Powered by Jasper Roberts - Blog

Budak Nakal Vs Emma Maembong

13 comments

Emma-Maembong
Salam semua, ahak disebabkan buzy tahap hyper agak kuranglah koz akan mengupdate blog ini. Banyak juga tempahan-tempahan design masuk sejak kebelakangan ini, Alhamdulillah rezeki.

Jadi koz mohon maaflah ya tidak dapat sajikan korang dengan artikel-artikel terbaru. Berkenaan gambar di atas abaikan sahaja, memang takde kena mengena dengan artikel ini haha, cuma sekadar hiasan semata-mata kan boni kacak kan hahaha...

Nanti bila keadaan terkawal koz akan aktif seperti biasa ok...Jangan nakal-nakal ya:P

Keyword emma maembong
Keyword terbaik Emma Maembong

Bila Budak Nakal masuk Surat Khabar, riuh satu Malaya

28 comments

#SBB2013

Salam semua, agak tak boleh tahan tajuk di atas, hihi..perkara ini berlaku disebabkan kemunculan koz(Budak Nakal) di #SBB2013. 

Ingatkan nak kasi sahabat blogger sahaja mengetahui dan mengenali siapa pemilik blog Budak nakal ini, sekali satu Malaya sudah tahu(macam le fames sangat koz ni haha).

Abis saudara-mara call tanya "betul ke dalam Utusan Malaysia itu gambar Ayol?"(panggilan manja dalam family, sila jangan gelak ya hahaha).Kikiki..memang tak sangka muka sekacak boni secomel ini boleh masuk paper. Dah macam ertislah pulak kan Puanbee, kan..kan..kan...hahaha(sila jangan jeles ye).

Lagi-lagi sahabat-sahabat kenalan yang tidak putus-putus PM di FB mengesahkan perkara yang tersebut...(macam akad nikah le pulak hihihi).

Apa-apa pun bahang Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013 masih lagi terasa walaupun sudah beberapa hari berlalu. Lepas ini harap akan ada juga event-event sebegini untuk merapatkan lagi siraturahim sesama blogger.


p/s: Sambung buat design balik...haha banyak wooo x siap...


Rezeki Seorang Blogger Fulltime

27 comments

Rezeki Seorang Blogger Fulltime


Salam semua, syukur Alhamdulillah atas pemberian Tuhan segala rezeki yang diberikannya kepada hambaMu ini.

Permulaan tahun baru 2013 dengan azam yang baru nampaknya pada bulan pertama dapat memberi tanda-tanda positif kenaikkan permintaan service design dari rakan-rakan blogger dan customer-customer yang memiliki perniagaan secara online.

Rezeki Seorang Blogger Fulltime
Promosi Facebook Cover 2013

Rezeki bertambah-tambah dan kerja juga semakin bertambah dari hari ke hari. Syukur sangat-sangat dengan berkat tanpa segan silu bertanya kepada otai-otai bisnes, perjalanan bisnes nampak berjalan lancar dan teratur dengan melaksanakan jadual waktu. Penting jugak membuat jadual harian, mingguan dan bulanan jika ingin berjaya dalam sesuatu bisnes.

Pendapatan pada Januari 2013 kini telah 2X ganda dari pendapatan asal pada Tahun sebelumnya, syukur...kini pendapatan koz dalam bidang designer ini telah cecah ke 4 angka.

Dulu semasa bermula berblog selalu terbaca artikel-artikel rakan-rakan blog yang berjaya membina pendapatan melalui blog, kini ia telah di alami oleh koz sendiri.

Next target ingin usaha tuk gandakan pendapatan yang koz miliki sekarang, Insyallah...

Kepada rakan-rakan yang sudah membuat tempahan dan masih menunggu giliran anda koz ucapkan terima kasih kerana sabar menunggu giliran anda.






Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net