Powered by Jasper Roberts - Blog

Video Hot Scandal Mesti Tonton

31 comments


Salam semua, hari ini kozumi nak kongsikan kepada korang sebuah video Hot Scandal yang kozumi jumpa di dalam YouTube. Jadi pendekkan cerita jom layan sampai habis, kemudian jangan lupa tinggalkan komen di bawah ya

Buat Duit Dengan Blog

35 comments

Seminar Buat Duit Dengan Blog
Salam semua, apa kabar korang? Kozumi harap korang semua sihat-sihat belaka, yang kurang sihat tu pergilah makan ubat ya, kalau 5 hari masih tidak sembuh pergi klinik buat pemeriksaan.

Korang tahu tak pada 19 May 2013 ini akan diadakan sebuah Seminar Anjuran Denaihati Network iaitu Seminar Buat Duit Dengan Blog?. Kalau dah tahu baguslah, jangan lepaskan peluang untuk turut serta di dalam seminar ini. Kepada yang baru tahu korang bolehlah baca Artikel Tarikh Seminar Buat Duit Dengan Blog ini.

Alhamdulillah hari ini kozumi ingin kongsikan kepada korang apakah pekerjaan yang kozumi lakukan sekarang ini. Perkongsian ini bukannya nak menunjuk tetapi ramai benar yang bertanya kepada kozumi ini. Pasti ramai yang tidak percaya duduk rumah sahaja boleh dapat Pendapatankan? Jawapan kozumi Insyallah boleh kalau ada Matlamat dan Semangat untuk ingin tahu cara dan bagaimana untuk mendapatkan pendapatan sampingan atau fulltime hanya dengan cara mengadap Laptop/Computer di rumah sahaja.

Inilah pekerjaan kozumi sekarang ini dengan hanya duduk dirumah sahaja telah mendapat income yang Alhamdulillah dapat menyara kehidupan kozumi sebagai orang Bujang ini. Insyallah akan dapat rezeki tambahan lagi lepas ini, Amin.

Dengan hanya berblog sahaja income 4 angka telah kozumi capai amat bersyukur sangat-sangat atas pemberian rezeki ini. Kepada rakan-rakan blogger baik baru dan lama jangan hanya duduk di dalam kepompong sahaja untuk menanti hari dan detik untuk anda bebas bergerak. Cuba cari jalan dan cara untuk anda bergerak supaya kemompong itu dapat dipecahkan awal dari masa ia seharusnya pecah. "Umpama korang pergi memancing ikan di sebuah tasik yang luas hanya untuk mendapatkan seekor sebagai lauk pada hari itu kan lebih baik anda memancing di kolam ikan yang memiliki keluasan yang kecil tetap memiliki banyak ikan yang kelaparan. Bukankah mudah untuk anda mendapatkan tangkapan ikan?"

Di dalam dunia blog ini banyak cara untuk korang mendapatkan pendapatan sampingan bukan hanya sekadar menampung pada periklanan sahaja. Jangan mengharapkan kepada kejayaan yang akan datang sekelip mata. Kejayaan sebenarnya tidak akan datang tanpa kerja keras yang tidak pernah kenal erti jemu. Memanglah penat tetapi fikirkan tentang matlamat kita untuk berjaya dalam dunia blogger ini. Fikirkanlah apa yang kita buat itu adalah semata-mata kerana jihad kita kepada Allah SWT dan mencari rezeki yang halal untuk diri dan juga keluarga.


Seperti sedia maklum, pada 19 May 2013 ini, Seminar Buat Duit Dengan Blog akan berlansung. Jadi korang janganlah melepaskan peluang keemasan ini, cuba sebaik mungkin untuk menghadiri Seminar ini. Seminar sebegini bukannya selalu ada pun, tidak pasti selepas seminar ini adakah orang yang berani untuk tampil untuk membuat seminar sebegini. Kalau ada pun mungkin akan di adakan pada tahun depan atau pun dua tahun akan datang, tidakkah terasa rugi?.

Insyallah pasti banyak ilmu yang akan korang perolehi di sana nanti hasil dari perkongsian-perkongsian dari rakan-rakan blogger kita yang sudah berjaya bagaimana untuk buat duit hanya dengan berblog.

Oleh itu berusahalah untuk menghadiri seminar ini untuk membuka ruang mencapai apa yg anda impikan. Tidak mustahillah impian itu akan menjadi kenyataan.Insyallah

Kepada yang berminat untuk turut serta dalam Seminar ini, korang bolehlah membuat pendaftaran di SINI.

Tarikh dan masa Seminar
Yuran RM50 dikekalkan sehingga 19/05/2013.


Tempahan Template Blog Boni Kacak

34 comments


Salam semua, hari ini kozumi akan tunjukkan kepada korang hasil design Tempahan Template Blog pula. Tempahan kali ini datangnya dari pemilik Blog yang Super Kacak iaitu Boni Kacak.

Boni Kacak ini merupakan salah seorang blogger yang fames dan banyak followernya. Boni Kacak ini sangat rajin menghasilkan Video-video yang Terbaik untuk di jadikan hiburan kepada setiap pengunjung dan follower blog nya. Video terkini yang dihasilkannya adalah "Mudahnya Bikin Duit" Video ini di hasilkan bagi mempromosikan Seminar Buat Duit Dengan Blog anjuran Denaihati Network.

Seminar ini akan berlangsung pada 19 May 2013 ini. Jadi untuk ketahui detail tentang seminar ini korang bolehlah baca artikel "Tarikh Seminar Buat Duit Dengan Blog". 

Boni Kacak


Berbalik kepada tempahan Template blog, design yang diingini pemilik blog ini inginkan nampak kelainan dan kekemasan itu sangatlah diingininya. Jadi inilah paparan Template yang telah kozumi hasilkan, kalau nak lihat lebih detail bolehlah melawat blog Boni Kacak ini..

Alhamdulillah telah mendapat kepuasan dari bro Boni Kacak ini. Jadi kepada korang yang memerlukan khidmat kozumi untuk menghasilkan apa-apa jenis design Grafik, korang bolehlah membuat tempahan di fanpage Service Tempahan Design.

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net