Powered by Jasper Roberts - Blog

Rindu suasana pemandangan kampung

7 comments

pemandangan kampung, sawah padi kampung, gambar orang kampung

Rindu suasana pemandangan kampung - Sebenarnya kozumi rindu sangat-sangat suasana kampung. Dulu-dulu sewaktu kecil suka sangat kalau dapat balik ke kampung sebab kozumi memang suka sangat-sangat suasana kampung yang nyaman dan tenteram. 

Dapat bersiar-siar lihat keindahan alam semulajadi yang masih lagi kekal dengan sawah padi, parit, dapat tengok lembu, kerbau, kambing, itik, ayam dan seangkatan dengannya cewah hahaha ayat.

Tapi sekarang ini kampung dah tiada, kalau rindu suasana kampung pun hanya dapat menatap gambar-gambar sahaja. Agak-agak bilalah dapat merasa suasana kampung sekali lagi. 

UEG Network - Tempahan Website

5 comments

UEG Network, Website UEG Network, Jual Beli Emas
UEG Network - Tempahan Website - Salam semua, hari ini kozumi hendak kongsikan kepada korang hasil design website yang telah di laksanakan kozumi bagi Website UEG Network.

UEG Network ini  telah ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 2009 untuk membina sebuah rangkaian Pengedar Emas di bawah Gold Awam Pemasaran Sdn Bhd . Semasa penubuhannya lebih 5 tahun dan penglibatan mereka dalam perniagaan Emas mereka telah berjaya menghasilkan lebih daripada 1,000 peniaga emas di seluruh Malaysia.

Kalau hendak tahu lebih lanjut tentang UEG Network ini bolehlah terjah website mereka di SINI. Dan bagi korang yang memerlukan service tempahan pelbagai design bolehlah membuat tempahan di fanpage kozumi iaitu di Service Tempahan Design.

Johor Cuti Pada Hari Jumaat dan Sabtu

6 comments

cuti negeri johor, hujung minggu cuti

Salam semua, hari ini dapat berita tentang pengumuman berkenaan diisytiharkan pertukaran cuti mingguan bagi negeri Johor kepada Jumaat dan Sabtu bermula 1 Januari 2014. Pengumuman di buat sempena Hari Keputeraannya yang ke-55 pada Majlis Pengurniaan Pingat di Dewan Jubli Intan, di sini, pagi tadi.

Alhamdulillah satu keputusan yang sangat baik di mata rakyat negeri johor kerana ia sangat membantu dan memudahkan bagi kaum adam untuk mengerjakan solat jumaat dengan hati yang tenang bersama anak-anak mereka. 

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net