Hai all...ahak...apa macam gambar di atas menarik tak?hihihi comel jek beruang tu menyamar...kiki....
Home > All posts
Design is Kinky
Jom! commentsPosted by
Gambar- gambar kali ini saya ambil di sekitar kuala lumpur dan selangor. Kali ini berkenaan dengan konsep-konsep rekaan bangunan dan sesuatu objek yang bagi saya agak menarik untuk di lihat. Jika kita lihat sesuatu objek dari pandangan lain, ianya akan lebih menampakan art objek tersebut. Walaupun ianya sebuah tong kosong. Gambar-gambar ini saya ambil menggunakan kamera dslr Nikon D5000 dan D90. Untuk menaikan lagi seri sesuatu gambar, saya akan edit menggunakan perisian grafik Adobe Photoshop. Hasilnya adalah seperti di bawah. Enjoy :)
** Untuk resolusi gambar yang lebih besar, sila klik gambar tersebut
Hilang Duit...
2 commentsPosted by
Pada suatu hari di sebuah Sekolah Rendah, ketika itu waktu rehat dan terlihat di halaman sekolah tersebut seorang pelajar sekolah darjah satu menangis dengan kuatnya. Lalu, bertanyalah salah seorang gurunya.
Guru : "Kenapa menangis?"
Anak : "Duit saya hilang sepuluh ringgit Cikgu" (jawabnya sambil menangis)
Guru : "Sudahlah jangan menangis ye...nih Cikgu beri sepuluh ringgit."Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat. Cikgu pun menjadi lebih hairan.Guru : "Aik... menangis semakin kuat? Kan Cikgu sudah ganti sepuluh ringgit."
Anak : "Iya Cikgu...tapi kalau tadi duit saya tidak hilang,kan sekarang duit saya ada dua puluh ringgit."
Guru : "??!!!"