Powered by Jasper Roberts - Blog

Pakej Periklanan(Budak Nakal Blogspot)

6 comments

Photobucket

Periklanan di blog budak nakal telah bermula dari sekarang.Dapatkan ruangan iklan secepat yang mungkin kerana ruangan periklanan adalah terhad.Ruangan periklanan terbuka kepada sesiapa yang ingin mengiklankan produk mereka di blog ini.

Antara Pakej Periklanan yang ditawarkan

Pakej A(Sidebar)

Photobucket

>Periklanan Banner Bersaiz 125 X 125

>Harga yang di tawarkan RM25/ 1 bulan

>Mempunyai 4 slot yang di tawarkan

Pakej B(Atas Artikel)

Photobucket

>Periklanan Banner Bersaiz 468 X 60

>Harga yang di tawarkan RM50/ 1 bulan

>Mempunyai 2 slot yang di tawarkan

Maklumat Trafik Budak Nakal Blogspot

Trafik blog hampir cecah 10k sehari?







Jika berminat membeli ruangan iklan di blog budak nakal ini anda bolehlah mengikuti cara-cara mendapatkannya:-

  • Menghantar maklumat periklanan ke kozumi_ro@yahoo.com
  • Pada Tajuk Email tersebut mestilah bertajuk "Pakej Periklanan Budak Nakal Blogspot".
  • Isi maklumat seperti nama,Link website,jenis iklan.
  • Sertakan URL banner mengikut saiz yang di tetapkan.
  • Sertakan bukti pembayaran yang telah anda buat.Jika menggunakan mesin ATM ,pastikan anda sertakan phone-snap atau scan resit pembayaran tersebut.
  • Sertakan Pakej yang anda inginkan beserta tempoh masa anda inginkan.
  •  Sertakan link/alamat iklan anda untuk memudahkan kami linkkan banner iklan anda.
 Serta menyenangkan lagi urusan anda emailkan maklumat seperti di bawah

Nama:
Link Website:
Url Banner:
Jenis Iklan:
Jenis Pakej:
Tempoh Iklan:
Jumlah Bayaran:
Bukti Pembayaran:

Pembayaran bleh di laksanakan di:-
Photobucket
No Account: 164119075040
Nama: Wan Md Hasrul

Photobucket
No Account: 14230001069204
Nama:Wan Md Hasrul

Tempahan Watermark Dari Chocoladenz

8 comments

Photobucket

Photobucket


Hai all...hari ini koz nak tunjukkan hasil tempahan yang koz buat untuk blog Kak Eiza kita .Watermark yang koz hasilkan mengikut cita rasa Kak Eiza supaya bersesuaian dengan themanya yang cintakan coklat^^..Kenapa Kak Eiza suka coklat??ahak...itu kene tanye die ar...hihi koz tak sempat nak temu bual Kak Eiza lagi hihihi...Okey2 koz nak terangkan pasal blog Kak Eiza ni(promot sikit)...Nama Blog Kak Eiza
"Chocoladenz" Blog ini di buat adalah untuk perniagaan coklatnya bersama rakannya kalau  tak silap koz iaitu Kak Emma...Kak Eiza sedia menerima tempahan pelbagai jenis dan bentuk coklat yang di tempah mengikut cita rasa pelanggan...Kalau korang nak tahu lebih lanjut korang boleh dapatkan info di SINI 

Dan kalau berminat tuk mendapatkan servis tempahan watermark korang boleh ke SINI ...Koz juga sedia menerima tempahan header,banner,watermark dan juga pelbagai design yang lain...

Gambar Tentera Paling Kecil Di Dunia...

5 comments

ImageShack, share photos, pictures, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting, photo image hosting site, video hosting site

Hai all...hari ni koz nak kongsi dengan korang gambar tentera yang paling kecil di dunia.Dia ni memang kecil sangat-sangat,setahu koz kalau nak jadi seorang tentera kene mempunyai tahap ketinggiannya.mungkin dia terpilih kerana sikapnya yang amat pantas tuk memanjat pokok...hihihihi^ ^

Photobucket

Comelkan^ ^

Fakta Dunia Yang Kita Harus Tahu Part 5

4 comments

ImageShack, share photos, pictures, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting, photo image hosting site, video hosting site

 Hai all..next fakta pula koz nak kongsikan dengan korang...sekarang sudah faktar part yang kelima...bagi yang terlepas faktar pertama sampai keempat korang boleh klik pada tajuk kat bawah posting ini ok^^...

Fakta 1
Nama paling popular dan banyak digunakan di dunia adalah Muhammad.

Fakta 2 
Ikan yu kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam masa 24 jam sahaja

Fakta 3
Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman 


Fakta 4
Nama kereta Nissan berasal dari bahasa jepun Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23

 Fakta 5
Zirafah dan tikus boleh bertahan hidup lebih lama tanpa air daripada unta

Fakta 6
Seorang lelaki lebih mampu membaca tulisan dengan ukuran huruf kecil daripada wanita

Fakta 7
 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.

Fakta 8
Semut dapat mengangkat beban 50 kali tubuhnya

Fakta 9
Pada tahun 1933, watak animasi Mickey Mouse menerima 800,000 surat dari peminat.

Fakta 10
 Titik diatas huruf i disebut ‘title’

Fakta 11
 Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi champagne segar akan bergerak naik turun dalam gelas

Fakta 12
 Benjamin Franklin adalah anak bongsu dari orang tua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.

Fakta 13
Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaphobia adalah ketakukan pada 13 haribulan jumaat (Friday the 13, terjadi antara 1-3 kali setahun).

Fakta 14
Lidah zirafah panjangnya sekitar 50cm

Fakta 15
Mulut menghasilkan 1 liter air liur setiap hari

Fakta 16
Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari

Fakta 17
Kod Zip (Poskod) adalah kepanjangan dari ‘Zoning Improvement Plan’.

Fakta 18
Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.

Fakta 19
Rata-rata kita menuturkan 5000 perkataan setiap hari (walaupun 80% dari padanya kita bercakap pada 
diri sendiri)

Fakta 20
 Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita terus merasa haus.



Jangan Lupe Vote Sekali ok^^Klik Gambar di bawah





Tutorial Cara Letak Icon Sebelah Comments

13 comments

Photobucket

Hai all...hari ini koz nak ajar korang cara meletakkan icon comel di sebelah nama pengunjung yang memberi komen seperti gambar di atas...Cara nak membuatnya mudah sahaja...ikuti langkah-langkah di bawah:-

Langkah 1

Log in blog>Dashboard>Layout>Edit HTML. kemudian klik pada Expand Widget Templates. (sila backup template korang dulu okey^^)

Langkah 2

Cari code ini  
data:comment.authorUrl

Kemudian copy  code di bawah 

<img src="URL Gambar"/>

dan pastekan di bawah code

data:comment.authorUrl

Langkah 3

Code yang berwarna biru gantikan kepada url gambar yang korang suka

Hasil perubahan code akan jadi seperti di bawah

<b:if cond='data:comment.authorUrl'>
       <img src="http://i21.photobucket.com/albums/b271/kozumi_ro/komen-2.png"/>
                <a expr:href='data:comment.authorUrl' rel='nofollow'>

Save dan lihat hasilnya...


Jangan Lupe Vote Sekali ok^^Klik Gambar di bawah



DiGi WWWoW Awards

2 comments




Hai all...apa kabar?sihat ke?...okey hari ini koz nak kongsi dengan korang info tentang DiGi WWWOW Awards, Event ini akan bermula dari 21-April-2011 sehingga 20-June-2011 dan selama dua bulan peserta dapat explore pelbagai benda diluar sana dengan kretiviti masing-masing.  Pertandingan ini terbuka kepada semua orang yang berasalkan dan menetap di Malaysia. Sebanyak 16 kategori di pertandingkan dan korang boleh pilih kategori yang korang inginkan melalui laman web http://www.wwwow.my/. Antara kategori yang tersenarai adalah seperti berikut :-
1. Top Makan Makan Expert Award
2. Top Kay Poh Award
3. Fave Tech Head Award
4. Online Shop of The Year Award
5. Blogger of the Year Award
6. Video of the Year Award
7. Must Follow Personality Award
8. Picture of the Year Award
9. Top LOL (humor) Award
10. Best Internet for Good Award
11. Fave Malaysian Male Online Celebrity Award
12. Fave Malaysian Female Online Celebrity Award
13. Fave Person over 40 Award
14. Fave Person under 15 Award
15. Online Story of the Year Award
16. Best Internet for All Idea/Campaign Award

Pemenang akan di pilih seramai 16 orang dan dari jumlah itu beberapa orang akan di pilih untuk memasuki peringkat akhir dan undian terbanyak dan keputusan juri akan menentukan siapakah pemenangnya di Yellow Carpet Gala Award Event pada 12 Julai untuk merebut sebuah piala DiGi WWWoW Award dan hadiah bernilai RM5000.00 dari pihak penaja. Jadi jangan tungu lama-lama jom kita sertai pertandingan ini sekarang.Koz pun dah join jadi sesudilah vote koz ok...cara nak vote klik gambar di bawah:

Artwork Reka Cipta Watak Kartun

4 comments

 

Hai all...hari ini koz nak kongsi dengan korang hasil kerja seni koz dalam reka cipta watak kartun...Koz hasilkan kartun ini menggunakan sofware macromedia flash...Apa macam? Comel tak hihihi^ ^Ingat kalau ada masa terluang nak juga cuba animasikan watak kartun kat atas ini...insyallah...

Artwork Bengang

9 comments




Hai all...hari ini koz nk kongsi dengan korang artwork koz yang berikutnya...huhu dah lama koz tak post kat blog koz ni hihii...jadi korang layan ar okey^^...Artwork ini koz hasilkan mengikut mood koz yang sedang koz hadapi sekarang...Bengang pasal apa tu???itu x penting...yang penting dengan posing ini dapat meredakan mood koz ini...layanzzz...

Mandi Lumpur

1 comments

http://img443.imageshack.us/img443/6162/ceritalawakbudaknakal.png


Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."

Kisah Mat Remp-it

3 comments

http://img443.imageshack.us/img443/6162/ceritalawakbudaknakal.png

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

Hadiah Perpisahan Guru Besar

Jom! comments

http://img443.imageshack.us/img443/6162/ceritalawakbudaknakal.png


Ketika itu adalah akhir tahun persekolahan, dan seorang Guru Besar sedang menerima hadiah dari murid-muridnya. Salmi anak kepada seorang pemilik kedai bunga memberinya hadiah. Guru Besar menggoyangkan kotak hadiah itu, memegangnya di atas kepala, dan berkata, "Aku yakin aku tahu apa ini. Beberapa kuntum bunga..?"

"Itu benar" anak murid itu berkata, "tapi bagaimana Cikgu tahu?"

"Oh, hanya meneka," katanya.

Murid berikutnya adalah anak perempuan kepada seorang pemilik kedai manisan. Guru Besar memegang hadiah itu, menggoyangnya, dan berkata, "Aku yakin aku boleh meneka apa ini. Sebuah kotak gula-gula."

"Itu benar, tapi bagaimana Cikgu tahu?" tanya murid itu.

"Oh, hanya meneka," kata Guru Besarnya.

Hadiah berikutnya adalah dari anak seorang pemilik kedai minuman keras. Guru memegang kotak hadiah itu, tapi kotak itu bocor. Dia menyentuh setitik kebocoran itu dengan jarinya dan menyentuh ke lidahnya.

"Apakah anggur?" ia bertanya. "Tidak," jawab anak murid itu, dengan gembira.

Guru mengulanginya, mengambil cairan dari kotak yang bocor itu ke lidahnya.

"Apakah champagne?" ia bertanya.

"Tidak," jawab anak murid itu, dengan lebih banyak tersenyum.

Guru merasai lagi sebelum menyatakan,

"Aku menyerah, apa ini?"

Anak murid itu menjawab, "Itu anak anjing!"

Budak Nakal Cuti?

4 comments

Hai all...apa kabar?hihi...windu kat koz tak?kiki(perasan lak...)bagi yang mengenali koz pasti ada yang tertanya-tanya mgapa koz menyepi dalam beberapa waktu ni(bukan sehari tapi dah nak sebulan)hihi koz minta maap banyak-banyak...Sekarang koz dah mula buzy sebab dah bekerja di tempat baru dalam bidang animasi(Buat kartun)...kerja melambak-lambak lak tu...hihihi...mana taknye pergi kerja balik-balik jek trus tido hihii...memang takda mana and tak berpeluang nak berblog ni...windu memang windu tapi nak buat macam mana...kalau ada masa je baru lah koz boleh on9 seperti sekarang ni...^ ^...berkenaan soalan-soalan dari sesiapa yang koz tak berbalas koz nak minta maap banyak-banyak sebab tak dapat balas...sorry ye...(-.-)...ahak insyallah nanti kalau dah tak buzy macam sekarang koz akan aktif semula ok...di harap korang selalu akan ingatkan budak nakal ni(ada ke yang windu???kikiki)ok...dan jangan lupa singgah selalu kat blog koz ni ok...ada pelbagai tutorial dan tips yang telah koz kongsikan...di harap segala perkongsian di blog budak nakal ini dapat memberi perubahan pada blog korang....

10 Tips Untuk Menjadi Blogger Cemerlang

32 comments

ImageShack, share photos, pictures, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting, photo image hosting site, video hosting site
Hai all...Apa kabar?sehat...okey hari ini koz nak kongsi dengan korang tips-tips yang berguna untuk blog korang.Moga tips-tips yang koz kongsikan ini dapat membantu korang menjadi blogger yang cemerlang setaraf dengan blog-blog otai yang lain...

  • Buat Blog Nampak Menarik Dari Segi Template,Header Dan Banner
  • Rajinkan Diri Blogwalking Dan Follow Memfollow
  • Rajinkan Diri Untuk Tinggalkan Komen Di Blog Dofollow dan Berpagerank Tinggi
  • Rajinkan Diri Berkongsi Artikel-artikel Yang Berguna Kepada Blogger-Blogger lain
  • Kurangkan Mempamirkan Gambar-Gambar yang Bersaiz Besar
  • Buat Ruangan Exchange Link Di Blog Dan Juga Group Di Facebook Dan Rangkaian Sosial Lain
  • Meletakkan Widget Yang Berguna Sahaja
  • Membuat Daftar Isi Dalam Kategori Berbeza
  • Tidak Meletakkan Lagu Mp3 Kerana Ia Akan Melembapkan Loading Sesebuah Blog
  • Menggunakan Teknik Readmore Kerana Ia Akan Meringgankan Loading Blog.
Moga Tips-tips ini akan dapat membantu korang...insyallah akan koz kongsi tips-tips lain pula bersama korang...^ ^

Maksud Iframe Dalam Dunia Blog

17 comments

 ImageShack, share photos, pictures, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting, photo image hosting site, video hosting site
Hai all...hari ini koz nak kongsi dengan korang dan pada mereka-mereka yang cerdik pandai yang mengatakan penggunaan ifame adalah salah dan ada yang siap nak boikot lagi...ish...ish...ish...kesian...Koz tak nafikan ada pelbagai jenis iframe yang ada dalam sistem HTML blog...Jadi di sini koz dengan tanpa segan silunya ingin mengajar korang apakah ERTI sebenar Iframe...

Iframe atau nama penuhnya Internal Frame adalah salah satu fasilitas didalam coding pogramin HTML yang berfungsi untuk memasukkan sesuatu halaman web lain ke dalam halaman web tersebut. atau boleh di anggap "menampilkan isi dari web ataupun blog milik orang lain pada blog milik kita dengan izin mereka sendiri ,maknanya bukan curi link tanpa di ketahui tuan punya blog".Apabila kita membuat sesuatu code pogramin tertentu pastikan code pogramin tersebut tidak didukung oleh blog kita atau jika pun di dukung, ternyata memberatkan loading page halaman blog maka lebih baik menggunakan fasilitas iframe.
Halaman yang ada didalam iframe hanya akan di loading dan ditampilkan jika kita membuka halaman yang bersangkutan. Tetapi jika kita memasukkan code pogramin tersebut secara langsung didalam blog kita ini bererti code-code pogramin itu boleh sahaja akan di loading walaupun halaman yang berkaitan tidak ditampilkan. Hal inilah yang memberatkan loading main page halaman blog kita. Pemasangan code iframe yang tidak membratkan loading blog seperti di bawah...

<iframe src="Url Blog" border="0" framspacing="0" marginheight="0" marginwidth="0" vspace="0" hspace="0" frameborder="0" height="100%" scrolling="yes" width="100%"></iframe>
Code ini kegunaannya adalah untuk membantu mempromosi blog yang sederhana(blog baru) kepada blog-blog lama(BLOG-BLOG OTAI)untuk bersama-sama mengenali antara satu sama lain.Ia juga dapat membantu meningkatkan Alexa Rank sesebuah blog.Setiap blog pada code HTML pasti memiliki code iframe yang pelbagai rupa dan bentuk codenya.Jika tiada code iframe di sesebuah blog pasti ia tidak akan melengkapkan sesebuah blog itu sebagai simbol kematagan sesebuah HTML.Kegunaan code iframe juga biasanya di gunakan untuk mempromosi iklan, widget dan sebagainya.Itu menandakan bahawa code ini telah giat digunakan oleh webdesign-webdesign di seluruh dunia.Sebagai contoh code widget yang sering digunakan seperti di bawah:-

<iframe src="http://myquran.org/sholat/sholat2.php?kota=39"
frameborder="0" scrolling="no" width="100%" height="250"></iframe>
Apakah maksud yang terkandung di dalam code di atas?

 Penerangan:
  • Untuk memasukkan sesuatu halaman anda boleh gunakan code <iframe......./iframe>
  • Code Align pula berfungsi untuk menempatkan halaman lain dalam posisi tertentu, ada tiga posisi, iaitu; align="center"; kedudukan halaman lain ditempatkan di tengah-tengah frame, align="left"; kedudukan halaman lain ditempatkan di sebelah kiri frame, align="right"; kedudukan halaman lain ditempatkan di sebelah kanan frame.
  • Code src="http://halaman-tujuan.html" berfungsi untuk mengarahkan frame agar menampilkan halaman yang dituju. Halaman yang dituju ditempatkan didalam tanda kutip.
  • COde bahagian width dan height pula berfungsi untuk menentukan lebar dan tinggi frame, hal ini harus disesuaikan dengan lebar dan tinggi halaman artikel. Tetapi bukan mengatur lebar dan tinggi halaman lain yang dituju. Simbol yang digunakan biasanya menggunakan persen (%) atau pixel (px). Jika menggunakan simbol persen maka lebar atau tinggi frame akan mengikuti lebar atau tinggi halaman artikel dan atau browser, jika menggunakan simbol pixel maka lebar atau tinggi frame tidak akan berubah mengikuti halaman artikel dan atau browser.
  • Code frameborder pula digunakan untuk memberikan ketebalan garis pinggir frame, jika diberi nilai "0" (nol) maka garis pinggir tidak akan ditampilkan.
  • Code Parameter lain yang biasa ditambahkan adalah scrolling yang berfungsi untuk menambahkan baris scroll vertikal dan horisontal, parameter ini hanya tambahan sahaja. Parameter scroll memiliki tiga setting iaitu: no; scroll tidak ditampilkan, yes; scroll ditampilkan, auto;scroll akan ditampilkan jika halaman yang dituju lebih besar dari frame, jika tidak lebih besar maka scroll tidak akan ditampilkan.
 Moga perkongsian ini dapat membuka minda korang yang masih tak megenali erti sebenar code ini...Sekian...


Iklas dari kozumi tuan empunya Budak Nakal Blogspot


p/s: Blog aku pun ada kongsi backlink dengan blog-blog lain...Perkongsian ini bukan paksaan OKEY!!!
dan saya bukan seorang pencuri...

    Malau Yang Amat-Amat Sangat

    2 comments

    http://img443.imageshack.us/img443/6162/ceritalawakbudaknakal.png
     Hai all...apa kabar hoho...sudah berapa hari dah koz tak post apa-apa artikel...maap la...koz buzy sikit wat masa ini...hihii...Okey...hari ni koz nak kongsi dengan korang cerita yang berikutnya pula...memang best baca cerita ni sambil kunyah-kunyah keropok(ape yang aku merepek ni hihihi)...Okey korang baca okey...^ ^


    Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau telah membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat sambutan. Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan yang datang untuk mendapatkan khidmatnya dalam bidang kaunseling.

    Namun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya.

    Tab...Tab...Tab...(bunyi tapak selipar)

    Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya.

    Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat
    "Hello Dato!!, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugas-tugas mereka. Yea....Yea....Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang, memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini."Jelasnya lagi dengan keyakinan yang tinggi.
    "Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin." Ujarnya pada akhir perbualan....

    Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, dia menegur....

    "Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?"

    "Saya datang nak pasang talian telefon"

    Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna....

     
    Publish Post

    Ahak...Ahak...Ahak....(tersedak lak koz kikiki)

    Kasih Suami Kepada Isterinya...

    5 comments

    http://img443.imageshack.us/img443/6162/ceritalawakbudaknakal.png
    Hai all...hari ni koz nak kongsi cerita yang berikut lak...jadi membaca dengan senyuman okey^ ^

    Pak Dolah adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand.
    Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah
    meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

    Pak Dolah yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh
    jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur
    isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Dolah pergi pada waktu pagi,
    tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua
    minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan
    beranggapan Pak Dolah begitu cintakan isterinya.

    Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat
    cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada
    siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Dolah menjawab, "sebenarnya
    sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau
    telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga
    rumput di kuburnya tumbuh dahulu."

    " Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

    Ada Untung Wooo...

    2 comments

    http://img443.imageshack.us/img443/6162/ceritalawakbudaknakal.png
    Dalam siaran berita terkini disalah satu TV swasta, ada memuatkan berita mengenai rompakan yang berlaku di sebuah kedai elektronik di ibu kota.Jumlah kerugian yang dianggarkan adalah berjumlah RM3 juta ringgit. Seorang pemberita dilihat sedang menemuramah pemilik kedai tersebut..

    Pemberita: Berapakah kerugian yang Tokey alami kerana rompakan ini?

    Tokey: Aiyaa gua lasa aaaa.. kila-kila.. 3 juta libeeh looo..., tapi waa masih untung wooo...

    Pemberita: Macammana pulak tokey boleh kata masih beruntung,sedangkan tokey punya barang abis di kebas perompak....?

    Tokey: Gua masih beruntung aaa.. kilana itu keculian terjadi ini hali, bukan semalam aa..

    Pemberita: "Habis tu apa bezanya antara hari semalam atau hari ini ..Tokey???

    Tokey: Aiyaa kilana ini hari semua wa punya balang.. wa sudah kasi liskaun 50% semalam talak liskaun..


    layanz je la okey^^

    Hadiah Dari Mak Mentua

    16 comments

    http://img443.imageshack.us/img443/6162/ceritalawakbudaknakal.png
     Hai all...time malam-malam camni ,mari layan cerita di bawah...moga ia dapat memberi keceriaan pada senyuman anda^ ^...

    Alkisah ada Seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.

    Dia lalu memutuskan menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu motor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu & terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa pikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.
    Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, & secarik kertas bertulisan “Dari ibu mertuamu”.

    Giliran menantu ke-2 yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh & terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian & dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.
    Besoknya di depan rumah menantu ke-2 terparkir Toyota Alphard, disertai kertas bertuliskan “Dari ibu mertuamu”

    Ketika giliran menantu ke-3 diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.
    Sempat-sempatnya dia berkata, “Rasakan kau!”, sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, “Dari ayah mertuamu”.

    Cara Membuat Button to Top

    24 comments

    Hai all...next tutorial untuk hari ini pula..koz akan ajarkan korang cara untuk membuat button "Back To Top"..
    Kegunaan button ini adalah untuk memudahkan para pengunjung blog anda untuk kembali ke permukaan atas halaman blog anda apabila para pengunjung anda sudah sampai di tahap bawah halaman blog anda...Okey pendekkan cerita jom ikuti langkah-langkah cara membuatnya...

    Langkah 1

    Log in blog>Dashboard>Layout>Edit HTML. kemudian klik pada Expand Widget Templates. (sila backup template korang dulu okey^^)

    Langkah 2

    Cari code ini

    </body> 
    Kemudian copy code di bawah dan pastekan tepat-tepat di atas code  </body> 


    <a href='#' style='left: 5px; position: fixed; bottom: 27px;' title='Back to Top'><img border='0' height='41' src='http://img34.imageshack.us/img34/3412/topbudaknakal.png' width='95'/></a><script language="javascript" src="http://kozumiro.blogspot.com/"></script>

    Langkah 3

    Pada code berwarna merah korang boleh letak URL gambar yang korang suka dan code berwarna biru korang tetapkan saiz gambar berkenaan...

    Save dan lihat hasilnaya...

    Camat mencuba^ ^...


     Tag: tutorial cara letak button to top, letak butang to top di blog, cara meletak button to top di blog, membuat button to top, cipta button to top di blog, widget button to top,button comel to top

    Meletak Gambar Di Cursor Blog

    24 comments

    ImageShack, share photos, pictures, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting, photo image hosting site, video hosting site

    Hai all...Hari ini koz nak ajar korang tutorial yang terbaru....Korang perasan tak setiap kali korang menggerakkan cursor di blog koz akan ade gambar yang mengikutnya??Mesti perasan punya...Jadi hari ini koz nak berongsi dengan korang bagaimana hendak membuat cursor blog korang seperti blog koznya...Tutorial kali ini pun mendapat ramai permintaan dari pengunjung blog koz jadi atas jasa baik korang yang tak henti-henti singgah di blog koz ini,koz akan kongsikan tutorial ini...jadi kalau sudah bersedia untuk membuatnya,ikuti langkah-langgkah di bawah:-

    Langkah 1

    Layout>Page Elements>Add a Gadget>HTML/Javascript

    Langkah 2

    Kemudian korang copy dan paste code di bawah

    <script type="text/javascript">
    var trailimage=["http://img28.imageshack.us/img28/729/lovebudaknakal.png", 50, 40] //image path, plus width and height
    var offsetfrommouse=[10,-20] //image x,y offsets from cursor position in pixels. Enter 0,0 for no offset
    var displayduration=0 //duration in seconds image should remain visible. 0 for always.
    if (document.getElementById || document.all)
    document.write('<div id="trailimageid" style="position:absolute;visibility:visible;left:0px;top:0px;width:1px;height:1px"><img src="'+trailimage[0]+'" border="0" width="'+trailimage[1]+'px" height="'+trailimage[2]+'px"></div>')
    function gettrailobj(){
    if (document.getElementById)
    return document.getElementById("trailimageid").style
    else if (document.all)
    return document.all.trailimagid.style
    }
    function truebody(){
    return (!window.opera && document.compatMode && document.compatMode!="BackCompat")? document.documentElement : document.body
    }
    function hidetrail(){
    gettrailobj().visibility="hidden"
    document.onmousemove=""
    }
    function followmouse(e){
    var xcoord=offsetfrommouse[0]
    var ycoord=offsetfrommouse[1]
    if (typeof e != "undefined"){
    xcoord+=e.pageX
    ycoord+=e.pageY
    }
    else if (typeof window.event !="undefined"){
    xcoord+=truebody().scrollLeft+event.clientX
    ycoord+=truebody().scrollTop+event.clientY
    }
    var docwidth=document.all? truebody().scrollLeft+truebody().clientWidth : pageXOffset+window.innerWidth-15
    var docheight=document.all? Math.max(truebody().scrollHeight, truebody().clientHeight) : Math.max(document.body.offsetHeight, window.innerHeight)
    if (xcoord+trailimage[1]+3>docwidth || ycoord+trailimage[2]> docheight)
    gettrailobj().display="none"
    else
    gettrailobj().display=""
    gettrailobj().left=xcoord+"px"
    gettrailobj().top=ycoord+"px"
    }
    document.onmousemove=followmouse
    if (displayduration>0)
    setTimeout("hidetrail()", displayduration*1000)
    </script>

    Langkah 3

    Pada code berwarna Merah korang gantikan kepada URL gambar yag korang suka..Gambar berkenaan haruslah bersaiz yang sesuai...

    Pada code berwarna Biru korang boleh tetapkan saiz gambar berkenaan...

    Save dan lihat hasilnya...

    Camat mencuba^ ^...


           cursol blogspot comel,tutorial letak cursor cantik, tutorial cursol comel,gambar di cursol

    Cristiano Ronaldo

    4 comments

    http://img443.imageshack.us/img443/6162/ceritalawakbudaknakal.png

    Keesokan hari setelah piala dunia berakhir, Cristiano Ronaldo yang dikenal sebagai pemain dari pasukan portugel, merasa malu kerana telah gagal memberikan kemenangan kepada negaranya.

    Cristiano Ronaldo ingin keluar rumah, tapi dia malu dilihat orang ramai. Maka menyamarlah dia dengan menggunakan pakaian perempuan dan make up. Tidak jauh dia keluar rumah, ada seorang nenek memanggil, “Ronaldo!!!kesini!!!”

    Dia merasa malu, kerana penyamarannya sudah terbongkar. Dia segera berlari kembali ke rumah dan mengganti tema penyamarannya.
    Kali ini dia keluar dengan menggunakan pakaian koboi dengan topi dan kacamata hitam. Sekali lagi tidak jauh dari rumah, dia dipanggil dengan nenek yang sama, katanya “Ronaldo!!! nak kemana?? ke sini dulu bro..”(Dalam bahasa portugel)

    Cristiano Ronaldo yang terbongkar penyamarannya, dengan kecewa dan segera berlari menuju rumah.
    Kemudian dia mengganti tema penyamarannya. Kali ini dia menggunakan pakaian badut dengan make-up khas ala badut dan hidung khas badut.

    Dia keluar rumah, dan tidak jauh dari rumahnya, dia bertemu dengan nenek yang sama, dan nenek itu memanggilnya, “Ronaldo!!!”. Dengan perasaan kecewa karena berkali-kali penyamarannya terbongkar oleh nenek itu, dia datang menghampiri nenek itu. Dengan nada agak kesal dan geram, Cristiano Ronaldo berkata kepada nenek itu dengan bahasa portugel, “nenek nak apa ha?? dari tadi panggil..”

    Kemudian nenek itu menjawab dengan suara agak berbisik, “ini aku, Messi. Aku juga menyamar, jangan bising-bising ya..”

    Tempahan Header Dari Cik Iera

    3 comments

    http://img266.imageshack.us/img266/1892/ieraheader2.png

    Hai all..hari ni koz nak pamirkan hasil design header yang koz buat dari tempahan cik iera...Design di atas koz hasilkan menggunakan Flash dan anggaran masa membuatnya dalam sejam lebih...Alhamdulillah rezeki hari ini...
    Apa-apa pun thankz koz ucapkan kepada cik iera kerana sudi berurus niaga ngan koz(dah mcm wat bisnes besar lak hihihi)...Kepada sesiapa yang berminat , koz sedia menerima tempahan...Segala butiran korang boleh lihat di SINI....^ ^

    Ubah Nama Posting By Kepada Gambar

    14 comments

    ImageShack, share photos, pictures, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting, photo image hosting site, video hosting site

    Hai all...hari ini koz nak kongsi korang cara nak mencantikkan blog korang dengan cara mengubah bahagian "Posting By nama korang" kepada gambar...Contohnya korang boleh lihat di blog koz ini^ ^...Nampak menarik bukan?Kalau bermainat nak mencuba ikuti langkah-langkah di bawah okey^ ^...

    Langkah 1

    Log in blog>Dashboard>Layout>Edit HTML. kemudian klik pada Expand Widget Templates. (sila backup template korang dulu okey^^)

    Langkah 2

    Cari code ini

    <data:post.author/>
    Kemudian gantikan code di atas kepada code di bawah

    <img src="URL Gambar Korang"/>

    Pada code berwarna merah korang ganti/letak URL gambar yang korang suka...
    Gambar mestilah bersaiz kecil dan bersesuaian ...

    Save dan lihat hasilnya...

    Camat mencuba^ ^...

    Kontest Blog Paling Comel !

    7 comments

    ImageShack, share photos, pictures, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting, photo image hosting site, video hosting site

    Hai all...hari ni koz nak ajak korang semua join satu contest ni...CONTEST!!! ye betul tu...tapi bukan di anjur oleh budak nakal tau^ ^...Contest ini di sebenarnyer di anjurkan oleh Bella ...Best gak contest yang di anjurkan^ ^...rugi kalau tak join...Syarat-syarat penyertaan contest ini seperti berikut....


    dalam banyak2 blog , blog sape rasa PALING COMEL ! dalam kontest nie.. kita boleh selongkar blog sape yang tersngat comel . tapi , kontest nie akan terbatal secara langsungnya sekiranya kurang dari 5 pernyertaan . so marilah meriahkann nya yer . :)


    syarat-syaratnya

    warga negara MALAYSIA .

    semua jantina diterima

    ada blog! takder blog .. ditolak !

    kena follow blog aku.. tak nak follow takper.. tak der paksaan :)

    tag 4 orang rakan anda , yang anda yakin ley join


    tarikh tutup

    5.2.2011 ... itupun melebihi 100 orang penyertaan .


    hadiah

    DUIT menanti anda !

    anda di tag :




    Dan semua pengunjung Blog Budak Nakal ini^ ^



    apa lagi ? kalau anda rasa blog anda comel . jom join cepat2 ! tinggalkan link blog , nama dan email di ruangan ( INI )

    U comment I follow !!

    34 comments


    Hai all...Hari ni koz nak ajar korang ilmu tentang bagaimana hendak membuat para pengunjung yang meninggalkan comment di blog korang terindeks oleh search engine...Keuntungan yang akan di perolehi adalah setiap posting korang akan mendapat banyak comment dari pengunjung...insyallah... koz pasti korang yang sentiasa berblog ni akan terbiasa mendengar ayat "U comment I follow" di blog-blog yang di kunjung,betul x?Bagi sesetengah blogger pasti nak tahu cara nak membuatnyakan?Okey hari ni koz akan ajar korang cara membuatnya

    Langkah 1

    Log in blog>Dashboard>Layout>Edit HTML. kemudian klik pada Expand Widget Templates. (sila backup template korang dulu okey^^)

    Langkah 2

    Cari code

    data:comment.authorUrl

    Kemudian hapus code rel='nofollow' yang berada berdekatannya...

    Selepas dah buang save dan sekarang blog anda sudah menjadi dofollow dan ia sudah terindeks di search engine...

    Camat mencuba... 

    Cebisan kulit atas jalan

    5 comments

    TERBAKAR...kereta terbakar dipercayai ada kaitan kes dua remaja dibakar.
    Hai all...ahahah...cian u all yang setia menunggu posting dari koz...ada ke??hihi...okok...u all dh baca paper ari ni??koz baru je lepas selak menyelak paper tadi...Dalam menghayati setiap helaian terbaca pua kisah tentang satu berita ni...mmg tak di sangka...nak tau cerita apa???meh baca di bawah^ ^

    KANGAR: Seorang remaja lelaki berusia 17 dan rakannya berusia 20 tahun yang dibakar hampir keseluruhan badan hanya sempat menunggang motosikal sejauh kira-kira 500 meter, sebelum mereka rebah bersama motosikal yang turut terbakar di satu kawasan perumahan di Jalan Raja Syed Alwi di sini, awal pagi semalam.
    Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, remaja itu parah apabila hampir 70 peratus badan terbakar dan melecur, manakala rakannya terbakar 30 peratus di belakang badan dan kaki.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, polis menemui sebuah motosikal Modenas yang hangus dipercayai digunakan mangsa, selain cebisan kulit kaki remaja terbabit serta cebisan pakaian terbakar bertaburan sepanjang satu kilometer di sekitar kawasan perumahan itu.
    Turut ditemui sebuah kereta Toyota SE yang bahagian enjinnya hangus terbakar milik seorang penghuni yang diletak di hadapan rumah di kawasan perumahan berkenaan kira-kira 500 meter dari lokasi motosikal hangus itu.

    Beliau berkata, kedua-dua mangsa dipercayai dibakar menggunakan cecair mudah terbakar sebelum ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di hadapan sebuah rumah di taman perumahan itu.

    Katanya, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu.

    “Dua lelaki itu ditemui seorang penghuni rumah di Jalan Raja Syed Alwi sebelum mengejarkan mereka ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, dan mereka kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk rawatan lanjut.

    “Mangsa yang melecur hampir 70 peratus bekerja sebagai mekanik dan kini dalam keadaan koma, manakala rakannya berusia 20 tahun bekerja sebagai penjual daging panggang melecur di kaki serta belakang badan,” katanya.

    Susulan kejadian itu, katanya, pihaknya menerima dua laporan iaitu daripada bapa remaja berusia 17 tahun dan seorang pemilik rumah di taman perumahan berkenaan.

    Nashir berkata, laporan pertama diterima kira-kira jam 6 pagi daripada pemilik rumah yang mendakwa kereta Toyota SE milik menantunya yang diletakkan di hadapan rumah, terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat.

    “Kami menerima laporan kedua daripada bapa remaja yang mendakwa anaknya parah dipercayai dibakar orang.

    “Sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi sebelum menemui sebuah kereta dan sebuah motosikal pada jarak kurang 500 meter antara satu sama lain hangus,” katanya.

    Beliau berkata, siasatan menemui pelbagai bahan bukti di sepanjang laluan kira-kira satu kilometer dari lokasi kereta dibakar termasuk telefon bimbit, topi keledar, dua selipar berlainan jenis, cebisan pakaian yang terbakar serta kulit tapak kaki manusia.

    “Kami tidak mahu buat sebarang spekulasi dan polis dijangka mengambil keterangan daripada kedua-dua remaja terbabit,” katanya.

    Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana membabitkan perbuatan khianat dengan api dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

    Sementara itu, ibu remaja berusia 17 tahun itu, Leong Nee Lan, 41, ketika ditemui berkata, kejadian berkenaan mengejutkannya kerana anak keduanya itu baru pulang ke rumah mereka di Jejawi di sini, malam kelmarin.

    “Dia pulang sekali-sekala kerana tinggal di bengkel tempatnya bekerja. Malam tadi (kelmarin), dia ada pulang ke rumah, tetapi keluar semula menaiki kereta bersendirian,” katanya ketika ditemui di pekarangan Unit Rawatan Kebakaran HSB, semalam.


    Sumber dari MyMetro

    Dimanakah Anak Anda???

    Jom! comments

    ImageShack, share photos, pictures, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting, photo image hosting site, video hosting site

    ImageShack, share photos, pictures, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting, photo image hosting site, video hosting site

    Tahukah anda dimana anak anda berada ketika ini?Adakah mereka berada di rumah atau pun di sekolah?...atau mereka sedang berada di dalam situasi seperti di atas???hahha...jangan cuak ok^ ^

    Mari Belajar Bahasa Melayu Kuno

    6 comments

    http://img443.imageshack.us/img443/6162/ceritalawakbudaknakal.png

    Kali ini saya ingin membuka kelas bahasa melayu Kuno. Bahasa-bahasa ini sudah tidak digunakan lagi pada masa kini. Ia digunakan pada tahun sekitar 1511-1621. Kepada adik-adik, jangan gunakan dalam karangan di sekolah yerr!

    1.KENYUMIK
    Maksud: Senyum yang menampakkan sedikit lidah bersama dengan mimik muka ala-ala sejenis binatang yang tidak boleh disebut.
    Contoh Ayat: Anuar Zink yang sedang menunggu bas telah berkenyumik kepada makcik Rosalinda yang sedang membawa anak kucingnya berjalan-jalan. Anak kucing makcik Rosalinda kemudian mati kerana kekenyumiktan si Anuar Zink berada pada tahap keburukan yang amat dasyat.

    2.KUTILPUNYUT
    Maksud: Perbuatan yang tidak disenangi oleh ketua kampung seperti menyiram kambing dengan air panas, membuat tatto pada badan lembu dan mengajak ayam pergi karaoke.
    Contoh Ayat: Satu kampung tahu dengan perangai Roberto yang suka kutilpunyut binatang-binatang ternakan. Lalu satu jawatankuasa khas telah dirombak oleh orang kampung bagi membolehkan Roberto dikutilpunyut oleh ayam-ayam belaan makcik Rubella.

    3.TELUMPAK
    Maksud: Membaling telur labi-labi ke arah orang yang sedang mengadakan ceramah perdana.
    Contoh Ayat: "Kurang asam punya Redondo, ditelumpaknya aku dengan tetamu-tetamu kehormat sekali kena. Kalau yer pun jangan la marah sangat pasal aku nikah dengan janda dia." Kata Datuk Dr. Alberto Einsteino kepada penjaga tandas Central Market sambil menelumpak ke muka penjaga tandas tersebut.

    4.KOLKOTUM
    Maksud: Sejenis minuman ringan didalam tin perasa daun ketum yang akan membuatkan peminumnya buta huruf.
    Contoh Ayat: Kerana terlalu banyak mengambil kolkotum yang berlebihan, seluruh penduduk Kg. Tempoyang terpaksa masuk tadika semula akibat sudah tidak tahu lagi membaca buku. Perbuatan seperti ini bolehlah diumpamakan seperti Karam dilaut boleh kurenang, Karam di hati nak bayar hutang. Karam Sinkh Walia untuk TV3.

    5.SYIRUM
    Maksud: Menyorok dari perbuatan yang menakutkan.
    Contoh Ayat: Luziano yang sedang melarikan diri dari ceti telah mensyirum ke dalam kain pelikat ketua kampung yang sedang mengadakan kuliah subuh. Akibat dari perbuatan itu Luziano telah ditempeleng 8 kali kerana telah menjatuhkan martabat ketua kampung iaitu pakcik Leornardo.

    6.SPENTOT
    Maksud: Spender yang menampakkan sedikit bontot.
    Contoh Ayat: Semasa pakcik Leornardo menyertai pertandingan lari dalam guni peringkat kg. Tempoyang, dia terjatuh semasa mengambil korner tajam kemudian terguling-guling ke arah himpunan pelajar Pandu Puteri dan terpelanting keluar dari guninya. Lalu ternampaklah spentot lubang-lubangnya yang berjenama remona. Akibat dari kejadian itu, pakcik Leornardo sangat malu sehingga menarik diri dari melakonkan watak utama dalam drama makcik Rosalinda.

    Sekian dahulu kelas saya pada hari ini. Kepada komentar, sila komen apa benda yang korang nak belajar. Saya buleh ajarkan. Selamat minum sirap!






    Hahaahha...layan je okey^ ^...

    Cita-cita Bila Besar Nanti

    4 comments

    http://img443.imageshack.us/img443/6162/ceritalawakbudaknakal.png
    Hai all...ahak...jom layan cerita yang berikutnya pula...cerita berikutnya berkisahkan dialog antara guru dan pelajar-pelajarnya...


    Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

    Abu berdiri dan berkata, "Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya".

    "Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?", tanya cikgu.

    Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, "Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel".
    "Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?".

    Seman berdiri dan berkata, "Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...".




    Hihihii.....layan okey^ ^

    Saat Indah Di Awal Perkahwinan...

    2 comments

    http://img443.imageshack.us/img443/6162/ceritalawakbudaknakal.png
     Ahak...cerita yang berikutnya berkisahkan dialog antara dua pasangan kekasih...jadi layan okey^ ^...


    Teruna: Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama
    Dara: Apakah kau rela kalau aku pergi?

    Teruna: Tentu sekali tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!
    Dara: Apakah kau mencintaiku?

    Teruna: Sudah tentu! Selamanya akan tetap sebegitu!
    Dara: Apakah kau pernah berlaku curang?

    Teruna: Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!
    Dara: Mahukah kau menciumku?
    Teruna: Ya! 
    Dara:: Oh...Sayangku....!

    Sesudah 5 tahun perkahwinan....

    Sila baca dari bawah keatas

    no komen^^...hahahaha

    Puisi Dari Suami Kepada Isteri Untuk Kahwin Lain...

    13 comments

    http://img443.imageshack.us/img443/6162/ceritalawakbudaknakal.png


    Hai all...hari ni koz nak kongsi sesuatu ngan korang iaitu surat sari suami untuk si isteri...memang best surat ni...jadi korang layan baca okey^ ^...


    Surat Dari Suami...
    Isteriku ,
    jika engkau bumi,
    akulah matahari.
    Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
    Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
    Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
    Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya
    bumi,
    malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
    Lalu......
    Relakanlah aku menyinari planet lain,
    menyampaikan faedah adanya aku,
    kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain...

    Surat Balas Dari Isteri...

    Suamiku,
    andai kau memang mentari,
    sang surya yang memberi cahaya,
    aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet
    yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
    perlukan cahayamu dan....
    akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran
    mu...

    AKAN TETAPIIIIIIII. .
    Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
    jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
    Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
    Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
    di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku
    mengerti...
    Cuba lihat siapa dirimu...

    MATAHARI
    atau lilin ?
    atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

    Oh, please lah....!!!
    NAK KAWIN LAIN KONON!!!

    Muahahaha....kantoi kikiki...^ ^,...

    Hantu Bukit Putus Negeri Sembilan

    8 comments

    http://img443.imageshack.us/img443/6162/ceritalawakbudaknakal.png

    Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

    Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

    ” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

    Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

    Dia pun beranikan diri dan bertanya…

    ”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
    ”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
    ” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
    ”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
    tanya lelaki tu lagi.
    ”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
    ” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
    ” Ehh takkan sampai seram… ”

    “Pakai aje le Breeze colour baru!!!”


    Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. sekian mekacih^ ^… ..

    Senario Perkahwinan

    5 comments

    http://img443.imageshack.us/img443/6162/ceritalawakbudaknakal.png
    Mesti baca sebab mungkin ia akan memberi korang keceriaan...hihi ye ker???
    terutama pasangan yang sudah berkahwin^ ^...

    Part 1
    Awal Perkahwinan
    Isteri : "Jom kita pergi shopping"
    Suami : "Jom..dari duduk rumah, bosan plak.."

    Pertengahan Perkahwinan
    Isteri : "Jom kita pergi shopping"
    Suami : "Abang ada hal lain kali yek.."

    Penghujung perkahwinan
    Isteri : "Jom kita pergi shopping"
    Suami : "Abang penat laaa..Ayang pergi sendiri laaa.."

    Part 2
    Awal Perkahwinan
    Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
    Suami : "OK..no problem.."

    Pertengahan Perkahwinan
    Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
    Suami : "Awak tak boleh masak ke ?"

    Penghujung perkahwinan
    Isteri : "Hari ini kita makan kedai ye.."
    Suami : "Lebih baik kawin lain yang boleh masak untuk abang"

    Part 3
    Awal Perkahwinan
    Isteri : "Ayang mengandung.."
    Suami : "Abang tak sabar nak lihat anak kita.."

    Pertengahan Perkahwinan
    Isteri : "Abang tolong buat susu anak.."
    Suami : "Abang mengantuk laa..ayang buat laaa.."

    Penghujung perkahwinan
    Isteri : "Cuba awak tegur anak tu sikit.."
    Suami : "Haiii..anak awak..awak ajelah yang tegur..."

    Part 4
    Awal Perkahwinan
    Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
    Suami : "OK..no problem.."

    Pertengahan Perkahwinan
    Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
    Suami : "Saya penat, awak ajelahh yang buat.."

    Penghujung perkahwinan
    Isteri : "Ayang masak, abang kemas rumah ye.."
    Suami : "Awak tak boleh buat keee.."

    Part 5
    Awal Perkahwinan
    Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
    Suami : "Apa yang ayang inginkan.."

    Pertengahan Perkahwinan
    Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
    Suami : "Setiap tahun saya berikan...tak cukup lagi ke ?"

    Penghujung perkahwinan
    Isteri : "Sempena hari jadi saya, abang nak hadiahkan apa ?"
    Suami : "Tak payah le hadiah-hadiahhhhh..."

    Part 6
    Awal Perkahwinan
    Isteri : "Ayang tak pandai masak.."
    Suami : "OK..no problem.."

    Pertengahan Perkahwinan
    Isteri : "Ayang tak pandai buat rendang"
    Suami : "Awak ni pemalas laaa.."

    Penghujung perkahwinan
    Isteri : "Ayang tak pandai buat kek.."
    Suami : "mak ko tu..dari dulu tak pandai masakkk.."

    Part 7
    Awal Perkahwinan
    Isteri : "Ayang nak berblog..."
    Suami : "OK..no problem.."

    Pertengahan Perkahwinan
    Isteri : "Ayang nak berblog..."
    Suami : "Awak ni biar saya dululah..."

    Penghujung perkahwinan
    Isteri : "Ayang nak berblog..."
    Suami : "bill awak bayar okey..."

    Hahaha...layan je lah^ ^,...

    Awek Rempit Mengganas!!!

    2 comments

    ImageShack, share photos, pictures, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting, photo image hosting site, video hosting site

    Huhu...sungguh tak di sangka...awek rempit tumpang bro Super Bike tu....^ ^

    Apabila budak menjadi tukang masak...

    2 comments


    ImageShack, share photos, pictures, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting, photo image hosting site, video hosting site
    ImageShack, share photos, pictures, free image hosting, free video hosting, image hosting, video hosting, photo image hosting site, video hosting site

    Inilah akibatnya kalau semua kerja dapur di serahkan pada budak kecik..hihi tomel je dier..^ ^

    Denaihati.com

     
    Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net