeriksaan di tempat kejadian turut menemui dua kelongsong peluru dipercayai pistol digunakan suspek,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, polis sedang giat memburu suspek yang melarikan diri sebaik kejadian itu, manakala mangsa masih menerima rawatan di hospital.

“Polis meminta orang ramai yang mengetahui lokasi suspek menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau di talian 087-332 222 bagi membantu siasatan,” katanya. – Metro - Ditembak kerana malas bekerja

Samun menggunakan senjata pemetik api

Jom! comments


Samun menggunakan senjata pemetik api

Mendakwa kononnya ingin melangsaikan hutang along, seorang lelaki nekad menyamun sebuah restoran di Seremban Jaya, di sini, dengan hanya menggunakan pemetik api berbentuk pistol tidak ubah seperti senjata sebenar, Selasa lalu.

Bagaimanapun, kelicikan suspek berusia 30-an itu menyamun RM1,200 daripada pengusaha restoran yang juga pasangan suami isteri masing-masing berumur 38 tahun akhirnya tumpas tidak sampai 6 jam apabila dia ditahan di rumahnya di Rahang, di sini.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang pada 4 September lalu, suspek menyerbu sebuah restoran yang sedang dikemas berikutan pengusahanya ingin menamatkan operasi.

“Suspek yang memakai cermin mata gelap serta menggunakan kereta Proton Saga Aeroback berwarna hitam itu nekad memasuki restoran terbabit menerusi pintu hadapan yang ditutup separuh.

“Kemudian suspek terus mengacukan ‘pistol‘ kepada pengusaha restoran iaitu pasangan suami isteri masing-masing berusia 38 tahun sebelum memaksa untuk menyerahkan wang.

“Mangsa yang dalam takut apabila diacukan ‘pistol’ itu menyerahkan sejumlah wang sebelum suspek melarikan diri dengan keretanya diletakkan di luar premis,” katanya.

Menurutnya, polis kemudian dapat mengesan alamat suspek pada hari sama kejadian tersebut melalui nombor pendaftaran sebenar kereta digunakan bagi menyamun.

Kira-kira jam 11 malam hari sama kejadian tersebut, suspek ditahan di rumahnya di Taman Bunga Blossom, Rahang, di sini, di hadapan isteri dan anak-anak suspek.- Samun menggunakan senjata pemetik api

Jenazah Adzreen Dimyati dan Rakan Dikebumikan

2 comments


Jenazah Adzreen Dimyati dan Rakan Dikebumikan

Jenazah Adzreen bersama rakan arwah Hanisah yang terkorban dalam kemalangan di Russia selamat dikebumikan. 

 PUTRAJAYA 7 – Jenazah penuntut Malaysia, Adzreen Dimyati, 22, yang terbunuh dalam kemalangan dua buah bas di Rusia, Isnin lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Presint 20 di sini malam tadi.

Jenazah Adzreen yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 9.45 malam tadi terpaksa melalui proses pengecaman terlebih dahulu oleh ahli keluarganya.

Setelah selesai, jenazah terus dibawa dengan van ke Surau al-Iman di Presint 9 di sini untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 pada kira-kira pukul 1.40 pagi.

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi Isnin lalu (11 malam Ahad waktu Rusia), Adzreen bersama-sama enam rakan lain, semuanya pelajar Malaysia dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Moscow ke kampus mereka di Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod.

Bagaimanapun, bas dinaiki itu terbabit dengan kemalangan di wilayah Vladimirskaya, kira-kira 120 kilometer dari wilayah Nizhny, berpunca daripada kegagalan pemandu mengawal kenderaan kerana dikatakan terlelap.

Kejadian itu menyebabkan Adzreen, penuntut tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital manakala seorang lagi mangsa, Hanisah Muhd. Shah, 22, pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) meninggal dunia di tempat kejadian.

Lima rakannya iaitu Siti Nadiah Abdullah Sani, Nurul Amirah Mohd. Nor, Nor Hidayah Jailuddin, Nur Liyana Kamarul Bahrin dan Siti Romeza Abdul Raza, semuanya tajaan Mara mengalami kecederaan dan dilaporkan stabil.- Jenazah Adzreen Dimyati dan Rakan Dikebumikan


Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net