Pencawang meletup jejaskan bekalan elektrik di Miri
MIRI: Letupan di pencawang elektrik 33/11kV di Lutong menyebabkan gangguan bekalan elektrik di Miri sekali gus menjejaskan kawasan kediaman di Lutong, Pujut, Piasau, Desa Senadin dan Jalan Lutong-Kuala Baram.Sarawak Energy Berhad (SEB) berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 5.19 pagi dan juruteknik dihantar untuk membaiki kerosakan dan bekalan elektrik pulih kembali lima jam kemudian iaitu kira-kira jam 10.10 pagi. - BERNAMA