Powered by Jasper Roberts - Blog

Khairul Fahmi Che Mat Berjiwa Besar

18 comments





KOTA BHARU – Biarpun dilanda pelbagai kontroversi, Khairul Fahmi Che Mat @ Apex ternyata berjiwa besar.

Beliau sanggup meninggalkan skuad kebangsaan lebih awal biarpun berada dipuncak kerjaya sekiranya soal peribadinya menjejaskan pasukan negara.

“Saya nak bersara awal sebab terfikir masalah peribadi dicampurkan dalam karier.

“Saya tidak gemar dalam keadaan itu sebab saya fokus untuk mengharumkan nama negara, bila masalah peribadi ganggu pasukan, saya tidak mahu perkara ini ganggu pasukan negara,” katanya pada satu program di TV1 di sini malam tadi.

Apex dilanda kontroversi panas semenjak putus tunang dengan Elia ‘jejari runcing’ dan selepas itu beberapa keping gambarnya bercuti dan berpegangan tangan dengan Dahlia Teck di Singapura tersebar di internet.

Kemudian, turut menghangatkan keadaan apabila beberapa blog hiburan terkenal menyiarkan gambar-gambar Apex, Dahlia dan beberapa orang gadis seksi leka berhibur di sebuah restoran eksklusif di Bukit Bintang, yang turut ‘dicemari’ dengan sebotol arak di atas meja.

Sekembalinya Apex dari Sukan SEA di Indonesia baru-baru ini, beliau dikejutkan pula dengan penyiaran beberapa keping gambar intimnya bersama Shida Harmi yang dikirimkan oleh pihak yang dikatakan cuba mencemar reputasinya yang sedang memuncak naik.

Apex muncul wira negara apabila berjaya menangkis keluar sepakan penalti terakhir pemain skuad bola sepak Indonesia, Ferdinand Sinaga, yang menyaksikan skuad Harimau Muda berjaya memalukan pasukan dan peminat fanatik skuad Garuda itu di tempat sendiri sebanyak dua kali.

Beliau juga baru kehilangan adik kesayangan. Mohd Izat, 16 pada pagi kelmarin kerana demam panas.

Sementara itu, Jurulatih Skuad Kebangsaan, Ong Kim Swee dalam rancangan yang sama turut mempertahankan Apex dan barisan pemain kebangsaan.

Kata Kim Swee :

“Yang timbulkan isu-isu ini bukan penulis sukan, ini penulis yang ingin lariskan akhbar dan diri masing-masing.

“Pemain-pemain ini berkhidmat kepada negara, setiap pemain tidak boleh lari dari silap tetapi apakah apakah berbaloi dengan khidmat yang diberikan kepada negara,” katanya.

Bagaimanpun lebih baik Apex kurangkan kontroversi barulah itu jiwa besar yang sebenar dan menjadi ikon ikutan golongan muda.

info: http://kelate.net

Macaron Yanmieonline Sedap dan Lazat

8 comments

macaron

Koz nak Macaron...Haha koz tak pernah rasa lagi macaron ini , orang yang pernah merasa katanya sedap. Biala dengar macam itu, tu yang koz join contest kak yanmie ni.

“Inilah masanya untuk merasai makanan paling sedap dari negara Perancis, makanan yang menjadi fenomena sejak akhir-akhir ini di Malaysia, iaitu Macaron, Yanmieonline.com dengan berbesar hati ingin memberikan kepada 5 orang pemenang bertuah untuk merasai keenakan Macaron tersebut, tunggu apa lagi?, sertainya sekarang, secara tidak langsung membantu beliau untuk untuk mendapatkan gadget idamannya!!!!”

Harap-harap terpilih untuk memennginya. Maklumat lanjut seperti di bawah :


Cara Penyertaan
1. Buat satu entry, tajuk entry adalah bebas dan hanya copy paste ayat dibawah ini :-
“Inilah masanya untuk merasai makanan paling sedap dari negara Perancis, makanan yang menjadi fenomena sejak akhir-akhir ini di Malaysia, iaitu Macaron, Yanmieonline.com dengan berbesar hati ingin memberikan kepada 5 orang pemenang bertuah untuk merasai keenakan Macaron tersebut, tunggu apa lagi?, sertainya sekarang, secara tidak langsung membantu beliau untuk untuk mendapatkan gadget idamannya!!!!”
2. Like Entry Ini
3. Retweet Entry Ini sekiranya anda mempunyai akaun Twitter
4. klik G+ untuk entry ini sekiranya anda mempunyai akaun gmail
5. Tinggalkan Link penyertaan diruangan komen ini.
6. takde apa dah, itu je heeee
Hadiah
macaron
- Macaron 1box untuk 5 orang pemenang. Macaron ini adalah macaron yang paling sedap pernah saya makan, lebih sedap dari yang saya beli kat KLCC (Nak mention kedai tapi ada pulak kang yang sentap hemmm) iaitu Macaron hasil tangan dari Cikmin.com memang terbaik.
Cara Pemilihan Pemenang Bertuah
- Pemenang akan dipilih melalui random.org so sesiapa pun boleh menang, sekiranya penyertaan banyak, bilangan hadiah mungkin akan ditambah lagi. tarikh tutup akan diberitahu kemudian.

.

************

Update Contest Tambahan

.
Berita baik untuk sesiapa yang join contest diatas,  anda sekarang boleh juga dapat peluang untuk memenangi wang tunai/topup. Caranya mudah sahaja, tolong kawan blogger yanmieonline iaitu zulseffort.net untuk mendapatkan gadget impiannya, caranya mudah sahaja, follow bawah ni.
Untuk menyertai contest ini sangat mudah..
[1] Join contest macaron yanmieonline  - 2 peluang cabutan bertuah
[2] Join contest Zulseffort – 3 peluang cabutan bertuah
[3] Join Contest Zulseffort sahaja – 1 Peluang Cabutan bertuahTotal point 5 cabutan bertuah dan 1 point untuk Contest Zulseffort sahaja tanpa masuk contest yanmieonline
Untuk sertai contest cabutan bertuah zulseffort 
[a] Klik Facebook Like Button
[b] Klik button retweet dan share di twitter
[d] Klik google+ button (kalau ada)
[c] Komen bagitau apa gadget kegemaran anda disana
Bagitau Zulseffort yang anda join contest beliau:
Tinggalkan komen di entry beliau dengan menyatakan ” saya join contest  atau DM/mention @zulseffort di twitter, tetapi penyertaan hanya sah sekiranya anda melalukan beberapa langkah diatas.
Hadiah-hadiahnya :
1. Cash/Topup RM 30
2. Cash/Topup RM30
3. Cash/Topup RM20
4. Cash/Topup RM20
5. Cash/Topup RM10
6. Cash/Topup RM10
7. Cash/Topup RM10
8. Cash/Topup RM10
9. Cash/TOpup RM10
10 . Untuk 5 orang  - Tips buat duit tanpa modal di internet
Hadiah akan dipilih secara rawak ..

Sinopsis Dingin Lavenda - Slot Zehra TV3

5 comments


DRAMA 13 EPISOD 'DINGIN LAVENDA' diilhamkan daripada Novel DINGIN SALJU INDIANA
Penulisan : Pn Nurolsham Saidin
Pengarahnya : Amy Maziah
Pelakonnya : Eira Syazira, Zarina AF, Faralyna Idris, Azlee Khairi

Akan bersiaran pada Slot Zehra,Jumaat, 9.00-10.00 malam diTV3 bermula pada 2 Disember 2011.

Sinopsis Dingin Lavenda
Kisah yang dipaparkan dalam drama ini mengutip pengalaman getir tiga orang pelajar gadis Melayu di Melbourne, Australia. Jannatun Naim (Jannah), Murni dan Nana berada di perantauan kerana menjunjung misi menimba ilmu. Dengan berlainan latarbelakang asuhan

Drama ini meruntuhkan tembok tabu yang sering dikaitkan dengan isu dan permasalahan agama. Pelajaran agama sahaja tidak memadai; tanpa didikan agama dan adab. Pelajaran agama semata-mata tidak menjanjikan keutuhan iman. Iman yang ada akan diuji dengan pelbagai wajah. Setelah diuji, barulah akan terserlah reality sebenar sama ada iman seseorang itu cemerlang atau dangkal.

Sebagaimana lazimnya, apabila berada jauh di negeri orang, kelompok Melayu yang kecil akan rapat menjadi seolah satu keluarga. Jannah dan Murni memilih Melbourne, Australia untuk menyambung pengajian, tanpa menyangka hadirnya cabaran yang menggugat persahabatan dan permasalahan yang mencabar keimanan.

Tempat Dan Gaya Tidur Si Kucing

12 comments

 Berikut adalah koleksi gambar-gambar gelagat, gaya dan tempat kucing tidur yang koz ada. Agak comel cara mereka tidur.kan. Geram je koz tengok.




Senarai Lagu Peringkat Akhir Muzik-Muzik 2011

4 comments


Berikut adalah senarai lagu yang berjaya ke peringkat akhir Muzik-Muzik ke-26. Semua lagu hebat-hebat belaka.


1. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)

2. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)

3. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)

4. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)

5. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)

6. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)

7. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

8. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)

9. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)

10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)

11. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)

12. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)

12 lagu telah dipilih untuk bertanding di peringkat akhir yang akan di adakan pada 29hb Januari 2012 nanti. Lagu manakah yang akn ditabal menjadi Juara Lagu yang ke 26?

Gambar Adik Khairul Fahmi Che Mat Meninggal Dunia

7 comments




Berikut ialah kata-kata Apek:
Kali terakhir saya sempat berbual dengan Izat ketika dia dimasukkan ke HRPZ II sebelum Hari Raya Haji. Saya dimaklumkan oleh keluarga keadaannya bertambah teruk sehingga tidak sedarkan diri ketika sedang menghadapi Sukan Sea di Jakarta. Saya bertemu dengannya kali terakhir selepas Khamis lepas, ketika itu arwah sudah tidak sedarkan diri. Izat minat dengan bola tetapi kurang pandai.

Semoga roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang - orang yang beriman.

Hasil Seni Budak Nakal Menggunakan Adobe Flash CS3

18 comments

Hai al...wah sudah lama koz tak hasilkan artwork untuk di kongsikan kepada korang. Hari ini koz kongsikan hasil seni yang koz buat semalam dan ia bersambung pagi tadi ahak. Alhamdulillah siap sudah.  Inilah hasilnya, art ini koz hasilkan menggunakan adobe flash CS3 masa yang koz ambil untuk menyiapkan art ini lebih kurang 30 minit kot. Tak lama sangat koz ambil masa, nanti lau layan lama-lama naik boring pula. Macam mana okey tak hasil yang koz buat ini?

Adik Khairul Fahmi Che Mat Meninggal Dunia

18 comments


Baru tadi koz terima khabar mengatakan adik kepada Goal keeper kebangsaan( harimau Muda) iaitu Adik kepada Khairul Fahmi Che Mat telah menghebuskan nafasnya yang terakhir. Arwah telah mengalami demam denggi.

Salam Takziah diucapkan kepada Khairul Fahmi Che Mat (Apex) dan keluarganya atas pemergian adik lelaki beliau ke Rahmatullah. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Amin.

Filem Datin Ghairah 2011

7 comments




Tajuk bukan main Panas jekan. Ni yang koz nak cerita ini. Pada December 08, 2011 ,sebuah filem yang di terbitkan oleh Sabree Fadzil iaitu Datin Ghairah " Hidup mesti seksi jangan seksa!"akan di mainkan di pawagam seluruh negeri .

Filem Komedi Romantik terbaru keluaran DeBaron Sdn Bhd, Datin Ghairah dibarisi artis-artis terkenal seperti Aaron Aziz (KL Gangster) Maria Farida (Senario Ops Pocot), Joey (Exist), Sheera Iskandar (Halimah Jongang) dan Faizal Hussein. Filem ini berkisahkan seorang Datin Gharirieyah, yang lebih dikenali sebagai Datin Ghairah (Maria Farida), balu kaya Malaysia ahli perniagaan Dato 'Mahfuz (Aaron Aziz). Dia bertujuan untuk mengembangkan empayar kewangan keluarga dengan bantuan Kapten bersara tentera lelaki Loqman (Hairee Othman).

Trailer Filem Datin Ghairah


p/s: elok2 tgok trailer tu nnt kne kiss...hihihi

Sinopsis Filem Songlap 2011

8 comments



Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.

Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.

Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.

Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

SONGLAP INFO:

Producer : Ahmad Puad Onah, Lina Tan, Lee Mee Fung (Executive Producer), Lina Tan (Producer), Aileen Seet (Producer)
Director : Effendee Mazlan & Fariza Azlina Isahak
Producer (Company) : Red Films Sdn Bhd & Grand Brilliance
Language : Malay
Genre : Drama, Action
Classification : U
Release Date : 2011
Duration : 100 min
Audio : Stereo
Script: Fariza Azlina Isahak (Screenplay)

Cast: Shaheizy Sam, Syafie Naswip, Sara Ali, Omar Abdullah, Rozie Rashid, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Eliza Wong, Berg Lee, Khirilridzuan, Ayam Fared, Izzue Islam, Fang Chyi, Charlene Meng Si Shi


Harimau Muda Jalani Latihan Dan Perlawanan Persahabatan Di Australia 10 Disember

5 comments


Selepas mengharungi perlawanan di sukan sea dan kelayakan olimpik berturut-turut, skuad Harimau Muda akan menjalani latihan di Sydney, Australia selama 12 hari bermula 10 Disember depan.

Di Australia, skuad kendalian Ong Kim Swee ini akan mengadakan latihan dan perlawanan persahabatan dengan tiga buah kelab di Liga A-Australia. Ia adalah sebagai persiapan menghadapi baki tiga lagi perlawanan aksi kelayakan Olimpik 2012, selain persediaan menempuh saingan Liga Singapura (Liga-S) pada Februari tahun depan.

Ong Kim Swee telah pun menyenaraikan barisan senarai 30 pemain yang akan dipanggil menyertai latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya pada 5 Disember ini.

Kapten skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd Fandi Othman, Abdul Shukor Jusoh, K. Gurusamy, Mahalli Jasuli, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Mohammad Muslim Ahmad masih mendapat kepercayaan beliau selepas membantu mempertahankan pingat emas sukan sea lalu.

Penyerang Harimau Muda, Izzaq Farris Ramlan terpaksa diketepikan ekoran kecederaan serius dan baru selesai menjalani pembedahan lutut. Selain itu seorang lagi penyerang, Mohd. Ferris Danial Mat Nasir juga digugurkan.

Namun apa yang menarik perhatian adalah dan dua penyerang yang sering mendapat kritikan dari peminat, Ahmad Fakri Saarani serta Thamil Arasu masih diberikan kepercayaan untuk mengggempur barisan pertahanan lawan.

Pemain tengah berbakat berusia 17 tahun, Muhammad Nazmi Faiz Mansor juga masih ditagih Kim Swee bagi menggerakkan jentera tengah Harimau Muda.

Tiga pemain pinjaman kelab Slovakia, FC Vion Zlate Moravce iaitu Wan Zack Haikal, Irfan Fazail dan Fadhli Shas juga masih mendapat kepercayaan Kim Swee bersama Gary Steven Robbat yang sebelum ini tidak dibawa ke Jakarta akibat kecederaan.

Selain itu, K. Reuben bersama penyerang pinjaman Felda United, D. Saarvindran yang sebelum ini digugurkan ke temasya Sukan SEA juga kembali dipanggil menjalani latihan.

Ong Kim Swee turut memanggil beberapa muka baru untuk diuji termasuk penjaga gol muda Kelantan dan Terengganu, Syazwan Yusof dan Sharil Saari bersama pemain skuad Presiden Kelantan, Nik Mohd. Syahrul Azim Nik Abd. Halim serta beberapa lagi pemain muda seperti Muhammad Akmal Ishak, Mohd Azizan Nordin dan Mohd Azrif Nasrulhaq.



Info dari:  portalsukan.com

Terminator Versi Si Kecil 2012

2 comments

Cerita ini berkisahkan seorang anak kecil yang bercita-cita besar untuk menjadi seperti idolanya pabila dewasa nanti. Idola yang sangat ia sanjungi adalah terminator. Di lihat pada gaya dan mimik muka yang di paparkan pada gambar di atas membuktikan si anak kecil ini serius akan cita-cita yang di impikannya. Semoga pabila ia sudah dewasa segala cita-citanya akan tercapai...

"Sangat Bergaya...Kalah koz hahaha"

Penumpang Keretapi Terkandas Gara-Gara Panggilan Bom

6 comments


Penumpang keretapi membabitkan laluan Tapah dan Tanjung Malim, Perak, terkandas, berikutan panggilan yang memaklumkan bahan letupan, diletakkan di landasan.

Berikutan ancaman itu, perjalanan keretapi di laluan berkenaan terpaksa di tutup.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Roslan Bek berkata, pihaknya menerima panggilan yang memaklumkan bahan letupan diletakkan di landasan keretapi kira-kira jam 1l: 45 pagi tadi.

Gerakan mengesan bahan letupan itu dilancarkan 50 anggota polis dibantu unit pemusnah bom.

Turut serta kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad, KTMB.

Gerakan mencari dilakukan di laluan sepanjang 76 kilometer termasuk 21 jambatan.

Polis akhirnya, menemui objek yang dikatakan bahan letupan itu di KM259.25 kilometer dekat Sungkai.

Objek terbabit diletupkan kira-kira jam 12 lima minit tengah hari tadi.

Polis kini sedang menyiasat bahan yang diletakkan di landasan itu.

Hingga kini, difahamkan, perjalanan keretapi antara Tapah dan Tanjung Malim masih dihentikan.


Sapa punya angkara ni!!

Biodata Baddrol Bakhtiar Ketua Pasukan Harimau Muda

9 comments


Baddrol mula mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden. Dia kemudian diserapkan ke skuad Sukan Malaysia Kedah pada 2006. Sepanjang berlangsungnya Sukan Malaysia, Baddrol sering berada dalam kesebelasan utama.

Baddrol diserapkan ke skuad utama Kedah pada musim 2006/07 dan bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama dengan K. Soley di bahagian sayap kanan atau dengan Mohd Khyril Muhymeen Zambri di bahagian sayap kiri. Pemergian K. Soley ke Perlis membuka peluang untuk Baddrol beraksi dalam kesebalasan utama. Pada musim 2007/08, Baddrol menunjukkan prestasi yang membanggakan dan menjaringkan 14 gol keseluruhan iaitu 8 gol Liga Super, 2 gol Piala Malaysia, Piala FA dan Piala AFC.


Bawah 20 Malaysia
Baddrol mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan kelayakan Belia Asia pada tahun 2005. Malaysia berjaya menumpaskan Myanmar 4-2 dan layak bermain di Bangalore, India pada tahun 2006. Bagaimanapun, penampilan pertama Baddrol dalam kejohanan Belia Asia bermula dengan langkah kiri apabila dia menjaringkan gol sendiri semasa menentang Vietnam.

Baddrol turut bermain di kejohanan Piala Juara Belia. Permainan yang ditunjukkannya semasa menentang Chelsea menarik minat kelab itu untuk membawanya ke Stamford Bridge.

Peluang ke Stamford Bridge
Pada 6 April 2008, Pengerusi Gifted Group Jonathan Price mengotakan janjinya untuk memberi pengalaman kepada Baddrol dan rakannya Mohd Bunyamin Omar untuk mengikuti latihan selama dua minggu di Stamford Bridge.


Biodata Baddrol Bakhtiar 
Nama penuh: Baddrol bin Bakhtiar
Tarikh lahir: 1 Februari 1988 
Tempat lahir : Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Ketinggian: 1.82 m 
Posisi :  Sayap Kanan
Pasukan : Kedah
Facebook Baddrol Bakhtiar : Baddrol.7

Borang Pendaftaran Bantuan RM500 Kini Di Buka 10 Disember

11 comments



Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Dis ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Sehubungan itu, pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan, kata Ahmad Husni dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM, katanya.
Menurut Ahmad Husni, bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.

"Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.
"Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat,” kata Ahmad Husni.

Isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.

Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas sebatang kara.

Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga layak untuk memohon, katanya.


keyword:
Borang Pendaftaran Bantuan RM500 , Borang Pendaftaran Bantuan , Cara Daftar Borang Pendaftaran Bantuan RM500 , Borang Bantuan RM500 ,  Bantuan RM500 , Borang Pendaftaran Bantuan RM500 Suri Rumah , Pendaftaran Bantuan RM500 ,  Bantuan RM500 kerajaan , bantuan RM500 untuk rakyat , cara dapatkan duit bantuan RM500 untuk rakyat , bantuan untuk rakyat , bantuan untuk rakyat malaysia , brim RM500 untuk rakyat , BIRM RM500 untuk rakyat , bantuan rakyat , bantuan kerajaan untuk rakyat , bantuan RM500 1 malaysia , bantuan RM500 2011 2012 untuk rakyat , bantuan keluarga , cara dapatkan RM500 , bantuan 500 ringgit untuk rakyat , bantuan untuk ketua isi rumah , layak dapat RM500 untuk rakyat , golongan layak dapat bantuan RM500 untuk rakyat , permohonan RM500 untuk rakyat , 

TV3 Pertandingan Tiru Gaya Artis

8 comments


Lakonkan semula persembahan pemenang Anugerah Juara Lagu sejak 1986 hingga 2010 dan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai RM5000 serta menyaksikan AJL26 secara langsung sebagai VIP!!!

Hantarkan video anda secara online dan hanya 10 peserta akan berjaya ke pusingan akhir dan Malaysia akan mengundi secara online siapa yang akan dinobatkan sebagai juara!!. Peserta haruslah kreatif, berbakat dan menghiburkan.


Syarat dan penyertaan anda boleh lihat di SINI.

Cara Semak Keputusan PMR, SPM Secara Online

37 comments



Bagi yang ingin mengetahui cara untuk menyemak keputusan PMR .Kini anda boleh membuat Semakan Secara Online Keputusan Peperiksaan UPSR, PMR, dan SPM. Anda hanya perlu mengikuti beberapa langkah untuk menyemak keputusan peperiksaan tersebut. SAPS telah menyediakan satu lagi kemudahan yang membolehkan pihak ibubapa melihat prestasi pencapaian anak mereka. Sila klik menu pilihan di sebelah kiri dan masukkan ID pelajar di laman web SAPS, pilih jenis peperiksaan dan jenis laporan mereka.


  1. Pergi ke laman web SAPS, saps.moe.gov.my
  2. Klik butang Semakan Ibu Bapa yang bewarna merah.
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak LaporanPaparan akan keluar seperti dalam gambar rajah di bawah:

keputusan rasmi PMR 2011 akan diumumkan sebelum perayaan Krismas pada 25 Disember 2011 iaitu pada hari Khamis (22 hb) ataupun pada hari Jumaat (23 hb).

Lirik Lagu Harimau Malaya Selamanya - Ultras Malaya

9 comments



Jom layan lagu dari Ultras Malaya untuk pasukan Harimau Malaya kita. Memang best bila layan lagu ni. Boleh menaikkan semangat kita semua sebagai peminat pasukan Harimau Malaya kita.First time koz degar lagu ni dekat radio, wow bila je dengar memang bersemangat. Apa lagi jom layan sekali dengan liriknya.



Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya sokong Malaysia

E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya
Harimau malaya
Harimau malaya

E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah

Inilah tanah tumpahnya darahku
Negara pasukan piala hanya satu
Harimau kami berlari laju
Belang nak tertanggal dari baju
Harimau kami cekap gelecek
Pertahanan lawan tumbang sederet
Bila turun padang berumahkan gelanggang
kalau berani mari bertandang hah

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya ooh Malaysia

E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya

Semua berlari hingga tiada keringat
Gol pertama untuk negara kedua untuk pingat
Bila atas padang main tak ingat
Tiap hantaran kemas tiap gerak ligat
Pernah kah ada harimau yang jinak
Jawapan nya tidak semestinya lincah
Penyokong di stadium beranak pinak
Untukmu Malaysia kami ceria

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya ooh Malaysia

E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya

Hey, mari kita semangat
Hitam kuning terpahat
Mari kita berjuang
Teguh berperang di padang
Sekali lagi maju lagi serang lagi
Gagah berani sebati tidak gentar tenang
Dengan sorakan gemilang
Harimau malaya pasti menang

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya harimau malaya

Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya
Selamanya-selamanya ooh Malaysia

E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah aaa aaa
E lelelelele lah ooo ooo
E lelelelele lah harimau malaya
Harimau malaya
Harimau malaya

Biodata Nazmi Faiz Mansor Harimau Muda

8 comments


Siapa tak kenal player Harimau Muda kita iaitu Nazmi Faiz Mansor yang berbadan kecil tapi sangat lincah.Walaupun Nazmi terpaksa menagguhkan untuk menduduki SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) kerana dipanggil oleh Ong Kim Swee bagi membantu pasukan Skuad Harimau Muda bawah 23 tahun di Sukan Sea Ke 26 yang berlangsung di Indonesia. Nazmi Faiz Mansor mendapat kepercayaan daripada jurulatih Malaysia, Ong Kim Swee setelah ada beberapa pemain Malaysia yang cedera.

Pemain paling muda dalam skuad Olimpik negara Muhd Nazmi Faiz Mansor akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan iaitu 2012 setelah tidak berbuat demikian tahun ini.

Demi bagi membantu skuad Harimau Muda beraksi di Temasya Sukan SEA Indonesia 2011 yang baru berakhir, pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ini sanggup menangguh peperiksaan SPM yang sepatutnya didudukinya mulai 14 November lepas.

        Biodata Nazmi Faiz Harimau Muda

  • Nama Penuh: Muhamad Nazmi Faiz Bin Mansor
  • Tarikh Lahir: 16 Ogos 1994 (umur 17 tahun 2011)
  • Berasal dari: Kuala Lumpur
  • Negara: Malaysia
  • Tinggi : 167 cm .
  • Posisi: Midfielder
  • Nombor Jersey: 21 (sukan sea 2011)
  • Sekolah : Sekolah Sukan Bukit Jalil, (2008-2011)

Video jaringan cantik Nazmi Faiz Mansor ( Malaysia vs Bahrain)

Sinopsis Filem The Muppets

2 comments



SINOPSIS :
Zaman sudah berubah. Masa kejayaan The Muppets sudah berakhir. Kini para anggota The Muppets yang dulu setiap malam tampil di Muppet Theater sudah terpencar. Mereka kini hidup dengan cara mereka masing-masing. Tahun berganti tahun dan kini saatnya para Muppet kembali bergabung. Kalau tidak, tak akan ada lagi yang bakal mengingat para anggota The Muppets. Gedung tempat mereka biasa menggelar pertunjukan akan segera dirobohkan dan hanya para Muppet yang bisa menggagalkan rencana ini.
Kermit (Steve Whitmire) mengalami depresi berat dan di rumah mewahnya di Hollywood. Gonzo (Dave Goelz) sekarang sudah jadi tukang ledeng ternama dan mengelola bisnisnya yang ia beri nama Gonzo’s Royal Flush. Fozzie (Eric Jacobson) memilih bermain bersama band tribute bernama The Moopets. Miss Piggy (Eric Jacobson) jadi editor fashion majalah Vogue Paris sementara Animal (Eric Jacobson) mengelola klinik rehabilitasi.
Kalau bukan karena Gary (Jason Segel) dan Mary (Amy Adams), kekasihnya, bisa jadi sejarah The Muppets akan terhapus selamanya. Dua fans berat The Muppets ini mendapat informasi kalau seorang saudagar minyak bernama Tex Richman (Chris Cooper) berencana merobohkan Muppet Theater dan mengubahnya menjadi tambang minyak. Sekarang saatnya The Muppets kembali naik panggung. Mereka harus menghasilkan US$10 juta dalam waktu cepat atau gedung pertunjukan mereka akan jadi korban keserakahan Tex Richman.


Trailer The Muppets (2011)






Genre:Comedy
Tanggal Rilis:23 November 2011
Sutradara:James Bobin
Pemain:The Muppets, Jason Segel, Amy Adams, Chris Cooper, Rashida Jones
Naskah:Jason Segel, Nicholas Stoller
Produser:David Hoberman, Todd Lieberman, John Scotti
Distributor:Walt Disney Pictures
Dana Produksi:US$50 juta
Situs Resmi:disney.go.com/muppets

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net