Powered by Jasper Roberts - Blog

Video Bomoh Nikah Batin Berseluar Dalam Di Serbu Polis

1 comments



Bernikah secara batin dan perlu melakukan hubungan seks selama 100 hari. Itulah syarat ditetapkan seorang bomoh terhadap pesakit wanitanya bagi mengubat penyakit dihadapi.

Bomoh berusia 48 tahun mengenakan caj RM200 terhadap pesakit dan dipercayai melakukan pukau sebelum menjalankan upacara pernikahan.
Dengan memegang sebuah kitab suci al-Quran, bomoh berkenaan akan memegang tangan pesakit dan mengucap akad 'Aku nikahkan dikau dengan aku berserta fidyah'.

Bagaimanapun, tindakan bomoh warga tempatan itu terbongkar apabila dicekup Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di rumah pesakitnya di Kampung LB Johnson, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, bomoh terbabit ditahan sebaik saja selesai bernikah batin dengan seorang wanita berusia 24 tahun yang mengalami masalah kesihatan.

Serbuan diketuai Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah bersama 15 anggotanya hasil risikan dan maklumat orang awam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa berkata, ketika serbuan, bomoh bersama pasangannya itu berada dalam bilik hanya memakai pakaian dalam dipercayai mahu melakukan hubungan seks, selepas upacara nikah batin selesai.

"Upacara nikah batin dilakukan bomoh berkenaan tanpa saksi. Dia hanya menggunakan kitab suci al-Quran dan diikuti bacaan mantera.

"Pesakit dikenakan bayaran untuk setiap upacara nikah batin. Selain membaca akad dan mantera, pesakit perlu melakukan hubungan seks bersama bomoh itu selama 100 hari sebagai syarat untuk menyembuhkan penyakit," katanya.

Menurutnya, bomoh berkenaan sudah mempunyai isteri dipercayai datang dari Kuala Lumpur dan berasal dari negara jiran, namun mendapat kerakyatan di negara ini.

"Dia datang ke rumah wanita yang tinggal bersendirian itu kononnya mahu mengubati penyakitnya," katanya pada sidang media Ibu Pejabat Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, semalam.

Ahmad Husaini berkata, bomoh yang tidak mempunyai pekerjaan itu dipercayai sudah lama bergiat aktif dalam kegiatan tidak bermoral itu.

"Dia cuba mengaburi mangsa dengan mendakwa mampu menyembuh penyakit dan dipercayai menggunakan ilmu pukau supaya mangsa berada dalam keadaan tidak sedar ketika upacara itu dilakukan," katanya.

Beliau berkata, bomoh tersebut kini ditahan dan akan didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini.

"Dia akan didakwa mengikut Seksyen 49 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan kerana mencela agama Islam, Seksyen 50 enakmen yang sama kerana menggunakan ayat al-Quran secara salah dan Seksyen 77 kerana memikat dan melarikan gadis untuk tujuan seks," katanya.

Menurutnya, JHEAINS percaya terdapat beberapa individu lain yang terlibat dan sedang mengenal pasti mangsa yang pernah dinikahinya sebelum ini, termasuk di negeri-negeri lain.


Selebriti Hollywood Mempunyai Koleksi Ribuan Pasang Kasut Mewah

Jom! comments


Kasut merupakan barangan yang wajib dibeli setiap wanita dan sekarang ini pelbagai gaya dan warna kasut boleh di dapati di mana-mana kedai dan pasaraya.

Kebanyakan wanita senang membeli berbagai model kasut sebagai keperluan. Tidak sedikit pula dari mereka yang memang mengoleksinya, terutama di kalangan selebriti. Ada sederet nama selebriti Hollywood yang mempunyai ribuan pasang kasut. Siapa saja selebriti tersebut?

1. Paris Hilton
Selebriti yang pernah datang ke Bali pada 2011 lalu ini mempunyai 5.000 pasang kasut mahal. Dilihat dari kekayaan yang dimiliki oleh Paris, tidak hairan jika dia banyak menghabiskan wang untuk keperluan kakinya.

2. Celine Dion
Celine Dion juga menjadi selebriti Hollywood yang mempunyai koleksi kasut terbanyak mencapai 3.000 pasang kasut. Diva pop dunia ini mengaku bahawa dia meletakkan kasut di bahagian teratas dari daftar belanjanya. Penyanyi 'My Heart Will Go On' itu juga tidak menyangkal kalau dia terkadang membeli kasut secara tiba-tiba tanpa direncanakan. Makanya, Celine selalu menyisihkan wang dalam dompetnya sebagai alternatif bila mendadak ingin membeli kasut yang dilihatnya.

3. Cheryl Cole
Penyanyi lagu 'Call My Name' itu meletakkan koleksi-koleksi kasutnya di salah satu sudut rumahnya. Cole mempunyai 2.000 pasang kasut mewah.

4. Mariah Carey
Penyanyi, penulis lagu, sekaligus produser rakaman asal Amerika Syarikat ini juga termasuk selebriti pengoleksi kasut. Koleksi kasut Mariah Carey lebih dari 5.000 pasang kasut dari desainer ternama. Dia juga mempunyai ruangan serta almari khusus untuk berbagai model kasutnya. Koleksi penyanyi 'Hero' ini disimpan sesuai dengan merek.

5. Fergie
Stacy Ann Ferguson alias Fergie termasuk selebriti pecinta kasut. Ada banyak almari kasut di rumahnya untuk mengoleksi berbagai model kasut dari desainer terkenal dan rancangannya sendiri. Personel group Black Eyed Peas ini melancarkan lini kasut untuk penggemarnya dengan harga yang terjangkau pada 2009.

6. Megan Fox
Artis dan model  Amerika Serikat ini mengoleksi kasut dari banyak merek terkenal, seperti Jimmy Choo, Cavalli, Yves Saint Laurent, Casade dan Christian Louboutin. Merek yang disebutkan terakhir mendominasi almari kasutnya.

7. Keira Knightley
Artis berdarah inggris ini mengaku kalau kedai kasut yang dilewatinya seperti ancaman virus yang membuatnya ingin berbelanja. Saking sukanya beli kasut, bintang filem 'The Duches' itu sampai memiliki sepatu yang tidak pernah keluar dari kotak kerana tidak sesuai untuk kakinya. Dia biasanya membeli kerana tampilan kasut yang cantik dan memukau.

8. Lindsay Lohan
Lohan mempunyai lebih dari 5.000 pasang kasut. Artis berdarah Kanada itu menyimpan koleksinya dalam almari khusus untuk kasut.

9. Suri Cruise
Walaupun masih berumur 6 tahun, anak perempuan dari Tom Cruise dan Katie Holmes itu mengoleksi kasut rancangan desainer ternama, seperti Christian Louboutin dan Marc Jacobs. Tidak hairan kalau seluruh koleksi Suri mencapai US$ 150 ribu.

sumber: www.borakkosong.com

Gempar! Aliff Aziz dikejarkan ke Hospital Akibat Sakit Dada

2 comments


Ada perkabaran yang mengatakan Aliff Aziz dikejarkan ke Hospital akibat sakit dada sebelum melakukan persembahan bersempena PJ Half Marathon 2012 yang dianjurkan oleh Star Publication pada pagi Ahad semalam. Merujuk pada laporan akhbar mStar, pengurus penyanyi itu berkata bahawa Aliff disahkan mengalami sesak nafas yang menyebabkan kesakitan pada bahagian dada ketika dibawa ke Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) di sini sebelum dirujuk ke Hospital Serdang.
"Pihak KJMC mengesahkan dia mengalami sesak nafas namun diarahkan untuk merujuk kepada pakar kardiologi di Hospital Serdang supaya dapat membuat pemeriksaan lanjut terhadap kesakitan yang dialaminya.
"Alhamdulilah keadaannya kini stabil dan masih menunggu di bilik kecemasan hospital,"
 Moga  Aliff Aziz kembali sembuh dari sakitnya.


sumber

Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net