Hobi Lukis Karakter Kartun Comel

6 comments

Salam semua, bila sebut sahaja hobi semua orang pasti ada memiliki sikap sebegini. Hobi merupakan sesuatu perkara atau pun perbuatan yang kita minat dan suka melakukannya. Antaranya seperti mengumpul setem, mengumpul majalah, bersukan, dan sebagainya. Kebiasaan perkara ini dilakukan bila kita ada masa yang terluang. Jadi masa ini tidak terbazir dengan perkara-perkara yang sia-sia.

Kalau macam koz, hobi koz masa lapang adalah menconteng. Memang hobi ini telah ada sejak koz masih kecil lagi. Koz memang suka sangat benda-benda yang comel. Sebab itulah kalau koz melukis sesuatu kartun itu pasti kartun itu nampak comel.






Ini adalah antara koleksi kartun yang pernah koz lukis. Semua watak ini adalah hasil idea dari kzo sendiri. Semuanya menggunakan imaginasi sendiri. Cara sebelum melukis, koz akan berimaginasi dahulu di dalam otak, kartun yang macam mana yang koz nak lakar. Bila dan dapat, koz akan mula melukis dengan cara lebih kurang copy anda paste dari dalam minda ke atas sebuah kertas atau pun media art di komputer.



Semangat berblog

10 comments



Salam semua, huhu mood berblog sudah mari, terasa macam nak mulakan perjalanan yang baru sahaja dalam dunia blog ini. Bila sahaja menggunakan template blog yang lama seperti moodnya lain macamlah...semangat berkobar-kobar.

Betul cakap blogger kacak kita iaitu En.Boni kacak sewaktu SBB2013. Orang lebih kenal blog ini jika kekalkan konsep yang lama iaitu versi comel. Comel ke blog ini? anda sendiri yang komen betul ke tidak. Hihihi...

Bermula pada tarikh ini koz akan cuba sebaiknya untuk aktif semula berblog. Rindu rasanya nak kongsikan tutorial dan widget-widget yang comel seperti dulu. Korang yang biasa terjah blog ini dulu pun mesti rindu jugak bukan? hihi...InsyAllah akan koz usahakan. Yang pasti korang kenalah janji kena follow blog ini selalu. Barulah koz ada semangat. :P

Live Streaming East Bengal (india) Vs Johor DT (Malaysia)

3 comments

Tonton Perlawanan Live Streaming Piala AFC diantara East Bengal vs Johor Darul Tazim 28 April 2015 di Vivekananda Yuba Bharati Krirangan Std,Kolkata. Live AFC Cup TV9 jam 8.25 malam.

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net