Template Hot! Mesra SEO Thesis For Blogger

19 comments


Salam semua, di sini di maklumkan template Thesis Blogger Template Version 2 yang di hasilkan oleh admin forblogger.net telah diubahsuai dari segi design dan ada beberapa penambahan dari sudut functionnya oleh budak nakal. 

Ubah suai yang dilakukan tidak banyak hanya sekadar dalam bentuk design dan ada sedikit penambahan  function terutama untuk gadget facebook comment dan Like box untuk promot fanpage blog anda. 

Jika anda berminat untuk milikinya bolehlah klik button download di bawah ini dan rasakanlah perubahan pada seo blog anda selepas menggunakannya kerana hasil yang di ubah suai functionnya oleh admin forblogger.com sangatlah mantap dan terbaik.




Sila klik button diatas untuk download sekarang version percuma Thesis Blogger Template Version Facebook !!

Untuk lihat Demo template ini sila lihat di SINI!!

Tips Download

Sebaiknya sebelum anda download template, pastikan removed terlebih dahulu semua sekali widget yang ada pada Dashboard > Layout Blog anda (jika ada sebarang kod button, iklan dan lainnya boleh anda simpan pada notepad buat sementara waktu). Kemudian upload xml file tersebut melalui cara berikut :-

Pengguna Old Blogger Interface

  1. Extract Zip File yang telah anda download
  2. Dasboard > Layout > HTML > tick Expand Full Widget
  3. Upload Thesis Blogger Template xml 
  4. Preivew, jika tiada sebrang kecacatan klik Save.
Pengguna New Blogger Interface
  1. Dasboard > Template > Edit HTML > Proceed > tick Expand Full Widget
  2. Copy (select all) code full template yang ada dalam file zip tersebut 
  3. Pastekan di HTML pada step 1 diatas tersebut
  4. Preview ; sekiranya tiada sebarang kecacatan, Save !!
Tambahan code pada HTML/Java Script blog
  1. Dasboard > Layout > Add a Gadget > HTML/Java Script
  2. Copy code di bawah dan pastekan kemudian save
<div id="fb-root"></div>
<script>(function(d, s, id) {
  var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
  if (d.getElementById(id)) return;
  js = d.createElement(s); js.id = id;
  js.src = "//connect.facebook.net/en_GB/all.js#xfbml=1&appId=262715227083319";
  fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); 

kredit:  forblogger.net

Gempar! Arwah Pulang selepas 3 hari dikuburkan

3 comments


Penduduk Padang digegarkan dengan peristiwa aneh  kerana ada seorang datuk berusia 75 tahun sudah dikubur boleh hidup kembali.

Datuk tersebut bernama Faizal (75). Dia dikuburkan pada Sabtu 15 Januari lalu pukul 15.00 ptg. namun pada hari Isnin 18 Januari pada pukul 15.30 ptg tiba-tiba dia pulang ke rumah.

Faizal tiba di rumah dengan dihantar oleh tentangganya. Keluarga yang sedang mempersiapkan majlis doa tahlil  lari ketakutan melihat datuk itu pulang dihantarkan tetangga.

Afrizon (35), anak Faizal  bercerita, ketika ayahnya  pulang orang yang datang ke rumah ingin membaca doa bersama langsung lari ketakutan.

“Mereka takut kerana ayah kan sudah dimakamkan tiga hari lalu,” katanya pada okezone

Kejadian bermula, ketika Afrizon melihat di media ada mayat tak dikenal di rumah mayat RSUP dr Djamil Padang yang ditemukan di Lubuk Alung, Kabupaten Padang Pariaman.

“Saya melihat gambar mayat itu mirip bapak saya, dan pada Sabtu kira-kira pukul 02.00 saya datang ke hospital itu dan memeriksa keadaan mayat tersebut, ciri-cirinya mirip dengan bapak saya,” tuturnya.

Ciri-ciri yang meyakinkan mirip dengan bapaknya itu pelipis kiri ada bekas goresan luka, pergelangan tangan kirinya ada jejak patah tulang, serta di celah-celah jari manis dan jari tengah ada peluru yang masih tertanam dan sudah menyatu dengan dagingnya.

Sementara bahagian dada ada bekas tembakan peluru dan begitu juga di perut ada bekaspembedahan. “Begitu pula wajahnya dan rambutnya mirip dan pakaian yang dikenakan juga sangat mirip, membuat saya percaya bahawa itu bapak saya,” katanya.

Pihak hospital juga tidak memiliki identiti mayat yang ditemukan polis itu, kemudian pada Sabtu g Afrizon bersama saudara lain mendatangi hospital itu untuk memeriksa kembali dan mereka setuju bahawa itu ayah mereka.

“Pada pukul 14.30 ptg mayat dimandikan dan langsung dikafani serta dibawa ke rumah. Pukul 15.00 ptg mayat yang sudah sampai di rumah langsung di kebumikan di tanah kelurgayang tak jauh dari rumah,” ulasnya.

Masuk tasik larangan boleh Bayar RM5

2 comments



SERI KEMBANGAN –Bayar RM5 boleh masuk tasik larangan “Tempat ini kawasan larangan tetapi kalau hendak masuk juga bayar RM5.”

Itu permintaan seorang pengawal keselamatan yang menjaga kawasan tasik The Mines Resort City di sini kepada orang ramai yang mahu memancing di tempat tersebut.

Meskipun pengawal terbabit menyedari tugasnya menjaga kawasan sekitar tasik daripada diceroboh tetapi disebabkan mahu mendapatkan sedikit keuntungan, mereka sanggup berbuat apa sahaja.

Situasi itu dapat dilihat sekiranya anda melalui Lebuh raya Besraya berdekatan Plaza Tol Mines apabila terdapat beberapa buah kenderaan yang diletakkan di bahu jalan manakala pemiliknya pergi memancing di tasik bersebelahan.

Keadaan itu mengundang rasa tidak puas hati pengguna lebuh raya berkenaan yang terpaksa berhadapan dengan masalah kesesakan terutamanya, pada waktu puncak.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila kenderaan pemancing yang diletakkan di tepi jalan mengganggu kelancaran lalu lintas.

Kanak-kanak perempuan maut dilanggar kereta bapa

Jom! comments


ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 bulan maut selepas dilanggar oleh bapanya yang sedang meletakkan kereta di hadapan rumah mereka di Felda Lubok Merbau, Padang Terap, kira-kira 6.50 petang semalam.
   kanak-kanak mati di langgar bapa, Bapa langgar anak, maut langgar anak sendiri
Ketua Polis Daerah Padang Terap, DSP Ku Yaacob Ku Hamad berkata, kanak-kanak itu, Auni Elia Aifa Mohd Uzair meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Lubok Merbau akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
   
Katanya kejadian berlaku ketika bapa kanak-kanak itu, Mohd Uzair Zul, 35, hendak meletakkan kereta di hadapan rumah selepas mengisi minyak di stesen minyak milik keluarga itu yang terletak berhampiran kediaman mereka.
   
"Berdasarkan laporan yang dibuat bapa mangsa...dia hanya menyedari keretanya terlanggar sesuatu apabila tayar belakang terasa seperti terseret benda...bapa mangsa langsung tidak menyedari anaknya berada di situ ketika kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
   
Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian.
   
Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lubok Merbau kira-kira pukul 3 pagi ini. - Bernama

Selangor tewaskan Singapore 3-1

1 comments



THE Red Giants  berjaya mengakhiri penantian tiga  tahun untuk menjulang Piala Sultan Selangor edisi ke-11  apabila mudah menewaskan pilihan Singapura 3-1 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Kemenangan ini sekali gus menyaksikan Selangor berjaya merampas kembali piala kebanggaan itu setelah tiga  tahun berturut-turut Singapura memenanginya.

Beraksi di hadapan lebih 65, 000 penonton di gelanggang sendiri, Selangor memulakan perlawanan dengan agresif dan melancarkan serangan ke kubu Singapura.

Tuan rumah hampir mendapatkan jaringan awal pada minit ke-4 menerusi percubaan Safee Sali. Bagaimanapun sepakannya tersasar.

Pada minit kelapan, Selangor sekali lagi  hampir mendahului lawan namun, percubaan Bosko Balaban melepasi tiang gol.

Tersentak dengan serangan daripada tuan rumah, pasukan pelawat mengatur strategik akhirnya percaturan yang dilakukan berhasil apabila Aleksandar Duric menjaringkan gol pada minit ke-23.

Bagaimanapun, gol tersebut tidak menyentap semangat juang anak buah Irfan Bakti apabila turut melancarkan serangan ke kubu lawan.

Kesilapan pemain Singapura yang menjatuhkan Amri Yahya di kotak penalti   terhukum apabila  pasukan tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan menerusi  Safiq Rahim melalui sepakan penalti pada minit ke-32.
Babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah memperkemaskan corak permainan dengan aksi yang lebih tersusun.

Serangan bertali arus tuan rumah akhirnya berjaya menjarakkan kedudukan apabila sepakan luar penalti Bosko Balaban membolosi gawang lawan pada minit ke-54.

Keghairahan tuan rumah dalam memburu kemenangan akhirnya tertunai apabila Rozaimi Abdul Rahman menjaringkan gol sekali gus menutup tirai perlawanan dengan 3-1.


Senarai barisan pemain Selangor:

Veenod
Ramez Dayoud
Mohd Nasriq Baharom
Mohd Safee Sali
Safiq Rahim
Bosko Balaban
Helmi Loussaief
Mohd Bunyamin Umar
Gunalan A/L Padathan
Mohd Amri Yahya
Norazlan Razali (PG)

Senarai barisan pemain Singapura:

Ito Takuma (PG)
Kawakami Norhiro
Syed Mohd Fadhli Syed Naser Al-Yahya
Muhammad Jufri Taha
Kwok Wing Hong Fabian
Muhammad Hafiz Abu Sajad
Aleksandar Duric
Stefan Milojevic
Shah Hirul Mohd Yusof
Ismadi Muhammad Muhktar
Mohammed Jamil Mohammed Ali

Rusdi Ramli Gembira Dapat Anak Lelaki. Inginkan Anak Perempuan.

9 comments


Rusdi Ramli dapat Anak Lelaki Kalau ada rezeki inginkan anak perempuan.
Pelakon Rusdi Ramli pastinya amat gembira kerana isterinya sudah pun selamat melahirkan anak kedua mereka pada pagi Selasa lalu. Dengan kelahiran bayi lelaki ini bermakna Rusdi kini sudah punyai tiga orang anak lelaki.

Merujuk pada akhbar online mStar, Rusdi berkata dia pernah berharap dikurniakan anak perempuan sebelum ini kerana sudah mempunyai dua anak lelaki namun tidak kesampaian apabila anak ke-tiganya juga lelaki.

“Pada awalnya memang saya berharap dikurniakan anak perempuan kerana saya sudah ada dua anak lelaki. Namun, selepas melihat keputusan proses imbasan, saya dan Sharon mengetahui bahawa kami akan dapat anak lelaki lagi

“Saya gembira dan bersyukur dengan kelahiran ini walaupun belum ada rezeki untuk kami menimang anak perempuan,”

Selain itu, bercerita mengenai kelahiran itu, Rusdi berkata, dia bercadang untuk mengekalkan huruf R pada pangkal nama bayi itu seperti dua anaknya yang lain.

“Saya bercadang untuk berikan namanya Ryan Redza. Daripada awal lagi saya sudah rancang untuk kekalkan huruf R pada pangkal nama anak-anak seperti dua abangnya.

“Nama itu belum didaftarkan lagi kerana masih banyak perkara yang perlu diuruskan.

“Saya agak letih dan kurang tidur sejak anak dilahirkan, maklumlah sudah tiga tahun saya tidak ada anak kecil,”

Tahniah buat Rusdi Ramli dan isteri diatas kelahiran anggota baru dalam keluarga mereka. Semoga anak tersebut membesar menjadi insan berguna kelak.

Terkini Pembentangan Belanjawan Bajet 2013

1 comments



Pembentangan Bajet 2013 Bajet 2013 (Bajet Pilihanraya Umum Ke 13) Pada 28 September 2012.

Bajet 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati".


Inilah dia Intipati pembentangan Bajet (Belanjawan) 2013 :-
  • Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.
  • RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.
  •  RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.
  • RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
  • Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
  • Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
  • SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
  • Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
  • Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.
  • KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.
  • Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.
  • Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.
  • Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.
  • RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
  • RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
  • RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
  • Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.
  • RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.
  • Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
  • Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
  • Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
  • Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  • RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air.
  • RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014.
  • Lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun.
  • Memberi penekanan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. RM5.8 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
  • RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian.
  • RM75 juta bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan.
  • RM432 juta disediakan untuk program penanaman semula pokok kelapa sawit di bawah NKEA sektor perladangan.
  • RM127 juta disediakan untuk pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi yang dapat mengubah komposisi industri hiliran.
  • Empat kawasan jelapang padi baru dibuka dan diperluas iaitu di Kota Belud, Batang Lupar, Rompin dan Pekan. Pertambahan seluas 19,000 hektar dengan penyertaan 12,237 pesawah dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik dengan perbelanjaan sebanyak RM140 juta.
  •  RM230 juta diperuntukkan sebagai insentif tangkapan ikan dan bayaran elaun bantuan sara hidup nelayan. Pada masa ini kerajaan memberi elaun sara hidup RM200 sebulan kepada nelayan, menyediakan insentif pada kadar 10 sen hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan dan memperkenal skim perlindungan insuran nelayan.
  • Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
  • Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
  • RM9 bilion atau 43% daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
  • Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
  • Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
  • DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
  • Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  • Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
  • Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
  • Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4 bilion hingga RM6 bilion.
  • RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
  • RM2.4 bilion diperuntukkan bagi pemberian subsidi dan intensif pertanian. Bantuan ini termasuk RM480 juta bagi subsidi dan insentif padi yang merangkumi pemberian subsidi harga padi, RM465 juta pemberian subsidi baja padi, RM80 juta insentif peningkatan hasil padi, RM563 juta insentif pengeluaran harga padi, RM528 juta subsidi harga beras dan RM85 juta subsidi benih padi sah.
  • Memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar, yang dapat memanfaatkan 172,000 pesawah. Buat permulaan kerajaan memperuntukkan RM50 juta.
  • RM41 juta diperuntukkan bagi projek Azam Tani bagi memberi manfaat kepada 6,730 peserta keluar daripada garis kemiskinan.
  • RM38.7 diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan.
  • Peruntukkan tambahan RM500 juta bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras, yakni Bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, sains dan matermatik melalui pendekatan "Higher Order Thinking Skills".
  • Tambahan RM1 bilion lagi kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.
  • RM1.2 bilion diperuntukkan bagi pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional.
  • Peruntukkan RM380 juta disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah.
  • Kerajaan mencadangkan geran pelancaran RM10,000 kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) swasta untuk membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti. Dianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat.
  • Potongan cukai dua kali akan diberi kepada majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan.
  • Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.
  • Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015.
  • Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus menjelang 2015.
  • Sistem percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruh dan saksama.
  • Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip "nilai untuk wang".
  • Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan kemudahan sukan.
  • Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara.
  • Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan dikenakan pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima tahun tidak dikenakan CKHT.
  • Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai.
  • Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta.
  • Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.
  • Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.
  • Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.
  • Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.
  • Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam sekitar.

Subsidi Gula Dikurangkan Sebanyak 20 sen

Jom! comments


Subsidi Gula Dikurangkan Sebanyak 20 sen

KUALA LUMPUR – Subsidi gula telah dikurangkan sebanyak 20 sen sekilogram bermula hari ini. Tindakan pengurangan subsidi itu mendapat sokongan daripada persatuan pengguna serta pengamal kesihatan.

“Namun kerajaan masih lagi menanggung subsidi gula sebanyak 34 sen sekilo yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM278 juta,”

Perdana Menteri berkata, keputusan tersebut turut diambil kira dari jumlah 2.6 juta rakyat Malaysia yang menghidap diabetis ketika ini.
Harga gula di malaysia 2012
Berdasarkan rekod, gula yang sebagai barangan kawalan telah mengalami kenaikan harga sebanyak 4 kali sejak 1 Januari 2010, iaitu sebanyak RM0.20 sekilogram, RM0.25 – (18 Julai 2010), RM0.20 – (4 Disember 2010) serta kali terakhir pada 10 Mei 2011 iaitu (RM0.20 sekilogram) menjadikan harga runcit RM2.30 sekilogram hingga kini.

Kenaikan tersebut juga disebabkan beberapa faktor di luar kawalan kerajaan seperti perubahan cuaca, bencana alam di negara pengeluar komoditi serta harga pasaran dunia memberi kesan kepada perubahan sesuatu harga barang.

Najib berkata, di sebalik pengurangan subsidi barangan kawalan tersebut, kerajaan berharap peniaga tidak bertindak bagi membebankan masyarakat keseluruhan dengan menaikkan harga barangan sebaliknya mengurangkan kandungan gula di dalam produk yang diniagakan.

“Gula yang diambil secara berpatutan adalah lebih baik, namun jika diambil secara berlebihan ia mampu menjadi racun,”

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion untuk menstabilkan harga minyak masak di pasaran.

Beliau berkata, peruntukan tersebut juga adalah bai menampung perbezaan harga serta kuota penggunaan minyak masak yang semakin meningkat ketika ini. – Info

Nabila Huda sayangkan Johan As'ari

2 comments




"Saya sayang dia!" itulah ayat yang keluar daripada mulut pelakon Nabila Huda, apabila ditanya mengenai hubungannya dengan Johan As'ari.
Nabila Huda dan Johan As'ari bercinta
Bagaimanapun, kenyataan itu bukan bermaksud Nabila sedang bercinta dengan aktor yang terkenal menerusi drama bersiri, Juvana itu.

Jelas Nabila, dia dan Johan hanya berkawan baik.

"Ikhlas saya katakan, saya memang sayangkan dia, tetapi kami sekadar kawan baik.

"Mungkin orang melihat kami seperti pasangan kekasih, namun tidak sampai ke tahap bercinta seperti yang disangka," katanya ketika ditemui selepas pelancaran drama terbaru lakonannya, Julia di Sri Pentas TV3, kelmarin.

Tambah pelakon berusia 28 tahun ini, dia selesa bersama Johan memandangkan Johan menerima dia seadanya.

"Dia tidak kisah berkawan dengan saya walau pun saya seorang yang lasak dan ringkas.

"Itu yang membuatkan kami jadi rapat, apa pun ia bukan jaminan bahawa hubungan kami akan menjadi lebih serius," kata ibu kepada Keisha Laila, 2 tahun setengah ini.
Hubungan cinta Nabila Huda dan Johan As'ari
Dalam pada itu, Nabila berkata, dia juga sering memberi nasihat kepada pemuda berusia 26 tahun itu mengenai kerjaya dan imejnya.

"Memang saya banyak membimbing dia jika perkara itu berkaitan dengan karier, lagi pun dia masih muda, perlu memberikan perhatian kepada karier terlebih dahulu.
Nabila Huda dan Johan As'ari berkahwin
"Bagi saya, Johan masih belum bersedia melangkah ke gerbang perkahwinan dan saya mahukan lelaki yang matang serta mampu menerima saya dan anak," katanya.



Tiga perogol gadis bawah umur ditahan

4 comments



Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan semalam setelah  ditahan pihak polis kerana  dituduh merogol seorang gadis bawah umur secara bergilir-gilir dalam bilik sebuah rumah tidak bernombor kawasan projek pertanian komoditi Kampung Janglau, Rompin, 17 September lalu.

Pertuduhan terhadap, Mohamad Redzuan Noorazlan, 19, dari Sungai Puteri Rompin, Mohamad Hafis Haikal Rahayub, 18 dari Kampung Janglau dan Ahmad Sauqi Abdul Rahman, 18 beralamat di Kuarters Pusat Pembangunan Komoditi Janglau dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad.

Ketiga-tiga tertuduh yang diwakili peguam mereka, Mohd Fadzli Mohd Ramly bagaimana pun mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Hidayatul Syuhada Samsuddin itu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, ketiga-tiga rakan terbabit didakwa merogol mangsa yang baru berusia 13 tahun sembilan bulan secara bergilir-gilir antara jam 11.30 hingga 12 tengah malam, 17 September lalu.

Berikutan perbuatan mereka itu, satu laporan polis dipercayai dibuat keluarga mangsa sehingga membawa kepada penahanan tertuduh awal pagi 19 September lalu.

Bagi kesalahan itu mereka berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh bagaimana pun Mohd Fadzli tampil membuat rayuan mewakili anak guamnya memohon jumlah itu dikurangkan.

Dalam rayuannya itu, Mohd Fadzli memberi alasan, tertuduh pertama bekerja sebagai buruh ladang dengan pendapatan RM500 sebulan dan terpaksa menanggung ibu serta empat adiknya.

“Sementara itu, tertuduh kedua yang mempunyai enam adik beradik masih ditanggung keluarga dengan hasil pendapatan bapanya sebagai nelayan manakala Ahmad Sauqi terpaksa menyara keluarga termasuk lima adiknya dengan pendapatan sebanyak RM800 sebagai kelindan lori,” katanya.

Disebabkan kemampuan keluarga ketiga-tiga tertuduh yang terhad dia memohon kepada mahkamah agar menetapkan jaminan ke atas anak guamnya sebanyak RM2,000.

Bagaimana pun jumlah yang dimohon itu ditolak mahkamah kerana terlalu rendah sedangkan hukuman yang diperuntukkan untuk kesalahan tersebut penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mahkamah juga tidak dapat mempertimbangkan rayuan tertuduh untuk mendapatkan separuh daripada jumlah  yang ditawarkan sebaliknya menetapkan jaminan RM4,000 setiap seorang dengan seorang penjamin manakala 29 Oktober depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan kes itu  seterusnya dalam mahkamah sama.

sumber sinar

Kemalangan Wanita hamil 8 bulan maut

6 comments




Hasrat pasangan suami isteri untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 9.5 Jalan Baru Bentong-Raub, kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Ketika itu, Jefri Khusairi, 28, bersama isterinya, Norazila Amira Radzuan, 24, yang mengandung lapan bulan dalam perjalanan balik dari rumah keluarga mereka di Kampung Lebu ke Kuala Lumpur menaiki kereta jenis Persona.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, setibanya di tempat kejadian, sebuah kereta Wira dipandu anggota tentera, Mohd Romdan Ideris, 25, dari arah Bentong ke Raub dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan.

Menurutnya, kereta Wira itu dipercayai berpusing sebelum bertembung dengan kereta dinaiki pasangan suami isteri tersebut.

“Mohd Romdan yang memandu seorang diri, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Manakala, Norazila Amira pula disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bentong bersama kandungannya.

"Jefri pula cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh,” katanya.

Abdul Aziz berkata, mayat kedua-dua mangsa dituntut keluarga masing-masing tengah hari semalam untuk dikebumikan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Gambar Hot! Aaron Aziz seksi berkemban

4 comments


Aaron Aziz berkemban bertualakan pink!! wow memang hangat tajuk artikel ini. Tetapi semuanya hanya babak di dalam filem Ngorat yang bakal di tayangkan pada 4 oktober ini dimana Aaron aziz memegang watak sebagai Arjuna Kasih, watak khayalan Ijam (Iedil Putra) yang diberikan masa 40 hari untuk mendapatkan awek ataupun dia akan bertukar menjadi lembut.


Video Masterchef Malaysia Musim 2 Episod 4

3 comments


Mari tonton Masterchef Malaysia musim kedua episod 4. 
 Untuk Masterchef Malaysia episod 3 anda boleh tonton di sini.


Video Masterchef Malaysia Musim 2 Episod 3

2 comments


Mari tonton Masterchef Malaysia musim kedua episod 3. 
 Untuk Masterchef Malaysia episod 2 anda boleh tonton di sini.


Video Masterchef Malaysia Musim 2 Episod 2

1 comments



Mari tonton Masterchef Malaysia musim kedua episod 2. 
Untuk Masterchef Malaysia episod 1 anda boleh tonton di sini.





Video Masterchef Malaysia Musim 2 Episod 1

1 comments


Mari tonton Masterchef Malaysia musim kedua episod 1


mc1 by oryctolagus

Hafiz sertai Festival ABU Song 2012 Korea

1 comments



Shila Amzah telah mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya menjuarai pertandingan Asian Wave di China. Kali ini giliran penyanyi kelahiran Akademi Fantasia iaitu Hafiz pula untuk menyertai pertandingan nyayian di Korea. Hafiz akan menyertai pertandingan  Festival ABU Song 2012 yang bakal diadakan pada bulan Oktober ini.

Segala perbelanjaan Hafiz ke Korea Selatan dari segi penginapan, makanan dan penerbangan ditanggung sepenuhnya oleh RTM. Manakala perbelanjaan untuk pengurus peribadi dan juru solek ini akan ditanggung oleh pihak pengurusan Astro.
Hafiz Sertai Pertandingan Di Korea
Dalam pertandingan tersebut, Hafiz diwajibkan mendendangkan lagu Awan Nano dan berkemungkinan besar bakal mendendangkan sebuah lagu Korea yang masih belum dipilih lagi.

Semoga Hafiz berjaya di dalam pertandingan ini dan sekaligus membuktikan yang Malaysia memiliki ramai penyanyi berbakat besar.

Zoom! Tujuh fakta mengenai Izara Aishah

Jom! comments


Tujuh fakta mengenai Izara Aishah | 
Izara Aishah nama tidak asing lagi dalam dunia lakonan masakini. Izara Aishah semakin dikenali oleh peminat filem dan drama tempatan. Lakonannya dalam drama Soffiya seakan membuka mata peminat dan kini wajah Izara dapat dilihat di mana-mana apabila muncul selaku duta untuk beberapa produk popular.

Kali ini akan dikongsikan kepada anda tujuh fakta mengenai Izara Aishah ini .

1. Izara sebenarnya lebih meminati bidang tarian berbanding lakonan. Untuk makluman, Izara mengetahui pelbagai jenis tarian yang semuanya dipelajari sendiri. Apabila diberi peluang untuk berlakon, Izara pun mengambilnya kerana bidang lakonan merupakan pilihan kedua selepas bidang tarian.

2. Tidak gemar memakai selipar yang flat. Jika terpakai, Izara akan berasa pelik dan tidak selesa. Nasib baiklah zaman sekarang sudah ada wedges. Banyak sikit pilihan kasut untuk Izara pakai.

3. Izara pernah belajar Muay Thai ketika berumur 16 tahun. Sayangnya aktiviti tersebut telah terhenti akibat tiada masa untuk ke gym. Berkemungkinan besar Izara akan aktif ber”Muay Thai” semula di masa akan datang. Jadi hati-hati kalau berjumpa Izara. Takut di”Muay Thai”kannya nanti.

4. Izara tidak boleh bawa motor. Izara pernah bawak sekali dan akhirnya kena langgar di depan rumah. Akibat Izara tak boleh jalan dan terpaksa guna tongkat. Kini Izara fobia dengan motor. Jadi kalau nak ajak dating, pastikan anda ada kereta.

5. Izara tidak boleh minum air kosong atau pun air mineral (ini bahaya, sila jangan tiru). Air yang diminum oleh Izara kena ada warna. Paling pelik, jika Izara minum air suam, dia akan terasa nak muntah. Tambah memelikkan, apabila Izara minum milo dia tak boleh tidur. Namun kalau minum kopi, akan terus mengantuk. Misteri sungguh kan?

6. Sehingga hari ini, Izara masih menari setiap hari. Bila sedih, happy, penat, stress atau ada problem, Izara akan menari sampai tak boleh bangun. Ini ialah salah satu cara untuk Izara lepaskan segala tekanan. Senang cerita, menari ialah passion Izara.

7. Dan fakta yang paling menarik ialah, rambut Izara sebenarnya kerinting macam Maggi.


Gambar Mantap! Aaron Aziz Tayang Otot Lengan

Jom! comments



Bila di lihat pada tubuh badan tegap Aaron Aziz memang boleh dikategorikan ia sebagai lelaki maskulin. Walaupun sudah bergelar suami dan ayah kepada dua orang anak, penampilan Aaron seakan masih bujang lagi. Berikut adalah gambar dimana Aaron Aziz menayangkan bisepnya.
Gambar Mantap! Aaron Aziz Tayang Bisep


Gambar Hot! Neelofa bersama teddy bear besarnya

4 comments



Jom lihat gambar Neelofa bersama-sama Teddy Bear besarnya. Bestnya kalau dapat satu, boleh juga buat peluk time tidokan.


Pelajar dicekup berkhalwat bersama teman lelaki

4 comments



Tindakan seorang penuntut kolej membawa pulang teman lelaki ke rumah sewa setiap hujung minggu sehingga mendatangkan syak wasangka dalam kalangan jiran tetangga sehingga perbuatan tidak bermoral itu berjaya dihidu pihak berkuasa.

Susulan itu, satu serbuan dilakukan penguat kuasa syariah kira-kira jam 10.45 malam Ahad lalu, berjaya menahan sepasang kekasih yang berada berdua-duaan di sebuah rumah flat, dekat sini.

Ketika ditahan, gadis berusia 21 tahun yang sedang menuntut di salah sebuah kolej swasta itu difahamkan hanya berseluar pendek dan memakai baju singlet tanpa pakaian dalam.

Ketika serbuan, pasangan itu mengaku mempunyai hubungan sebagai sepupu, namun setelah disoal siasat kedua-duanya tidak mempunyai hubungan muhrim.

Gadis berasal dari Bukit Tunggal dikatakan sedang menjalani latihan amali di Pejabat Kesihatan Dungun, manakala teman lelakinya yang berasal dari Padang Nenas, Kuala Terengganu, kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan selepas diikat jamin oleh keluarga masing-masing.

Pasangan yang mengaku bakal mengikat tali pertunangan itu akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun, 29 Oktober nanti atas dakwaan khalwat mengikut Seksyen 31(a) (b), Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.


2 anggota polis ditembak semasa ronda stabil

2 comments


Dua anggota polis unit peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields yang dilaporkan parah ditembak sekumpulan penjenayah semalam berada dalam keadaan stabil dan tidak mengalami kecederaan serius.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dua anggota berpangkat Koperal itu yang kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bersemangat untuk kembali bertugas.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kedua-dua anggota polis itu di PPUM di sini hari ini.

Khalid yang diiringi Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dan Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abd Bari Wan Abd Khalid meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat mangsa yang ditempatkan di Tingkat 6 dan 7 pusat perubatan itu.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 petang semalam itu, dua anggota berkenaan ditembak ketika cuba melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kereta yang dinaiki empat lelaki di persimpangan lampu isyarat di kawasan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya berdekatan Kuchai Lama di sini.

Tembakan tersebut menyebabkan Koperal R. Subramaniam, 52, cedera di bahagian perut dan rakan setugasnya Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, cedera di leher.

Khalid berkata, dua anggotanya turut melepaskan tembakan ke arah suspek sebagai mempertahankan diri namun tidak dapat dipastikan sama ada mengenai sasaran dengan penjenayah berjaya melarikan diri.

Sementara itu, Ku berkata tiga das tembakan telah dilepaskan anggota berkenaan ke arah suspek dan dipercayai telah terkena tangki minyak kereta Proton Saga yang dinaiki penjenayah.

Tembakan itu menyebabkan berlaku kebocoran pada tangki petrol dan telah memaksa mereka meninggalkan kereta yang dinaiki kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian sebelum melarikan diri dengan berjalan kaki, katanya.

Beliau berkata, polis belum dapat mengenal pasti identiti empat penjenayah terbabit, manakala siasatan mendapati kereta yang digunakan bukan kereta yang dicuri sebaliknya telah dijual oleh pemilik asal kepada orang lain.

"Setakat ini lima saksi yang berada di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuchai Lama menuju ke Lebuhraya Maju telah diambil keterangan dan usaha mengesan dan memburu suspek giat dijalankan," katanya.

Bagi Subramaniam, kejadian itu merupakan pengalaman pahit pertama yang dilaluinya sejak menyertai pasukan polis 31 tahun lepas.

"Semasa saya dan Azlan menghampiri kereta itu untuk membuat pemeriksaan, tiba-tiba saya lihat seorang daripada empat suspek di dalam kereta mengeluarkan pistol dan menembak ke arah kami.

"Kejadian berlaku sangat cepat. Kami sempat membalas tembakan sebelum rebah di tempat kejadian," katanya yang mempunyai seorang isteri dan dua anak berumur 23 dan 28 tahun. – Bernama

Gempar! Gadis hina ayah di Facebook

1 comments


Dunia facebook makin lama makin hangat dengan pelbagai ragam dan sosial pada para remaja masakini. Terkini berkenaan isu gadis ini yang sanggup menganggap teguran ayahnya adalah sesuatu teguran paksaan dan sanggup menganggap teguran ayahnya adalah " menganjeng".




Gambar Hot! Wawa Zainal bertudung dan Biodata

5 comments



Bila lihat gambar Wawa Zainal bertudung pasti ramai yang akan mengatakan Wawa Zainal sangatlah ayu dengan pemakaian tudung ini. Jom lihat gambar bertudung Wawa Zainal  yang lain.





Biodata dan profile Wawa Zainal 

Nama Sebenar : Nur Hawa Zainal Abidin
Nama Komersial : Wawa Zainal
Tarikh Lahir : 12 March 1991
Umur : 21 tahun
Asal : Lahad Datu, Sabah
Keluarga : Anak ke 8 dari 11 adik-beradik
Sekolah : St. Dominic Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Drama : Ana Lu'lu, Bunga-bunga syurga, Cinta Untuk Emelda


Sham Kamikaze Dan Isteri Disahkan Cerai

2 comments


Hasrat isteri kepada komposer dan pendakwah bebas Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar yang ingin menuntut cerai daripada suaminya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis menjadi sebaliknya apabila pasangan tersebut sebenarnya disahkan bukan lagi suami isteri sejak 1 September tahun lalu.

Ia disebabkan tindakan rujuk yang dilakukan oleh pasangan tersebut secara perbuatan selepas 15 hari lafaz cerai dibuat adalah tidak sah mengikut mazhab Syafie.

Mereka juga telah melakukan perbuatan “muasyarah” iaitu yakin hidup sebagai suami isteri tanpa menyedari pernikahan mereka sudah terbatal.

Malah pasangan berkenaan juga tidak melaporkan lafaz cerai berkenaan kepada pihak mahkamah.

Hakim Syarie, Atras Mohammad Zin memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pasangan tersebut dalam sebutan kes mereka di sini pada Khamis.

Atras berkata, perbuatan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, (defendan) yang tidak melaporkan lafaz cerai dan kembali rujuk itu menyalahi undang-undang syariah negeri itu selain bercanggah dengan hukum syarak yang telah ditetapkan.

"Walaupun rujuk secara perbuatan itu tidak salah dari segi hukum tetapi defendan harus melihat ia mengikut konteks undang-undang dan mazhab yang diguna pakai di negara ini.

"Defendan sepatutnya merujuk perkara berkenaan kepada mahkamah syariah untuk memutuskan perkara itu sebagai sah atau pun tidak," ujarnya.

Sehubungan itu katanya, kedua-dua pasangan tersebut sebenarnya tidak lagi menjadi suami isteri selepas lafaz cerai itu dibuat walaupun Sham menganggap dia sudah rujuk semula dengan Farazila, 31, (plaintif).


Sham hadir sendirian ke mahkamah.
"Dengan ini mahkamah mengesahkan pihak defendan dan plaintif sah bercerai kali pertama pada tarikh tersebut dan rujuk perbuatan yang dibuat adalah tidak sah," katanya.

Sham dalam keterangannya memberitahu mahkamah dia telah melafazkan cerai terhadap Farazila di rumah mereka di Kondominium Sri Bayu USJ, Subang Jaya di sini kira-kira pukul 7 malam, 1 September 2011 dan kembali rujuk dengan perbuatan pada 16 September 2011.

Dia bagaimanapun mengakui tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak mahkamah.

Dalam pada itu, Farazila dalam keterangannya memberitahu selepas kembali rujuk mereka telah tinggal bersama sehingga 30 Ogos lalu iaitu pada hari dia memfailkan permohonan cerai terhadap Sham.

Berikutan pengesahan itu hakim memerintahkan plaintif menjalani edah muasyarah selama tiga bulan atau tiga kali suci bermula daripada tarikh dia tidak lagi tinggal sebumbung dengan defendan.

Mahkamah turut memerintah Farazila untuk membatalkan permohonan cerai yang dibuatnya sebelum itu.

Terdahulu pasangan tersebut hadir ke mahkamah untuk mendengar sebutan tiga permohonan yang dibuat oleh Farazila iaitu pengesahan cerai, rujuk dan permohonan cerai.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 17 Ogos 2008 secara kecil-kecilan di kampung halaman Farazila di Batu Pahat, Johor.

Farazila hadir dengan berpakaian jubah hitam berserta tudung ungu ditemani oleh dua orang ahli keluarga manakala Sham yang berbaju putih dan berkopiah hadir seorang diri.

Kedua-dua pasangan itu tidak diwakili peguam.

Sementara itu di luar mahkamah Farazila berkata, sebelum ini dia pernah menggesa Sham untuk melaporkan perkara itu ke mahkamah bagi mendapat kepastian tentang status perkahwinan mereka tetapi ditolak oleh bekas suaminya itu.

Menurut Farazila, Sham mengatakan perbuatan rujuk melalui perbuatan itu adalah sah selepas dia mendapat pandangan daripada ustaz selain berpandukan buku-buku agama walaupun tidak melaporkannya kepada mahkamah.

"Secara dasarnya ada hikmah saya memfailkan permohonan cerai pada 30 Ogos lalu kerana ia telah menyelesaikan kes lafaz cerai dan rujuk yang dibuat oleh dia (Sham) sebelum ini.

"Saya lega kerana segala-galanya telah selesai hari ini (Khamis) dan berharap akan lebih tenang selepas ini," katanya.

Manakala Sham pula memberitahu, dia reda dengan ketentuan Allah terhadap keputusan mahkamah dan enggan mengulas mengenai punca keretakan rumah tangga mereka berdua

Gambar Hot! Khairul Fahmi dan Leuniey bercinta

Jom! comments


Khairul Fahmi dan Leuniey sah bercinta. Itulah maklumat yang terkini dan terhangat mengenai penjaga gol bola kebangsaan kita ini yang juga dikenali sebagai Apek. Apa yang boleh dikatakan Khairul Fahmi dan Leuniey amatlah sepadan. Moga hubungan ini dapat dikekalkan hingga ke jinjang pelamin.






Gambar Hot! Nora Danish berbaju sekolah

1 comments

Nora Danish berbaju sekolah
Jika dilihat pada kecomelan Nora danish berbaju sekolah ini pasti ramai pelajar lelaki berebut-rebut untuk bercouple dengannya. Silap-silap tak fokus belajarlah jawapnya ya. Di sini koz kongsikan beberapa keping gambar Nora danish berpakaian sekolah, serius comel gila.....







Gambar Hot! Liyana Jasmay Dan Fathuddin

3 comments


Liyana Jasmay Dan Fathuddin dikatakan berdating di sekitar Kota New York. Kehadiran Fathuddin amat mengejutkan Liyana Jasmay apabila mengetahui buah hatinya itu sanggup turun ke Kota New York untuk menemaninya.



Download Janji Kita Tv9

4 comments


Mengisahkan tentang enam sahabat baik iaitu Shafik, Daniel, Ryan, Rina, Farah dan Tini yang mempunyai latar hidup sama iaitu anak yatim.Kesusahan hidup yang menghimpit mereka menjadikan mereka terpaksa tinggal di rumah anak yatim.

Keenam sahabat ini melalui hidup bersama sehingga suatu hari, mereka menjadi saksi kepada Farah yang menjadi mangsa rogol Pak Wan. Setelah kejadian itu, mereka mengadu kepadaHajah Halimah nanum Hajah Halimah tidak percaya kerana Pak Wan merupakan seorang dermawan yang disegani.

Detik hitam itu membuatkan mereka berjanji untuk datang kembali selepas dewasa untuk mendapatkan keadilan buat Farah. Masa berganti masa, enam sahabat ini membesar dengan haluan masing-masing. Shafiq berjaya melanjutkan pelajaran ke luar Negeri.

Daniel kini menjadi seorang artis yang kacak, Rayan dengan perniagaannya yang berjaya, Rina sudah menjadi Ustazah namun Tini seorang yang terjebak ke lembah maksiat iaitu menjadi pelacur kelas atasan. Mereka bertemu kembali setelah dewasa dan ingin mencari Farah. Adakah mereka dapat mendapatkan keadilan buat Farah?

Pelakon Janji Kita Skrin Tv9

Izara Aishah, Ammar Ashraf, Anne Ngasri, Bell Ngasri, Sharifah Sakinah.

Download Janji Kita Skrin Tv9

>>>DOWNLOAD<<<


Sebab Lelaki Pilih Seorang Cikgu Menjadi Isteri

6 comments



Sebab Kenapa Seorang Lelaki Perlu Memilih Seorang Cikgu Menjadi Isteri.
1. Hidup Berjadual.
Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.
5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.
5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)
Senang kan?
Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).
Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.
Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu
2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.
Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.
Sekejap.
Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Mana ada!
Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited.
Konsep yang sama
Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?
Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?
(sambil asah pensel dan pisau di tepi)
3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.
Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya – nak pungut duit pun ada surat kuasa.
Bila boleh nak menipunya.
Nak berpeleseran?
Jauh sekali.
Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?
Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, “GURU ……”
Gila kau.
Mana nak sempat lupakan suami begitu?
Hidup akan dalam lingkungan – sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.
4. Terapi melepaskan tekanan
Semua kerja ada tekanan.
Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?
Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.
Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?
Pukul budak-budak di sekolah?
Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.
Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.
5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.
Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.
Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.
Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Aku : Amboi kau.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
Aku : Kenapa?
Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)
Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)
6. Penampilan.
Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.
Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji – “Cikgu lawa gila hari ini!”
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!
Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri.
Sebab apa?
Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) – selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?
 
Google PageRank Checker Powered by  MyPagerank.Net