Memukul warga emas di dalam keretapi.

2 comments


Ceritanya ada seorang pemuda yang dibicarakan di mahkamah dengan tuduhan yang menjadiisu hangat: Memukul warga emas di dalam keretapi

Hakim berkata kepada pemuda tersebut,

“Sekarang cuba anda ceritakan apa saja yang sebenarnya terjadi secara lengkap dan detail. Anda sangat kejam , berani memukul seorang nenek!”

Pemuda itu pun bercerita. “Begini Tuan Hakim, tiga hari yang lalu saya naik keretapi dari JB ke KL dari Stesyen Johor Bahru. Saya duduk berhadapan dengan seorang nenek tua. Keretapi kemudiannya bertolak dan beberapa minit kemudian sampai di stesyen Kulai. Di stesyen Kulai ini keretapi berhenti untuk pemeriksaan tiket.. konduktor pun datang ke gerabak tempat saya berada, dan tak lama kemudian menanyakan tiket saya. Saya terus tunjukkan pada dia.”

Kemudian giliran dia meminta tiket nenek di hadapan saya. Dia mengeluarkan handbag dari begnya, dari dalam handbag itu dia mengeluarkan dompet besar, dan dari dompet besar itu dia mengeluarkan dompet kecil. Dari dompet kecil itu dia mengeluarkan bungkusan, terus dia buka bungkusan itu dan masih ada bungkusan yang lebih kecil .Bungkusan kecil itu dia buka, dan di dalamnya ada kotak mancis.

Rupanya dia menyimpan tiketnya di kotak mancis itu.” ”Setelah diperiksa konduktor, dia menaruh tiketnya lagi ke kotak mancis itu, lalu kotak mancis dibungkus lagi pakai bungkus kecil itu, lalu bungkus besar, lalu diletakkan dalam dompet kecil, lalu dalam dompet besar, lalu dompet besar itu dimasukkan kembali ke dalam handbag, lalu handbag-nya dimasukkan lagi ke begnya…”

Kita pun meneruskan perjalanan. Perhentian berikutnya di stesyen Kluang. Di sana juga sama, ada pemeriksaan tiket oleh konduktor. Saya dengan cepat diperiksa tiketnya, sementara nenek itu mengeluarkan handbag dari begnya, kemudian dari dalam handbag itu dia mengeluarkan dompet besar, dan dari dompet besar itu dia mengeluarkan dompet kecil. Lalu berturut-turut keluar bungkusan besar, lalu bungkusan kecil yang di dalamnya masih ada kotak mancis. Tiket dia keluarkan dari kotak mancis, diperiksa konduktor, lalu masuk lagi kotak mancis, bungkusan kecil, bungkusan besar, lalu dompet kecil, dompet besar, handbag, dan akhirnya masuk beg lagi…”

Keretapi terus berjalan, dan kita sampai di stesyen Segamat. Lagi-lagi ada pemeriksaan tiket. Tiket saya cepat diperiksa, sementara nenek itu mengeluarkan handbag dari beg, lalu dompet besar, lalu dompet kecil, lalu dari dalam dompet kecil dia mengeluarkan…..

Belum sempat si pemuda selesai, hakim membentaknya. “Hei kamu!! jangan main-main ya!! Kamu ini cerita atau menipu yang bukan-bukan??? Ini mahkamah tahu!!!

Pemuda itu terus menjawab,

“Hah tengok…!

Tuan Hakim baru mendengar cerita yang cuma segini saja sudah marah. Sekarang cuba bayangkan saya yang menyaksikan sendiri perkara itu sepanjang perjalanan dari JB ke Kuala Lumpur!!!

Spiderman Malaysia

4 comments


Malaysia pun ada spiderman tau hahaha...^ ^Smart tak?ensem tak?hihhi...

URGENT: Petknode! Perkhidmatan Jagaan Haiwan Yang Teruk!!!

6 comments



PETKNODE CAT BOARDING



Hai all...salam lebaran koz ucapkan kepada korang...Tujuan posting kali ini bukan untuk mengucapkan selamat hari raya tetapi posting pada kali ini berkenaan "PETKNODE"...

Apa itu "PETKNODE"?Petknode adalah sebuah  perkhidmatan yang menawarkan jagaan kucing dengan kadar yang amat berpatutan khusus untuk pemilik kucing di kawasan Lembah Klang. Dengan pelbagai kadar promosi yang ditawarkan sepanjang tahun, pemilik kucing kini mampu untuk menjaga kebajikan dan keselamatan kucing mereka tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan yang lebih....


Apa yang di janjikan hanya tipu semata-mata kerana baru saja petang tadi koz menerima berita ini di laman facebook koz yang mengatakan  sebanyak berpuluh-puluh ekor kucing dalam keadaan kelaparan dan tidak di jaga dan ada juga yang telah mati akibat kelaparan...hurm...keciannya... T_T sedih koz bila dengar kabar ini... memang koz doakan agar pemilik kedai tersebut menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang di lakukan...Di sini koz sertakan beberapa keping gambar kucing yang mengalami nasib malang ini:-



kurus kering tak makan dan minum...



dengar kabar kucing di atas ini telah mati kelaparan bersama anaknya...




ini pula video yang memaparkan di tempat kejadian...




info-info lain korang boleh baca di sini:-





Kepada semua owner kucing² yang boarding di Petknode, sila buat repot polis, tulis surat ke Jabatan Haiwan (DVS), SPCA dan tribunal pengguna kerana penipuan perniagaan oleh mereka.

Sila emelkan juga nama, ic number, no fon dan bilangan kucing yang korang boarding. KTAJ dengan kerjasama MDDB selangor akan cuba dapatkan keadilan undang² untuk kucing² kalian.

Sebarkan kepada rakan² yang sama² board kucing di Petknode.

- ktaj0311@gmail.com.
 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net