Powered by Jasper Roberts - Blog

Polis Tembak Mati Dua Daripada Tujuh Suspek Loloskan Diri Daripada Tahanan

1 comments


BUKIT MERTAJAM: Polis menembak mati dua daripada tujuh penjenayah yang diburu setelah meloloskan diri daripada tahanan ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth Isnin lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kedua-dua penjenayah itu ialah Mohd Fairuz Adam yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, juga daripada geng Joe Mafia.
"Siasatan awal polis mendapati mereka cuba keluar dari negeri ini. Kereta yang digunakan pula dipercayai diperoleh daripada geng Joe Mafia yang masih bebas," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, Khamis.
Beliau berkata polis menerima maklumat mengenai dua penjenayah itu pada pukul 12.30 tengah hari di sekitar Kubang Semang dan berjaya menjejaki mereka 15 minit kemudian.
Polis berjaya menembak mati dua daripada tujuh tahanan yang melarikan diri.
"Polis mengarahkan mereka memberhentikan kenderaan tetapi mereka ingkar dan terus memecutkan kereta menghala ke Kampung Padang Ibu berhampiran Kampung Pelet.
"Penjenayah itu kemudiannya masuk ke laluan mini tar (jalan kampung) dan polis terus mengejar mereka lebih kurang tiga kilometer lagi sebelum melepaskan tembakan pada tayar kereta menyebabkan pemandunya hilang kawalan," katanya.
Beliau berkata, kereta yang dinaiki penjenayah itu kemudiannya terbabas ke tebing tali air dan di situ berlaku tembak menembak dengan anggota polis yang mengejar mereka.
Siasatan awal polis mendapati pistol yang digunakan oleh penjenayah berkenaan diperolehi daripada geng Joe Mafia.
Abdul Rahim berkata, polis kini meneruskan usaha memburu lima lagi penjenayah yang masih bebas dan operasi itu membabitkan 259 anggota termasuk daripada Unit Udara dan Pasukan Gerakan Am (PGA).
Polis menggunakan anjing daripada Unit K9 untuk mengesan suspek yang melarikan diri di kawasan ladang kelapa sawit.
"Kesemua penjenayah ini bergerak dalam dua kumpulan, satu kumpulan adalah geng Joe Mafia yang berjaya ditembak mati hari ini manakala lima lagi bergerak dalam kumpulan lain. Kami nasihatkan mereka menyerah diri," katanya.
Beliau berkata, polis juga menerima maklumat awam mengenai seorang daripada penjenayah iaitu Mohd Sharimy Nor didapati membeli bekalan makanan di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Kulim-Butterworth dekat sini pada pukul 2 pagi.
Abdul Rahim turut menasihat orang awam agar tidak memberi perlindungan kepada lima penjenayah terbabit dan jika didapati ada yang memberi perlindungan, mereka akan didakwa mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan.
"Siasatan polis juga mendapati ada orang awam yang memberi penjenayah ini makanan seperti roti, kami harap orang awam dapat beri kerjasama kepada polis," katanya.
Dalam kejadian pada jam 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.
Dua daripada tahanan berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor, manakala tujuh lagi melarikan diri ke sekitar kawasan ladang sawit di Ara Kuda. BERNAMA

Teh Paling Mahal Di Dunia Adalah Teh Terjijik Di Dunia

1 comments

Kopi luwak dari pencernaan najis musang yang berasal dari Indonesia merupakan kopi termahal di dunia. Dari situlah, timbul idea seorang pakar dari China, An Yanshi, untuk membuat ramuan teh termahal di dunia.


An Yanshi yang juga seorang pensyarah mengatakan, teh paling mahal di dunia ini dibuat dari najis panda. Dia telah mengumpulkan lima tan najis panda untuk mencipta teh yang pelik.

Dia percaya, teh yang dibuat dari najis panda mampu menaikkan aroma dan rasa yang unik bagi peminumnya. Teh najis panda dijual dengan harga £50 000 untuk 1kg.

"Panda memiliki sistem pencernaan yang kurang baik dan hanya menyerap sekitar 30% dari apa yang mereka makan. Itu bererti, najis mereka kaya dengan serat dan nutrisi, " jelas Yanshi seperti dipetik dari Metro.

Teh termahal di dunia

"Teh najis panda akan mengeluarkan aroma istimewa seperti kacang," katanya. 

Bagi meneruskan hasratnya, Yanshi mengumpulkan najis tersebut dari pusat Panda di Chengdu, Sichuan, Selatan China. Dia merancang ingin menempa nama dalam Guiness World Record untuk 'Teh Termahal Di Dunia'.

Hingga hari ini, kopi luwak dikenali sebagai kopi termahal di dunia. 450 gram kopi tersebut dijual dengan harga £100.


ABPBH2012 - Senarai Calon

Jom! comments



Berikut adalah senarai lima finalis untuk ABPBH2012 nagi setiap kategori.  ABPBH 2012 bakal berlangsung pada 7 April 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil dan akan bersiaran menerusi TV3 dan radio Hot FM.
Antara kategori yang di pertandingkan seperti penyanyi lelaki popular ABPBH2012 ,penyanyi wanita popular ABPBH2012, artis Duo ABPBH2012, artis baru lelaki ABPBH2012 , artis baru wanita ABPBH2012 , pelakon filem lelaki popular ABPBH2012 , pelakon filem wanita popular ABPBH2012 , pelakon tv lelaki popular ABPBH2012 , pelakon tv wanita popular ABPBH2012 dan macam-macam lagi. Senarai ima finalis untuk ABPBH2012 seperi di bawah:-
Penyanyi Lelaki Popular
1) Aizat
2) Hazama
3) Black
4) Faizal Tahir
5) Hafiz
Penyanyi Wanita Popular
1) Jaclyn
2) Najwa Latiff
3) Shila Amzah
4) Stacy
5) Yuna
Artis Duo/Berkumpulan Popular
1) Black/Malique
2) Hafiz/Adira
3) Mojo
4) Jimmy Palikat/One Nation Emcees
5) Sleeq/ Najwa Latif
Artis Baru Lelaki Popular
1) Aiman Hakim Ridza
2) Izzue Islam
3) Jimmy Palikat
4) Shah Iskandar
5) Taiyudin Bakar
Artis Baru Wanita Popular
1) Ainan Tasneem
2) Emma Maembong
3) Hanez Suraya
4) Nad Zainal
5) Wawa Zainal
Pelakon Filem Lelaki Popular
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Bront Palarae
4) Shaheizy Sam
5) Zizan Razak
Pelakon Filem Wanita Popular
1) Neelofa
2) Nora Danish
3) Lisa Surihani
4) Maya Karin
5) Yana Shamsudin
Pelakon TV Lelaki Popular
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Beto Kusyairy
4) Fahrin Ahmad
5) Johan As'ari
Pelakon TV Wanita Popular
1) Fasha Sandha
2) Izara Aishah
3) Nabila Huda
4) Neelofa
5) Siti Saleha
Artis Komedi Lelaki Popular
1) Angah
2) Jepp
3) Johan
4) Nabil Ahmad
5) Zizan Razak
Artis Komedi Wanita Popular
1) Aliza Abdullah @ Enot
2) Didie Alias
3) Jihan (Raja Lawak)
4) Norkhiriah
5) Sharifah Shahira
Pengacara TV Lelaki Popular
1) Aznil Hj Nawawi
2) Datuk AC Mizal
3) Awal Ashaari
4) Faizal ismail
5) Zizan Raja Lawak
Pengacara TV Wanita Popular
1) Adibah Noor
2) Fara Fauzana
3) Sharifah Shahira
4) Neelofa
5) Didie Alias
Penyampai Radio Lelaki Popular
1) AG
2) Johan
3) Faizal Ismail
4) Halim Othman
5) Nabil
Penyampai Radio Wanita Popular
1) Abby Fana
2) Fara Fauzana
3) Linda Onn
4) Raja Azura
5) DJ Lin
KATEGERI ONLINE (DALAM TALIAN)
Watak Jahat Dalam Filem Atau Drama Popular
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Bront Palarae
4) Sofi Jikan
5) Zizan Razak
Gandingan Di Layar Serasi
1) Aaron Aziz/ Nadiya Nissa
2) Adi Putra/ Nora Danish
3) Aiman Hakim Ridza/ Izara Aishah
4) Johan/ Zizan Razak
5) Shaheizy Sam/ Yana Samsuddin
Watak Animasi Tempatan Popular
1) Anak-Anak Sidek
2) BoboiBoy
3) Kacang
4) Upin & Ipin
5) Usop Sontorian
Artis Berpengaruh Di Laman Media Sosial
1) Aaron Aziz
2) Shila Amzah
3) Stacy
4) Yana Shamsuddin
5) Zizan Razak
Artis Lelaki Stailo
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Awal Ashaari
4) Shaheizy Sam
5) Zizan Razak
Artis Wanita Stailo
1) Lisa Surihani
2) Melissa Francis
3) Nora Danish
4) Stacy
5) Yana Samsuddin
Artis Asia Paling Popular
1) Aaron Aziz
2) Big Bang
3) Shila Amzah
4) Super Junior
5) Zizan Razak

Belajar Dari Kekalahan

Jom! comments


Khyril Muhymeen
Penyerang Kedah, Khyril Muhymeen (kiri) mengawal bola daripada dirampas pemain UiTM FC, Mohd Firdaus.
MASIH gugup.” Itu reaksi jurulatih pasukan UiTM, Azman Eusoff ketika mengulas mengenai kekalahan 0-2 ketika menentang Kedah di Stadium Hang Tuah, kelmarin.

Turun selaku pasukan berstatus underdog, Azman berkata, pemainnya nyata masih gagal mengatasi sindrom terlalu menghormati lawan apabila dengan mudah melepaskan gol yang tidak sepatutnya.

“Memang saya kecewa dengan sesetengah pemain yang gagal mengaplikasikan rancangan dengan baik. Kesilapan tersebut memberi peluang kepada pasukan lawan untuk mendominasi perlawanan pada separuh masa pertama.

“Namun begitu, saya tetap berpuas hati dengan keseluruhan perlawanan, terutama semangat pemain yang segera bangkit selepas babak kedua,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dalam masa sama, turut menyifatkan pertemuan pertama itu sebagai satu proses pendedahan buat anak buahnya yang dibarisi penuntut UiTM, Azman berkata, kekalahan tersebut memberi mereka peluang memperbaiki kelemahan untuk mengharungi saingan seterusnya.

Dua gol kemenangan skuad Hijau Kuning dijaringkan oleh pemain kebangsaan, Khyril Muhymeen pada minit ke-30 dan 33.

'RAJA Sedia Panggil pemain TERSISIH'

Jom! comments


Rajagobal
Rajagobal tidak mengamalkan dasar tutup pintu dan akan memanggil pemain cemerlang dalam Liga Malaysia untuk bermain bersama skuad kebangsaan.
KETUA jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk K Rajagobal memberitahu peluang pemain lain untuk menyarung jersi pasukan Harimau Malaya masih terbuka luas.

Menurutnya, dia tidak mengamalkan dasar tutup pintu dan mengutamakan pemain yang berjaya menampilkan persembahan mantap dalam saingan liga.

"Setiap pemain ada peluang wakili skuad kebangsaan. Saya akan pantau pemain yang bermain cemerlang pada saingan Liga Malaysia tahun ini.

"Ramai orang cakap kenapa tidak ambil pemain itu dan pemain ini. Kita harus faham, level permainan peringkat domestik dan antarabangsa jauh berbeza.

"Mereka tidak terpilih bukan bermaksud tidak bagus. Tapi, perbezaan pengalaman yang memisahkan jurang antara pemain lain.

"Ada pemain ini sendiri akui dia tidak boleh sesuaikan diri dengan tahap perlawanan antarabangsa dan akur apa kehendak jurulatih," katanya di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Rajagobal berkata, pemain disisih sebelum ini iaitu, K Gurusamy, S Subramaniam dan Muslim Ahmad boleh dipanggil pada bila-bila masa andai cergas dan mampu kekalkan momentum permainan.

Pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal berkata, FAM tetap menerima pemain negara yang bermain di liga luar seperti Nazmi Faiz Mansor (SC Beira-Mar)dan Ahmad Fakri Saarani (SC Atletico).

Sementara itu, dalam mengukuhkan prestasi pasukan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merancang mengadakan pertemuan persahabatan berdepan Iraq di Emiriah Arab Bersatu, 1 Februari depan.

Menurut Raja, ini satu cabaran terbaik buat pemainnya menjelang pusingan kelayakan Piala Asia 2015 kerana Iraq antara pasukan terbaik di Asia.

Gambar Terkini Hot Nad Zainal

Jom! comments

Pelakon comel yang mula mengorak langkah dalam dunia lakonan. Nad Zainal telah menceburi bidang seni sekitar tahun 2007. Antara drama lakonan Nad Zainal ialah Aku Bukan Bidadari dan Putera Rayyan.
 
 
 

Gadis Ini Mati Kerana Kentut

1 comments


Shaakira Dorsey, 16, meninggal dunia setelah bergaduh dengan seorang rakannya di Ohio. Punca pergaduhan dipercayai adalah kerana Shaakira mengutuk kawan beliau yang terkentut ketika memandu sebuah kereta.

Menurut laporan ABC Channel 5 Shaakira pengsan selepas bergaduh dengan remaja yang dirahsiakan identitnya ini. Beliau kemudian meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Polis akan mendakwa remaja yang bergaduh dengan Shaakira dan beberapa orang dewasa yang ada ketika pergaduhan tersebut. Ini termasuklah ayah tiri Shaakira kerana dari laman Facebook dan Twitter polis mendapat tahu beliaulah yang memandu Shakira ke rumah suspek untuk bergaduh. Tambah mengejutkan polis menerima panggila 911 yang mengatakan pergaduhan dua orang remaja ini disaksikan orang dewasa yang bertindak sebagai pengadil pergaduhan.

Bapa tiri Shaakira tidak mahu mengaku salah atas kesalahan memandu Shaakira ke lokasi pergaduhan dan cuba menyembunyikan fakta daripada polis.


Gadis 15 Tahun Ini Mati Kerana Overdos Dadah

4 comments


Seorang lelaki ditahan untuk disiasat kerana mungkin berkait dengan kes kematian seorang gadis 15 tahun yang disyaki overdos. 

Gadis ini telah tiba di rumah selepas parti di salah sebuah pub di Liverpool. Tetapi sejurus menjejak kaki di rumah, dia pengsan dan dibawa ke hospital di mana dia meninggal dunia.

 

Bintang Mencari Bintang Tv3

3 comments



Bintang Mencari Bintang merupakan program terbaharu terbitan TV3 berjudul yang menggilap bakat baru berdasarkan sketsa komedi dan nyanyian tidak mempunyai persamaan dengan program komedi sedia ada.

Penerbit eksekutifnya, Muhamad Suffian Isa berkata, walaupun program berbentuk komedi telah banyak diketengahkan oleh stesen lain namun pihaknya memberi jaminan rancangan realiti itu akan memberikan kelainan.

"Program ini diterbitkan bukan untuk meniru sesiapa dan pengisiannya nanti akan memberikan kelainan kepada penonton.

"Malah pada tahun 2007 kami pernah merancang untuk menerbitkan program pencarian pelawak namun kurang mendapat sambutan," jelasnya.

Seramai enam orang artis yang dipanggil “sifu” akan menerajui program itu seperti Raja Azura, Senario, Harun Salim Bachik, Zizan Razak, Sabri Yunus dan Afdlin Shauki.

Bintang Mencari Bintang bakal memperlihatkan setiap sifu mempunyai dua orang peserta yang dibahagikan kepada dua kumpulan dan mereka akan bersaing antara satu sama lain bagi merebut gelaran juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM200,000.

Bagi uji bakat yang bakal bermula pada 19 Januari ini, dua nama besar iaitu Fauziah Ahmad Daud dan Ajai akan memilih peserta yang berkelayakan ke pusingan seterusnya sebelum dipilih oleh enam sifu sebagai anak didik mereka.

Peserta hendaklah berusia 18 hingga 28 tahun, lelaki atau perempuan, solo atau berkumpulan (tidak melebihi dua orang). Mereka yang memiliki bakat melawak dan menyanyi digalakkan hadir untuk uji bakat.

Berikut adalah tarikh dan lokasi uji bakat:

1) 19 & 20 Januari 2013 - AEON Seberang Prai City, Pulau Pinang.

2) 26 & 27 Januari 2013 - Centerpoint Kota Kinabalu, Sabah.

3) 2 & 3 Februari 2013 - Boulevard Kuching, Sarawak.

4) 8 & 9 Februari 2013 - Kota Bharu Trade Centre, Kelantan.

5) 16 & 17 Februari 2013 - Plaza Angsana, Johor Bahru

6) 23 & 24 Februari 2013 - AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Rajagobal: 'Sebagai jurulatih, saya juga mahu menang'

2 comments



K Rajagobal Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K.Rajagopal
MESKIPUN mengakui berdepan laluan sukar dalam saingan Kelayakan Piala Asia 2015, jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal tetap optimis dan berjanji akan memberi aksi terbaik pada kejohanan itu.

"Kita kena terima hakikat dalam saingan ini melibatkan pasukan yang kuat.

"Tapi, kita kena positif dan cuba melakukan yang terbaik," katanya kepada pemberita di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), hari ini.

Skuad kebangsaan akan mengharungi kelayakan Piala Asia 2015 dalam Kumpulan D yang turut membabitkan pasukan dari Qatar, Bahrain dan Yaman.

Dalam pada itu, ketika mengulas keraguan peminat terhadap kemampuan skuad kebangsaan, Rajagobal menegaskan, beliau akan mengambil cabaran itu dan membuktikan tahap kemampuan skuad Harimau Malaya.

"Semua orang akan bercakap, tetapi kita perlu sentiasa optimis. Dalam perlawanan bola sepak, ada kalah dan menang. Sebagai jurulatih, siapa yang mahukan kekalahan. Kita harus berfikiran terbuka.

"Jadi, saya berharap kami akan melakukan sesuatu dan pemain harus bersedia dari segi mental dan fizikal," jelas beliau.

Pada masa sama, Rajagobal turut menegaskan, beliau tidak mengamalkan dasar tutup pintu, malah sentiasa  mengutamakan pemain yang berjaya menampilkan persembahan mantap dalam saingan liga.

Katanya, peluang pemain lain untuk menyarung jersi pasukan Harimau Malaya masih terbuka luas.

"Setiap pemain ada peluang wakili skuad kebangsaan. Ramai orang cakap kenapa tidak ambil pemain itu dan pemain ini. Kita harus faham, level permainan peringkat domestik dan antarabangsa jauh berbeza.

"Mereka tidak terpilih bukan bermaksud tidak bagus tetapi perbezaan pengalaman yang memisahkan jurang antara pemain lain," ujarnya.

Tambah Rajagobal, "ada pemain ini sendiri akui dia tidak boleh sesuaikan diri dengan tahap perlawanan antarabangsa dan akur apa kehendak jurulatih."

"Apapun, saya akan pantau pemain yang bermain cemerlang pada saingan Liga Malaysia tahun ini,” katanya.

Sementara itu, dalam mengukuhkan prestasi pasukan FAM merancang mengadakan pertemuan persahabatan berdepan Iraq di Emiriah Arab Bersatu, 1 Februari ini.

Menurut Rajagobal, ini satu cabaran terbaik buat pemainnya menjelang pusingan kelayakan Piala Asia 2015 kerana Iraq antara pasukan terbaik di Asia.

Nafas baru The Red Giants

1 comments


Nafas baru The Red Giants
Irfan (duduk, lima, kiri) bersama barisan kejurulatihan dan pemain Selangor bagi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC. Foto : Safwan Mansor
SELEPAS gagal memperolehi sebarang kejuaraan saingan Liga Malaysia 2012, pengurusan The Red Giants tampil  lebih komited dalam mempersiapkan pasukan bagi mencabar kejuaraan Liga Malaysia 2013.

Malah Presiden Persatuan Bola sepak Selangor (FAS), Tan Sri Abdul Khalid semasa melancarkan jersi baru Selangor baru-baru ini meletakan saranan satu piala sebagai hadiah kepada rakyat Selangor dibawa pulang The Red Giants sama ada Piala FA, Piala Liga Super, Piala Malaysia ataupun Piala AFC.

Skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim yang ‘lambat panas’ musim lalu memantapkan setiap posisi pasukan dengan menampilkan 11 muka baru dan 12 muka lama untuk memperkuatkan juara 32 kali Piala Malaysia berkenaan.

Nilai tambah benteng terakhir Selangor, penjaga gol utama, Norazlan Razali bakal mendapat saingan terbaru apabila bekas penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli diambil memperkukuh bahagian berkenaan.

Jentera pertahanan pula mendapat nafas baru bekas tonggak pertahanan Harimau Muda A, Mahali Jasuli bakal bergandingan bersama pemain import dari Lebanon, Ramez Dayoub, Nasriq Baharom, Bunyamin Umar dan kapten  baru pasukan, Asraruddin Putra Omar.

Bahagian tengah pula kehadiran pemain sayap lincah Negeri Sembilan, S Kunanlan, bekas pemain tengah USM FC, S Veenod dan bekas sayap Harimau Muda, V Kavichelvan  bakal memberikan lebih sengat bahagian berkenaan.

Kehadiran tiga pemain berkenaan bakal mengisi kehilangan kapten pasukan yang juga pakar sepakan percuma, Safiq Rahim yang berhijrah ke Johor Darul Takzim FC bagi memperkuatkan cabaran Harimau Selatan berkenaan.

Bahagian serangan Selangor musim ini akan lebih menyengat dengan kehadiran bekas penyerang import Terengganu, Francis Forkey Doe yang  menggantikan Bosko Balaban.

Pemenang Anugerah Kasut Emas 2012 itu bakal digandingkan bersama bekas peledak Kuala Lumpur Afiq Azmi dan seorang lagi penyerang muda Wan Hoesne Wan Hussain mengisi slot bersama pemain berpengalaman Amri Yahyah.

Sementara untuk saingan Piala FA, juara lima kali Piala FA ini bakal berdepan juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada pusingan pertama Piala FA 2013 pada 25 Januari.

Bagi cabaran Piala AFC pula, Selangor yang mempunyai rekod terbaik apabila mara ke suku akhir pada 2006 bakal mempertaruhkan bekas pemain tengah Perak, Michal Kubala dan bekas pemain pertahanan Banska Bystrica, Peter Chrappan bagi mengalas cabaran pasukan.

Dollah Salleh: 'Hormat berpada'

Jom! comments



Dollah SallehJurulatih pasukan Pahang, Dollah Salleh
“Tidak perlu terlalu menghormati lawan.

Itu pesan pengendali Pahang, Dollah Salleh kepada pemainnya yang akan bertemu, Johor Darul Takzim FC di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Meskipun lawan dibarisi ramai pemain berstatus bintang sehingga digelar sebagai Manchester City Malaysia, Dollah sedikit pun tidak gusar mengenai perkembangan tersebut.

Bahkan, bagi mereka, apa yang penting adalah fokus serta komitmen pemain pada pertemuan itu nanti.

“Pemain tidak perlu terlalu menghormati lawan ketika di atas padang. Ia hanya mengundang masalah dan akan menjadikan keadaan kucar-kacir.

“Cuma saya harapkan pertemuan itu nanti lebih baik berbanding dua aksi persahabatan sebelum ini,” katanya akui pemain import turut menunjukkan peningkatan memberangsangkan. Dollah turut  yakin pasukan kendaliannya mampu melakar sesuatu menjelang aksi pembukaan malam ini.

Gambar Hot! Pasangan Berpelukan Di Atas Bumbung Kereta

12 comments


Gambar pasangan yang bermesra dan berpelukan di atas bumbung kereta ini di tangkap tanpa mereka sedari. Agak keterlaluan perbuatan mereka ini.

Jadi apa pandangan korang tentang kelakuan pasangan ini? Haruskah mereka diberi teguran atas tindakkan mereka ini.

p/s: Nakalnya hik5...

PIYA Yakin Treble Milik Kelantan

Jom! comments


Mohd Badhri Radzi atau PiyaKetua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi atau Piya

MESKIPUN tewas kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam perlawanan Piala Sumbangsih, Sabtu lepas, Kapten Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi  tetap yakin pasukannya mampu mempertahankan kejuaraan treble yang dimenangi mereka musim lepas.

Badri yang turut dikenali sebagai Piya turut menegaskan, kekalahan tersebut tidak pernah membuatkan pasukan The Red Warriors tergugat mahupun sebaliknya.

“Ini perlawanan pertama, kami tidak boleh terlalu kecewa dengan kekalahan ini.

"Bagi saya, semuanya berada dalam keadaan baik. Lagipun perjalanan musim ini masih jauh. Apa yang penting sekarang, kita lakukan yang terbaik untuk perlawanan seterusnya," kata Piya yang berharap pasukannya dapat menewaskan PKNS dalam perlawanan sulung Liga Super, esok.

Sabtu lepas, misi Kelantan untuk mencari piala keempat nyata gagal apabila tewas kepada ATM menerusi sepakan penalti 3-4.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah dengan ketiadaan tonggak utama musim lalu merupakan faktor kekalahan itu, Piya bagaimanapun menyangkal dakwaan tersebut.

“Kehilangan beberapa tonggak musim lalu bukan penyebab kekalahan ini.

“Kekalahan di tangan ATM bukannya disebabkan persembahan buruk, kekalahan kami bermaruah, kami melawan dan mendahului lawan.

"Jadi, semua ini tiada kaitan dengan kehilangan pemain musim lepas. Corak permainan kami masih boleh diperkemaskan dan saya pasti permainan kami lebih baik selepas ini," katanya yang akan bangkit pada perlawanan pertama Liga Super esok.

Musim 2013 Lebih Mencabar

Jom! comments


Liga Super 2013
Liga Super 2013

DUA belas pasukan dalam Liga Super 2013 berentap bagi mencari gelaran juara.

Aksi Liga Super membuka tirai esok dengan 12 pasukan turun, diiringi satu tekad - memulakan kempen dengan langkah kanan.

Mungkin siapa sahaja mampu untuk muncul juara Liga Super dalam musim baru ini. Malah semua pasukan yang giat menjalankan persiapan untuk memantapkan pasukan masing-masing dengan menandatangani pemain-pemain baru serta mendapatkan khidmat pemain import - yang bakal menjanjikan saingan kali ini pasti sengit.

Namun, tumpuan seharusnya beralih kepada Kelantan apabila sebagai pasukan paling berjaya dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2012 dengan meraih treble. Pastinya menjadi perhatian peminat tempatan sama ada pasukan itu mampu mengulangi kecemerlangan itu ataupun tidak pada musim ini.

Malah dengan ketiadaan dua penggempur berbisa, Norshahrul Idlan Tahala dan Mohammad Ghaddar yang mengubah haluan bersama pasukan baharu, mampukah Kelantan mengekalkan reputasi selaku pasukan terunggul di negara ini.

Kelantan seharusnya sedar bahawa kejayaan merangkul gelaran trebel musim lepas apabila ‘menyapu bersih’ ketiga-tiga trofi iaitu Liga Super, Piala FA dan juga Piala Malaysia, kejayaan The Red Warriors pastinya dicemburui ramai pihak.

Sehubungan itu, Kelantan perlu berwaspada dan mengetahui bahawa terdapat pasukan lain yang mampu mencabar pencapaian mereka musim ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau percaya kehadiran beberapa pemain baru dalam skuad Kijang musim ini dapat merealisasikan impian The Red Warriors mengekalkan kejuaraan treble.
“Saya yakin dengan kehadiran pemain bertaraf bintang dari luar negara dan tempatan dapat membantu Kelantan mengharungi laluan yang dijangka sukar musin ini dengan kehadiran pasukan kuat seperti Johor dan Tentera,” katanya.

Begitu pun, berbeza musim lepas, beberapa pasukan banyak melakukan transformasi besar-besaran, antaranya Terengganu, T-Team, Perak, Selangor dan Johor Darul Takzim FC.

Bagaimanapun, fenomena angin selatan nampaknya lebih menyerlah.

Johor Takzim FC yang dahulunya dikenali sebagai skuad Jengking melakukannya penjenamaan semula dengan menggelar pasukan itu sebagai Harimau Selatan.

Bukan itu sahaja, Johor semakin serius untuk kembali menjadi pasukan disegani dengan membawa beberapa nama besar untuk memperkasakan pasukan itu musim ini.

Antaranya adalah, bekas pemain kebangsaan skuad Sepanyol, Daniel Guiza, Safiq Rahim, Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Muslim Ahmad dan Azmi Muslim, penyerang terbaik Liga Malaysia musim 2012, Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali.

Jadi, Kelantan seharusnya sedar bahawa bukan mudah untuk mengekalkan reputasi selaku pasukan terunggul di negara ini dan mereka harus melakukan sesuatu agar kejuaraan yang dimenanginya itu dapat dipertahankan.

Bukan Kelantan, Selangor dan Terengganu yang sebelum ini sering mendominasi kedudukan tiga terbaik mungkin sedikit gusar akan perkembangan barisan pemain Johor.

Sedikit keraguan dari segi keserasian yang mampu dijelmakan pemain Johor sedia namun Fandi Ahmad sudah tentu ada ramuan tersendiri bagi memastikan Harimau Selatan digeruni musim 2013.

Menurut Fandi, jurulatih Harimau Selatan, beliau optimis pasukannya mampu menyerlah dalam saingan Liga Malaysia 2013.

Bagaimanapun, bintang legenda bola sepak Singapura berusia 50 tahun itu tidak meletakkan sasaran awal meskipun pasukan itu dibarisi beberapa pemain kebangsaan termasuk penyerang Safee dan Norshahrul.

"Saya bagaimanapun berkeyakinan mampu mengembalikan pasukan ini sebagai sebuah pasukan yang disegani dalam masa dua tahun lagi," kata Fandi.

Optimis untuk merealisasikan misi dan objektif Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), pasukan Johor sudah mula merancang untuk mengadakan persiapan dalam masa terdekat.

Fandi berkata, semua pemain dalam pasukannya diingatkan supaya sentiasa mementingkan disiplin, dedikasi dan integriti dalam mengharungi kancah Liga Super pada musim hadapan.

“Insya-Allah pasukan lebih mantap dari tahun lalu. Kita akan mengadakan persiapan dari sekarang.

“Kita dapat beberapa pemain dari pasukan kebangsaan termasuklah Mohd Muslim Ahmad. Mudah-mudahan dengan ada beberapa pemain ‘senior’ dapat membantu pasukan Johor,” katanya.

Bagaimanapun, beberapa nama pasukan lain tidak seharusnya dipandang remeh. Tidak mustahil nama seperti Selangor, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Perak dan Negeri Sembilan pasti melakukan kejutan dalam saingan musim ini.

Bagi jurulatih Selangor, Irfan Bakti, memiliki  beberapa pemain leperti Sharbinee Allawee, Afiq Azmi, Mohd. Ramzul Zahini Adnan, Abdul Shukor Jusoh dan pemain import terbaru, Francis Forkey Doe, The Red Giant mampu mencabar kejuaraan liga walaupun kehilangan khidmat ketua pasukan, Safiq Rahim, Azidan Sarudin dan Amirul Hadi Zainal.

Meletakkan sasaran mahu memenangi sekurang-kurangnya satu trofi pada musim ini, Irfan tidak terlalu berasa gusar dengan kekuatan Johor yang dilimpahi pemain bertaraf bintang.

"Bagi saya, matlamat Selangor untuk merangkul sekurang-kurangnya satu trofi pada musim depan tidak akan terjejas biarpun dengan kehadiran Johor yang berwajah baru, saya langsung tidak bimbang, " katanya.

Dalam pada itu, Pahang turut tidak kurang hebatnya apabila mempertaruhkan dua pemain import dan empat muka baru bagi merebut salah satu kejuaraan Liga Malaysia musim baru.

Pemain yang menjadi pertaruhan ialah pemain kelahiran Macedonia, Nicolche Klechkaroski, 29, dan Mohamed Borji, 32, dari Maghribi, yang kedua-duanya merupakan pemain penyerang.

Sementara empat pemain tempatan ialah Mohd Nasril Mat Nordin yang sebelum ini beraksi untuk Perak dan tiga bekas pemain Selangor iaitu Mohd Razman Roslan, Mohd Amirulhadi Zainal dan Azidan Sarudin.

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata, barisan kali ini dilihat mampu memberi saingan yang cukup sengit kepada pasukan lain.

“Kita mahu menempatkan diri pada kedudukan yang baik dalam Liga Super dan kalau ada rezeki siapa tahu kita juga akan ke final Piala Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, Dollah turut berkata, beliau telah nampak keserasian antara kedua-dua pemain import tersebut dengan pemain lain selepas menguji prestasi dan kecergasan mereka pada perlawanan persahabatan dengan kelab di Hong Kong baru-baru ini.

“Prestasi yang ditunjukkan kedua-dua mereka amat membanggakan terutamanya Mohamed Borji dan saya percaya mereka dapat memantapkan lagi pasukan Pahang,” katanya.

Beliau berkata, empat pemain tempatan baru juga menunjukkan kesungguhan masing-masing bagi memastikan mereka tersenarai dalam kesebelasan utama.

Juara Liga Perdana musim lepas, ATM tidak seharusnya diketepikan begitu sahaja. Sebagai pasukan bukan pilihan dan tidak diberi perhatian, pasukan kelab ini mampu membuat kejutan seperti mana dilakukannya dalam saingan Piala Malaysia sebelum ini.

Malah, jurulatih ATM, B Sathianathan juga sudah mula melaungkan amaran kepada pencabar lain dengan berkata: “Kami mahu meraih sekurang-kurangnya satu piala musim ini.”

Memasuki tahun baru 2013, Sathia juga optimis sasarannya untuk menamatkan Liga Super dalam kalangan tiga tempat teratas adalah realistik meskipun skuadnya tidak diletakkan harapan tinggi berdasarkan status mereka sebagai pendatang baru liga.

“Saya menyasarkan untuk sekurang-kurangnya satu piala di samping menamatkan musim dalam kedudukan tiga tempat teratas.

“Sungguh pun, kami adalah pendatang baru liga, kami sudah membuktikan kemampuan kami apabila berjaya mara ke final Piala Malaysia tahun lalu.

"Berdasarkan tempoh pra-musim yang kami lalui, kami kini berada pada prestasi terbaik untuk mengharungi kempen baru ini.

“Pemain baru seperti Shukor, Surendren dan Norfazly  kini sudah menampakkan keserasian beraksi dengan pemain ATM yang sedia ada. Mereka kini sudah bersedia untuk mengharungi perlawanan pertama menentang Kelantan, Sabtu ini,” tambahnya.

Pasukan lain seperti PKNS, T-Team, Terengganu dan Felda United bukannya tidak kuat untuk mencabar dalam saingan ini tetapi mereka harus melakukan sesuatu agar lebih baik dari perlawanan pramusim sebelum ini.

Siapakah juara musim ini. Adakah Kelantan mampu mempertahankan kejuaraan atau nama baru akan muncul. Apapun, sama-sama kita nantikan debaran saingan Liga Super 2013.


Berikut jadual Liga Super yang berlangsung esok:

Selangor mln Negeri Sembilan 8.45 mlm Stadium Shah Alam, Selangor

Terengganu mln Felda United 4.45 ptg Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT

Pahang mln Johor DTFC 8.45 mlm Stadium Darul Makmur, Kuantan

Perak mln T-Team 4.45 ptg Stadium TLDM, Lumut

PBNJ Sokong FAM

Jom! comments


Tunku Ismail Sultan Ibrahim
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan sokongan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah untuk menerajui badan induk itu.

Menurutnya, setiap pihak perlu bersikap positif sekali gus berhenti mencari kesalahan apabila pasukan kebangsaan gagal memenangi kejuaraan yang disertai.

“Kenapa bila pasukan kebangsaan menang, kita tidak mengkritik, tetapi bila kalah kita kritik dan minta pihak-pihak tertentu dalam FAM berundur?

“Jika bukan Sultan Ahmad Shah menerajui FAM, siapa yang layak?” katanya.

Tunku Ismail berpendapat, setiap pihak dalam pengurusan FAM sedang menjalankan tanggungjawab masing-masing dalam membawa kegemilangan kepada pasukan bola sepak negara.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan desakan sekumpulan penyokong bola sepak negara supaya kepimpinan tertinggi FAM dirombak termasuk Sultan Ahmad Shah berundur sebagai Presiden.

Blogger Design 2013

6 comments


Salam semua, pada bulan januari ini, Service Tempahan Design akan menawarkan Harga Promosi untuk anda semua yang berminat untuk mengambil service tempahan dari kami. 



Promosi juga diberikan kepada sesiapa yang mengambil service " Design Timeline Facebook " di mana anda akan menerima Avatar Profile secara PERCUMA.

Di bawah ini merupakan list setiap tempahan yang anda boleh lakukan sekarang bagi melayakkan anda mendapat harga Promosi pada bulan Januari ini.



  • Design Header
  • Design Header Flash
  • Design Banner
  • Design Watermark
  • Design Timeline Facebook
  • Design Template Blog(Boleh dirunding)
  • Profile Facebook



  • Jangan lepaskan peluang terbaik bagi memantapkan lagi bisnes atau blog/website anda nampak lebih pro dan mantap dari segi designnya.

    Buat Tempahan anda dengan SEGERA di SINI!
    Contoh Design boleh lihat di SINI!

    Jadual Piala FA 2013

    1 comments


    Tidak lama lagi sepak bola dalam Piala FA 2013 akan berlangsung dan pada tahun ini siapakah yang akan memegang Piala FA edisi 2013. Jadi di sini akan di kongsikan Carta setiap perlawanan di dalam merebut Piala FA ini.


    Senarai 12 lagu yang berentap di AJL27

    4 comments



    Berikut merupakan senarai 12 buah lagu yang akan berentap pada AJL 27 pada Ahad ini di Stadium Putra Bukit Jalil pada pukul 9 malam di Tv3.
    12 lagu yang berentap di AJL27 ialah:
    1. Idola – Azlan & the Typewriter
    2. Pelangi Senja – Stacy
    3. Terukir Di Bintang – Yuna
    4. Anak Kampung – Jimmy Palikat & One Nation Emcee
    5. Ombak Rindu – Hafiz & Adira
    6. Tanpamu – Amir Jahari
    7. Lagu – Bed Room Sentuary
    8. Teman Pengganti – Black & RJ
    9. Ku Akui – Hafiz
    10. Simetri – Hazama & Amy Seach
    11. Andai Ku Bercinta Lagi – Mojo
    12. Patah Seribu – Shila Amzah

    Senarai Pemain Malaysia untuk kelayakan Piala Asia 2015.

    1 comments


    Senarai pemain Kebangsaan yang dipanggil untuk menjalani Latihan bagi kelayakan Piala Asia 2015.Undian kelayakan Piala Asia 2015 menyaksikan Malaysia berada dalam kumpulan D bersama-sama dengan Qatar ,Yaman dan Bahrrain.


    Penjaga Gol

    KHAIRUL FAHMI CHE MAT
    FARIZAL MARLIAS

    Pemain Pertahanan

    FADHLI SHAS
    MAHALI JASULI
    ASRARUDIN PUTRA
    SABREE ABU
    S.SUBRAMANIAM
    AIDIL ZAFUAN
    AFFIZE FAISAL

    Pemain Tengah

    SAFIQ RAHIM
    SHAKIR SHAARI
    BADRI RADZI
    BADDROL BAKHTIAR
    WAN ZACK HAIKAL
    S.KUNANLAN
    ASHAARI SHAMSUDIN
    NAZMI FAIZ
    IRFAN FAZAIL

    Pemain Penyerang

    SHAKIR ALI
    ROZAIMI ABD RAHMAN
    KHYRIL MUHYMEEN
    HAZWAN BAKRI
    NORSHAHRUL IDLAN TALAHA
    SAFEE SALI



    Kes Dadah, Zarina Anjoulie di pindahkan ke penjara kajang

    Jom! comments




    Kes Dadah Zarina Anjoulie - Terkini Zarina Anjoulie telah di pindahkan ke penjara kajang selepas tiada ahli keluarganya yang datang untuk mengikat jaminnya walaupun dikenakan ikat jamin sebanyak RM2,000 oleh Majistret Nazri Omran.

    Rakan lelakinya iaitu Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, bagaimanapun dibebaskan selepas dijamin oleh abangnya.

    Sebelum itu kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliko dua biji pil iaitu dadah disyaki Erimin 5 anggaran seberat 0.6 gram, empat hari lalu.

    Zarina dan Mohamad Fakhruzaim bersama-sama didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini, pada 5.30 petang, 30 Disember lepas.

    Kedua-dua mereka yang juga penuntut kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

    Azam Tahun Baru 2013

    1 comments


    Salam semua, tahun 2013 ini bermulalah langkah dan azam baru yang harus dicipta oleh diri sendiri bagi mengapai apa yang di ingini. Walaupun azam tahun lepas tidak atau masih belum tecapai tapi tidak salah untuk kita setkan untuk mencapainya pada tahun ini.

    Masih banyak masa lagi dalam setahun ini bagi mencari dan memperbaiki permasalahan yang menyebabkan sesuatu azam itu tidak dapat di capai pada tahun lepas.

    Bersempena tahun 2013 ini koz akan membina keyakinan bahawa koz Boleh Lakukan Apa Yang Koz Mahu kerana jika tidak berbuat sedemikian siapalah yang akan membantu ia tercapai jika buka kita sendiri yang kena lakukan.

    Fokus! Fokus! Fokus! Apa yang di inginkan dan set matlamat Bila? Masa Bila? Bagaimana? Berapa Banyak? Apa Caranya? bla.bla..bla...

    Lambat pula koz publish entry ni hik5...

    Pembedahan Lutut Johan Raja Lawak Selamat

    2 comments


    Baru-baru ini Pelawak terkenal masakini iaitu Johan Raja Lawak telah mengalami masalah kecederaan di bahagian lututnya semasa bermain Futsal pada malam sebelum berlangsungnya MLM minggu ke tujuh.

    Semasa Maharaja Lawak Mega berlangsung Johan tetap tampil dengan lawaknya yang menghiburkan hati penonton bersama-sama pasangannya Zizan walaupun dikatakan dia menahan kesakitan semasa itu.

    Johan telahpun selamat menjalani pembedahan kecil pada lututnya akibat ligament yang terkoyak semasa bermain futsal.

    Jadi mari doakan moga Johan cepat sihat dan sembuh seperti sediakala.

    Senarai Kawasan Gangguan Air Di Kuala Lumpur dan Gombak

    5 comments


    Salam semua, hari ini nak kongsikan dengan anda senarai kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan Air di kawasan Kuala Lumpur dan Kawasan Gombak.

    Walaupun kawasan tempat tinggal koz ini tidak tersenarai tetapi ada juga gangguan bekalan air, tiba waktu malam sahaja air dah takde, adei kena mandi awallah jawapnya. Mutu kualiti air pun jurang jernih risau juga nak baut air minuman. Sebenarnya penapis Air ada , cuma rumah koz sekarang sedang di naik taraf (dengar macam besar je projek hihiihi) jadi sebab tulah air tak jernih kot.

    Jadi jom lihat Senarai Kawasan Gangguan Air Kuala Lumpur dan Gombak.

    Di Kuala Lumpur:
    Flat DBKL Dato' Keramat, Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Jalan Gurney, Kementah, Pulapol, Wisma Tanah, JUPEM, UTM, FELDA, Pusat Latihan Telekom, Jalan U Thant, Jalan Ampang Hilir, Taman Pandan Jaya, Taman Cempaka, Taman Bakti, Taman Nirwana, Kampung Pandan Dalam, Taman Cahaya. Turut terlibat Pandan Cahaya, Taman Dagang, Taman Shamelin, Taman Tenaga, Taman Miharja, Taman Kobena, Bandar Sri Permaisuri, Desa Pandan, Flat Sri Melaka, Taman Melur, Taman Saga, Taman Mega Jaya, Taman Teratai, Taman Muda, Taman Seraya, Taman Bukit Permai dan Kampung Cheras Baru.


    Kawasan Gombak :
    Kampung Baru Ampang, Kampung Melayu Ampang, Taman Hillview, Bukit Jobina, Taman Dato Ahmad Razali, Taman Bukit Indah, Taman TAR, Kampung Tasek Permai, Ukay Heights, Ampang Jaya, Dataran Ukay, Pinggiran Ukay, Sri Ukay, Beverly Heights, Ampang Indah, Ampang Saujana, Ampang Water Front, Bandar Baru Ampang, Bukit Ampang Permai, Bukit Indah, Desa Lembah Permai, Desa Setapak, Jalan Ampang, Kampung Bukit Sungai Puteh, Keramat AU 1 hingga AU 5, Kampung Ampang Campuran, Kampung Indah Mulia, Kampung Kemensah dan Kampung Lembah Jaya.

    Kampung Pinggir Tiga Jaya, Kampung Tengah Lembah Jaya, Lembah Jaya Utara, Lembah Jaya Selatan, Sri Rampai, Taman Ampang, Taman Dagang Permai, Taman Pandan Ria, Taman Permai Jaya, Taman Permata, Taman Saujana, Ampang Tasek Tambahan, Taman Ampang Mewah, Taman Ampang Utama, Taman Bukit Ampang, Taman Cahaya Ampang, Taman Dagang Jaya, Taman Halaman, Taman Kesuma Ampang, Taman Kosas, Taman Mulia Jaya, Taman Rasmi Jaya, Taman Sri Ampang, Taman Watan, Wangsa Melawati.

    Jadi kepada korang yang terlibat pepandailah sediakan baldi-baldi besar ya sebab pihak Syabas akan menghantar sebanyak 40 buah lori air ke kawasan-kawasan terlibat.

    Senarai Telefon Pintar Rebat RM200 - Budget 2013

    14 comments



    Budget 2013-Senarai Telefon Pintar Yang Diberikan Rebat RM200 -Salam semua, Hari ini koz akan kongsikan kepada anda senarai telefon pintar yang diberikan Rebat RM200 bersempena Bajet 2013.

    Jumlah Senarai Telefon Pintar Yang Diberikan Rebat RM200 setakat ini yang dikeluarkan SKMM adalah sebanyak 23 Unit. Dan kemungkinan ia akan bertambah dari masa ke semasa.




    Hot! Ezlisa Loy Kini Bertudung

    7 comments


    Ezlisa Loy adik kepada Elfira Loy kini bertudung Ezlisa Loy adik pelakon remaja yang tidak asing lagi namanya dalam industri lakonan kini tampil dengan penampilan bertudungnya.

    Ezlisa Loy mula tampil dengan image bertudungnya selepas dia beberapa kali mengalami mimpi mengenai hari kiamat.

    Syukur Alhamdulillah dan dengan image bertudung ini koz doakan moga Ezlisa Loy akan kekalkanya selama-lamanya kerana image ini menampakkan Ezlisa Loy bertambah ayu dan cantik.


    Selamat Tahun Baru 2013 Rakan Blogger!

    11 comments


    Salam semua, Selamat menyambut kedatangan Tahun 2013...Hari ini koz agak kurang sihat, memang tahap kesihatan ni agak lama tapi redah jelah kuatkan semangat.



    Doakan kesihatn untuk koz ya. Sehari dua ini blog memang jarang update sebab koz agak buzy menyiapkan tempahan-tempahan design rakan-rakan blog yang lain.

    Kepada rakan-rakan blog yang masih menantikan design-design anda terima kasih kerana kerana sudi menantikan turutan anda. Koz pasti akan menyiapkan design-design anda.

    Kepada pengunjung setia blog ini koz mohon maaf sebab tidak dapat mengupdate entry/artikel sehari dua ini. Insyallah jika kesihatan koz bertambah baik dan pulih koz akan kembali mengupdate entry/artikel seperti biasa.



    Denaihati.com

     
    Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net