Powered by Jasper Roberts - Blog

Kisah Mat Remp-it

3 comments

http://img443.imageshack.us/img443/6162/ceritalawakbudaknakal.png

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

Hadiah Perpisahan Guru Besar

Jom! comments

http://img443.imageshack.us/img443/6162/ceritalawakbudaknakal.png


Ketika itu adalah akhir tahun persekolahan, dan seorang Guru Besar sedang menerima hadiah dari murid-muridnya. Salmi anak kepada seorang pemilik kedai bunga memberinya hadiah. Guru Besar menggoyangkan kotak hadiah itu, memegangnya di atas kepala, dan berkata, "Aku yakin aku tahu apa ini. Beberapa kuntum bunga..?"

"Itu benar" anak murid itu berkata, "tapi bagaimana Cikgu tahu?"

"Oh, hanya meneka," katanya.

Murid berikutnya adalah anak perempuan kepada seorang pemilik kedai manisan. Guru Besar memegang hadiah itu, menggoyangnya, dan berkata, "Aku yakin aku boleh meneka apa ini. Sebuah kotak gula-gula."

"Itu benar, tapi bagaimana Cikgu tahu?" tanya murid itu.

"Oh, hanya meneka," kata Guru Besarnya.

Hadiah berikutnya adalah dari anak seorang pemilik kedai minuman keras. Guru memegang kotak hadiah itu, tapi kotak itu bocor. Dia menyentuh setitik kebocoran itu dengan jarinya dan menyentuh ke lidahnya.

"Apakah anggur?" ia bertanya. "Tidak," jawab anak murid itu, dengan gembira.

Guru mengulanginya, mengambil cairan dari kotak yang bocor itu ke lidahnya.

"Apakah champagne?" ia bertanya.

"Tidak," jawab anak murid itu, dengan lebih banyak tersenyum.

Guru merasai lagi sebelum menyatakan,

"Aku menyerah, apa ini?"

Anak murid itu menjawab, "Itu anak anjing!"

Budak Nakal Cuti?

4 comments

Hai all...apa kabar?hihi...windu kat koz tak?kiki(perasan lak...)bagi yang mengenali koz pasti ada yang tertanya-tanya mgapa koz menyepi dalam beberapa waktu ni(bukan sehari tapi dah nak sebulan)hihi koz minta maap banyak-banyak...Sekarang koz dah mula buzy sebab dah bekerja di tempat baru dalam bidang animasi(Buat kartun)...kerja melambak-lambak lak tu...hihihi...mana taknye pergi kerja balik-balik jek trus tido hihii...memang takda mana and tak berpeluang nak berblog ni...windu memang windu tapi nak buat macam mana...kalau ada masa je baru lah koz boleh on9 seperti sekarang ni...^ ^...berkenaan soalan-soalan dari sesiapa yang koz tak berbalas koz nak minta maap banyak-banyak sebab tak dapat balas...sorry ye...(-.-)...ahak insyallah nanti kalau dah tak buzy macam sekarang koz akan aktif semula ok...di harap korang selalu akan ingatkan budak nakal ni(ada ke yang windu???kikiki)ok...dan jangan lupa singgah selalu kat blog koz ni ok...ada pelbagai tutorial dan tips yang telah koz kongsikan...di harap segala perkongsian di blog budak nakal ini dapat memberi perubahan pada blog korang....

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net