Powered by Jasper Roberts - Blog

Sinopsis Drama Darjat Tv3

Jom! comments



Sinopsis Drama Darjat Tv3-Drama Darjat berkisar tentang Haziq (Syazwan Zulkifli) yang merupakan remaja yang menghadapi dilema kehidupan yang menuntut pengorbanannya sebagai seorang anak. Haziq yang berasal dari sebuah keluarga yang susah terpaksa menyara keluarganya dengan membawa teksi.

Berbeza dengan Karina (Ika Nabila) yang merupakan anak orang kaya kepada Mansor dan Rosmah. Walaupun berada dalam keluarga yang berharta namun kehidupan Karina sentiasa dikawal oleh ayahnya. Dia hanya dibenarkan berkawan dengan orang kaya anak orang berada sahaja. Jadi tidak hairanlah mengapa Karina sering ditemani oleh Maria dan Tini sahaja.

Apabila Maria dan Tini keluar bersama buah hati mereka, Karina berasa amat bosan dan ketika mereka menonton wayang beramai-ramai, Karina membuat keputusan untuk pulang sendirian menaiki teksi. Sewaktu perjalanan pulang, beberapa orang lelaki yang di ketuai oleh Ghaz (Talha Harith) mahu menculik Karina dan kebetulan ketika itu Haziq berada di situ. Lantas Haziq menghulurkan bantuan dan kemudiannya berlakulah pertempuran di antara Haziq dan Ghaz.

Karina berasa terhutang budi dengan Haziq dan meminta ayahnya mengambil Haziq sebagai pemandu peribadinya. Tambahan pula Haziq merupakan rakan Karina ketika di sekolah dahulu. Mansor walaupun terkenal dengan sikap kedekutnya terpaksa akur dengan kehendak Karina demi keselamatan anaknya. Maka bermulalah tugas baru Haziq sebagai pemandu peribadi Karina.

Pertemuan demi pertemuan, akhirnya Haziq dan Karina dilamun cinta. Namun cinta mereka tidak direstui oleh Mansor kerana Haziq tidak setaraf dengan keluarga mereka. Di rumah Karina dikurung di dalam biliknya kerana Mansor tidak mahu anak gadisnya bertemu dengan Haziq. Mansor telah memasang hajat untuk mengahwinkan Karina dengan Ghaz. Tetapi mengapa Ghaz, yang pernah cuba menculik Karina sebelum ini? Siapakah Ghaz sebenarnya? Adakah kuasa cinta sejati Haziq cukup untuk membebaskan Karina daripada cengkaman bapanya? Untuk mengetahui apa yang bakal berlaku seterusnya jangan lupa untuk membuat temu janji anda bersama drama terbitan Primeworks Studios ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.00 petang hanya di TV3!

Gambar Hot! Intan Ladyana baju kebaya dan Biodata

Jom! comments


Pelakon cantik dan berbakat iaitu Intan Ladyana baru-baru ini telah menghadiri majlis pelancaran BodyCurve daripada Cosry Fashion. Bila di lihat pemakaian baju kebaya Intan Ladyana memang nampak comel sangat. Jom lihat gambar Intan Ladyana berbaju kebaya.

Biodata Intan Ladyana

Nama Penuh Intan Nurladyana: Intan Nurladyana Mohamad Yahaya

Tarikh Lahir Intan Nurladyana: 2 Jun 1982

Asal Intan Nurladyana: Kuala Lumpur

Keluarga Intan Nurladyana: Anak kedua daripada tiga beradik

Kerjaya Intan Nurladyana: Model iklan, pengacara dan pelakon

Program TV Intan Nurladyana: Hello Minda dan Advanture Race 2006

Iklan TV Intan Nurladyana: Oil of Olay, Dentyne, Kinder Bueno, Hotlink, Celcom, Acuvue, Mcdonald's, Toyota, Sunsilk, Nivea Skincare, Follow Me, Jacobents, Toyota Hilux, Dentyne dan Deify Skincare

Filem Lakonan Intan Nurladyana: Tipah Tertipu The Movie, I'm Not Single, Remp-It V3, Jangan Pandang Belakang & Adnan Sempit, Bini-biniku Gangster

Drama Lakonan Intan Nurladyana: Puteri, Jelatang, Dari KL Ke Queenstown, Sutera Maya, Suria Kasandra & Bionik, Bini-bini Perkasa

Gambar Hot! Neelofa berbaju kebaya dan skirt pendek

Jom! comments


Gambar Neelofa berbaju kebaya dan skirt pendek di majlis pertunjukkan fasyen kebaya baru-baru ini. Neelofa nampak makin menawan dan cantik dengan fasyen kebayanya.


Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net