Alamak, Ada Uban Lah.. !

5 comments




Disaat kita mengeluh bila uban mula tumbuh di kepala, kita lupa ea bahawa Rasulullah dulu pun ada uban jugak? Kenapa perlu dye kan rambut dengan pelbagai produk yang diragui halalnya? Ish, tak ke nanti ditakuti air wuduk tidak sampai ke kulit kepala? Tapi kan, uban kan salah satu sebab untuk kita ingat akan mati, betul tak?

So, aku nak sharekan beberapa hadis berkenaan dengan uban di rambut Rasulullah. 

Anas bin Mas'ud r.a meriwayatkan :

Aku bertanya kepada Anas bin Malik, "Apakah Rasulullah S.A.W mewarnai rambutnya?". Dia menjawab,"Rasulullah S.A.W tidak pernah melakukannya, meskipun pada kedua pelipisnya terdapat uban. Tetapi, Abu Bakar pernah mewarnai rambutnya dengan inai dan al-katm." 
(Riwayat at-Tirmizi, al-Bukhari, Muslim, Abu Dawudm, Nasa'i dan Ahmad)

Eh, tengok tu. Walaupun kita nak buat alasan Abu Bakar pun kalerkan rambut, tengoklah balik, Abu Bakar kan kaler kan rambutnya dengan inai. Orang-orang sekarang ni? Bukan setakat inai, dye rambut kaler burung kakak tua pun ade taw. Hm, perlu diingatkan, walaupun produk tu cakap itu pewarna inai, pastikan ianya halal taw. Kalau tak, sia-sia jek nanti wuduk tak sampai kulit kepala, solat pun jadi tak sah.

Daripada hadis lain pulak, Ibnu Umar meriwayatkan :


"Uban Rasulullah S.A.W lebih kurang 20 helai."
(Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)


E'eh, sikitnya? Oleh kerana sikit uban baginda, bila baginda pakai minyak rambut, uban pun tak nampak. Mestilah nampak lagi hensem baginda Rasulullah kesayangan kita tu kan? =)

Jabir bin Samurah meriwayatkan :

"Jika Rasulullah S.A.W memakai minyak rambut, uban beliau tidak terlihat. Tapi, ketika Rasulullah S.A.W tidak memakai minyak rambut, nampaklah uban Rasulullah."
(Riwayat at-Tirmizi, Muslim, Nasa'i dan Ahmad)

Hadis lain yang menyatakan apa yang menyebabkan rambut Rasulullah beruban ialah riwayat Ibnu Abbas iaitu : 




Abu Bakar berkata kepada Rasulullah S.A.W, "Wahai Rasulullah, kamu telah beruban." Maka Rasulullah S.A.W bersabda, "Yang membuatku beruban adalah Surah Hud, Al-Waqiah, Al-Mursalat, An-Naba' dan At-Takwir."
(Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Sa'd dan Hakim)


Okay, itu je lah perkongsian setakat ni.
Selamat mengingati dan berselawat ke atas Nabi Junjungan kita, Rasulullah S.A.W  ! =)


Sepatah kata Iman Hayfa :

Andai kata Rasulullah masih ada, nak je aku tengok uban di rambutnya =') ... (Assalamualaika Ya Rasulullah)




credit to Majalah Gen-Q


Pantai Tanpa Laut dan Terkecil di dunia

20 comments


Salam semua, tahukan anda di Sepanyol terdapat pantai yang tiada Laut. Agak pelik bukan apabila mendengarnya.Kebiasaannya kita hanya menemui pantai yang mempunyai laut yang luas. Tetapi di Sepanyol terdapat pantai yang benama The Gulpiyuri Beach yang tidak memiliki laut yang luas.

Yang menariknya ia merupakan sebuah pantai tanpa laut yang terletak kira-kira 100 meter dari kawasan laut. Keluasan pantai tersebut hanyalah kira-kira 40 meter dan anda akan merasai ombak seperti biasa dari air yang mengalir masuk melalui gua tersebut.










sumber: CVK

Design Facebook Covers yang cantik

4 comments

Facebook Covers, Design Timeline, Tempahan Facebook Covers,

Salam semua, hari ini koz nak pamirkan hasil design Facebook Covers tempahan rakan-rakan facebook Service Tempahan Design.

Tahu tak korang, jika kita hendak menjalankan sesuatu perniagaan, penyediaan papan iklan kedai amatlah penting untuk menyampaikan kepada pelanggan apa yang kita sedang jual dan diniagakan.

Pandangan pertama itu amatlah penting bagi menarik pelanggan mengunjungi ke kedai anda. Benda ini sama jugalah dengan paparan Facebook Covers di fanpage facebook perniagaan anda. Ingat! 1st impression tu penting.


Wanita Yang Cantik , Lelaki Suka Pandang ,
Timeline dah Cantik , Pembeli ramai yang Datang
Jadi jom tempah di SINI


Jadi di sini koz akan pamirkan hasil design Facebook Cover yang telah koz hasilkan.

Facebook Covers, Design Timeline, Tempahan Facebook Covers,


Facebook Covers, Design Timeline, Tempahan Facebook Covers,


Keyword " Main Dengan Isteri Orang "

5 comments

Salam semua, hujung bulan ini koz sedikit buzy dengan tempahan design dari rakan-rakan facebook dan blogger yang lain. Tak terupdate blog Budak Nakal ini disebabkan tuannya terlampau buzy..hik2...

Tapi walaupun jarang berupdate trafik yang masuk ke blog ini masih lagi berada dalam tahap memuaskan. Dan keyword-keyword juga tidak kurang hebatnya. Tapi sedikit mengejut akan Keyword yang masuk pada minggu lepas. Keyword ini berada paparan no 1 dalam paparan keyword nuffnang.

Siapalah yang gatal sangat ye duk mencari keyword sedemikian rupa ..hahaha sabar jelah kan...

10 Blogger Terbaik Malaysia

19 comments

10 Blogger Terbaik Malaysia

10 Blogger Terbaik Malaysia

Salam semua, 10 Blogger Terbaik Malaysia merupakan impian setiap blogger baik dalam mahupun luar negara. Apabila mencapai tahap 10 Blogger yang terbaik sudah pastinya blognya memiliki pengunjung, trafik, tahap seo yang mantap dan boleh dikategorikan sebagai blogger fames.

Tidak dinafikan untuk berada dalam senarai 10 blogger tebaik malaysia juga adalah impian koz juga. Jadi dari sinilah harus koz mulakan dengan mengkaji dan mempelajari ilmu dalam dunia blogger dengan bersungguh-sungguh.

Walaupun blog budak nakal ini sudah mencecah 3 tahun, tetapi masih banyak yang harus diterapkan di dalam mencapai misi 10 Blogger Terbaik Malaysia.

Jadi pendekkan cerita, mari kita lihat senarai top 10 BLOGGER TERBAIK MALAYSIA 2013 di bawah:-
  1. Beautifulnara.com (PR 4 | Blog hiburan)
  2. Mynewshub.my
  3. Rotikaya.com
  4. BlogSerius (PR 3 | Blog hiburan)
  5. Amanz.my (PR 4 | Blog gadget)
  6. Penpatah.blogspot.com
  7. Ohbulan.com
  8. Denaihati.com (PR 4 | Blog kehidupan)
  9. Beritasemasa.com
  10. Darisungaiderhaka.blogspot.com
  11. kozumiro.blogspot.com
List di atas merupakan senarai blog yang terbaik. Yang nombor 11 tu kemungkinan akan masuk dalam carta 10 Blogger Terbaik Malaysia insyallah....

Yakin Boleh !!^^

10 Blog Terbaik, 10 Blogger Malaysia Terbaik, 10 Blogger Terbaik Malaysia,

Selamat Pagi Cikgu!

10 comments

Senyum SIkit
Salam semua, pagi-pagi ni bangun-bangun jek dah kul 10.30 pagi..Adus agak lewat koz bangkit hari ini, mungkin kepenatan yang di alami semalam yang mengakibatkan koz terlena dengan begitu lama.
Ucapan Selamat Pagi
Semalam banyak tugasan yang harus disettlekan dengan tempahan design yang makin lama makin meningkat hari ke hari, syukur Alhamdulillah. Hari ini selepas Solat Jumaat baru mulakan kerja menyiapkan design-design yang lain.

Memang dugaan untuk menyiapkan design-design ini apabila PC telah menunjukkan tanda-tanda negetif, perkara negetif yang dimaksudkan adalah pc mengalami gangguan pada RAM yang sudah tidak mampu menahan kepantasan proses perjalan PC(dah macam saintis lak). Senang cerita kena upgrade RAM ke tahan MAX baru okey kot hahaha.

Buat masa ini masih belum boleh nak upgrade, nak kumpul duit tuk upgrade grafik card sekali nanti ahak. Semoga hari ini segala urusan berjalan dengan lancarnya...Amin...

p/s: Tajuk tu macam tak kena lah pulakkan...hihihi

17 Lokasi Yang Cantik Harus Kita Tuju

32 comments


Berikut adalah beberapa lokasi yang mungkin ingin anda tuju sebelum meninggalkan dunia ini. Apa salahnya jika kita meneroka bumi Tuhan yang kaya dengan keindahan ini. Rugi jika tidak mengambil masa untuk pergi ke tempat-tempat yang indah seperti ini..

1. The Skógafoss waterfall in southern Iceland
 


2. The town of Colmar in Northeast France
 

 

3. The Lavender Fields in Provence, France
 



4. The night sky over the Indian Ocean
 



5. Bern, the capital of Switzerland
 



6. The Kawachi wisteria garden in Kitakyushu, Japan
 



7. Catching the sunrise at the Vietnam Veterans Memorial in DC
 



8. The Tunnel of Love in Klevan, Ukraine
 



9. The Wulong Karst, a natural landscape located in China
 

 

10. This forrest somewhere in Japan
 



 

11. The Shiprock inselberg in New Mexico
 



12. The National Cherry Blossom Festival in DC
 



13. The sunset in Fjällbacka, Sweden
 



14. The Landmannalaugar region in Iceland
 



15. The Japanese Garden of Portland
 



16. This waterfall somewhere near the town of Oguni in Kumamoto Prefecture, Japan
 



17. This Aspen Forest in Colorado
 

12 Sifat Sahabat Sejati

12 comments






Lumrah manusia, ingin disayangi dan menyayangi. Kalau bukan dengan kekasih halal pun, paling tidak dengan sahabat sendiri. Oooopss ! Berkasih sayang antara sahabat sejantina bukan bermakna korang ni gay atau lesbian taw. Malah, kalau kita berkasih sayang antara sahabat kerana Allah, kita dapat naungan Allah di padang mahsyar lagi tu taw. MasyaAllah. Best kan?

Jadi, untuk mendapatkan seorang sahabat sejati yang diredhai Allah, kita sendiri perlulah perbaiki diri kita agar dapat menjadi seorang sahabat sejati bagi insan lain. 

Menurut Imam Al-Ghazali, sahabat sejati mempunyai 12 sifat. Apa dia? Jom buat checklist. =D


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.




2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.




3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.




4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.




5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.




6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.




7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.




8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.




9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).




10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.




11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.




12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.












Semoga dengan guideline yang telah diberi ni, kita akan dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat yang mempunyai sifat-sifat tersebut. InsyaAllah.♥





"Tidak sempurna iman salah seorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri."
-Riwayat al-Bukhari




Sepatah kata Iman Hayfa :

Cuba check balik, ada tak ciri-ciri ni kat sahabat kita masing-masing? Kalau belum ada, bukan bermakna dia tidak bagus, cuma mungkin kita belum nampak atau temui sifat tersebut dalam dirinya. Oh ya. Jangan lupa untuk doakan kesejahteraan sahabat-sahabat korang sentiasa taw ! ^__^


Haiwan Paling Berbahaya

6 comments

Salam semua, hari ini nak kongsikan kepada korang 7 Haiwan paling berbahaya yang mesti kita mengetahui. Haiwan-haiwan pemangsa ini adalah sangat agresif dan mempunyai kekuatan untuk membunuh. Mari kita lihat:

1. Belut Laut 

Gigitan kuat dari gigi tajam belut laut dapat mengakibatkan luka serius yang rentan terkena infeksi bakteri dari mulut hewan primitif ini. Belut ini kerap bersembunyi di celah-celah dan lubang karang pada siang hari dan berburu makanan di malam hari. Para ahli kelautan menyarankan penyelam untuk menjauhkan tangan dari celah atau lubang mencurigakan untuk menghindari serangan. Satu lagi, jangan pernah memberi makan hewan ini jika tidak mau diserang oleh kawanannya.


2. Singa Laut 

Singa laut dapat digolongkan sebagai binatang imut, mudah dilatih, dan banyak menjadi bintang di beberapa kebun binatang. Kendati begitu, hewan ini tak jarang pula menyerang manusia. Di California, AS, beberapa kasus serangan singa laut dilaporkan terjadi di pantai Manhattan, Newport, dan San Francisco pada 2006. Beberapa ilmuwan setempat mengatakan perilaku singa laut sulit diduga dan dapat tiba-tiba menjadi agresif. 


3. IKAN PARI-PARI

Nama hewan ini begitu banyak menyita perhatian dunia semenjak kematian tragis ahli biologi sekaligus pembawa acara "Crocodile Hunter" Steve Irwin pada 2006. Ekor ikan pari yang berbentuk seperti tombak dan mengandung banyak racun telah menusuk Steve dan membuatnya mengalami gagal jantung.



4. Buaya Air Asin 

Buaya air asin memiliki reputasi sebagai salah satu pemangsa paling ganas di dunia . Hewan yang dapat tumbuh hingga lebih dari enam meter dan berbobot 1.500 kilogram ini memiliki beragam mangsa, antara lain monyet, kanguru, banteng, ikan hiu, dan bahkan manusia. Dengan menggunakan kekuatan dahsyat, buaya air asin menggigit sambil memutar-mutar mangsanya di dalam air untuk melumpuhkan dan kemudian memakannya. 


5. Ikan Singa 

Menjadi ikan favorit penghuni aquarium, ikan singa terkenal dengan duri-durinya yang beracun. Walaupun tidak terlalu mematikan pada manusia, racunnya dapat mengakibatkan sakit kepala, muntah-muntah, dan gangguan pernafasan. Menurut beberapa laporan, gejala tersebut berlangsung selama beberapa minggu.


6. Ular Laut 
Ketakutan dasar manusia pada ular menempatkan spesies ini pada daftar hewan laut berbahaya. Namun pada kenyataannya ular laut ini hidup tersembunyi di laut dan tidak terlalu mengancam kehidupan manusia. Kendati begitu, racun ular ini tetap saja menjadi momok menakutkan. Dalam sekali gigitan, racun ular ini mampu melumpuhkan mangsa dan membunuhnya dalam hitungan detik. 


7. Ikan Buntal 
Racun mematikan bernama Tetrodotoxin (TTX) terkandung dalam ikan berbadan gendut ini. Racun yang lebih kuat dari sianida tersebut mengakibatkan kesulitan bernafas pada seseorang sebelum berujung pada kematian. Yang unik, sejumlah koki profesional di Jepang memisahkan bagian daging yang bisa dikonsumsi dari ikan buntal sebagai hidangan dengan cita rasa tinggi. 



Sumber : CVK

3 Fakta Mengapa Restoran Mamak Sangat Popular

11 comments



3 Fakta Mengapa Restoran Mamak Sangat Popular - Kenapa restoran India muslim atau dikenali sebagai Mamak di negara kita cukup popular terutama sekali apabila bercerita mengenai masakan dan gerai-gerai mamak yang bukan sedikit wujudnya di Malaysia. 

Apakah kekuatannya?

Masyarakat mamak atau disebut ‘mapley’ di Malaysia adalah keturunan Tamil-Muslim yang berwarganegara Malaysia.

Berabad dahulu, masyarakat India Muslim ini kebanyakkannya berhijrah dari India Selatan ke Semenanjung Tanah Melayu dan pelbagai lokasi di Asia Tenggara.

Kehadiran masyarakat India Muslim yang dianggap sebahagian daripada masyarakat India Malaysia ini melengkapkan lagi perpaduan kaum di negara kita.

Sama seperti penerimaan golongan ini ke Malaysia, begitu jugalah makanan mamak yang disajikan.





1. Beroperasi 24 jam

Carilah diceruk manapun, pasti gerai dan restoran mamak ini sentiasa beroperasi 24 jam.

Mungkin ini juga penariknya mengapa masakan mamak semakin diterima pelbagai golongan.

Dan tidak keterlaluan jika dikatakan ada juga yang ‘ketagih’ dengan makanan mamak.

Suatu ketika dahulu, orang India Muslim hanya berniaga nasi kandar secara kecil-kecilan di tepi-tepi jalan dan kemudiannya menawarkan minuman.

Ia kemudiannya dikembangkan kepada gerai yang lebih besar sehingga ke konsep restoran serta mempelbagaikan hidangan dengan operasi 24 jam.




Presiden Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed berkata, perniagaan restoran mamak mampu memperoleh pendapatan lumayan berdasarkan usaha gigih seseorang pengusahanya.

Industri restoran mamak mampu menjana ekonomi kira-kira RM8 bilion setahun berdasarkan kajian terhadap lebih 7,500 restoran mamak di negara ini.

Konsep makanan sepanjang masa pada harga berpatutan menjadi kunci utama kepada kejayaan tersebut.






2. Trend budaya masyarakat baru

Kewujudan restoran atau kedai makan yang beroperasi selama 24 jam sehari bukan sekadar menyediakan kemudahan pengunjung untuk mengisi perut yang lapar, tetapi fungsinya kini lebih daripada itu apabila turut dijadikan tempat bertemu, melepak dan mengadakan perbincangan dengan kenalan.

Kini, impaknya lebih drastik apabila turut disediakan perkhidmatan wifi yang membolehkan mereka online secara percuma walaupun hanya sekadar minum segelas teh tarik.

Suasana di restoran ini ‘hidup’ sepanjang hari tanpa mengira siang mahupun malam.





3. Selera pengguna

Dulu, masakan dan gerai-gerai mamak lebih popular di Pulau Pinang sahaja di mana cukup terkenal dengan nasi kandar.

Namun kini, pengusaha restoran mamak lebih cekap memahami selera dan citarasa pengguna serta mengikuti trend dan pasaran semasa.

Daripada nasi kandar, makanan berlauk dan bergoreng, makanan ringan, hidangan Asia serta Barat sehingga ke pastri dan kek, semunya tersedia di sini mengikut selera pelbagai golongan pelanggan yang terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah sehingga melibatkan orang kenamaan yang melibatkan masyarakat berbilang bangsa.

Pensyarah Antropologi Sosial di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Sarjit S. Gill, berkata, kewujudan restoran mamak 24 jam ini berjaya mengumpul masyarakat majmuk di negara ini.

Ia menggambarkan kehadiran restoran mamak 24 jam ini sebagai salah satu faktor yang menggalakkan pembentukan budaya masyarakat baru yang mengalami evolusinya yang tersendiri.




Sumber :CKV

Gambar Pencerobohan Lelaki Bersenjata Di Lahad Datu Sabah

12 comments


Gambar Pencerobohan Lelaki Bersenjata Di Lahad Datu Sabah - Satu kumpulan yang mendakwa mahu mengembalikan semula tuntutan Filipina ke atas Sabah dipercayai menjadi dalang di sebalik pencerobohan kira-kira 100 warga asing bersenjata ke Lahad Datu, Sabah, seorang pegawai Moro dipetik sebagai berkata.
Sabah di ceroboh, Pencerobohan kumpulan bersenjata di sabah, Gambar kumpulan bersenjata di sabah, 
“Laporan belum disahkan dari sumber-sumber kami berkata bahawa satu kumpulan yang menggelar diri mereka Tentera Diraja Kesultanan Sulu adalah di sebalik kehadiran kumpulan bersenjata yang tidak dibenarkan itu,” kata satu sumber yang enggan mendedahkan identiti kepada akhbar Gulf News.

Menurut laporan, kumpulan lelaki bersenjata terbabit yang menaiki beberapa bot kecil telah mendarat di Lahad Datu, Selasa lalu dan kini sedang berdepan secara ketenteraan dengan pasukan keselamatan negara

Laporan mengatakan bahawa kesemua lelaki berkenaan adalah warga Filipina, namun ia belum dapat disahkan secara rasmi.

Sumber berkenaan yang ditanya jika beliau pernah mendengar nama pasukan tentera seperti itu  sebelum ini sebaliknya berkata, matlamat kumpulan itu adalah untuk menjadikan Sabah sebahagian daripada Kesultanan Sulu.

Kesultanan berkenaan pernah wujud sebagai sebuah kerajaan yang kuat dengan pengaruh menjangkau dari Borneo, Selatan Filipina ke bahagian Visayas. Semasa kemuncak kuasanya dalam tahun-tahun 1700, Kesultanan berkenaan berkuasa ke atas wilayah kini dikenali sebagai Mindanao dan timur Malaysia.

Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila berkata, mereka masih tidak dapat mengesahkan jika 100 lelaki yang kini di Malaysia memang rakyat Filipina.

Menurut jurucakap hal ehwal luar, Raul Hernandez, Filipina menjalankan siasatan sendiri dalam kejadian itu.

“Pasukan keselamatan kami dan pegawai pertahanan sedang berhubung dengan rakan-rakan mereka di Malaysia dalam hal ini,” Hernandez berkata.

Terdahulu, terdapat juga laporan bahawa kumpulan lelaki bersenjata berkenaan adalah ahli kumpulan Abu Sayyaf yang berpusat di Sulu.

Kumpulan Abu Sayyaf kini melarikan diri dari operasi yang digerakan oleh Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro dalam wilayah selatan Filipina.

Abu Sayyaf menahan beberapa tebusan termasuk warga Jordan, Baker Atyani yang merupakan Ketua Biro Asia Tenggara Stesen Televisyen Al Arabiya yang berpangkalan di Dubai serta dua peminat burung warga Eropah dan dua orang warga Filipina.

Sementara itu, laporan Bernama dari Papar, Sabah menyebut, Kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik, termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan sekumpulan warga Filipina di perairan negara di Lahad Datu.

Sambil menegaskan keadaan di Lahad Datu, bahagian pantai timur Sabah terkawal, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan itu penting bagi memastikan kumpulan yang berjumlah antara 80 dan 100 anggota itu “keluar dengan selamat ke Selatan Filipina”, sekali gus mengelak pertumpahan darah.

“Ini yang kita nak kerana mereka ada juga saudara mara di sini…jadi kita tidak mahu ada nyawa yang terkorban dan sebab itu kita minta mereka balik dengan cara yang baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Padang Pekan Papar di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika ditanya perkembangan terkini di Lahad Datu berikutan laporan yang memetik Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkata, pasukan keselamatan menahan sekumpulan warga asing menyamar sebagai anggota tentera cuba menceroboh perairan negara di Lahad Datu.

Ahmad Zahid berkata beliau mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerjasama dengan polis mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.

Dalam menghadapi situasi genting itu, Najib, yang dimaklumkan tentang kejadian itu oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pagi ini, berkata: “anggota polis kini bertindak atau merupakan bulatan pertama mengepung kawasan tersebut dan bulatan kedua terdiri daripada pasukan anggota tentera.

“Dari segi kekuatan, kuasa tempur kita adalah lebih dari cukup untuk memberkas mereka, tetapi kerajaan memilih jalan untuk buat perundingan dengan mereka supaya mereka keluar dengan aman balik ke Selatan Filipina,” katanya.

Ditanya sama ada pihak berkuasa keselamatan Malaysia sudah mengenal pasti kumpulan itu, Najib berkata: “Lebih kurang kita sudah kenal pasti “.

“Tapi biarlah polis melakukan rundingan dengan mereka dan mudah-mudahan mencapai hasil dan kejayaan. Sebab mereka tak boleh ke mana, mereka dikepung…mereka tidak ada pilihan dan perlu cari jalan penyelesaian,” katanya.

Apabila ditanya sama ada kumpulan itu bersenjata atau sebaliknya, Perdana Menteri berkata perkara itu dalam makluman polis dan “jangan buat spekulasi”.

“Kita bukan mendedahkan maklumat dalaman…biar polis jalankan kerja mereka tanpa diganggu mana-mana pihak. Apa yang penting keberhasilan yang selesai tanpa pertumpahan darah,” katanya.

Mengenai tahap keselamatan dan kawalan di perairan negara terutama pantai timur Sabah, Najib berkata perairan Malaysia amat luas tetapi apa yang penting ialah “kita dapat maklumat cepat”.

“Kita mengepung mereka, bila dapat mengepung mereka, mereka tidak boleh ke mana. Kita mesti sedar lautan kita luas dan kita tidak boleh berada di setiap masa sentiasa 24 jam,” katanya sambil menambah pihak berkuasa kerajaan Malaysia sudah memaklumkan kejadian itu kepada kerajaan Filipina.– BERNAMA


Admin: Moga perkara ini dapat di selesaikan tanpa pertumpahan darah...
 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net