Hai all...ahahah...cian u all yang setia menunggu posting dari koz...ada ke??hihi...okok...u all dh baca paper ari ni??koz baru je lepas selak menyelak paper tadi...Dalam menghayati setiap helaian terbaca pua kisah tentang satu berita ni...mmg tak di sangka...nak tau cerita apa???meh baca di bawah^ ^
KANGAR: Seorang remaja lelaki berusia 17 dan rakannya berusia 20 tahun yang dibakar hampir keseluruhan badan hanya sempat menunggang motosikal sejauh kira-kira 500 meter, sebelum mereka rebah bersama motosikal yang turut terbakar di satu kawasan perumahan di Jalan Raja Syed Alwi di sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, remaja itu parah apabila hampir 70 peratus badan terbakar dan melecur, manakala rakannya terbakar 30 peratus di belakang badan dan kaki.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, polis menemui sebuah motosikal Modenas yang hangus dipercayai digunakan mangsa, selain cebisan kulit kaki remaja terbabit serta cebisan pakaian terbakar bertaburan sepanjang satu kilometer di sekitar kawasan perumahan itu.
Turut ditemui sebuah kereta Toyota SE yang bahagian enjinnya hangus terbakar milik seorang penghuni yang diletak di hadapan rumah di kawasan perumahan berkenaan kira-kira 500 meter dari lokasi motosikal hangus itu.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa dipercayai dibakar menggunakan cecair mudah terbakar sebelum ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di hadapan sebuah rumah di taman perumahan itu.
Katanya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu.
“Dua lelaki itu ditemui seorang penghuni rumah di Jalan Raja Syed Alwi sebelum mengejarkan mereka ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, dan mereka kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk rawatan lanjut.
“Mangsa yang melecur hampir 70 peratus bekerja sebagai mekanik dan kini dalam keadaan koma, manakala rakannya berusia 20 tahun bekerja sebagai penjual daging panggang melecur di kaki serta belakang badan,” katanya.
Susulan kejadian itu, katanya, pihaknya menerima dua laporan iaitu daripada bapa remaja berusia 17 tahun dan seorang pemilik rumah di taman perumahan berkenaan.
Nashir berkata, laporan pertama diterima kira-kira jam 6 pagi daripada pemilik rumah yang mendakwa kereta Toyota SE milik menantunya yang diletakkan di hadapan rumah, terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat.
“Kami menerima laporan kedua daripada bapa remaja yang mendakwa anaknya parah dipercayai dibakar orang.
“Sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi sebelum menemui sebuah kereta dan sebuah motosikal pada jarak kurang 500 meter antara satu sama lain hangus,” katanya.
Beliau berkata, siasatan menemui pelbagai bahan bukti di sepanjang laluan kira-kira satu kilometer dari lokasi kereta dibakar termasuk telefon bimbit, topi keledar, dua selipar berlainan jenis, cebisan pakaian yang terbakar serta kulit tapak kaki manusia.
“Kami tidak mahu buat sebarang spekulasi dan polis dijangka mengambil keterangan daripada kedua-dua remaja terbabit,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana membabitkan perbuatan khianat dengan api dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sementara itu, ibu remaja berusia 17 tahun itu, Leong Nee Lan, 41, ketika ditemui berkata, kejadian berkenaan mengejutkannya kerana anak keduanya itu baru pulang ke rumah mereka di Jejawi di sini, malam kelmarin.
“Dia pulang sekali-sekala kerana tinggal di bengkel tempatnya bekerja. Malam tadi (kelmarin), dia ada pulang ke rumah, tetapi keluar semula menaiki kereta bersendirian,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Rawatan Kebakaran HSB, semalam.
Sumber dari MyMetro