Powered by Jasper Roberts - Blog

Perkahwinan Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo 9 November

Jom! comments

Kad Kahwin Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo.

Majlis perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada tarikh 9 dan 10 November ini.

Pengumuman mengenainya perkahwinan ini dibuat oleh abang Lee Chong Wei iaitu Lee Chong Hoon pada sidang media semalam. Pengumuman mengenainya perkahwinan ini dibuat tanpa kehadiran Chong Wei kerana beliau sedang menyertai kejohanan Terbuka Denmark di Odense.

Pelakon Almy Nadia hilang keyakinan

1 comments

Almy Nadia Hilang Keyakinan Kerana Tiada Tawaran Lakonan

Pelakon Almy Nadia mengakui ketiadaan tawaran lakonan sejak kebelakangan ini menyebabkan dia hilang keyakinan diri untuk muncul di khalayak umum.

Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 26, berkata, tahun ini merupakan tempoh paling perit dan tidak stabil dalam kerjayanya apabila dia sudah tidak menerima tawaran lakonan sejak tiga bulan lalu.

"Tahun ini adalah tempoh paling perit dalam kerjaya saya. Kebetulan saya mengalami masalah kesihatan yang tidak menentu dan ada beberapa masalah peribadi yang timbul sejak awal tahun ini.

"Sejujurnya, saya sudah tidak menerima tawaran lakonan sejak tiga bulan lalu sehingga hari ini. Keadaan itu menyebabkan saya menjadi pemalu, rendah diri dan hilang keyakinan untuk muncul di khalayak," katanya.

Almy berkata demikian ketika ditemui pada program Jelajah Anugerah Skrin (ASK) 2012 di pusat beli-belah e @ Curve, Mutiara Damansara di sini, petang Ahad.

Katanya, keadaan itu bagaimanapun tidak mematahkan semangatnya untuk terus mengintai peluang lakonan walaupun terpaksa bersaing dengan muka-muka baru.

"Mungkin ada silapnya pada diri saya sendiri yang selama ini kurang mesra atau tidak pandai menjaga hubungan dengan orang-orang berpengaruh dalam industri ini.

"Dalam kes ini, saya tidak boleh cakap banyak atau menuding jari pada mana-mana pihak kerana persaingan semakin sengit dengan kehadiran bakat-bakat baru.

"Saya tidak mahu mengalah dengan keadaan ini. Malah, saya sematkan dalam diri untuk sentiasa berfikiran positif dan menerima dugaan ini dengan hati terbuka," katanya.

Bagaimanapun, ujar Almy, dia bersyukur kerana mempunyai teman-teman rapat yang sering memberikan tawaran pengacaraan pada majlis-majlis korporat dan acara hiburan.

"Sekarang saya hidup daripada pendapatan bagi kemunculan pada acara-acara dan pengacaraan majlis korporat dan program televisyen.

"Saya bersyukur kerana rakan-rakan rapat yang terdiri daripada orang-orang industri banyak memberikan peluang kepada saya," katanya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan aktor Fizz Fairuz, Almy berkata, dia enggan bercerita mengenai perkara itu kerana ia terlalu peribadi untuk dikongsikan selepas pelbagai kontroversi tercetus sebelum ini.

Pada siri kedua program Jejalah ASK 2012 itu, sekitar 3,000 orang awam dianggarkan membanjiri ruang legar pusat beli-belah berkenaan bagi menyaksikan artis-artis kegemaran mereka.

Antara barisan artis yang turut hadir adalah Zamarul Hisham, Adi Putra, Diana Danielle, Fida Ibrahim, Izreen Azminda, Nad Zainal, Diana Amir dan pasangan pengacara ASK 2012 iaitu Awal Ashaari dan Neelofa.

Pemenang pertandingan Pencarian Hos Pantene ASK musim kedua iaitu Muhammad Fadzil Ahmad Shukor, 22, turut diumumkan pada acara itu.

Dengan kemenangan itu, Muhammad Fadzil bakal mengacarakan karpet merah ASK 2012 pada 9 November depan di samping Karl Shafek dan Dynas.

Siri pertama Jelajah ASK 2012 berlangsung di Plaza Gurney, Pulau Pinang pada 14 Oktober lalu.

Lee Chong Wei juara Terbuka Denmark

3 comments

Datuk Lee Chong Wei juara Terbuka Denmark

JAGUH badminton negara,  Datuk Lee Chong Wei mempamerkan aksi mantap apabilla berjaya meraih gelaran Terbuka Denmark 2012 selepas menewaskan pencabar dari China, Du Pengyu dalam perlawanan akhir di Odense, malam tadi.

Dalam perlawanan yang berlarutan hampir sejam itu, Du Pengyu yang menggabungkan pukulan cantik, 'smash' yang tajam dan kekuatan mental berjaya mengawal rentak pergerakan Chong Wei untuk memenangi set pertama 21-15.

Chong Wei bagaimanapun bangkit untuk menguasai set kedua dengan 21-12 sebelum menyekat ketangkasan pemain pilihan ketujuh itu dengan 21-19 bagi
membawa pulang wang tunai AS$30,000 (RM91,500).

Sementara itu, nasib berbeza dialami oleh beregu lelaki negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong apabila mereka terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan, Shin Baek Choel/Yoo Yeon Seong 21-19, 11-21, 19-21.


Berikut keputusan penuh kejohanan badmintan Terbuka Denmark 2012:

Beregu campuran

Chen Xu/Jin Ma (China) mln Tontowi Ahmad/Lilyana Natsir (Indonesia) 23-21, 24-26, 21-11

Beregu lelaki  

Shin Baek Choe/Yoo Yeon Seong (Korea) mln Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (Malaysia) 19-21, 21-11, 21-19  

Perseorangan wanita

Saina Nehwal (India) mln Juliane Schenk (Jerman) 21-17, 21-8  

Beregu wanita

Jin Ma/Jinhua Tang (China) mln Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi (Jepun) 21-8, 21-12

Perseorangan lelaki  

Lee Chong Wei (Malaysia) mln Du Pengyu (China) 15-21, 21-12, 21-19

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net