Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati

94 comments

Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati

Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati

Salam semua, hari ini kozumi akan membentangkan hasil ilmu yang telah kozumi dapat semasa SBDdB13 Seminar Buat Duit dengan Blog dan Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati yang dimiliki di sana.

Di dalam seminar Anjuran Denaihati Network telah memperkenalkan beberapa panel-panel yang berjaya membina income dari aspek pelbagai sudut baik dalam penjualan ebook, model, niche blog dan pendapatan affiliate.

Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati - Kozumi semasa seminar Buat Duit dengan Blog terbabit amat berminat untuk lebih memahami cara penjualan ebook yang telah dibentangkan oleh saudara Suhaimy iaitu founder WangCyber.com. Teknik dan cara penjualan ebooknya amatlah luar biasa dan cara membuat ebook dengan mudah menarik minat kozumi. Saudara Suhaimy semasa seminar terbabit lebih ketengahkan cara Penjualan produk sendiri dalam aspek Digital. Di dalam kategori digital mempunyai pelbagai cabang yang boleh di pilih seperti Ebook, Aplikasi, Video, Audio Files, Grafik dan Premium Content.

Kozumi lebih gemar untuk mengetahui lebih lanjut dalam digital kerana kena dengan hala tuju kerja yang kozumi sedang usahakan sekarang dalam bidang Grafik. Dalam teknik penjualan Ebook juga salah satu usaha yang sedang giat kozumi laksanakan bagi tujuan perkongsian kepada rakan-rakan yang ingin mengetahui cara dan bagaimana untuk membina sesebuah grafik.

Tips "Satu hari 1 muka surat, 30 hari sudah 30 muka surat"

Dalam penjualan produk digital melalui blog setiap kos yang dikeluarkan sudah semestinya kosong dan keuntungan yang akan dimiliki adalah besar jika kena dengan cara dan teknik yang dilaksanakan. Dalam contoh yang kozumi laksanakan dalam Service Design adalah mengikut langkah-langkah yang sama seperti yang di sampaikan Saudara Suhaimy dan ia telah ditetapkan kozumi sendiri seperti mendapatkan tempahan, laksanakan kerja design, terima pembayaran, hantar hasil kerja kepada pelanggan. Mudah bukan? memang tidak memeningkan kepala bila menguruskannya dengan sendiri.

Memang tidak sabar untuk menyiapkan Ebook yang pertama yang kozumi sedangkan usahakan ini, doakan moga ia berjalan dengan lancar, Amin...

Gambar credit Melastik Bintang.

Duduk Rumah Buat Duit Dengan Blog

64 comments

 Buat Duit Dengan Blog
Salam semua, apa kabar? hari ini kozumi kembali sihat seperti biasa setelah demam beberapa hari. Demam Seminar Buat Duit Dengan Blog kot.hihihi...

Kozumi masih belum sempat untuk mengarangkan perkongsian pengalaman semasa di Seminar Buat Duit Dengan Blog Anjuran Denaihati Network. Insyallah kalau ada ruang dan masa kozumi akan karangkan untuk anda.

Hari ini merupakan hari cuti kepada semua, bagi kozumi hari-hari cuti maklumlah asyik duduk umah jek. Duduk rumah bukannya bermaksud tidak ada kerja ya. Kozumi seperti biasalah buat kerja-kerja melalui online. Sudah malas nak bekerja bawah arahan mana-mana bos, lebih baik jadi bos sendiri bukan hihihi.

Kurang sikit tension asyik melayan kerenah bos-bos yang tahu mengarah sahaja, tapi untuk memahami pekerjanya tidak, kerja nak cepat siap, tapi gaji asyik tangguh 1 bulan 2 bulan. Pekerja makan batu ke ko ingat???haha tetiba lak pikir negetif lak kozumi ini awal-awal pagi ni hahaha.Kenangan sewaktu kerja dahulu hihi..haha ini ayat sesuai dengan kozumi sahaja okey sebab setiap perkerjaan lain-lain ragamnya.

Jadi sekarang memang happy sangat-sangat bekerja sdn bhd walaupun ramai gak rakan-rakan ajak kerja balik dalam bidang lama kozumi. Maaflah buat masa ini kozumi terpaksa menolak demi masa depan kozumi dalam bidang terbaru ini. Kozumi sudah rasa senang dengan pekerjaan kozumi sekarang ini. Insyallah otw nak daftar syarikat pula lepas ini kalau ada rezeki lebih, Amin....

Cara Buat Blog Sendiri

85 comments


Salam semua, hari ini kozumi akan mengajar anda yang berminat untuk cara membina blog atau cara membuat blog sendiri dengan hanya mengikut step yang akan kozumi kongsikan ini.

Pertama sekali, anda mesti mempunyai akaun blogger dahulu, anda boleh mula daftar di sini http://www.blogger.com/ .

Pada paparan pertama adalah seperti di bawah, anda harus klik button "Sign up" seperti gambar dibawah.

Kemudian akan keluar paparan seperti di bawah, anda harus mengisi form yang disediakan. Selepas selesai klik "I agree to the Google Terms of Service and Privacy Policy" dan kemudian klik "Next Step".

Selepas itu akan keluar paparan seperti di bawah dan anda klik pada button "Back to Blogger".


Kemudian akan keluar paparan Confirm Your Profile seperti di bawah. Anda klik button "Create a limited Blogger profile".


Kemudian akan keluar paparan di bawah, anda isi nama paparan yang anda inginkan, nama ini akan terpapar di setiap posting dan comments di dalam blog anda nanti. Kemudian tekan button "Next Step".


Setelah klik button tadi akan keluar paparan seperti dibawah, anda klik button "New Blog".


Paparan dibawah ini merupakan permulaan anda membina sebuah blog yang anda impikan. Tetapkan Title/Tajuk blog dan Address/Alamat blog impian anda mengikut kesukaan anda. Patikan nama dan alamat blog mudah difahami dan diingati. Selepas itu klik button "Create blog!".


Tahniah! anda sudah membina blog impian anda. Ikuti tutorial berikutnya pula yang akan kozumi kongsikan kepada anda cara bagaimana untuk membuat posting dan menghias blog anda kelihatan menarik insyallah.

Video Hot Scandal Mesti Tonton

35 comments


Salam semua, hari ini kozumi nak kongsikan kepada korang sebuah video Hot Scandal yang kozumi jumpa di dalam YouTube. Jadi pendekkan cerita jom layan sampai habis, kemudian jangan lupa tinggalkan komen di bawah ya

Buat Duit Dengan Blog

35 comments

Seminar Buat Duit Dengan Blog
Salam semua, apa kabar korang? Kozumi harap korang semua sihat-sihat belaka, yang kurang sihat tu pergilah makan ubat ya, kalau 5 hari masih tidak sembuh pergi klinik buat pemeriksaan.

Korang tahu tak pada 19 May 2013 ini akan diadakan sebuah Seminar Anjuran Denaihati Network iaitu Seminar Buat Duit Dengan Blog?. Kalau dah tahu baguslah, jangan lepaskan peluang untuk turut serta di dalam seminar ini. Kepada yang baru tahu korang bolehlah baca Artikel Tarikh Seminar Buat Duit Dengan Blog ini.

Alhamdulillah hari ini kozumi ingin kongsikan kepada korang apakah pekerjaan yang kozumi lakukan sekarang ini. Perkongsian ini bukannya nak menunjuk tetapi ramai benar yang bertanya kepada kozumi ini. Pasti ramai yang tidak percaya duduk rumah sahaja boleh dapat Pendapatankan? Jawapan kozumi Insyallah boleh kalau ada Matlamat dan Semangat untuk ingin tahu cara dan bagaimana untuk mendapatkan pendapatan sampingan atau fulltime hanya dengan cara mengadap Laptop/Computer di rumah sahaja.

Inilah pekerjaan kozumi sekarang ini dengan hanya duduk dirumah sahaja telah mendapat income yang Alhamdulillah dapat menyara kehidupan kozumi sebagai orang Bujang ini. Insyallah akan dapat rezeki tambahan lagi lepas ini, Amin.

Dengan hanya berblog sahaja income 4 angka telah kozumi capai amat bersyukur sangat-sangat atas pemberian rezeki ini. Kepada rakan-rakan blogger baik baru dan lama jangan hanya duduk di dalam kepompong sahaja untuk menanti hari dan detik untuk anda bebas bergerak. Cuba cari jalan dan cara untuk anda bergerak supaya kemompong itu dapat dipecahkan awal dari masa ia seharusnya pecah. "Umpama korang pergi memancing ikan di sebuah tasik yang luas hanya untuk mendapatkan seekor sebagai lauk pada hari itu kan lebih baik anda memancing di kolam ikan yang memiliki keluasan yang kecil tetap memiliki banyak ikan yang kelaparan. Bukankah mudah untuk anda mendapatkan tangkapan ikan?"

Di dalam dunia blog ini banyak cara untuk korang mendapatkan pendapatan sampingan bukan hanya sekadar menampung pada periklanan sahaja. Jangan mengharapkan kepada kejayaan yang akan datang sekelip mata. Kejayaan sebenarnya tidak akan datang tanpa kerja keras yang tidak pernah kenal erti jemu. Memanglah penat tetapi fikirkan tentang matlamat kita untuk berjaya dalam dunia blogger ini. Fikirkanlah apa yang kita buat itu adalah semata-mata kerana jihad kita kepada Allah SWT dan mencari rezeki yang halal untuk diri dan juga keluarga.


Seperti sedia maklum, pada 19 May 2013 ini, Seminar Buat Duit Dengan Blog akan berlansung. Jadi korang janganlah melepaskan peluang keemasan ini, cuba sebaik mungkin untuk menghadiri Seminar ini. Seminar sebegini bukannya selalu ada pun, tidak pasti selepas seminar ini adakah orang yang berani untuk tampil untuk membuat seminar sebegini. Kalau ada pun mungkin akan di adakan pada tahun depan atau pun dua tahun akan datang, tidakkah terasa rugi?.

Insyallah pasti banyak ilmu yang akan korang perolehi di sana nanti hasil dari perkongsian-perkongsian dari rakan-rakan blogger kita yang sudah berjaya bagaimana untuk buat duit hanya dengan berblog.

Oleh itu berusahalah untuk menghadiri seminar ini untuk membuka ruang mencapai apa yg anda impikan. Tidak mustahillah impian itu akan menjadi kenyataan.Insyallah

Kepada yang berminat untuk turut serta dalam Seminar ini, korang bolehlah membuat pendaftaran di SINI.

Tarikh dan masa Seminar
Yuran RM50 dikekalkan sehingga 19/05/2013.


Tempahan Template Blog Boni Kacak

34 comments


Salam semua, hari ini kozumi akan tunjukkan kepada korang hasil design Tempahan Template Blog pula. Tempahan kali ini datangnya dari pemilik Blog yang Super Kacak iaitu Boni Kacak.

Boni Kacak ini merupakan salah seorang blogger yang fames dan banyak followernya. Boni Kacak ini sangat rajin menghasilkan Video-video yang Terbaik untuk di jadikan hiburan kepada setiap pengunjung dan follower blog nya. Video terkini yang dihasilkannya adalah "Mudahnya Bikin Duit" Video ini di hasilkan bagi mempromosikan Seminar Buat Duit Dengan Blog anjuran Denaihati Network.

Seminar ini akan berlangsung pada 19 May 2013 ini. Jadi untuk ketahui detail tentang seminar ini korang bolehlah baca artikel "Tarikh Seminar Buat Duit Dengan Blog". 

Boni Kacak


Berbalik kepada tempahan Template blog, design yang diingini pemilik blog ini inginkan nampak kelainan dan kekemasan itu sangatlah diingininya. Jadi inilah paparan Template yang telah kozumi hasilkan, kalau nak lihat lebih detail bolehlah melawat blog Boni Kacak ini..

Alhamdulillah telah mendapat kepuasan dari bro Boni Kacak ini. Jadi kepada korang yang memerlukan khidmat kozumi untuk menghasilkan apa-apa jenis design Grafik, korang bolehlah membuat tempahan di fanpage Service Tempahan Design.

Tempahan Design Facebook Cover 916 Gold Jewelry

12 comments


Salam semua, apa kabar korang, sihat? okey hari ini kozumi akan tunjukkan next design pula. Tempahan kali ini datangnya dari pemilik Fanpage 916 Gold Jewelry yang membuat tempahan design Facebook Cover untuk Fanpagenya.

Fanpage ini menjual barangan kemas dengan harga yang berpatutan. Pelbagai jenis barangan kemas yang dijual seperti Necklace, Bracelet & Anklet, Bangles, Pendant & Earing dan Ring. Jadi kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Fanpage 916 Gold Jewelry bolehlah lawati di SINI.



Jadi inilah hasil design Facebook Cover yang telah kozumi hasilkan. Apa macam, okey tak?Kepada yang berminat untuk membuat tempahan design bolehlah laksanakan di Fanpage Service Tempahan Design.

Tempahan Design Facebook Cover Khazanah Penawar

11 comments

Salam semua, Alhamdulillah berkesempatan juga kozumi menghasilkan artikel ini pabila keadaan kini semakin buzy dengan Service Tempahan Design yang masuk tidak putus-putus dari pelanggan Facebook dan juga rakan-rakan Blogger yang lain.

Jadi kali ini kozumi nak tunjukkan hasil Design Facebook Cover yang telah kozumi hasilkan atas tempahan pelanggan facebook iaitu pemilik Fanpage Khazanah Penawar yang menjual Produk Tradisional yang Asli, Terbukti dan Mujarab. Kalau hendak tahu lebih lanjut Produk apakah yang dijual oleh Pemilik Fanpage ini, korang bolehlah terjah Fanpagenya di SINI.

Inilah hasil design yang telah kozumi hasilkan dan Syukur Alhamdulillah ia menepati apa yang di inginkan oleh pelanggan kozumi ini.

Jadi kepada korang yang ingin menggunakan service design dari kozumi, korang bolehlah melawat di Fanpage Service Tempahan Design

Top Commentator April 2013 Blog Jejaka Paling Nakal

59 comments


Salam semua, hari ini sudah cukup 30 hari yang telah kozumi berikan kepada pengunjung blog Jejaka Paling Nakal untuk merebut Wang Tunai RM50 sebagai Top Comments bulan April.

Syukur Alhamdulillah apa yang telah di rancang telah berjalan dengan lancarnya. Jadi disini dengan segala hormatnya kozumi mengumumkan Pengunjung yang bertuah dan sekaligus telah menjadi Top Comments Blog Jejaka Paling Nakal pada bulan April telah jatuh kepada Datin Tyka.

Tahniah kozumi ucapkan, dan tempat kedua pula jatuh kepada mohdazhar. Tahniah dan Terima Kasih kozumi ucapkan kepada anda berdua, dan kepada pengunjung yang lain tingkatkan lagi usaha korang untuk merebut peluang pada bulan ini pula, Insyallah.

Kepada Datin Tyka dan mohdazhar sila emailkan nama,email,no akaun(maybank) kepada koz di kozumi_ro@yahoo.com .


Tempat Pertama: Datin Tyka RM50
Tempat Kedua  : mohdazhar  RM30


Kududukan yang telah kozumi ambil pada detik 30 April 2013 jam 12.00 malam.



Tambahan dengan ini kozumi ingin meminta jasa baik korang untuk Mengundi kozumi dalam Contest Review Blog Paling Popular anjuran Denaihati.Tinggalkan komen anda di artikel ini > Blog Jejaka Paling Nakal < dan komen anda mestilah lebih dari 5 Patah Perkataan.

Retweet

Kemudian Klik ReTweet dan G+ seperti gambar diatas dan kalau boleh promot pada rakan-rakan anda juga. Bantuan korang amat kozumi hargai.

Melayu Boleh

30 comments

Melayu Boleh

Salam semua, bila baca sahaja tajuk diatas pasti ramai yang kenal akan keyword Melayu Boleh inikan. maksud koz kegunaan keyword melayu boleh ini yang telah disalah guna oleh sesetengah pihak bagi mengetengahkan paparan gambar-gambar atau video-video lucah.

Kozumi sengaja meletakkan tajuk seperti itu bagi saport dalam contest anjuran rakan blogger lain untuk menyingkirkan website-website yang lucah supaya tiada paparan di hadapan carian google "Melayu Boleh".

Jadi kepada rakan-rakan blogger lain marilah kita sama-sama saport akan perkara baik ini.


 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net