Powered by Jasper Roberts - Blog

Tempahan Design Facebook Cover Terbaik

9 comments

Tempahan Design Facebook Cover Terbaik
Salam semua, agak lama tidak mengaktifkan diri dalam mengupdate blog budak nakal ini, kali ini kozumi akan memaparkan beberapa design facebook cover terkini hasil dari tempahan para pelanggan kozumi di Service Tempahan Design.

Bagi anda yang memerlukan service tampahan design facebook cover dan design-design lain bolehlah berbuat demikian di sini.









KL Gangster 2 di sabotaj

7 comments

KL Gangster 2 di sabotaj

KL Gangster 2 di sabotaj inilah isu yang sedang hangat sekarang ini di mana keywordnya juga ada menyinggah ke blog ini. Bagi kozumi, isu ini adalah salah satu pengkhianatan kepada filem terbitan Syamsul Yusof yang dibintangi Aaron Aziz, Adi Putra, Rosyam Nor, Zizan dan Sofie Jikan.

Apa yang kozumi boleh katakan inilah isu filem sabotaj yang pertama telah berlaku di negara kita ini dan jika dapat mengesan atau tertangkapkan dalang-dalang yang telah mengkhianati filem arahan Syamsul Yusof ini, hendaklah memberi pengajaran yang amat berat kepada mereka.

Kepada Syamsul Yusof  harap anda tabah dan teruskanlah menghasilkan filem-filem yang terbaik.

Tempah Design

13 comments

Tempah Design
Service Tempahan Design - Salam semua, hari ini kozumi ingin wawarkan jika anda memerlukan khidmat tempahan design dalam bentuk design printing, design website atau design facebook, kozumi ada menyediakan service tempahannya seperti:

design flyers

Tempah Printing Design


  • Tempah Design Flyers.
  • Tempah Design Banner.
  • Tempah Design Bunting.
  • Tempah Design Buisness Card.
  • Tempah Design Cover Buku.
  • Tempah Design Packaging Produk.

design website


Tempah Design Website


  • Tempah Design Banner Promot.
  • Tempah Design Watermark.
  • Tempah Design Template.
  • Tempah Design Header.
  • Tempah Design Header Flash.
  • Tempah Design Banner Flash.
  • Tempah Design Logo.

design facebook cover cantik


Tempah Design Facebook


  • Tempah Design Facebook Cover.
  • Tempah Design FB DP (Profile Picture).
  • Tempah Design Banner Promot Produk.


Anda bolehlah PM kozumi di Service Tempahan Design, insyallah harga yang ditawarkan amat berpatutan dan hasil design pasti memuaskan hati anda.

PETRONAS Raya 2013 Webfilm - Jahit

5 comments

PETRONAS Raya 2013 Webfilm - Video ikan raya PETRONAS Raya 2013 kali ini telah mengeluarkan satu webfilm baru bertajuk Jahit. Sudah seperti biasa pada setiap filem perayaan keluaran Petronas akan menampilkan video kisah yang mengharukan. Jadi marilah mengambil sedikit masa untuk menonton video ini.

20X Mini iPad Percuma - Peraduan “Snap, Post & Win” iPad Mini

6 comments

Salam semua, di sini kozumi ingin kongsikan kepada anda berkenaan ganjaran HEBAT yang sedang berlangsung di mana Hadiahnya merupakan 20X Mini iPad Percuma. Maklumat lanjut boleh baca di bawah:
20iPad Mini Percuma????
Betul ke ni..??? Memang betullah percuma.. TAK PERCAYA??? Cer baca sikit kat bawah ni…
Snap, Post & Win iPad Mini
P1 Beri Ganjaran untuk Kunjungan ke Agen Jualan dengan Peraduan “Snap, Post & Win” iPad Mini

Koleksi Facebook Cover Design

10 comments

Salam semua, di sini kozumi memaparkan antara koleksi-koleksi Facebook Cover yang telah kozumi design untuk tempahan dari pelanggan kozumi dalam melariskan dan mempromosikan produk mereka nampak lebih Pro di mata pelanggan mereka.









Kepada yang berminat PM untuk tempahan Design Lebih Power bolehlah PM di Sini-->
http://www.facebook.com/messages/ServiceTempahanDesign

Top Commentator June 2013 Blog Jejaka Paling Nakal

6 comments


Salam semua, Alhamdulillah berkesempatan juga untuk kozumi mengupdate blog ini. Pada hari ini kozumi hendak mengumumkan untuk Top Komen bulan June lepas. Walaupun agak lewat tapi rasanya telah kozumi tunaikan kewajipan kozumi sebagai pemilik blog ini.

Tahniah kepada yang tersenarai di tempat pertama dan kedua. Emailkan detail no akaun, nama, email kepada kozumi di kozumi_ro@yahoo.com.

Review Muka Blog Baru Denaihati

39 comments


Review Muka Blog Baru Denaihati - Bila di sebut Blog Denaihati, pasti sudah ramai mengenalinya lagi-lagi bagi mereka yang sudah mempunyai blog sendiri. Blog denaihati merupakan salah satu blogger yang terkenal di dalam malaysia. Terkini blog ini telah pun berwajah baru nampak penampilan terbaru dengan susun atur widget dan ruangan post yang nampak lebih kemas dari biasa.

Blog Denaihati kini bagi koz merupakan paparan yang sangat kemas dan teratur. Ruangan komen juga turut nampak perubahan dari biasa.
Muka Blog Baru Denaihati

Penggunaan header yang simple juga menampakkan kekemasan pada blog denaihati ini dan tahap loading blog pun nampak lebih laju dari biasa. Perubahan ketara adalah pada penambahan backgroundnya yang mempunyai texture ala-ala sarang lebah, memang sangat cool.

Kozumi memang gemar untuk bertandang ke blog denaihati ini kerana pemiliknya sangatlah pemurah dan sentiasa mengadakan pelbagai jenis Contest dan juga Perjumpaan sesama blogger-blogger lain bagi mengeratkan lagi siraturahim sesama blogger baik baru dan juga yang lama.

Semoga blog Denaihati akan maju lagi setapak bagi menjadi contoh kepada blogger lain di mana dengan menghasilkan sesuatu blog yang berkualiti pasti juga akan menghasilkan satu income sampingan yang dapat menambah rezeki diri sendiri dan juga keluarga.

Kepada anda semua yang belum pernah lagi mengunjungi blog Denaihati ini, bolehlah terjah di SINI.


gambar kredit:hanifmenhad.blogspot


Restoran Rebung - Sajian Buffet Ramadhan 2013

29 comments

Restoran Rebung

Buffet Ramadhan 2013 - Buffet Ramadhan 2013 Restoran Rebung Salam semua, dalam bulan lepas kozumi telah pergi ke salah sebuah Restoran yang fames di Bangsa iaitu Restoran Rebung. Restoran Rebung ini memang sesuai dikunjungi seisi keluarga kerana di sini ada menyediakan“Masakan Nenda” yang pasti akan menarik selera anda.

Di Restoran Rebung ini juga menyediakan Sajian Buffet Ramadhan harga untuk dewasa RM70.00 dan untuk kanak-kanak adalah RM48.00 (umur 4 tahun hingga 11 tahun).
Sajian Hidangan Utama Restoran RebungSajian Hidangan Sampingan Restoran RebungSajian Hidangan Hari Raya Restoran Rebung

Menu hidangan yang disediakan memang banyak pilihan seperti di bawah ini:

Sajian Hidangan Pembuka Selera Restoran Rebung

  • Laksa Penang
  • Mee Rebus/MeeKari/Soto Ayam/Mee Hoon Sup Utara/Laksa Nyonya
  • Popiah Basah
  • Rojak Buah
  • Tauhu Sumbat/Tauhu Bakar
  • Rojak Pasembor
  • Roti Jala
  • Buah Melaka
  • Murtabak
  • Keropok Ikan


Nasi Restoran Rebung

  • Nasi Minyak
  • Nasi Tomato
  • Nasi Beriyani
  • Nasi Dagang
  • Nasi Ayam
  • Nasi Kerabu


Sajian Hidangan Sampingan Restoran Rebung

  • Aneka Kerabu
  • Terung Pipit Goreng
  • Begedil
  • Ikan Masin Goreng
  • Telur Masin
  • Tauhu Sumbat
  • Sambal Terung
  • Ikan Kerisi Goreng
  • Paru Goreng Berlada/Goreng Berempah
  • Tempe Tauhu Goreng Kicap/Berlada
  • Ulam Ulaman dan 5 Jenis Sambal
  • Aneka Lawar
  • Aneka Kerabu
  • Rendang Pucuk Ubi
  • Tempoyak Pucuk Daun


Sajian Hidangan Utama Restoran Rebung

  • Asam Pedas Ikan Pari
  • Daging Gulai Kawah
  • Gerang Asam Daging Tetel
  • Patin Masak Tempoyak
  • Daging Salai Masak Lemak Cili Api
  • Telur Itik Masak Lemak Pucuk Ubi
  • Ikan Keli Salai Masak lemak
  • Daging Dendeng
  • Siput Sedut
  • Ayam Masak Kalio
  • Rendang Ayam dan Daging
  • Daging Kicap dan Ayam Kicap
  • Tenggiri Masak Kicap/Masak Cuka
  • Kacang Panjang Goreng Berlada
  • Sayur Goreng Campur
  • Rebung dan Perut Masak Lemak Cili Api
  • Mee Goreng Mamak/Mee Hoon Goreng/Mee Siam


Sajian Bubur Restoran Rebung

  • Bubur Lambuk


Sajian Pencuci Mulut Restoran Rebung

  • Buah Tamar
  • Tembikai dan Tembikai Susu
  • Aneka Kuih Muih Melayu
  • Dua Jenis Pengat
  • Pulut Durian
  • Aneka Bubur
  • Cucur Bawang
  • Pisang Goreng
  • Rojak Buah


Sajian Minuman Restoran Rebung

  • Kopi O Kampong
  • Teh Tarik
  • Sirap Selasih
  • Air Mata Kucing
  • Air Laici
  • Laici kang
  • Air Jagung
  • Sirap Pandan
  • Air Nenas
  • Jus Chinta
  • Rebung Punch


Seperti Biasa kozumi pada hari itu telah memilih lauk kegemaran kozumi. Memang Menyelerakan sangat-sangat.

Di Restoran Rebung ini juga ditemani oleh persembahan Kumpulan Nasyid dan Ghazal. Jadi kepada anda yang berminat untuk membuat Tempahan Buffet Ramadhan di Restoran Rebung ini bolehlah membuat tempahan di sini:

Restoran Rebung Tempahan Buffet Ramadhan Hubungi:

LINA ALI – Manager
AMM ISHAK- Asst Manager
MOHD SAIFUL – Asst Manager (Event)

Alamat Restoran Rebung Bangsar
No 4-2 Lorong Maarof
Bangsar Park,59000
Kuala Lumpur

Nombor Telefon Restoran Rebung Bangsar
Restaurant – 03 2283 2119
Office- 03 2282 4776
Fax – 03 2283 4775

Email : restoranrebungchefismail@gmail.com

Website : www.restoranrebungdatochefismail.com


Situasi Di Tempat Baru.

47 comments

Situasi Di Tempat Baru.

Situasi Di Tempat Baru. - Salam semua,
Rindu rasanya untuk mengupdate entry di blog kozumi ini. Hari ini kozumi agak santai sikit sebab ada banyak masa untuk mengadap dunia maya ini.

Sekarang ini kozumi didalam suasana yang baru sebab sudah merantau ke tempat lain(Boleh lihat entry lepas). Mungkin makan masa untuk menyesuaikan diri dan suasana. Maklumlah bila berada disesuatu tempat baru ini banyak benda harus kita pelajari sebagai contoh mengetahui selok belok jalan untuk pergi bersiar-siar dan juga untuk kesenangan rakan-rakan blogger lain kalau ada yang datang nak berjumpa...hihii macamlah kozumi ini fames sangatkan.

Sekarang ini agak sukar untuk online sebab sini line tenet agak slow...sudah macam siput daaa...tansion memang tension, tapi haruslah terima dari tak ada. Insyallah akan usaha untuk beralih kepada yang lain dan akan cuba perbandingan line tenet yang mana yang akan menjadi pilihan kozumi. Maklumlah setiap pembelian tenet mestilah ada percubaan selama seminggukan. Jadi kalau dalam masa tersebut memberi kepuasan kepada kozumi, bermakna ia akan menjadi pilihan kozumi.

Tentang masalah Akaun facebook yang di hack itu telah kozumi lupakan dan alhamdulillah sudah dapat kembali follower dari rakan-rakan blogger yang lain. Sesiapa yang lum follow atau terlupa nak follow kozumi tu, sila-silakanlah follow kozumi di SINI okey^^...

Bermula dari hari ini kozumi juga nak wawarkan yang kozumi telah membuat promosi untuk service design. Jadi kepada yang berminat bolehlah semaknya di SINI.

Kurang Idea Update Entry

44 comments


Salam semua, tertunggak pulak 2 hari ini untuk mengudate blog ini. Kozumi ni asyik buzy je kerjanya, hahaha...nama je Full Blogger...tapi sebenarnya masa untuk mengupdate tu ada, cuma idea untuk entry tu yang kurang.

Mungkin idea tak masuk sebab banyak sangat memikirkan idea untuk setiap tempahan design yang kozumi terima. Sesiapa designer di sini pasti perkara ini berlaku kepada korang jugakkan. 

Okey hari ini kozumi just hendak mewawarkan yang kozumi akan berangkat ke tempat baru tengahari nanti. Sesiapa yang blogger berdekatan call-calllah kozumi ya, mana tahu boleh mengeteh dan bergosip hihihihi.

Nampaknya permulaan hidup di kawasan baru akan bermula, jadi bila dah masuk kawasan orang kita kenalah bersikap positif selalu. Kena jadi budak baik-baik, tak boleh nakal-nakal sangat.

Moga segala perancangan dan matlamat yang kozumi telah tetapkan akan tercapai di sana nanti, amin...amin...amin...

Ramalanku Benar Belaka Versi 2013 - Zarul Umbrella

23 comments

Ramalanku Benar Belaka 2013

Ramalanku Benar Belaka 2013 - Salam semua, hari ini kozumi agak sebok dengan melaksanakan segala design tempahan dari pelanggan kozumi. Lewat pulak kozumi bangkit dari tidur hari ini gara-gara semalam follow blogger terkacak Malaysia iaitu Boni Kacak untuk berjumpa dengan Blogger retis iaitu Zarul Umbrella.

Seperti biasa plan semalam keluar pada waktu petang, seperti biasa kozumi akan memaksa Boni Kacak untuk menjemput kozumi dirumah kozumi...hihihi..nak tak nak dia kena jugak jemput wakaka. Tepat pukul 5 petang Boni Kacak sudah sampai di rumah kozumi(Awal pulak mamat ni sampai)biasa main pakai "Janji Melayu"...Oh Ramalanku Tidak Benar Belaka...Nampaknya Boni Kacak sudah pandai menghargai masanya. Terbaik Bro...hihihi...

Perjalanan bermula dan Boni kacak meramalkan kita haruslah menyinggah ke kedai mamak untuk minum-minum dulu sebelum meneruskan perjalanan ditempat yang ditujui. Apabila tiba di kedai mamak bermulalah gosip-gosip liar dan terkini di hujah dan di rungkai sesama sendiri..Gosip apakah??? Biarlah Rahsia...hahahaha..

Bila pukul 6 petang kami meneruskan perjalanan menuju ke cheras untuk berjumpa dengan Zarul Umbrella. Perjalanan agak lancar pada permulaan, entah macam mana bila masuk kawasan kl, perjalanan mula menjadi perlahan( Masin Jugak Mulut Boni ni...duk mintak jalan sesak...Amik ko!!wakakaka).

Dalam perjalanan menuju ke Cheras yang agak sesak, bermulalah satu perlawanan teka Awek dalam Kereta...Permainan apakah ini? kui..kui...kui...Permainan ini direka khas oleh Boni Kacak di mana ia suruh meneka setiap kereta yang melalui di jalan bertentangan, siapakah pemandu di dalamnya..Adakah wanita atau Lelaki...Nampaknya banyak juga kegagalan meneka yang diperoleh oleh Boni..."Bro please tukar cermin mata hahahaha"...Lelaki di katanya awek...Mak cik dikatanya awek...memang mata sepet betul wakakaka...Jangan Marah bro...

Hampir 40 minit perjalanan barulah tiba di kawasan yang ditujui. Jadi mulalah proses untuk menjejaki Studio Rakaman yang akan dihadiri Zarul Umbrella untuk membuat record Lagu pembaharuan Ramalanku Benar Belaka 2013. Bila dah jumpa lokasi Studio itu, kami singgah makan di restoran berhadapan dengan Studio. Jemput makan ya semua hihihi...

Buku Pesanan Makanan
Sedang Memilih Menu Makanan.

Makan Briyani Best
Akhirnya memilih Nasi Briyani hihihi.

Selepas abis makan bro Zarul pun tiba dan kami terus menuju masuk ke dalam studio rakaman dan bermulalah sesi rakaman suara.
Rakaman Zarul Umbrella

Perubahan terbaru pada Lagu Ramalanku Benar Belaka nayayian Bro Zarul masih lagi berbisa dan matap!. Memang tidak sangka kozumi berpeluang untuk melihat serta mendengar rakaman suara Bro Zarul Umbrella secara dekat dan live. Perubahan yang di lakukan dalam Lagu Ramalanku Benar belaka ini memang sangat mengagumkan dan sangat dinamik memang sesuailah mengikut peredaran masa. Bila dihayati dengan nada yang menyentuh perasan memang perghhhh...kozumi kasi 9.9/10 lah....

Kepada korang yang menyukai dan minat akan lagu Bro Zarul ini pastikan korang dapatkan nanti CD yang original apabila keluar dipasaran nanti. Jangan pulak memandai-mandai mendownload di internet pula. Memang tidak berkatlah kalau berbuat sedemikian umpama menuai padi milik orang lain tanpa kebenaran.



gambar kredit: Boni Kacak

Top Commentator May 2013 Blog Jejaka Paling Nakal

98 comments


Salam semua, hari ini kozumi ingin umumkan Top Comments untuk bulan May bagi kaki komen Blog Jejaka Paling Nakal. Maaf agak terlewat untuk mengumumkannya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kepada rakan-rakanyang lain, jangan lepaskan peluang ini untuk merebut gelaran Top Comments di Blog Jejaka Paling Nakal ini setiap bulan. Setiap Top Comments akan mendapat hadiah berupa wang tunai.

Nampaknya pemenang Top Comments bulan ini adalah orang yang sama, Taniah di ucapkan kepada Datin Tyka. Kiraan komen ini kozumi telah ambil pada detik 31 June 2013 jam 12.00 malam.

Kepada Datin Tyka dan mohdazhar sila emailkan nama,email,no akaun(maybank) kepada koz di kozumi_ro@yahoo.com . 

Tempat Pertama: Datin Tyka RM50 
Tempat Kedua : mohdazhar RM30 





Waspada Penipuan di Facebook

54 comments

Penipuan di Facebook
Salam, kepada rakan-rakan blogger yang lain di harap anda berhati-hati dengan penipuan di facebook yang semakin berleluasa dalam tawaran service design dari sesetengah pihak.

Semalam kozumi menerima mesej dari rakan kozumi yang bertanya akan promosi yang kozumi sebarkan di ruangan facebook melalui seseorang yang tidak kozumi kenali. Terkejut juga bila mendengarnya sebab dalam bulan ini kozumi belum lagi mulakan menyebarkan apa-apa promosi. 

Apabila mengunjungi profile facebook dia yang kozumi tidak kenali, kozumi agak terkejut jugak bila melihat paparan design banner promosi milik kozumi terpapar di dalam profilenya. Pada banner terbabit telah diedit pada beberapa bahagian bagi mengubah tagline, akan tetapi watermark kozumi masih lagi terpapar di situ dan juga paparan beberapa design Facebook Cover Customer kozumi.
Waspada Penipuan di Facebook
klik untuk paparan besar
"Kalau anda designer sebenar, kenapa tidak menghasilkan design banner sendiri untuk tujuan promosi itu?"
please bersiap profesional...Design Banner itu adalah milik Service Tempahan Design.

Anda kene beringat ada sesetengah pihak yang menawarkan service design harga pada kadar yang terendah yang mungkin akan menarik minat anda serta beberapa orang untuk mendapatkan service mereka tersebut.

Apa yang akan terjadi kemungkinan anda harus membuat pembayaran dahulu mengikut jenis service design dan barulah design anda akan di disiapkan(isyallah mungkin tak siap sampai bila-bila).

Jadi di sini kozumi cadangkan kepada rakan-rakan blogger sekalian setiasalah berwaspada dan kalau boleh dapatkan service design dari orang yang anda kenal atau orang yang tawarkan itu memang sudah terkenal.

Mencegah dahulu lebih baik dari meroyan dahulu...sekian.

Kesibukkan Melampau Melanda

60 comments


Salam semua, agak lama tidak mengudate blog kesayangan kozumi ini. Sekarang ini kozumi memang kurang masa untuk mengupdate blog kerana sedang fokus dalam memperkukuhkan lagi bisnes design ini.

Walaupun beberapa minggu lepas kozumi mendapat hentaman kuat dari dugaan kehilangan Facebook akibat manusia yang berhati busuk. Tapi kozumi kuatkan semangat untuk tempuh dugaan ini. Alhamdulillah masih dapat bertahan sehingga sekarang.

Agak lewat jugak kozumi update blog ini, sebab masa ini saja yang dapat kozumi luangkan untuk blog ini. Harap-harap ada jugak yang sudi membaca dan meninggalkan komen. Maaf jika kozumi tidak membalas kunjungan rakan-rakan blogger sekalian, insyallah jika ada masa terluang kozumi akan laksanakannya...


Dugaan apabila akaun Facebook di Hack.

26 comments


Salam semua, agak lama tidak membuat sebarang post di blog ini. Semua ini terjadi apabila akaun facebook kozumi telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawap dan yang sangat kejam akaun kozumi telah pun dihapuskan.

Memang agak kecewa jugak sebab kehilangan follower, fanpage dan juga group yang telah lama diwujudkan hilang begitu sahaja. Rakan-rakan dan customer bisnes juga turut ilang begitu sahaja. Memang dugaan sungguh keatas kozumi. Stress ini telah berambah dari hari kehari dan semangat telahpun jatuh seperti cempedak jatuh kedebukkk di atas batu(bukan tanah).

Tapi kozumi harus terima ini sebagai satu dugaan dan kozumi haruslah bangkit semuala walaupun terpaksa bermula dari bawah semula. Kozumi mohon maaf kepada rakan-rakan yang memerlukan khidmat kozumi untuk tempahan design. Insyallah kozumi akan laksanakan pada minggu ini juga. Kepada rakan-rakan, jom follow kozumi di SINI. Doakan untuk beri semangat kepada kozumi ya rakan-rakan...salam...

Kepada rakan-rakan kozumi mohon bantuan untuk memberi undian kepada kozumi di dalam contest anjuran denaihati network di SINI. Kalau tidak keberatan, undilah kozumi setiap hari okey...

Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati

93 comments

Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati

Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati

Salam semua, hari ini kozumi akan membentangkan hasil ilmu yang telah kozumi dapat semasa SBDdB13 Seminar Buat Duit dengan Blog dan Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati yang dimiliki di sana.

Di dalam seminar Anjuran Denaihati Network telah memperkenalkan beberapa panel-panel yang berjaya membina income dari aspek pelbagai sudut baik dalam penjualan ebook, model, niche blog dan pendapatan affiliate.

Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati - Kozumi semasa seminar Buat Duit dengan Blog terbabit amat berminat untuk lebih memahami cara penjualan ebook yang telah dibentangkan oleh saudara Suhaimy iaitu founder WangCyber.com. Teknik dan cara penjualan ebooknya amatlah luar biasa dan cara membuat ebook dengan mudah menarik minat kozumi. Saudara Suhaimy semasa seminar terbabit lebih ketengahkan cara Penjualan produk sendiri dalam aspek Digital. Di dalam kategori digital mempunyai pelbagai cabang yang boleh di pilih seperti Ebook, Aplikasi, Video, Audio Files, Grafik dan Premium Content.

Kozumi lebih gemar untuk mengetahui lebih lanjut dalam digital kerana kena dengan hala tuju kerja yang kozumi sedang usahakan sekarang dalam bidang Grafik. Dalam teknik penjualan Ebook juga salah satu usaha yang sedang giat kozumi laksanakan bagi tujuan perkongsian kepada rakan-rakan yang ingin mengetahui cara dan bagaimana untuk membina sesebuah grafik.

Tips "Satu hari 1 muka surat, 30 hari sudah 30 muka surat"

Dalam penjualan produk digital melalui blog setiap kos yang dikeluarkan sudah semestinya kosong dan keuntungan yang akan dimiliki adalah besar jika kena dengan cara dan teknik yang dilaksanakan. Dalam contoh yang kozumi laksanakan dalam Service Design adalah mengikut langkah-langkah yang sama seperti yang di sampaikan Saudara Suhaimy dan ia telah ditetapkan kozumi sendiri seperti mendapatkan tempahan, laksanakan kerja design, terima pembayaran, hantar hasil kerja kepada pelanggan. Mudah bukan? memang tidak memeningkan kepala bila menguruskannya dengan sendiri.

Memang tidak sabar untuk menyiapkan Ebook yang pertama yang kozumi sedangkan usahakan ini, doakan moga ia berjalan dengan lancar, Amin...

Gambar credit Melastik Bintang.

Duduk Rumah Buat Duit Dengan Blog

64 comments

 Buat Duit Dengan Blog
Salam semua, apa kabar? hari ini kozumi kembali sihat seperti biasa setelah demam beberapa hari. Demam Seminar Buat Duit Dengan Blog kot.hihihi...

Kozumi masih belum sempat untuk mengarangkan perkongsian pengalaman semasa di Seminar Buat Duit Dengan Blog Anjuran Denaihati Network. Insyallah kalau ada ruang dan masa kozumi akan karangkan untuk anda.

Hari ini merupakan hari cuti kepada semua, bagi kozumi hari-hari cuti maklumlah asyik duduk umah jek. Duduk rumah bukannya bermaksud tidak ada kerja ya. Kozumi seperti biasalah buat kerja-kerja melalui online. Sudah malas nak bekerja bawah arahan mana-mana bos, lebih baik jadi bos sendiri bukan hihihi.

Kurang sikit tension asyik melayan kerenah bos-bos yang tahu mengarah sahaja, tapi untuk memahami pekerjanya tidak, kerja nak cepat siap, tapi gaji asyik tangguh 1 bulan 2 bulan. Pekerja makan batu ke ko ingat???haha tetiba lak pikir negetif lak kozumi ini awal-awal pagi ni hahaha.Kenangan sewaktu kerja dahulu hihi..haha ini ayat sesuai dengan kozumi sahaja okey sebab setiap perkerjaan lain-lain ragamnya.

Jadi sekarang memang happy sangat-sangat bekerja sdn bhd walaupun ramai gak rakan-rakan ajak kerja balik dalam bidang lama kozumi. Maaflah buat masa ini kozumi terpaksa menolak demi masa depan kozumi dalam bidang terbaru ini. Kozumi sudah rasa senang dengan pekerjaan kozumi sekarang ini. Insyallah otw nak daftar syarikat pula lepas ini kalau ada rezeki lebih, Amin....

Cara Buat Blog Sendiri

83 comments


Salam semua, hari ini kozumi akan mengajar anda yang berminat untuk cara membina blog atau cara membuat blog sendiri dengan hanya mengikut step yang akan kozumi kongsikan ini.

Pertama sekali, anda mesti mempunyai akaun blogger dahulu, anda boleh mula daftar di sini http://www.blogger.com/ .

Pada paparan pertama adalah seperti di bawah, anda harus klik button "Sign up" seperti gambar dibawah.

Kemudian akan keluar paparan seperti di bawah, anda harus mengisi form yang disediakan. Selepas selesai klik "I agree to the Google Terms of Service and Privacy Policy" dan kemudian klik "Next Step".

Selepas itu akan keluar paparan seperti di bawah dan anda klik pada button "Back to Blogger".


Kemudian akan keluar paparan Confirm Your Profile seperti di bawah. Anda klik button "Create a limited Blogger profile".


Kemudian akan keluar paparan di bawah, anda isi nama paparan yang anda inginkan, nama ini akan terpapar di setiap posting dan comments di dalam blog anda nanti. Kemudian tekan button "Next Step".


Setelah klik button tadi akan keluar paparan seperti dibawah, anda klik button "New Blog".


Paparan dibawah ini merupakan permulaan anda membina sebuah blog yang anda impikan. Tetapkan Title/Tajuk blog dan Address/Alamat blog impian anda mengikut kesukaan anda. Patikan nama dan alamat blog mudah difahami dan diingati. Selepas itu klik button "Create blog!".


Tahniah! anda sudah membina blog impian anda. Ikuti tutorial berikutnya pula yang akan kozumi kongsikan kepada anda cara bagaimana untuk membuat posting dan menghias blog anda kelihatan menarik insyallah.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net