Powered by Jasper Roberts - Blog
Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Lisa Surihani Kekok Digelar Artis 'Stailo'

Jom! comments


Lisa Surihani
PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani berasa kekok apabila dirinya dianggap sebagai artis yang bergaya (stailo) sehingga dicalonkan dalam kategori Artis Wanita Stailo pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012.
Lisa, 27, berkata, hakikatnya dia adalah seorang wanita yang ringkas dalam penampilan dan tidak mempunyai pengetahuan atau naluri fesyen yang tinggi sejak dulu lagi.
“Biar betul saya seorang yang stailo (bergaya)? Saya sangat terkejut dan tersentuh juga apabila orang nampak saya sebagai artis yang stailo.
“Apa pun, ia satu penghargaan buat saya. Kalau ada yang mengundi saya untuk kategori itu, ia adalah sesuatu yang manis,” katanyai.
Selain kategori itu, isteri kepada pengarah filem Yusry Abdul Halim ini turut tercalon sebagai Pelakon Filem Wanita Popular.
ABPBH 2012 bakal berlangsung pada 7 April depan di Stadium Putra Bukit Jalil dan akan bersiaran menerusi TV3 dan radio Hot FM.
Menyambung perbualan, Lisa berkata, pada hakikatnya dia sering menjadikan artis wanita lain sebagai sumber rujukan dalam berfesyen dan bukan pencetus kepada sesuatu imej.
“Sebenarnya, lebih ramai artis wanita mempunyai penampilan fesyen lebih baik.
“Malah, saya sendiri pun menjadikan segelintir artis wanita kita sebagai rujukan seperti Scha Al Yahya, Liyana Jasmay dan Nabila Huda.
“Saya adalah pengikut fesyen dan bukan pencetus kepada sesuatu penampilan dalam industri kita,” katanya.
Terbaharu, Lisa sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri 13 episod berjudulMaskara arahan Nizam Zakaria.
Dalam drama berkonsepkan urban itu, Lisa berlakon di samping Nasha Aziz, Anzalna Nasir dan Adrea Abdullah.

sumber: Mstar

Zed Zaidi Ditauliahkan Leftenan Kolonel (Kehormat) Rela

Jom! comments


Zed menunjukkan sijil watikah pelantikannya sebagai Leftenan Kolonel (Kehormat) Rela yang diterima pada pagi Ahad. - Foto oleh RICKY LAI
KUALA LUMPUR: Pelakon Zed Zaidi menyifatkan pentauliahan pangkat Leftenan Kolonel (Kehormat) Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) pada Ahad lebih bernilai daripada pengiktirafan seni.
Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, berkata, dia berbesar hati apabila perjuangan secara sukarela dalam mempertahankan hak anak seni tempatan sejak tahun lalu mendapat pengiktirafan kerajaan.
“Saya tidak pernah harap anugerah seni tetapi anugerah daripada kerajaan atau negara seperti ini cukup besar nilainya. Kalau dapat anugerah seni pun nilainya tidak setinggi ini,” katanya.
Zed yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berkata demikian selepas majlis pemakaian pangkat dan watikah pelantikan Rela Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) kepada 53 individu yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jalan Duta di sini, pagi Ahad.
Selain Zed, majlis itu turut memberi pengiktirafan kepada ahli politik, korporat dan individu-individu berpengaruh atas sumbangan dan tanggungjawab sosial mereka.
Zed menerima watikah pelantikan daripada Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Pemakaian pangkat dan watikah pelantikan itu dilakukan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Majlis yang diadakan bersempena ulang tahun Rela KL ke-41 itu turut dihadiri Pengarah Rela Negeri WPKL, Aminuddin Mohd Yusof.
Mengenai pemilihan sebagai satu-satunya anak seni yang menerima pelantikan itu, Zed berkata, ia adalah pemangkin semangat untuk dia terus memperjuangkan hak anak seni secara sukarela pada masa akan datang.
“Alhamdulillah, tanggungjawab sosial saya dalam memperjuangkan hak anak seni dan menentang kemasukan artis luar secara tidak sah mendapat perhatian.
“Tanggungjawab sebagai Presiden Seniman bukan mendapat gaji tetapi ia adalah sumbangan secara sukarela kepada bidang seni.
“Selepas ini, saya akan berjuang habis-habisan terutama dalam memantau kemasukan artis luar agar mereka mengikut saluran yang betul,” katanya.
Drama bersiri lakonan Zed iaitu 5 Bujang kini ditayangkan di TV1.

sumber: Mstar

Elfaeza Ul Haq Lawan Perasaan Sunyi Tanpa Keluarga

Jom! comments


Elfaeza Ul Haq
KUALA LUMPUR: Pelakon dari Singapura, Elfaeza Ul Haq berkata dia terpaksa melawan perasaan sunyi kerana berjauhan daripada keluarga demi membina kerjaya di negara ini.
Elfaeza, 27, berkata, perasaan sunyi dan rindu adalah cabaran terbesar yang terpaksa dihadapi sejak dia mengembangkan kerjaya di sini hampir setahun yang lalu.
“Saya seorang diri di Malaysia. Sebab itu saya sering alami perasaan rindu dan murung kerana teringatkan keluarga.
“Malah, kadang-kadang saya berasa seram dan bimbang juga kalau apa-apa berlaku ketika saya di rumah, apa akan jadi sebab saya tinggal seorang diri.
“Mujurlah, ada beberapa kenalan artis yang rapat dan menjadi tempat berbual apabila saya tiada penggambaran,” katanya 
Aktres yang meraih populariti menerusi drama Adam & Hawa itu berkata, sebagai anak rantau yang sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini dia mengakui kebanyakan waktu lapang hanya dihabiskan di rumah sahaja.
“Saya tidak keluar bersosial dan lebih selesa habiskan masa di rumah seorang diri. Kalau keluar pun dengan kawan-kawan rapat sahaja.
“Bukan apa, saya seorang yang pendiam dan tidak banyak berbual, jadi mudah segan dengan orang yang tidak rapat,” kata wanita yang berasal dari Jurong ini.
Mengenai desas-desus kononnya dia berhijrah ke negara ini kerana merajuk dengan Kota Singa itu, anak kedua dalam keluarga ini berkata, dia mencuba nasib di sini bagi mengembangkan kerjaya.
“Bukan saya merajuk dengan Singapura. Saya datang Malaysia kerana tawaran kerja di sana semakin berkurangan.
“Selepas terlibat dalam produksi drama bersiri bahasa Inggeris di sana, semakin kurang tawaran drama Melayu yang saya terima.
“Kebetulan pula, industri dan peluang di sini lebih besar, apa salahnya saya mencuba tapi jika ada tawaran di sana saya tetap akan ambil,” katanya yang baru menamatkan penggambaran drama bersiri Dalam Setiap Sujudnya untuk TV9.

sumber: Mstar

Bekas ahli kumpulan rock ditahan SPRM

Jom! comments



Artis masuk perangkap SPRM - Perbuatan seorang bekas ahli kumpulan rock tanah air sekitar tahun 1990-an dan rakannya yang cuba menipu pengurus sebuah kolej swasta di sini berbalas apabila mereka didenda RM10,000 dan dipenjara sehari oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Julie Lack Abdullah turut memerintahkan bekas ahli kumpulan rock Scan, Rustam Affandi Abdul Majid, 40, dan Addy Sany Ariffin, 42, dipenjara tiga bulan lagi jika gagal menjelaskan denda berkenaan. Mereka membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya didakwa cuba menipu seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nor Azlizan Mohd. Ali, 29, yang menyamar sebagai pembiaya dan rakan kongsi lelap Kolej Crew Skills International (M) Sdn. Bhd.

Kolej berkenaan menawarkan latihan teori dan praktikal untuk tukang masak pelajar-pelajar luar negara.

Kedua-dua tertuduh didakwa cuba memperdayakan mangsa dengan kononnya boleh membantu mendapatkan kelulusan Lesen Pusat Bertauliah daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi kolej berkenaan.

Lisa Surihani Buat Repot Polis Kerana ditipu

1 comments


Lisa Surihani membuat laporan di Balai Polis Bangi dekat sini pada Jumaat selepas menyedari ditipu berhubung kait dengan wang.

Lisa,27, berkata, dia membuat laporan itu dengan ditemani oleh ibunya Amira Ahmad, kira-kira pukul 2 petang Jumaat.

“Saya mengaku telah membuat laporan polis berhubung kes penipuan tetapi saya tidak dapat untuk menjelaskan kes itu secara terperinci.

“Bukan saya tidak mahu bekerjasama tetapi buat masa ini ia masih dalam siasatan pihak polis,” katanya .

Lisa berkata, sekiranya pihak polis selesai membuat siasatan, barulah dia bersedia untuk berkongsi kisah itu agar peristiwa berkenaan menjadi pengajaran kepada orang ramai.

“Saya tidak boleh mengulas panjang kerana ia masih dalam siasatan polis,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain Lisa juga sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Maskara arahan Nizam Zakaria di samping Nasha Aziz dan Anzalna Nasir.

ABPBH2012 - Senarai Calon

Jom! comments



Berikut adalah senarai lima finalis untuk ABPBH2012 nagi setiap kategori.  ABPBH 2012 bakal berlangsung pada 7 April 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil dan akan bersiaran menerusi TV3 dan radio Hot FM.
Antara kategori yang di pertandingkan seperti penyanyi lelaki popular ABPBH2012 ,penyanyi wanita popular ABPBH2012, artis Duo ABPBH2012, artis baru lelaki ABPBH2012 , artis baru wanita ABPBH2012 , pelakon filem lelaki popular ABPBH2012 , pelakon filem wanita popular ABPBH2012 , pelakon tv lelaki popular ABPBH2012 , pelakon tv wanita popular ABPBH2012 dan macam-macam lagi. Senarai ima finalis untuk ABPBH2012 seperi di bawah:-
Penyanyi Lelaki Popular
1) Aizat
2) Hazama
3) Black
4) Faizal Tahir
5) Hafiz
Penyanyi Wanita Popular
1) Jaclyn
2) Najwa Latiff
3) Shila Amzah
4) Stacy
5) Yuna
Artis Duo/Berkumpulan Popular
1) Black/Malique
2) Hafiz/Adira
3) Mojo
4) Jimmy Palikat/One Nation Emcees
5) Sleeq/ Najwa Latif
Artis Baru Lelaki Popular
1) Aiman Hakim Ridza
2) Izzue Islam
3) Jimmy Palikat
4) Shah Iskandar
5) Taiyudin Bakar
Artis Baru Wanita Popular
1) Ainan Tasneem
2) Emma Maembong
3) Hanez Suraya
4) Nad Zainal
5) Wawa Zainal
Pelakon Filem Lelaki Popular
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Bront Palarae
4) Shaheizy Sam
5) Zizan Razak
Pelakon Filem Wanita Popular
1) Neelofa
2) Nora Danish
3) Lisa Surihani
4) Maya Karin
5) Yana Shamsudin
Pelakon TV Lelaki Popular
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Beto Kusyairy
4) Fahrin Ahmad
5) Johan As'ari
Pelakon TV Wanita Popular
1) Fasha Sandha
2) Izara Aishah
3) Nabila Huda
4) Neelofa
5) Siti Saleha
Artis Komedi Lelaki Popular
1) Angah
2) Jepp
3) Johan
4) Nabil Ahmad
5) Zizan Razak
Artis Komedi Wanita Popular
1) Aliza Abdullah @ Enot
2) Didie Alias
3) Jihan (Raja Lawak)
4) Norkhiriah
5) Sharifah Shahira
Pengacara TV Lelaki Popular
1) Aznil Hj Nawawi
2) Datuk AC Mizal
3) Awal Ashaari
4) Faizal ismail
5) Zizan Raja Lawak
Pengacara TV Wanita Popular
1) Adibah Noor
2) Fara Fauzana
3) Sharifah Shahira
4) Neelofa
5) Didie Alias
Penyampai Radio Lelaki Popular
1) AG
2) Johan
3) Faizal Ismail
4) Halim Othman
5) Nabil
Penyampai Radio Wanita Popular
1) Abby Fana
2) Fara Fauzana
3) Linda Onn
4) Raja Azura
5) DJ Lin
KATEGERI ONLINE (DALAM TALIAN)
Watak Jahat Dalam Filem Atau Drama Popular
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Bront Palarae
4) Sofi Jikan
5) Zizan Razak
Gandingan Di Layar Serasi
1) Aaron Aziz/ Nadiya Nissa
2) Adi Putra/ Nora Danish
3) Aiman Hakim Ridza/ Izara Aishah
4) Johan/ Zizan Razak
5) Shaheizy Sam/ Yana Samsuddin
Watak Animasi Tempatan Popular
1) Anak-Anak Sidek
2) BoboiBoy
3) Kacang
4) Upin & Ipin
5) Usop Sontorian
Artis Berpengaruh Di Laman Media Sosial
1) Aaron Aziz
2) Shila Amzah
3) Stacy
4) Yana Shamsuddin
5) Zizan Razak
Artis Lelaki Stailo
1) Aaron Aziz
2) Adi Putra
3) Awal Ashaari
4) Shaheizy Sam
5) Zizan Razak
Artis Wanita Stailo
1) Lisa Surihani
2) Melissa Francis
3) Nora Danish
4) Stacy
5) Yana Samsuddin
Artis Asia Paling Popular
1) Aaron Aziz
2) Big Bang
3) Shila Amzah
4) Super Junior
5) Zizan Razak

Kes Dadah, Zarina Anjoulie di pindahkan ke penjara kajang

Jom! comments




Kes Dadah Zarina Anjoulie - Terkini Zarina Anjoulie telah di pindahkan ke penjara kajang selepas tiada ahli keluarganya yang datang untuk mengikat jaminnya walaupun dikenakan ikat jamin sebanyak RM2,000 oleh Majistret Nazri Omran.

Rakan lelakinya iaitu Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, bagaimanapun dibebaskan selepas dijamin oleh abangnya.

Sebelum itu kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliko dua biji pil iaitu dadah disyaki Erimin 5 anggaran seberat 0.6 gram, empat hari lalu.

Zarina dan Mohamad Fakhruzaim bersama-sama didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini, pada 5.30 petang, 30 Disember lepas.

Kedua-dua mereka yang juga penuntut kolej swasta didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pembedahan Lutut Johan Raja Lawak Selamat

2 comments


Baru-baru ini Pelawak terkenal masakini iaitu Johan Raja Lawak telah mengalami masalah kecederaan di bahagian lututnya semasa bermain Futsal pada malam sebelum berlangsungnya MLM minggu ke tujuh.

Semasa Maharaja Lawak Mega berlangsung Johan tetap tampil dengan lawaknya yang menghiburkan hati penonton bersama-sama pasangannya Zizan walaupun dikatakan dia menahan kesakitan semasa itu.

Johan telahpun selamat menjalani pembedahan kecil pada lututnya akibat ligament yang terkoyak semasa bermain futsal.

Jadi mari doakan moga Johan cepat sihat dan sembuh seperti sediakala.

Hot! Ezlisa Loy Kini Bertudung

7 comments


Ezlisa Loy adik kepada Elfira Loy kini bertudung Ezlisa Loy adik pelakon remaja yang tidak asing lagi namanya dalam industri lakonan kini tampil dengan penampilan bertudungnya.

Ezlisa Loy mula tampil dengan image bertudungnya selepas dia beberapa kali mengalami mimpi mengenai hari kiamat.

Syukur Alhamdulillah dan dengan image bertudung ini koz doakan moga Ezlisa Loy akan kekalkanya selama-lamanya kerana image ini menampakkan Ezlisa Loy bertambah ayu dan cantik.


Biodata dan Profile Najwa Latif

5 comments


Najwa Latif, nama yang tidak asing lagi dengan permulaan kemunculannya dalam dunia hiburan melalui perkongsian bakat nyayiannya melalui laman Youtube kini sudah terkenal seluruh manaysia. Jom kenali gadis comel molek ini dengan lebih dekat lagi

Biodata Najwa Latif

Nama penuh: Imratul Najwa Abdul Latif
Nama komersial: Najwa Latif
Umur: 17 tahun
Asal: Batu Pahat, Johor
Kerjaya seni: Bermula sejak tahun 2010
Lagu popular: Cinta Muka Buku
Meminati: Justin Bieber
Hobi: Bermain gitar
Pencapaian tertinggi: Layak ke final AJL 26

Gambar Nikah Apek dan Leuniey

10 comments

Gambar akad Nikah Apek dan Leuniey - Hari ini merupakan detik bahagian pasangan  Apek@ Khairul fahmi dengan pasangannya iaitu Leuniey. Jadi di sini koz akan updatekan gambar-gambar terkini semasa majlis ini berlangsung.




















Hot! Arash Mohd Mengamuk Di FB Kerana Azwan Ali

7 comments



Arash Mohd Mengamuk Lihat Azwan Ali Di Propaganza - Artis senior iaitu Arash Mohd telah meluahkan perasaannya yang tidak berpuas hati di laman sosial facebook setelah melihat Ulasan Azwan Ali Di Propaganza.

Rancangan Propaganza merupakan rancangan berita dan gosip artis terbaru. Jadi jom baca beberapa screenshot yang diambil dari facebook Arash Moh.






Arash Mohd mengamuk, Arash Mohd marah azwan ali, kes Arash Mohd mengamuk, facebook Arash Mohd

Ariel Dipaggil Polis Kes Scandal Terbaru

2 comments



Ariel Vokalis band Noah dipanggil oleh pihak polis untuk menjadi saksi satu lagi kes melibatkan dirinya dan seorang pramugari.

Sebelum ini Ariel tidak hadir untuk beri keterangan pada bulan lepas selepas dipanggil oleh pihak polis atas alasan sibuk dengan konsert jelajah 25 bandar di Indonesia bersama band Noah.

Kini Ariel dipanggil kali keuda oleh pihak polis dan jika Ariel tidak hadir pihak polis akan memanggilnya secara paksa.

Siti Nurhaliza Jadi Pengacara Game Show Siti Ooo...Som.

15 comments


Pengacara Game Show Siti Ooo...Som.
Pengacara Game Show Siti Ooo...Som.


Datuk Siti Nurhaliza kini mengembangkan bakatnya ke bidang pengacara pula. Datuk Siti Nurhaliza akan mengacara program berbentuk permainan iaitu Siti Ooo...Som. Ini merupakan kali kedua Datuk Siti Nurhaliza menjadi pengacara sebuah program.

"Dah lama sebenarnya saya ingin mengacara program gameshow seperti ini kerana saya sukakan aktiviti riadah.

"Alhamdulillah, satu lagi impian saya mengendalikan program berbentuk gameshow berjaya dilaksanakan," katanya.


Gambar Apek @ Khairul Fahmi masa kecil

5 comments


Tinggal beberapa hari sahaja lagi Apek akan bergelar suami kepada Leuniey. Jadi kali ini admin nak kongsi dengan korang gambar Apek sewaktu kecil dahulu, jom layan.

Gambar Khairul Fahmi Waktu Kecil


Hot! Pernikahan Apek dan Leuniey tidak dinikahi Datuk Nik Aziz

2 comments



Datuk Nik Aziz Nik Mat terpaksa membatalkan undangan sebagai jurunikah Apek dan Leuniey Natasha Nazri pada Jumaat ini atas sebab Nik Aziz perlu menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dijadualkan pada hari sama.

“Menteri Besar mendapat surat berhubung mesyuarat berkenaan dan disebabkan itu, semua programnya pada Jumaat ini terpaksa dibatalkan.

“Beliau meminta maaf tidak dapat memenuhi undangan keluarga pengantin kerana mesyuarat itu amat penting untuk pengampunan banduan,” katanya.


Gambar Hot! Apek dan Leuniey tersebar

3 comments


Gambar kenakalan dan mania Apek dan Leuniey telah tersebar diruangan internet baru-baru ini. Jom lihat gambar-gambar yang telah ditangkap semasa kejadian itu.


Jangan marah hihi sebenarnya ini adalah print screen dari video Save The Date Apek dan Leuniey. Apek dan Leuniey akan berkahwin pada 28 Disember 2012 ini.

Apek dan Leuniey hot, gambar panas Apek dan Leuniey, gambar kawin Apek dan Leuniey, gambar nikah Apek dan Leuniey, gambar sanding Apek dan Leuniey, gambar tunang Apek dan Leuniey, koleksi gambar kahwin Apek dan Leuniey

kredit: fuhfanas.blogspot.com

Maia Estianty ingin mencari jodoh

1 comments




Maia Estianty bekas ahli kumpulan Ratu berazam untuk mencari jodoh pada tahun hadapan. Maia Estianty merupakan bekats isteri kepada penyanyi Ahmad Dhani.

"Saya mahu cari jodoh pada tahun depan. Selain itu saya ingin memajukan perniagaan pusat karaoke saya serta menaik tarafkannya agar pengguna lebih selesa apabila mereka berhibur," katanya.

gambar hot Maia Estianty, Maia Estianty Ratu, Maia Estianty tidur, biodata Maia Estianty, profile Maia Estianty, lagu Maia Estianty

Zain Saidin Luah Cinta Kepada Rozita Che Wan

3 comments



Luahan Cinta Zain Saidin Kepada Rozita Che Wan - Pada jumaat lepas, pelakon Zain Saidin telah meluahkan perasaanya kepada Rozita Che Wan menerusi laman Instagram.

Gambar Zain Saidin dan rozita

Zain berkata, paparan mesej berunsur cinta wajah Rozita yang dimuatkan itu bukannya kerana ingin mencari publisiti kosong atau berkongsi kepada umum sebaliknya ia hanya ditujukan kepada wanita itu sahaja.

"Ia bukanlah bertujuan ingin menunjukkan kepada sesiapa pun, sebaliknya foto dan mesej yang dimuatkan itu berunsur peribadi dan ia adalah mesej dari saya untuk dia (Rozita).

"Selebihnya, saya enggan komen lanjut," katanya.


Denaihati.com

 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net