Powered by Jasper Roberts - Blog

Ladang Dunia Kucing Terbesar

9 comments


1ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
Kalau korang nak tahu , ladang ni bukan seperti ladang  yang biasa. Ladang ini menempatkan ratusan kucing terbiar dari merata tempat. Ia dibina pada tahun 2003 dari Craig Grant. Sebenarnya, Craig Grant bukanlah seorang yang sangat sukakan kucing sehinggalah beberapa tahun sebelum 2003 (mungkin dier dah suka lepas tu). Kemudian, dia menjadi sangat sukakan kucing dan membina ladang ini untuk menjaga kucingnya. Ladang ini menempatkan lebih 400 ekor kucing dangan kemudahan tempat tinggal dan makanan yang lengkap.
2ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
3ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
4ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
5ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
6ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
7ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
8ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
9ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
10ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
11ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
12ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
13ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
15ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
30ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
29ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
31ladangkucing Ladang Syurga Kucing Terbesar
Wah...kalaulah koz memiliki duit yang banyak, memang koz sanggup beli tanah yang luas dan tempatkan kucing-kucing terbiar di situ...

10 Fakta Menarik Tentang Otak Manusia

2 comments

ImageShack, share photos, pictures, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting, photo image hosting site, video hosting site
Hai all...hari ini koz nak kongsi artikel dengan korang tetang faktar mengenai otak manusia.

Fakta 1 
Untuk menyamai kemampuan otak, kita harus membuat komputer yang besarnya sehingga 5 kali ukuran padang bolasepak, sedangkan otak kita mampu melakukan fungsi luar biasanya hanya dengan tenaga elektrik 23 watt.

Fakta 2
Semua emosi/perasaan kita, adalah dihasilkan oleh otak kita. Tepatnya di sebuah bahagian yang disebut dengan Amygdala.

Fakta 3
Setiap hari ada sekitar 85,000 neuron yang hilang dari otak kita. Terutama neuron-neuron yang tidak pernah kita guna.

Fakta 4
Besar otak seseorang tidak menentukan kepandaiannya. Seseorang disebut pandai bergantung dari seberapa banyak SAMBUNGAN (connection) yang terjadi antara neuron.

Fakta 5
Jika otak tidak dapat oksigen selama 5-10 minit, otak akan mengalami kerosakan teruk.

Fakta 6
Otak TIDAK boleh membezakan antara kenyataan dan imaginasi. Imaginasi kita selalu dianggap kejadian yang betul oleh otak kita. Inilah asas ilmiah dari pentingnya melakukan visual positif.

Fakta 7
Sesuatu yang bersifat sangat emosional akan jauh lebih kuat terakam dalam memori otak kita.

Fakta 8
Informasi boleh diproses oleh otak kita secepat 120 meter/saat. Begitu cepatnya sehingga kita tidak menyedari prosesnya.

Fakta 9
Alkohol boleh melemahkan hubungan antara neuron yang membuat kemampuan berpikir dan memori kita menjadi lemah.

Fakta 10
Otak tidak memiliki sensor rasa sakit, sehingga otak tidak boleh merasakan sakit.

info:

Otak, akal dan fikiran adalah suatu nikmat dan anugerah Allah s.w.t kepada manusia. Seringkali ketiga-tiga kurniaan ini diaggap sama namun hakikatnya ia otak, akal dan fikiran adalah suatu yang berlainan tetapi saling berkaitan. Otak ialah ciptaan Allah yang bersifat konkrit dan kelihatan. Bagi yang belajar subjek biologi tentu biasa mendengar teori Roger Sperry yang menyatakan otak terbahagi kepada dua bahagian iaitu kiri dan kanan. Kedua bahagian ini mempunyai daya fikiran yang berbeza. Bahagian otak kanan membolehkan kita berfikir dengan kreatif dan imaginasi sebaliknya bahagian kiri otak membolehkan kita berfikir dengan logik dan analisis.

Akal pula adalah suatu ciptaan Allah yang unik. Tidak seperti otak, ia bersifat abstrak atau tidak kelihatan. Ia wujud namun tidak kelihatan. Jika anda melihat pembedahan otak, yang akan kelihatan hanyalah otak bukan akal. Akal ialah anugerah yang besar dari Allah kepada kita semua. Dengan akal darjat kita ditinggikan berbanding makhluk Allah yang lain seperti tumbuhan dan binatang. Dengan adanya otak dan akal barulah fikiran boleh dihasilkan.

Soal Jawap Nuffnang Soal Buffered Earnings

8 comments


Hai all...baru-baru ini koz telah memberi soalan kepada pihak nuffnang berkenaan cara nuffnang memberikan iklan kepada pemilik blog dan cara pembayaran setiap iklan yang diberikan kepada pemilik blog. Jadi jawapan yang di berikan seperti berikut:

Hi Wan,

Blogger-blogger dibayar apabila mereka memaparkan iklan dari Pihak Pengiklan (Advertiser) kami. Iklan-iklan ini terdiri daripada 3  jenis iklan yang umum, iaitu kempen CPC (Cost Per Click), CPA (Cost Per Action) dan kempen CPM (Cost Per Impression). 

1) Kempen CPC
Kempen CPC dilancarkan pada permintaan Pihak Pengiklan dan akan terpapar pada semua blog di bawah rangkaian Nuffnang setelah pemilik-pemilik blog tersebut memilih "Show Global CPC Ads" pada Blog Preferences di Blog Manager mereka, dan pada masa yang sama, tidak mempunyai kempen CPM pada masa kempen itu dilancarkan. Blogger dibayar berdasarkan jumlah klik unik pada ruang iklan oleh pengunjung unik blog mereka. Iklan-iklan tidak akan dipaparkan lagi setelah klik maksimum telah tercapai dan semua akaun-akaun blogger akan dikemaskini berdasarkan klik asli yang mereka dapati selama kempen tersebut berlangsung. Sila ambil perhatian bahawa tiada pendapatan yang dapat dihasilkan jika blog tersebut tidak mendapat sebarang klik walaupun blog tersebut memaparkan iklan CPC sepanjang kempen berlangsung. 

2) Kempen CPM
Bagi kempen CPM, Pihak Pengiklan kami akan memilih sendiri blog-blog yang mereka tertarik untuk memaparkan iklan mereka kerana mereka membayar jumlah yang lebih tinggi untuk iklan CPM berbanding dengan iklan jenis CPC/CPA. Pemilihan blog dibuat berdasarkan kepada beberapa faktor seperti demografi pembaca blog anda, keberkesanan unit iklan, keahlian eksklusif dan ruang unit iklan. Sekiranya anda terpilih untuk memaparkan iklan CPM, anda akan menerima notis melalui e-mel tentang kempen tersebut atau menemuinya di ruangan "Buffered Earnings" di bawah halaman "Earnings".

3) Kempen CPA
Semua blogger/blog pada umumnya berkelayakan untuk mendapatkan iklan CPA, tanpa mengira jumlah trafik sesuatu blog tersebut. Dengan kata lain, setiap pemilik blog layak untuk mendapatkan iklan CPA secara automatik, sejurus selepas anda mendaftar dengan Nuffnang. Anda juga mempunyai pilihan untuk mematikan pilihan iklan CPA jika mahu, melalui tab Blog Manager pada dashboard anda. 

Melalu iklan CPA pula, anda akan mendapat ganjaran setiap kali terdapat tindakan tertentu (yang diperlukan oleh Pihak Pengiklan) diambil hasil daripada klik yang dijanakan daripada blog anda. Misalnya apabila ada produk yang dibeli atau, apabila borang pendaftaran diisi hasil daripada klik dari iklan di blog anda, dan lain lain. Jumlah yang diperolehi akan berkisar dari transaksi yang terlibat. Lebih susah sesuatu transaksi itu, maka lebih lumayan pendapatan yang bakal anda perolehi. Sebagai contoh, jika pelawat di blog anda mengklik banner yang dimaksudkan hanya untuk mengisi sesuatu borang, maka seseorang blogger tersebut boleh mendapatkan misalnya dari RM1 sehingga RM20 ke atas sesuatu signup (tertakluk kepala Pihak Pengiklan). Malah, bagi sesuatu yang lebih mencabar, misalnya bagi sesuatu pembelian yang sangat berharga, maka jumlah ganjaran yang boleh diberikan juga boleh mencapai lebih dari RM50 di atas sesuatu transaksi. 

Dalam kata lain, bagi iklan CPC/CPA, anda akan dibayar apabila banner anda diklik pada masa-masa yang tertentu atau apabila terdapat sebarang tindakan/belian yang dilakukan di atas banner yang di klik tersebut. Manakala, bagi iklan CPM, pendapatan anda hanya akan di kemaskini selepas sesuatu kempen tersebut berakhir. Oleh itu, jika pendapatan anda tidak dikemaskini sejak kebelakangan ini, maka ia bermaksud anda tidak diberikan iklan mCPM, atau anda belum lagi mendapat sebarang klik/tindakan atau belian daripada iklan CPC/CPA.


Cheers,
Farahnaz Anwar
Community Executive
Nuffnang Sdn Bhd

www.nuffnang.com.my



Teringgin nak mendapat Buffered Earnings lagi. Sudah lama koz menunggu, nuffnang baik hatikan??kiki(bodek2 cikit^ ^)..

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net