Powered by Jasper Roberts - Blog

Belajar Seminar Di RTC Johor

5 comments

RTC Johor

Salam semua, seperti biasa bila ada masa sudah semestinya blog kesayangan ini akan terupdate. Maklumlah orang buzy camnilah keadaannya. Kesian lak dengan blog ni, sekarang ini kurang terupdate dengan artikel-artikel yang kebiasaan akan kozumi kongsikan kepada pengunjung.

Pendekkan cerita hari ini kozumi berada di RTC kulai untuk Belajar Seminar Di RTC Johor bagaimana cara untuk menjadi seorang penyampai seminarkerana pada hujung bulan ini kozumi pula yang akan memberi penerangan di dalam seminar Asas Design guna Photoshop. Kozumi akan pastikan segala yang i rancang akan berjalan dengan lancar dan berjaya, Insyallah...

Kepada korang yang berada berdekatan, kozumi nak jemput korang hadir di dalam seminar kozumi pada 25hb April 2014, jam 9.00 pagi - 5.00 petang. Seminar ini adalah PERCUMA!!! jangan lepaskan peluang untuk belajar asa guna photoshop untuk hasilkan design untuk kegunaan Fanpage Facebook.

Seminar RTC Kulai, Kulai Seminar RTC, Seminar RTC Johor, jadual seminar RTC Johor, Senarai Seminar RTC Johor

Rezeki Blogger Tidak Disangka

7 comments

design website, design facebook cover
Rezeki Blogger Tidak Disangka - Salam semua, beginilah jadinya kalau banyak sangat tempahan design masuk bertubi-tubi. Memang tak cukup tangan sebab segala kerja mendesign hanya buat seorang.

Kalau ikutkan memang perlukan sangat-sangat crew untuk backup kerja yang berlambak-lambak ini. Tapi masih lagi menjejak mereka yang sesuai dengan kerja dan tugas yang diberikan.Terkini, usaha mempromosikan service design ini terpaksa di slowkan sedikit bagi mengelakkan list menunggu panjang.

Syukur Alhamdulillah apabila diri ini memilih untuk berusaha untuk bekerja sendiri dari pada memakan gaji mana-mana studio/syarikat. Segalanya bermula dari blog kesayangan ini. Blog inilah satu inspirasi yang terbaik untuk koz untuk memulakan perniagaan service tempahan design ini, sehingga kini apa yang koz target dan ingin miliki satu persatu tercapai Alhamdulillah.

Siapa kata blogger tidak boleh membina kewangan 4 angka hanya menggunakan blog? Kozumi dah buktikan, korang bila lagi? Sekarang kozumi target untuk capai kewangan 5 angka Insyallah, doakan terbaik untuk kozumi dan kozumi juga doakan untuk kawan-kawan blogger serta pengunjung untuk berjaya didalam dunia blogger ini. Amin...Amin...

MH370 Masih belum ditemui

9 comments


Salam semua sahabat, hari ini sudah masuk beberapa hari tentang kehilangan kapal terbang Mas MH370. Setiap masa sudah semestinya mata-mata dan telinga-telinga ingin mendapatkan kabar berita terkini tentang kehilangan pesawat MH370 ini.

Samalah seperti kozumi yang sentiasa mengambil peluang untuk memerhati setiap siaran di dalam tv jika ada berita berkenaan pesawat ini. Marilah kita beramai-ramai berdoa kepada Allah SWT bagi memberi petunjuk akan kabar berita tentang MH370 ini bagi mengakhiri teka-teki tentang kehilangan kapal terbang MAS MH370 ini...Amin Amin...

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net