Powered by Jasper Roberts - Blog

Cepat betul gaji "Check Out"

4 comments



Cepat betul gaji "Check Out" Banyak job aku dah lepaskan, fokus pada satu kerja...Lau camtu aku dapat lebih baik aku keje kilang biskut cap Hup Seng...

 Huhu...artikel luahan perasaan pulak kali ini pasal gaji. Inilah yang dihadapi oleh kozumi bulan ini di mana gaji tak mencukupi selepas banyak job di tinggalkan dan dilepaskan gara-gara nak fokus pada satu pekerjaan.

Inilah akibatnya sebab mengambil tindakkan terburu-buru, jadi lepas ini kena sentiasa berhati-hati sebelum membuat keputusan.

Kereta Kesayanganku

5 comments

kereta cantik prosboc
Salam semua, uhuk..uhuk...berabuk dah blog ini, kesian. Tuan empunya buzy memanjang sampai tak jaga blog ini. Maklumlah baru lepas mendirikan rumah tangga :D. Hari ini tak ada apa-apa cerita yang ingin di kongsikan cuma nak kongsikan gambar kereta kesayangan jek..jadi enjoy :P ...


kereta saga blm prosboc

Pertandingan Mewarna - Kelembai Band

12 comments

kelembai studio saz


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua, Alhamdulillah semalam kozumi dapat kabar berita terbaik dari satu kumpulan band yang makin meningkat naik ketika ini. Band yang kozumi maksudkan ialah dari Kelembai Band. Kozumi pasti anda semua mengenali band ini dan juga gaya band ini membuat persembahan. 

Baru-baru ini Kelembai Band telah menganjurkan satu pertandingan mewarna lukisan yang dihakimi oleh kartunis yang telah menyediakan lukisannya sendiri. Gambaran lukisannya seperti di bawah.

gambar kartun kelembai band

Jadi tugasan para peserta hanya perlu mewarnakannya mengikut kretiviti peserta itu sendiri. Pada waktu pertandingan ini berlangsung, kozumi adalah jugak masa terluang. Kozumi pun mengambil langkah untuk turut serta dalam pertandingan ini. Hasil kerja koz selama dua hari mewarna adalah seperti di bawah. Biasa-biasa je.... :P

pertandingan mewarna kelembai band


Pertandingan ini dijalankan pada 23 april 2015 dan berakhir pada 15 mei 2015. Dan tarikh pengumuman pemenang dilakukan pada malam semalam iaitu 17 mei 2015. Syukur Alhamdulillah bila lihat senarai pemenang, nama kozumi adalah dicatitkan sebagai pemenang nombor satu.


Memang tak sangka pun boleh menang, tapi inilah dikatakan rezeki, jadi terima sahaja. Pemenang akan dijemput menyertai makan malam secara eksklusif bersama kelembai, dan berpeluang menemui kelembai secara in person , t-shirt dan cenderahati eksklusif dari kelembai juga akan diberikan kepada pemenang. Syukur Alhamdulillah....

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net