Powered by Jasper Roberts - Blog

Waspada Penipuan di Facebook

54 comments

Penipuan di Facebook
Salam, kepada rakan-rakan blogger yang lain di harap anda berhati-hati dengan penipuan di facebook yang semakin berleluasa dalam tawaran service design dari sesetengah pihak.

Semalam kozumi menerima mesej dari rakan kozumi yang bertanya akan promosi yang kozumi sebarkan di ruangan facebook melalui seseorang yang tidak kozumi kenali. Terkejut juga bila mendengarnya sebab dalam bulan ini kozumi belum lagi mulakan menyebarkan apa-apa promosi. 

Apabila mengunjungi profile facebook dia yang kozumi tidak kenali, kozumi agak terkejut jugak bila melihat paparan design banner promosi milik kozumi terpapar di dalam profilenya. Pada banner terbabit telah diedit pada beberapa bahagian bagi mengubah tagline, akan tetapi watermark kozumi masih lagi terpapar di situ dan juga paparan beberapa design Facebook Cover Customer kozumi.
Waspada Penipuan di Facebook
klik untuk paparan besar
"Kalau anda designer sebenar, kenapa tidak menghasilkan design banner sendiri untuk tujuan promosi itu?"
please bersiap profesional...Design Banner itu adalah milik Service Tempahan Design.

Anda kene beringat ada sesetengah pihak yang menawarkan service design harga pada kadar yang terendah yang mungkin akan menarik minat anda serta beberapa orang untuk mendapatkan service mereka tersebut.

Apa yang akan terjadi kemungkinan anda harus membuat pembayaran dahulu mengikut jenis service design dan barulah design anda akan di disiapkan(isyallah mungkin tak siap sampai bila-bila).

Jadi di sini kozumi cadangkan kepada rakan-rakan blogger sekalian setiasalah berwaspada dan kalau boleh dapatkan service design dari orang yang anda kenal atau orang yang tawarkan itu memang sudah terkenal.

Mencegah dahulu lebih baik dari meroyan dahulu...sekian.

Kesibukkan Melampau Melanda

60 comments


Salam semua, agak lama tidak mengudate blog kesayangan kozumi ini. Sekarang ini kozumi memang kurang masa untuk mengupdate blog kerana sedang fokus dalam memperkukuhkan lagi bisnes design ini.

Walaupun beberapa minggu lepas kozumi mendapat hentaman kuat dari dugaan kehilangan Facebook akibat manusia yang berhati busuk. Tapi kozumi kuatkan semangat untuk tempuh dugaan ini. Alhamdulillah masih dapat bertahan sehingga sekarang.

Agak lewat jugak kozumi update blog ini, sebab masa ini saja yang dapat kozumi luangkan untuk blog ini. Harap-harap ada jugak yang sudi membaca dan meninggalkan komen. Maaf jika kozumi tidak membalas kunjungan rakan-rakan blogger sekalian, insyallah jika ada masa terluang kozumi akan laksanakannya...


Dugaan apabila akaun Facebook di Hack.

26 comments


Salam semua, agak lama tidak membuat sebarang post di blog ini. Semua ini terjadi apabila akaun facebook kozumi telah diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawap dan yang sangat kejam akaun kozumi telah pun dihapuskan.

Memang agak kecewa jugak sebab kehilangan follower, fanpage dan juga group yang telah lama diwujudkan hilang begitu sahaja. Rakan-rakan dan customer bisnes juga turut ilang begitu sahaja. Memang dugaan sungguh keatas kozumi. Stress ini telah berambah dari hari kehari dan semangat telahpun jatuh seperti cempedak jatuh kedebukkk di atas batu(bukan tanah).

Tapi kozumi harus terima ini sebagai satu dugaan dan kozumi haruslah bangkit semuala walaupun terpaksa bermula dari bawah semula. Kozumi mohon maaf kepada rakan-rakan yang memerlukan khidmat kozumi untuk tempahan design. Insyallah kozumi akan laksanakan pada minggu ini juga. Kepada rakan-rakan, jom follow kozumi di SINI. Doakan untuk beri semangat kepada kozumi ya rakan-rakan...salam...

Kepada rakan-rakan kozumi mohon bantuan untuk memberi undian kepada kozumi di dalam contest anjuran denaihati network di SINI. Kalau tidak keberatan, undilah kozumi setiap hari okey...

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net