Powered by Jasper Roberts - Blog

Cuti Umum 2016 Malaysia

10 comments

cuti umum, cuti sekolah, cuti kerja 2016


Senarai berikut adalah cuti umum (hari kelepasan am) di malaysia untuk tahun 2016. Semoga dapat memberi panduan untuk anda semua.


Kalendar Cuti Umum 2016 Malaysia

kalendar cuti umum dan cuti sekolah 2016


Jadual Hari Kelepasan Am 2016 (Persekutuan Dan Negeri)


Tarikh
Hari
Cuti Umum
Negeri
1 JanJumaatTahun Baru 2016Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu
14 JanKhamisHari Keputeraan YDB Negeri SembilanNegeri Sembilan
17 JanAhadHari Keputeraan Sultan KedahKedah
24 JanAhadHari ThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor
1 FebIsninHari Wilayah PersekutuanKuala Lumpur, Labuan dan, Putrajaya
8 FebIsninTahun Baru CinaSeluruh negara
9 FebSelasaTahun Baru Cina (Hari Kedua)Kecuali Kelantan dan Terengganu
4 MacJumaatHari Ulang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuTerengganu
23 MacRabuHari Keputeraan Sultan JohorJohor
25 MacJumaatGood FridaySabah dan Sarawak
15 AprJumaatHari Perisytiharan Melaka Bandaraya BersejarahMelaka
26 AprSelasaHari Keputeraan Sultan TerengganuTerengganu
1 MeiAhadHari PekerjaSeluruh negara
5 MeiKhamisIsrak dan MikrajKedah, Negeri Sembilan dan Perlis
7 MeiSabtuHari HolPahang
17 MeiSelasaHari Keputeraan Raja PerlisPerlis
21 MeiRabuHari WesakSeluruh negara
30 & 31 MeiIsnin & SelasaPesta Kaamatan (Pesta Menuai)Sabah dan Labuan
1 & 2 Jun Rabu & KhamisPerayaan Hari Gawai DayakSarawak
4 JunSabtuHari Keputeraan YDP AgongSeluruh negara
6 JunIsninAwal RamadanJohor, Kedah dan Melaka
22 Jun RabuHari Nuzul Al-QuranKuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu
6 & 7 JulRabu & KhamisHari Raya PuasaSeluruh negara
7 JulKhamisHari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan DuniaPulau Pinang
9 Jul SabtuHari Jadi YDP Pulau PinangPulau Pinang
31 OgoRabuHari KebangsaanSeluruh negara
10 Sep SabtuHari Jadi YDP SarawakSarawak
12 SepIsninHari Raya QurbanSeluruh negara
13 SepSelasaHari Raya Qurban (Hari Kedua)Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
16 SepJumaatHari MalaysiaSeluruh negara
1 OktSabtuHari Jadi YDP SabahSabah
2 OktAhadAwal Muharram (Maal Hijrah)Seluruh negara
14 OktJumaatHari Jadi YDP MelakaMelaka
24 OktIsninHari Keputeraan Sultan PahangPahang
29 OktSabtuHari DeepavaliKecuali Sarawak
6 NovAhadHari Hol Almarhum Sultan IskandarJohor
11 & 12 NovJumaat & SabtuHari Keputeraan Sultan KelantanKelantan
27 NovAhadHari Keputeraan Sultan PerakPerak
11 DisAhadHari Keputeraan Sultan SelangorSelangor
12 DisIsninHari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)Seluruh negara
25 DisAhadHari KrismasSeluruh negara

Cepat betul gaji "Check Out"

4 comments



Cepat betul gaji "Check Out" Banyak job aku dah lepaskan, fokus pada satu kerja...Lau camtu aku dapat lebih baik aku keje kilang biskut cap Hup Seng...

 Huhu...artikel luahan perasaan pulak kali ini pasal gaji. Inilah yang dihadapi oleh kozumi bulan ini di mana gaji tak mencukupi selepas banyak job di tinggalkan dan dilepaskan gara-gara nak fokus pada satu pekerjaan.

Inilah akibatnya sebab mengambil tindakkan terburu-buru, jadi lepas ini kena sentiasa berhati-hati sebelum membuat keputusan.

Kereta Kesayanganku

5 comments

kereta cantik prosboc
Salam semua, uhuk..uhuk...berabuk dah blog ini, kesian. Tuan empunya buzy memanjang sampai tak jaga blog ini. Maklumlah baru lepas mendirikan rumah tangga :D. Hari ini tak ada apa-apa cerita yang ingin di kongsikan cuma nak kongsikan gambar kereta kesayangan jek..jadi enjoy :P ...


kereta saga blm prosboc

Pertandingan Mewarna - Kelembai Band

12 comments

kelembai studio saz


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua, Alhamdulillah semalam kozumi dapat kabar berita terbaik dari satu kumpulan band yang makin meningkat naik ketika ini. Band yang kozumi maksudkan ialah dari Kelembai Band. Kozumi pasti anda semua mengenali band ini dan juga gaya band ini membuat persembahan. 

Baru-baru ini Kelembai Band telah menganjurkan satu pertandingan mewarna lukisan yang dihakimi oleh kartunis yang telah menyediakan lukisannya sendiri. Gambaran lukisannya seperti di bawah.

gambar kartun kelembai band

Jadi tugasan para peserta hanya perlu mewarnakannya mengikut kretiviti peserta itu sendiri. Pada waktu pertandingan ini berlangsung, kozumi adalah jugak masa terluang. Kozumi pun mengambil langkah untuk turut serta dalam pertandingan ini. Hasil kerja koz selama dua hari mewarna adalah seperti di bawah. Biasa-biasa je.... :P

pertandingan mewarna kelembai band


Pertandingan ini dijalankan pada 23 april 2015 dan berakhir pada 15 mei 2015. Dan tarikh pengumuman pemenang dilakukan pada malam semalam iaitu 17 mei 2015. Syukur Alhamdulillah bila lihat senarai pemenang, nama kozumi adalah dicatitkan sebagai pemenang nombor satu.


Memang tak sangka pun boleh menang, tapi inilah dikatakan rezeki, jadi terima sahaja. Pemenang akan dijemput menyertai makan malam secara eksklusif bersama kelembai, dan berpeluang menemui kelembai secara in person , t-shirt dan cenderahati eksklusif dari kelembai juga akan diberikan kepada pemenang. Syukur Alhamdulillah....

Wajah Baru Budak Nakal Blogspot 2015

11 comments

Template SEO terbaik 2015
Assalammualaikum dan salam sejahtera sahabat-sahabat blogger sekalian, alhamdulillah, hari ini telahpun dapat menyiapkan perubahan pada template blog budak nakal ini. Agak lama juga kozumi tidak sentuh bahagian-bahagian script blogspot ini. Syukur sebab masih lagi ingat dan mampu untuk menyiapkan template begini rupa.

Apa pendapat korang tentang wajah baru budak nakal blogspot ini? okey tak? kalau ada idea atau pandangan bolehlah ajukan di bahagian komen di bawah, insyallah kozumi akan terimanya dengan hati yang terbuka.


Kemungkinan dalam masa terdekat ini kozumi akan cuba untuk aktiv kongsikan tutorial-tutorial untuk blogspot pula selepas ini seperti biasa. Widget-widget juga akan kozumi kongsikan kepada anda juga. Insyallah...

Apa yang penting jom kita kongsikan link blog masing-masing di bahagian komen dan sesiapa yang kongsikan blog kozumi ini di blog anda, kozumi akan kongsikan blog anda juga di bahagian sidebar.

Misi Tukar Gula Racun Putih - Stevia Sweetener

9 comments

Pengedar Rasmi Royal Stevia Sweetener

Asalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan. Alhamdulillah, hari ini kozumi nak kenalkan satu produk yang berfungsi sebagai pengganti gula racun putih yang dimana selama bertahun-tahun kita gunakannya sebagai pemanis dalam masakan dan juga minuman.

Sedangkan kita sedia maklum dimana paparan akhbar juga telah menyatakan gula yang selama ini kita gunakan adalah gula yang tidak sihat bahkan ia juga adalah racun bagi mereka yang mengamalkannya dengan kuantiti yang banyak.

Produk yang kozumi maksudkan sebagai pengganti gula adalah produk Stevia Sweetener iaitu produk berasaskan extrak daun stevia atau dikenali dengan sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb. Stevia merupakan satu-satunya gula atau pemanis semulajadi tanpa kalori. Sebab itu, ia sangat sesuai untuk mereka yang ada kencing manis dan berlebihan berat badan. Ia juga amat sesuai untuk kita gantikan sebagai pemanis untuk masakan dan juga dalam minuman.

daun pemanis semulajadi stevia

Antara kebaikan yang kita perolehi dari stevia ialah:

  • Stevia adalah pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya dikatakan 300 – 300 kali lebih manis dari gula biasa.
  • Sangat sesuai untuk mereka yang ada kencing manis , obesiti atau ingin menghadkan pengambilan karbohidrat.
  • Non-fermentative iaitu bahan aktif yang stabil dan tidak akan basi
  • Non-toxic, Non-mutagenic, Non-teratogenic, Non-carcinogenic (tiada kesan bahaya)- terbukti secara kajian saintifik, ia selamat digunakan pada peringkat usia.
  • Stevia mempunyai fungsi terapeutik perubatan
  • Anti-hyperglycaemic – boleh menurunkan dan mengimbangi paras gula dalam darah. Sesuai untuk pesakit kencing manis dan hypoglycaemia.
  • Anti-hypertensive – boleh menurunkan tekanan darah.
  • Anti-inflammatory – mengurangkan kesan radang.
  • Anti-tumor- kesan anti-oksidan boleh.mengurangkan risiko kanser.
  • Anti-diarrheal – merawat cirit-birit.
  • Diuretic – Mengawal kandungan air dalam badan.
  • Immunomodulatary effect – meningkatkan sistem imun kepada kuman.
Jadi kepada anda ubahlah penggunaan gula  yang kita guna selama ini kepada produk stevia sweetener kerana ia adalah satu-satunya produk pengganti gula yang terbaik untuk semua. Sudah banyak testimoni-testimoni yang telah diterima dari pengguna produk ini, diantaranya seperti di bawah:

Testimoni LumpuhTestimoni strok

Testimoni lahir bayi sihatTestimoni Luka




Anda baca dan anda hayati sendiri manfaat yang telah mereka perolehi, berubahlah kepada gula yang menyihatkan. Sayangi diri anda dan juga keluarga anda.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk ini bolehlah berurusan dengan kozumi di talian 011-17588326 (call,masej,whatapps)

Untuk harga produk Stevia Sweetener.

Harga Semenanjung RM140, Sabah Sarawak RM145 akan dapat 1 kotak stevia sweetener (3 botol) dan terus layak jadi Ahli.

Harga belian semula Semenanjung RM50, Sabah Sarawak RM55 akan dapat 1 kotak stevia sweetener (2 botol).


Pengedar/Stokis diperlukan!!

Selfies kereta kesayangan

9 comments


Salam semua, hari ini sesaja nk tunjuk gambar selfies kereta kesayangan ini. Haha macam dah takda kerja la pulak aku ni..lau jumpa kat mana-mana...pin..pin la ya...

Hobi Lukis Karakter Kartun Comel

5 comments

Salam semua, bila sebut sahaja hobi semua orang pasti ada memiliki sikap sebegini. Hobi merupakan sesuatu perkara atau pun perbuatan yang kita minat dan suka melakukannya. Antaranya seperti mengumpul setem, mengumpul majalah, bersukan, dan sebagainya. Kebiasaan perkara ini dilakukan bila kita ada masa yang terluang. Jadi masa ini tidak terbazir dengan perkara-perkara yang sia-sia.

Kalau macam koz, hobi koz masa lapang adalah menconteng. Memang hobi ini telah ada sejak koz masih kecil lagi. Koz memang suka sangat benda-benda yang comel. Sebab itulah kalau koz melukis sesuatu kartun itu pasti kartun itu nampak comel.






Ini adalah antara koleksi kartun yang pernah koz lukis. Semua watak ini adalah hasil idea dari kzo sendiri. Semuanya menggunakan imaginasi sendiri. Cara sebelum melukis, koz akan berimaginasi dahulu di dalam otak, kartun yang macam mana yang koz nak lakar. Bila dan dapat, koz akan mula melukis dengan cara lebih kurang copy anda paste dari dalam minda ke atas sebuah kertas atau pun media art di komputer.



Semangat berblog

9 comments



Salam semua, huhu mood berblog sudah mari, terasa macam nak mulakan perjalanan yang baru sahaja dalam dunia blog ini. Bila sahaja menggunakan template blog yang lama seperti moodnya lain macamlah...semangat berkobar-kobar.

Betul cakap blogger kacak kita iaitu En.Boni kacak sewaktu SBB2013. Orang lebih kenal blog ini jika kekalkan konsep yang lama iaitu versi comel. Comel ke blog ini? anda sendiri yang komen betul ke tidak. Hihihi...

Bermula pada tarikh ini koz akan cuba sebaiknya untuk aktif semula berblog. Rindu rasanya nak kongsikan tutorial dan widget-widget yang comel seperti dulu. Korang yang biasa terjah blog ini dulu pun mesti rindu jugak bukan? hihi...InsyAllah akan koz usahakan. Yang pasti korang kenalah janji kena follow blog ini selalu. Barulah koz ada semangat. :P

Live Streaming East Bengal (india) Vs Johor DT (Malaysia)

1 comments

Tonton Perlawanan Live Streaming Piala AFC diantara East Bengal vs Johor Darul Tazim 28 April 2015 di Vivekananda Yuba Bharati Krirangan Std,Kolkata. Live AFC Cup TV9 jam 8.25 malam.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net