Powered by Jasper Roberts - Blog

Bayi lelaki di jumpai Dekat Surau Al-Falaq

1 comments


Bayi lelaki di jumpai Dekat Surau Al-Falaq


Mayat bayi lelaki yang sudah mula reput di beberapa bahagian badan telah ditemui dalam sebuah beg pakaian dekat Surau Al-Falaq, Danau Kota, Setapak di sini, kelmarin.

Mayat bayi tersebut ditemui kira-kira jam 9 pagi oleh pelajar wanita sebuah kolej Islam ketika ke surau bagi menyertai aktiviti gotong-royong.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, anggota polis turut menemui sekeping nota yang ditulis dalam bahasa Melayu serta tulisan Jawi.

“Nota itu menyebut ‘Nama saya Mintah, tolong pengurus masjid tolong urus bayi ini’.

“Selain itu, sepasang baju kurung kuning, lampin serta seluar panjang warna hitam juga ditemui dalam beg tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zakaria berkata, berdasarkan keadaan mayat, polis percaya bayi tersebut berusia 7 hari dan meninggal dunia 2 hari lepas.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi dibedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya menghubungi balai polis berhampiran. - Bayi lelaki di jumpai Dekat Surau Al-Falaq

Video kereta langgar tiga motosikal

Jom! comments

Video kereta langgar tiga motosikal

 CCTV di Negeri Melaka merakamkan kemalangan jalanraya yang melibatkan sebuah kereta dan 3 motosikal.
Salah seorang mangsa kemalangan patah kaki manakala 2 orang mangsa lagi telah mengalami kecederaan ringan.


Aznil Nawawi Ingin Jadi Pengacara Program Agama

Jom! comments


Aznil Nawawi Mahu Jadi Pengacara Program Agama


PETALING JAYA: Selepas meraih kejayaan sepanjang 22 tahun menjadi pengacara berbentuk hiburan, Aznil Nawawi berhasrat meluaskan langkahnya untuk mengendalikan program berbentuk keagamaan.

Aznil, 50, berkata, dia sudah bersedia mengendalikan program sedemikian sekiranya pihak stesen televisyen Astro yang dinaunginya mahu memberi kepercayaan untuk beliau berbuat demikian.
"Walaupun saya tidak pernah berasa diri ini tua pada usia ini, sudah tiba masanya saya melebarkan kebolehan diri untuk menjadi pengacara dalam program-program berbentuk keagamaan.

"Kita sering lihat, program-program sebegini sering dipelopori oleh pengacara yang berkopiah, berserban, berjubah dan sebagainya. Jadi saya mahu program keagamaan yang saya kendalikan ini lebih santai, sama seperti imej saya sekarang ini.

"Alhamdulillah, untuk tujuan itu sedikit-demi sedikit saya berhijrah daripada segi dalaman diri. Bukannya nak kata saya ini cetek ilmu agama, cuma saya mahu lebih mendalaminya," kata Aznil.
Aznil ditemui pada majlis rumah terbuka dan perkenalan wajah personaliti baru Astro di Hotel The Royale Bintang, Damansara, di sini, Khamis.

Tambah Aznil, dia juga sedang mencari seorang guru yang boleh membimbingnya tentang ilmu-ilmu Islam sebagai persediaannya ke arah itu selain menambahkan lagi pengetahuan agama dalam dirinya.

Bagaimanapun dia tidak akan melepaskan program-program yang sering dikendalikannya begitu sahaja sekiranya diberi peluang menjadi pengacara agama.

"Walaupun sudah bersedia untuk mengacara di bidang keagamaan, saya masih lagi ada tuntutan mengendalikan program-program lain.

"Tetapi sekiranya ada pelapis baru, maka saya akan memberi laluan kepada muka-muka baru pula.
"Perlu diingat, kami (Astro) ada pelanggan dan tak bolehlah saya membiarkan program itu terkontang-kanting. Itu dah dikira pentingkan diri namanya," seloroh Aznil.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net