Powered by Jasper Roberts - Blog

Samun menggunakan senjata pemetik api

Jom! comments


Samun menggunakan senjata pemetik api

Mendakwa kononnya ingin melangsaikan hutang along, seorang lelaki nekad menyamun sebuah restoran di Seremban Jaya, di sini, dengan hanya menggunakan pemetik api berbentuk pistol tidak ubah seperti senjata sebenar, Selasa lalu.

Bagaimanapun, kelicikan suspek berusia 30-an itu menyamun RM1,200 daripada pengusaha restoran yang juga pasangan suami isteri masing-masing berumur 38 tahun akhirnya tumpas tidak sampai 6 jam apabila dia ditahan di rumahnya di Rahang, di sini.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang pada 4 September lalu, suspek menyerbu sebuah restoran yang sedang dikemas berikutan pengusahanya ingin menamatkan operasi.

“Suspek yang memakai cermin mata gelap serta menggunakan kereta Proton Saga Aeroback berwarna hitam itu nekad memasuki restoran terbabit menerusi pintu hadapan yang ditutup separuh.

“Kemudian suspek terus mengacukan ‘pistol‘ kepada pengusaha restoran iaitu pasangan suami isteri masing-masing berusia 38 tahun sebelum memaksa untuk menyerahkan wang.

“Mangsa yang dalam takut apabila diacukan ‘pistol’ itu menyerahkan sejumlah wang sebelum suspek melarikan diri dengan keretanya diletakkan di luar premis,” katanya.

Menurutnya, polis kemudian dapat mengesan alamat suspek pada hari sama kejadian tersebut melalui nombor pendaftaran sebenar kereta digunakan bagi menyamun.

Kira-kira jam 11 malam hari sama kejadian tersebut, suspek ditahan di rumahnya di Taman Bunga Blossom, Rahang, di sini, di hadapan isteri dan anak-anak suspek.- Samun menggunakan senjata pemetik api

Jenazah Adzreen Dimyati dan Rakan Dikebumikan

2 comments


Jenazah Adzreen Dimyati dan Rakan Dikebumikan

Jenazah Adzreen bersama rakan arwah Hanisah yang terkorban dalam kemalangan di Russia selamat dikebumikan. 

 PUTRAJAYA 7 – Jenazah penuntut Malaysia, Adzreen Dimyati, 22, yang terbunuh dalam kemalangan dua buah bas di Rusia, Isnin lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Presint 20 di sini malam tadi.

Jenazah Adzreen yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 9.45 malam tadi terpaksa melalui proses pengecaman terlebih dahulu oleh ahli keluarganya.

Setelah selesai, jenazah terus dibawa dengan van ke Surau al-Iman di Presint 9 di sini untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 pada kira-kira pukul 1.40 pagi.

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi Isnin lalu (11 malam Ahad waktu Rusia), Adzreen bersama-sama enam rakan lain, semuanya pelajar Malaysia dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Moscow ke kampus mereka di Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod.

Bagaimanapun, bas dinaiki itu terbabit dengan kemalangan di wilayah Vladimirskaya, kira-kira 120 kilometer dari wilayah Nizhny, berpunca daripada kegagalan pemandu mengawal kenderaan kerana dikatakan terlelap.

Kejadian itu menyebabkan Adzreen, penuntut tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital manakala seorang lagi mangsa, Hanisah Muhd. Shah, 22, pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) meninggal dunia di tempat kejadian.

Lima rakannya iaitu Siti Nadiah Abdullah Sani, Nurul Amirah Mohd. Nor, Nor Hidayah Jailuddin, Nur Liyana Kamarul Bahrin dan Siti Romeza Abdul Raza, semuanya tajaan Mara mengalami kecederaan dan dilaporkan stabil.- Jenazah Adzreen Dimyati dan Rakan Dikebumikan


Ngeri kemalangan maut Penunggang motosikal

3 comments


Ngeri kemalangan maut Penunggang motosikal

Seorang Penunggang motosikal maut semasa ingin memotong treler di rawang. 
RAWANG – Tindakan seorang penunggang motosikal memotong sebuah treler di bahagian kiri jalan membawa padah apabila dia maut dalam keadaan tragis dengan isi kepalanya terburai dilanggar kenderaan 18 tayar itu, lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, warga Pakistan, Zulfiqar Ali dikatakan menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dari arah Rawang menghala ke Country Homes.

Sumber berkata, ketika berada di Jalan Sungai Dua berhadapan pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Rawang, mangsa yang berusia 28 tahun dikatakan cuba memotong sebuah treler yang berada di depannya.

Katanya, tindakan mangsa memotong dari bahagian kiri itu berdepan detik malang apabila dia dikatakan terlanggar konkrit pembahagi bahu jalan.

Menurut sumber,  akibat daripada itu, motosikal ditunggangi terbabas dan menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan.

“Mangsa yang bekerja sebagai penjual tudung tidak sempat bangun menyelamatkan diri menyebabkan kepalanya digilis oleh treler cuba dipotongnya sebelum itu.

“Isi kepala mangsa terburai dilenyek tayar bahagian belakang treler yang membawa muatan batu konkrit sebelum disahkan meninggal dunia serta merta,” katanya.

Beliau berkata, pemandu treler warga tempatan berusia 51 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan memaklumkan memberhentikan kenderaan dipandunya sebaik merasakan tayar belakang terangkat.

Katanya, hasil pemeriksaan turut mendapati treler yang terbabit dengan kemalangan tidak mengalami sebarang kerosakan namun motosikal mangsa mempunyai kesan calar di bahagian kanan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di parah dikepala,” katanya lagi.

Kes dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sehubungan itu, saksi yang melihat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak,  Inspektor Rasha Azrul Shafii di talian 03-61262273 atau 03-61262257.-Ngeri kemalangan maut Penunggang motosikal

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net