Situasi Di Tempat Baru.

47 comments

Situasi Di Tempat Baru.

Situasi Di Tempat Baru. - Salam semua,
Rindu rasanya untuk mengupdate entry di blog kozumi ini. Hari ini kozumi agak santai sikit sebab ada banyak masa untuk mengadap dunia maya ini.

Sekarang ini kozumi didalam suasana yang baru sebab sudah merantau ke tempat lain(Boleh lihat entry lepas). Mungkin makan masa untuk menyesuaikan diri dan suasana. Maklumlah bila berada disesuatu tempat baru ini banyak benda harus kita pelajari sebagai contoh mengetahui selok belok jalan untuk pergi bersiar-siar dan juga untuk kesenangan rakan-rakan blogger lain kalau ada yang datang nak berjumpa...hihii macamlah kozumi ini fames sangatkan.

Sekarang ini agak sukar untuk online sebab sini line tenet agak slow...sudah macam siput daaa...tansion memang tension, tapi haruslah terima dari tak ada. Insyallah akan usaha untuk beralih kepada yang lain dan akan cuba perbandingan line tenet yang mana yang akan menjadi pilihan kozumi. Maklumlah setiap pembelian tenet mestilah ada percubaan selama seminggukan. Jadi kalau dalam masa tersebut memberi kepuasan kepada kozumi, bermakna ia akan menjadi pilihan kozumi.

Tentang masalah Akaun facebook yang di hack itu telah kozumi lupakan dan alhamdulillah sudah dapat kembali follower dari rakan-rakan blogger yang lain. Sesiapa yang lum follow atau terlupa nak follow kozumi tu, sila-silakanlah follow kozumi di SINI okey^^...

Bermula dari hari ini kozumi juga nak wawarkan yang kozumi telah membuat promosi untuk service design. Jadi kepada yang berminat bolehlah semaknya di SINI.

Kurang Idea Update Entry

44 comments


Salam semua, tertunggak pulak 2 hari ini untuk mengudate blog ini. Kozumi ni asyik buzy je kerjanya, hahaha...nama je Full Blogger...tapi sebenarnya masa untuk mengupdate tu ada, cuma idea untuk entry tu yang kurang.

Mungkin idea tak masuk sebab banyak sangat memikirkan idea untuk setiap tempahan design yang kozumi terima. Sesiapa designer di sini pasti perkara ini berlaku kepada korang jugakkan. 

Okey hari ini kozumi just hendak mewawarkan yang kozumi akan berangkat ke tempat baru tengahari nanti. Sesiapa yang blogger berdekatan call-calllah kozumi ya, mana tahu boleh mengeteh dan bergosip hihihihi.

Nampaknya permulaan hidup di kawasan baru akan bermula, jadi bila dah masuk kawasan orang kita kenalah bersikap positif selalu. Kena jadi budak baik-baik, tak boleh nakal-nakal sangat.

Moga segala perancangan dan matlamat yang kozumi telah tetapkan akan tercapai di sana nanti, amin...amin...amin...

Ramalanku Benar Belaka Versi 2013 - Zarul Umbrella

25 comments

Ramalanku Benar Belaka 2013

Ramalanku Benar Belaka 2013 - Salam semua, hari ini kozumi agak sebok dengan melaksanakan segala design tempahan dari pelanggan kozumi. Lewat pulak kozumi bangkit dari tidur hari ini gara-gara semalam follow blogger terkacak Malaysia iaitu Boni Kacak untuk berjumpa dengan Blogger retis iaitu Zarul Umbrella.

Seperti biasa plan semalam keluar pada waktu petang, seperti biasa kozumi akan memaksa Boni Kacak untuk menjemput kozumi dirumah kozumi...hihihi..nak tak nak dia kena jugak jemput wakaka. Tepat pukul 5 petang Boni Kacak sudah sampai di rumah kozumi(Awal pulak mamat ni sampai)biasa main pakai "Janji Melayu"...Oh Ramalanku Tidak Benar Belaka...Nampaknya Boni Kacak sudah pandai menghargai masanya. Terbaik Bro...hihihi...

Perjalanan bermula dan Boni kacak meramalkan kita haruslah menyinggah ke kedai mamak untuk minum-minum dulu sebelum meneruskan perjalanan ditempat yang ditujui. Apabila tiba di kedai mamak bermulalah gosip-gosip liar dan terkini di hujah dan di rungkai sesama sendiri..Gosip apakah??? Biarlah Rahsia...hahahaha..

Bila pukul 6 petang kami meneruskan perjalanan menuju ke cheras untuk berjumpa dengan Zarul Umbrella. Perjalanan agak lancar pada permulaan, entah macam mana bila masuk kawasan kl, perjalanan mula menjadi perlahan( Masin Jugak Mulut Boni ni...duk mintak jalan sesak...Amik ko!!wakakaka).

Dalam perjalanan menuju ke Cheras yang agak sesak, bermulalah satu perlawanan teka Awek dalam Kereta...Permainan apakah ini? kui..kui...kui...Permainan ini direka khas oleh Boni Kacak di mana ia suruh meneka setiap kereta yang melalui di jalan bertentangan, siapakah pemandu di dalamnya..Adakah wanita atau Lelaki...Nampaknya banyak juga kegagalan meneka yang diperoleh oleh Boni..."Bro please tukar cermin mata hahahaha"...Lelaki di katanya awek...Mak cik dikatanya awek...memang mata sepet betul wakakaka...Jangan Marah bro...

Hampir 40 minit perjalanan barulah tiba di kawasan yang ditujui. Jadi mulalah proses untuk menjejaki Studio Rakaman yang akan dihadiri Zarul Umbrella untuk membuat record Lagu pembaharuan Ramalanku Benar Belaka 2013. Bila dah jumpa lokasi Studio itu, kami singgah makan di restoran berhadapan dengan Studio. Jemput makan ya semua hihihi...

Buku Pesanan Makanan
Sedang Memilih Menu Makanan.

Makan Briyani Best
Akhirnya memilih Nasi Briyani hihihi.

Selepas abis makan bro Zarul pun tiba dan kami terus menuju masuk ke dalam studio rakaman dan bermulalah sesi rakaman suara.
Rakaman Zarul Umbrella

Perubahan terbaru pada Lagu Ramalanku Benar Belaka nayayian Bro Zarul masih lagi berbisa dan matap!. Memang tidak sangka kozumi berpeluang untuk melihat serta mendengar rakaman suara Bro Zarul Umbrella secara dekat dan live. Perubahan yang di lakukan dalam Lagu Ramalanku Benar belaka ini memang sangat mengagumkan dan sangat dinamik memang sesuailah mengikut peredaran masa. Bila dihayati dengan nada yang menyentuh perasan memang perghhhh...kozumi kasi 9.9/10 lah....

Kepada korang yang menyukai dan minat akan lagu Bro Zarul ini pastikan korang dapatkan nanti CD yang original apabila keluar dipasaran nanti. Jangan pulak memandai-mandai mendownload di internet pula. Memang tidak berkatlah kalau berbuat sedemikian umpama menuai padi milik orang lain tanpa kebenaran.



gambar kredit: Boni Kacak
 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net