16 dan 17 Ogos cuti raya
KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri bersetuju supaya 16 dan 17 Ogos ditetapkan sebagai cuti berganti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 19 Ogos ini.Perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Kabinet Rabu lalu, kata Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan hari ini.